You are on page 1of 4

1a.

Huraikan maksud pendidikan


Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah Negara.Pendidikan
dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi,
budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan kehidupan manusia bolehberubah
dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap individu. Pelbagai
usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah Negara
bagimemastikan semua rakyatnya menerima pendidikan.Justeru itu, apakah yang dimaksudkan
dengan pendidikan? Perkataan pendidikanmempunyai tafsiran yang pelbagai dan sentiasa
berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dantugasnya. Di sini akan dihuraikan beberapa
maksud pendidikan yang telah dikemukakan olehbeberapa ahli falsafah dan tokoh ilmuan dari
Barat pandangan Barat dan Islam.
Swift D.F di dalam bukunya Sociology of Education menghuraikan pendapatpendapatyang dikemukakan oleh beberapa orang sarjana dan Ilmuan dari Barat berkenaan
denganpendidikan. Antaranya ialah, Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk
membentukindividu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan
pendidikanialah member latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula,
pendidikan ialahilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah
memberikan setiapwarganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.
John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan diantara masyarakat primitif
denganmasyarakat moden. Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan
vokasional danpelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, dismapaikan melalui
tunjuk ajar dengansecara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa.
Manakala pengertianpendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan latihan khusus
menguasai kemahiran danmemperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan
disampaikan melalui pengajaransecara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta
mempunyai kemahiran mengajar.

John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses perkembanganindividu.
Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untukmenambahkan
lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebihberguna dan
lebih selamat lagi.Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk Psikologi Pendidikan
memuatkan di dalamnyabeberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah dikemukakan oleh
beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed Muhammad Qutb menyatakan bahawa
pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut
beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi
dan rohani manusia kearah tahao kesempurnaan.Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan
adalah digunakan untuk melatih manusiamembuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.
Menurut al-Ghazali pula, proses pendidikanhendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani
serta pembinaan akhlak yang mulia, berani danhormat - menghormati.

Firman Allah di dalam Surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud : Bacalah!!! Dengan
NamaTuhanmu yang menjadikan,
jelas menunjukkan betapa peri pentingnya pendidikan kepada setiapumat manusia dengan tidak
mengira jantina, agama, budaya, umur, keturunan dan sebagainya
Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : Menuntut ilmu itu wajib
bagibagi setiap lelaki dan perempuan
,
j
elas memberitahu kepada kita bahawa setiap orang tidak kiralelaki atau perempuan dikehendaki
menuntut ilmu atau dalam erti kata lainnya mempunyaipendidikan.
Sharifah Alwiyah Alsagoff menghuraikan di dalam bukunya Falsafah Pendidikanpengertian
pendidikan sebagai satu proses atau aktiviti yang berikut:y

Pendidikan sebagai proses persekolahan formal.


y

Pendidikan sebagai proses latihan.


y

Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, social dan emosi seseorangindividu.
y

Pendidikan sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar akan mempercayai apayang
disampaikan.
y

Pendidikan sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup.
y

Pendidikan sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat seperti


memperolehikemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.
y

Pendidikan sebagai satu disiplin, seni dan sains.Mok Soon Sang di dalam bukunya Pendidikan
di Malaysia merumuskan bahawapendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha
untuk memperkembangkan fizikal, intelek,social dan emosi seseorang individu serta
menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan

pengalaman supaya dapat member kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam


kehidupannya,membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih sihat bagi faedah
diri sendiri sertamasyarakat, bangsa dan negaranya.Menurut Anuar Ahmad (UKM), sesetengah
orang tidak dapat membezakan antarapendidikan asas dan pendidikan menengah. Pendidikan
asas adalah satu konsep yang besar danluas. Tanpa mengira usia atau ruang, pendidikan asas
boleh sahaja bermula sama ada di peringkatsekolah rendah, menengah, universiti atau usia tua.
Pendidikan asas yang dimaksudkan ialah satukomponen ilmu yang diberikan kepada individu
meliputi asas-asas kehidupan sama ada sebagaiseorang individu manusia atau sebagai ahli dalam
sesebuah Negara. Seringkali pendidikan asasdikaitkan dengan akronim 3M (membaca, menulis
dan mengira). Sebenarnya pendidikan asas jugameliputi soal pendidikan kesihatan dan penjagaan
diri, kemahiran komunikasi dan berinteraksi sertaberkaitan dengan pembangunan moral dan
agama.Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli
dalamsesebuah Negara. Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak
tinggi,berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam
mengendalikan emosiseterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah
Negara.
R
u
j
ukan
Atan Long (1976-1978), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala LumpurMok
Soon Sang (1991), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala
LumpurSharifah Al-sagoff (1985), Sosiologi Pendidikan, Heinmann(Malaysia) Sdn.Bhd.
Petaling Jaya

Swift, D.F (1969-1973), The Sociology of Education, Routledge & Keagan Paul, LondonPortal
Pendidikan Utusan,www.tutor.com.my

You might also like