You are on page 1of 3

Menurut Satterthwaite dalam Wan Nor Azriyati Wan Abd Aziz, Faizah Ahmad, Noor

Rosly Hanif & Wang Hong Kok (2011) menjelaskan bahawa kemiskinan bandar
wujud apabila berlakunya lapan perkara berikut iaitu:
i.

Pendapatan yang tidak mencukupi akan memberi kesan kepada pemakanan


yang berkurangan, air yang tidak mencukupi, keselamatan yang terjejas,

ii.

masalah hutang dan pembayaran hutang.


Pemilikan aset yang tidak stabil dan tidak memuaskan, termasuklah aset dari
segi pendidikan, rumah dan tempat tinggal untuk individu, keluarga dan

iii.

komuniti.
Tempat tinggal yang tidak mencukupi dan ianya dibina sangat rapat serta
daripada bahan yang bermutu rendah malah mempunyai penduduk yang

iv.

terlalu ramai.
Insfrastruktur awam yang tidak mencukupi seperti bekalan air bersih,
kumbahan, perparitan, jalan raya, dan yang menambahkan beban kepada

v.

masyarakat dan negara.


Ketiadaan atau kekurangan

jaringan

keselamatan

untuk

memastikan

keperluan makanan asas boleh diperolehi dan pada masa yang sama
ketiadaan peruntukan atau tabungan untuk menikmati akes kemudahan
vi.

tempat tinggal dan perkhidmatan kesihatan.


Kekurangan perlindungan untuk golongan miskin dari segi mendapatkan hak
undang-undang termasuklah hak dalam aspek ekonomi, sosial, kesihatan dan

vii.

juga politik.
Kumpulan miskin yang tidak mempunyai kuasa politik dalam sistem politik,
dan tidak mempunyai saluran untuk bersuara dalam struktur birokrasi
semasa

akan

memnyebabkan

kesukarandalam

mendapatkan

sebarang

bantuan daripada mana-mana pihak.


Selain daripada itu juga, World Bank (1988) telah menyifatkan kemiskinan
bandar kepada tiga jenis iaitu baru menjadi miskin (the new poor), miskin biasa
(borderline poor) dan miskin tegar (chronic poor). Mereka yang baru menjadi miskin
kebanyakannya adalah disebabkan oleh pembuangan atau pemberhentian kerja
oleh majikan swasta dan juga kerajaan. Malah, kemiskinanan bandar juga apabila
diteliti dengan jelas akan memberi impak yang besar kepada generasi muda dan
juga kanak-kanak amnya yang sedang mengalami proses perkembangan intelek,
rohani, jasmani, psikomotor dan juga meta kognitif. Hal ini dikatakan demikian
kerana, Zakiyah Nordin (2011) membuktikan bahawa anak-anak yang berasal

daripada keluarga yang berpendapatan rendah sering tercicir dalam pelajaran


kerana ibu bapa tidak mampu untuk menyekolahkan anak-anak. Bahkan, taraf
kelulusan ibu bapa yang rendah turut mempengaruhi kesedaran mereka mengenai
kepentingan pendidikan dalam kalangan anak-anak. Berdasarkan Laporan Murad,
antara faktor keciciran dalam pendidikan ialah status sosio ekonomi (taraf
pekerjaan ibu bapa dan taraf kelulusan ibu bapa), pendidikan dan pekerjaan, sikap
guru terhadap pelajar, sikap terhadap subjek sains dan jarak ke sekolah.
Oleh hal yang demikian, berbalik kepada hubungkait antara kemiskinan
bandar dengan pencapaian anak sepertimana dalam kajian Zakiyah Jamaluddin
(2011) yang melibatkan empat buah keluarga di daerah Kubang Pasu telah
membuktikan bahawa tahap pendapatan yang rendah dan kemiskinan yang dialami
akan mempengaruhi pencapaian pendidikan anak-anak. Persaingan yang berlaku
dalam proses pembangunan kawasan setempat akan turut menggangu punca
pendapatan yang sedia ada dan ini akan menyebabkan masyarakat sedia ada
terpinggir dalam arus kemodenan dan pembangunan di sesuatu kawasan. Salah
satunya, keadaaan kediaman yang sempit, kecil dan ruang yang sangat terbatas
akan menganggu tumpuan dan minat anak-anak untuk menelaah pelajaran dan
sukar untuk mencapai keselesaan dalam belajar.
Tambahan pula, kemiskinan juga telah menyekat keupayaan anak-anak untuk
membeli, menyimpan dan membaca buku dan ini akan menyebabkan keperluan
persekolahan anak-anak tidak mampu disediakan dengan sebaik mungkin. Malah,
ketiadaan wang yang cukup untuk perbelanjaan persekolahan akan mempengaruhi
minat anak-anak untuk meneruskan sesi persekolahan dan sebilangan anak-anak
yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi akan
memberhentikan pengajian dek kerana ketiadaan sumber kewangan yang kukuh
untuk menjalani keidupan seharian di kolej-kolej mahupun universiti.
Lebih- lebih lagi, faktor kemiskinan keluarga ini juga telah menyebabkan
perspektif ibu bapa lebih mengutamakan untuk memenuhi keperluan seharian
berbanding memfokuskan kepada pendidikan. Ibu bapa lebih menekankan kepada
mencari punca pendapatan yang lebih untuk memenuhi keperluan anak-anak dan
sekaligus tidak memfokuskan kepada pendidikan anak-anak sehingga menyebabkan
keciciran

dalam

pelajaran.

Keadaan

keluarga

yang

miskin

dan

daif

akan

menyebabkan

fokus utama adalah dengan

melakukan pelbagai

kerja bagi

mendapatkan wang untuk perbelanjaan seharian dan ditambah pula dengan


bilangan anak yang ramai. Maka dengan itu, dalam tempoh jangka masa yang
lama, anak-anak yang tidak disediakan dengan pendidikan ketika kecil akan
kehilangan potensi dan kredibiliti malah kemampuan untuk bersaing dengan
masyarakat luar sekaliggus akan menyebabkan kanak-kanak ini akan ketinggalan
dalam banyak aspek terutama pendidikan.
Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa g menyebabkan keciciran dalam
pendidikan. Namun demikian, tidak dinafikan faktor kemiskinan dapat menghalang
keinginan dan keupayaan seseorang untuk berjaya dalam pendidikan. Keadaan ini
akan diburukkan lagi apabila tiada motivasi daripada pelbagai pihak misalnya ibu
bapa, keluarga, sekolah dan rakan sebaya.

You might also like