You are on page 1of 12

FAKULTI SENI , KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF

PENGAJIAN INTERAKSI MANUSIA-KOMPUTER


MMG 6014

USABILITY ENGINEERING-MOBILE TESTING (TUGASAN BERKUMPULAN)

NAMA: TENGKU MUHAMMAD FAIZ BIN TENGKU HASSAN (M20152001984)


MOHD SHAKIR BIN NOOR HASHIM (M20142002126)
JOHAN BIN AZIZI (M20142002119)

NAMA PENSYARAH

YATIM

: DR. Ing. MAIZATUL HAYATI BINTI MOHAMAD

KEBOLEHGUNAAN (USABILITY)
1. Pendahuluan
Kebolehgunaan merupakan salah satu faktor yang digunakan untuk
mengukur sejauh mana penerimaan pengguna terhadap suatu sistem.
Dalam tugasan ini, akan membincangkan kebolehgunaan (usability)
antara dua telefon pintar yang menjadi pilihan pengguna masa kini iaitu
Apple dan

Android.

Kebolehgunaan suatu antaramuka pengguna

merupakan satu isu penting. Namun, ukuran kebolehgunaan suatu sistem


adalah suatu yang subjektif. Terdapat beberapa faktor yang menentukan
bahawa suatu sistem itu boleh digunakan (usable). Antara faktor-faktor
yang selalu digunakan sebagai ukuran kebolehgunaan adalah seperti
berikut:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.

Pembelajaran (learnibility)
Keberkesanan (efficiency)
Kebolehingatan (memorability)
Kadar ralat (errors)
Kepuasan (satisfaction)
Persembahan (presentation)
Susun-atur skrin (screen layouts)
Istilah yang digunakan dan maklumat yang disediakan oleh sistem
Keupayaan sistem (system capabilities)

Pembangunan sebuah sistem telefon pintar, biasanya melibatkan dua


proses

pengumpulan

data

iaitu

kajian

dan

pengujian.

Kajian

kebolehgunaan dilakukan untuk membantu dalam membuat keputusan


awal terhadap reka bentuk antara muka pengguna. Pada kebiasaannya,
kajian ini dilakukan pada bila-bila masa dalam fasa rekabentuk sistem.
Pengujian

kebolehgunaan

pula

dilakukan

untuk

menilai

keputusan

rekabentuk yang telah dibuat. Keputusan rekabentuk ini boleh berbentuk


spesifikasi atau prototaip sistem. Pengujian tersebut boleh meningkatkan
kebolehgunaan

sistem

dengan

cara

mengurangkan

masalah

kebolehgunaan reka bentuk sistem tersebut. Kajian dan pengujian


kebolehgunaan yang dilakukan dengan betul akan memberi manfaat,
terutamanya daripada sudut penjimatan kos pembangunan sistem.Sistem

yang bolehguna dapat mengurangkan kos latihan, khidmat sokongan


pelanggan dan meningkatkan kepuasan pengguna.

2. Kebolehgunaan Dalam Domain Penerimaan Sistem telefon


pintar
Penerimaan suatu sistem telefon pintar terbahagi kepada dua faktor
utama iaitu penerimaan dari aspek sosial dan juga praktik (Rajah 2.1).
Penerimaan daripada aspek sosial bergantung kepada kepercayaan dan
kehidupan sosial. Manakala penerimaan daripada segi praktik pula
merangkumi

aspek-aspek

keboleharapan

(reliability)

seperti
dan

keberkesanan
keserasian

(usefulnes),

(compatibility).

kos,
Faktor

keberkesanan merujuk kepada sejauh mana suatu sistem mencapai


matlamatnya

Ia

mengandungi

dua

kategori

iaitu

kebolehgunaan. Utiliti merujuk kepada kefungsiaan .sistem

3. Validasi dan sokongan

utiliti

dan

Pengkaji telah membuat kajian mengenai ujian aplikasi mudah alih dan
persaingan telefon pintar memenuhi kehendak pengguna dari sudut
kebolehgunaan (usability)

Antaranya ialah melalui penulisan jurnal oleh

A. Nasseer., M.Waqas. ,& M. Abdul. Smart Phone Application Evaluation


with Usability Testing Approach. Journal of Software Engineering and
Applications, 2014, 7, 1045-1054 dan N.Ravi. Mobile Application Testing
and Challenges. International Journal of Science and Research (IJSR), 2013,
2, 56-58.
Sebelum melakukan kajian tersebut , para pengkaji telah menyatakan
beberapa bahagian yang perlu mereka kaji iaitu sistem mengoperasinya,
perlaksanaan aplikasi, kebolehan melakukan berbagai kerja , teknologi
integrasi dan kesesuaian kerangka kerja. Mereka akan mengkaji kelimalima aspek menerusi kedua-dua jenis telefon pintar iaitu android dan
iphone.
Apa yang perlu di kaji:
1.
2.
3.
4.
5.

Sistem pengoperasian
Pelaksanaan aplikasi
Kebolehan melakukan berbagai kerja
Teknologi integrasi
Kesesuaian kerangka kerja

Kaedah digunakan untuk mengkaji:


Di dalam kajian ini , pihak pengkaji menggunakan beberapa jenis kaedah
atau alatan untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Antara
contohnya ialah kaedah temu bual di mana kaedah temu bual ialah suatu
kaedah percakapan dua hala antara pihak yang bertanyakan soalan dan
pihak

yang

akan

menjawab

soalan

tersebut

dengan

bertujuan

mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan apa yang sedang dikaji.


Menurut McNamara (1999), kaedah temu bual adalah berguna untuk
mendapatkan cerita di sebalik pengalaman pengguna yang menggunakan
sesuatu produk dan kebiasaannya pihak pengkaji akan dapat maklumat
yang lebih mendalam daripada temu bual tersebut. Bagi proses temu bual
untuk

mendapatkan

maklumat

untuk

kajian

ini,

pihak

pengkaji

menjalankan temu bual bersama enam puluh empat orang pengguna iaitu

tiga puluh dua daripadanya ialah pengguna android dan selebihnya ialah
pengguna bagi produk iphone . di dalam temu bual ini, pihak pengkaji
membahagikan proses temu bual ini kepada dua bahagian iaitu bahagian
pertama adalah untuk temu bual berdasarkan ciri-ciri berkaitan yang ada
di dalam kedua jenis produk tersebut yang merangkumi kepada bahagian
teknologi integrasi dan kesesuaian kerangka kerja yang ada di dalam
kedua-dua jeni produk ini. Untuk bahagian kedua pula berdasarkan
kepada kualiti asas yang ada pada kedua-dua jenis produk tersebut yang
di mana meliputi kepada bahagian sistem pengoperasian ,
melakukan berbagai kerja

kebolehan

dan pelaksanaan aplikasi. Selain daripada

temu bual sahaja, pihak pengkaji juga ada juga memberi soalan kaji
selidik kepada responden. Kita akan pecahkan soalan tersebut mengikut
kategori soalan agar dapat kita lihat sama ada adakah kesemua pecahan
keperluan diatas dipenuhi atau tidak.

Senarai soalan kaji selidik yang digunakan:


1. Adakan sistem pengoperasian tersebut menyokong applikasi yang
berbeza?
2. Ada ia mempunyai kemampuan teknologi 4G?
3. Adakah ia menyedia kemampuan berbagai aplikasi?
4. Adakah ia mampu memindahkan data dari telefon ke komputer
dengan pantas?
5. Ada ia berbagai kerja?
6. Adakah ia mempunyai ruang sembang masa sebenar?
7. Adakah ia memberi respon yang singkat ketika mengunakan
paparan sentuh?
8. Adakah ia mempunyai permainan yang menarik?
9. Adakah ia menyokong teknologi GPRS?
10.
Adakah ia mempunyai sistem pengoperasian sendiri?
11.
Adakah ia senang untuk di gunakan untuk pertama kali?
12.
Adakah ia menyediakan perlindungan maklumat masa
sebenar?
13.
Adakah ia mempunyai kamera 20 Mega-Pixel?
Daripada senarai soalan di atas, kita dapat mengklasifikasikan soalan
tersebut kepada beberapa kumpulan mengikut apa yang dikaji di atas.

Bahagian pertama iaitu sistem pengoperasian , ia dapat dilihat ditanya di


dalam soalan 1 dan soalan 10. Di dalam kedua dua soalan tersebut kita
dapat

melihat

bahawa

pengkaji

ingin

mendapat

respon

daripada

responden tentang bagaimana kefahaman pengguna mengenai sistem


pengoperasian dan akan kewujudannya itu. Seterusnya, bahagian kedua
pula ialah mengenai pelaksanaan aplikasi oleh telefon pintar, ini dapat
dilihat menerusi soalan 4 dan soalan 7 di mana di dalam soalan 7,
responden ditanya mengenai bagaimana respon telefon pintar apabila
pengguna ingin menggunakan paparan sentuh dan tempoh masa untuk
telefon tersebut untuk memberi respon tersebut kepada pengguna. Untuk
bahagian ketiga pula iaitu sokongan untuk berbagai kerja di dalam waktu
yang serentak, ini dapat dilihat melalui soalan 3 dan soalan 5. Di dalam
soalan 3 dapat dilihat di mana responden ditanya mengenai adakah
telefon pintar tersebut mampu untuk melakukan pelbagai kerja di dalam
satu-satu masa sekali gus. Bahagian seterusnya pula ialah teknologi yang
dapat diintegrasikan bersama telefon pintar tersebut dan ini ditanya
melalui soalan 8, soalan 9 dan soalan 13. Ini di mana kita dapat melihat
bahawa

responden

ditanya

adakah

telefon

pintar

tersebut

boleh

menggunakan teknologi GPRS atau tidak. Bahagian yang terakhir adalah


kesesuaian kerangka kerja, ini dapat dilihat ditanya menerusi soalan 6 dan
12. Daripada set soalan di atas, secara keseluruhan pengkaji telah
meliputi seluruh aspek di dalam kajiannya menerusi soalan kajiannya
tersebut dan dapat menjamin ketelusan hasil dapatan kajian adalah benar
dari kajian itu.
4. Perbandingan antara telefon pintar dan Android
Android ialah sebuah Operating System yang diperkenalkan oleh
syarikat Google pada tahin 2007. Kini OS keluaran Google sudah
menguasai pasaran dunia kerana sifatnya Open Source yan boleh
digunakan oleh pelbagai telefon pintar. Oleh sebab OS Android bersifat
Open Source membolehkan memiliki banyak aplikasi pilihan yang tersedia
dalam Plystore. Selain itu OS Android yang digunakan di telefon pintar
boleh dimiliki dengan harga yang murah dan harga yang paling mahal

yang menjadikannya popular. iOS merupakan sistem operasi yang


diperkenalkan oleh Apple hanya boleh diguna oleh pengguna telefon
pintar Apple sahaja. Walaupun iOS tidak bersifat Open Source seperti
Android tetapi terjamin daripada serangan virus berbanding Android.
Dari segi harga OS Android mudah dimilik kerana telefon pintar OS
Android dijual dengan harga variasi yang murah. iOS Apple harga yang
ditawarkan lebih mahal namun memiliki prestij tersendiri. Dari segi
aplikasi pula, OS Android memenangi dari segi memiliki aplikasi yan
banyak berbanding iOS Apple.
OS Android mempunyai interface yang berbeza sesuai dengan
vendor yang mendukungnya seperti eperti Samsung, Sony, HTC, Lenovo,
Huawei, Advan dan sebagainya.iOS Apple memiliki antara muka khusus
untuk keluaran telefon pintar Apple dan tampilan interface lebih moden
dengan varisi warna yang lebih menarik.
Protectcy iOs Apple

lebih baik dari OS Android kerana Apple

memiliki pengawasn yang lebih ketat terhadap aplikasi-aplikasi yang


disediakan. Malah juga, Apple memiliki kawalan yang lebih baik terhadap
aplikasi aplikasi yang ditunjangi IOS.
Penggunaan bateri antara iOS Apple dan OS Android tidak jauh beza
antara satu sama lain. Jangka hayat bateri bergantung pada cara
penggunaan aplikasi telefon pintar itu. Kedua-dua sistem operasi ini ada
menyediakan aplikasi penjimatan bateri untuk pengguna masing-

5. Evidences Example Diagram Figures


Figure 1:

Figure 2: Mobile Device Management Features


Figure 3: The

comparison between iOS and android.

Figure 4: The comparison between Windows 7,iOS and android

Figure 5: Top reasons for buying an Android among those who considered iPhone.

Figure
sales

Figure 7: Comparison of User Interface

Figure 8 : Smartphone Chip Performance

6 : Smartphone OS
Q4 2015

References
[1] Kjeldskov, J., Skov, M.B., Als, B.S. and Hegh, R.T. (2004) Is It Worth the
Hassle? Exploring the Added Value of Evaluating the Usability of ContextAware Mobile Systems in the Field. Mobile Human-Computer InteractionMobile HCI, 2004, 61-73.
[2] Ballard, B. (2007) Designing the Mobile User Experience. John Wiley &
Sons, Chichester, 173-174. http://dx.doi.org/10.1002/9780470060575
[3] Nielsen, C.M, Overgaard, M., Pedersen, M.B., Stage, J. and Stenild, S.
(2006) Its Worth the Hassle! The Added Value of Evaluating the Usability
of Mobile Systems in the Field. Proceedings of the 4th Nordic Conference
on Human- Computer Interaction, New York, 14 October 2006, 272-280.
[4] Duh, H.B., Tan, G.C.B. and Chen, V.H. (2006) Usability Evaluation for
Mobile Device: A Comparison of Laboratory and Field Tests. Proceedings of
the 8th Conference on Human-Computer Interaction with Mobile Devices
and Services, New York, 2006, 181-186.

[5] Kaikkonen, A., Kallio, T., Keklinen, A., Kankainen, A. and Cankar, M.
(2005) Usability Testing of Mobile Applications: A Comparison between
Laboratory and Field Testing. Journals of Usability Studies, 1, 1931-3357.
[6] Dey, A.K., Salber, D. and Abowd, G.D. (2001) A Conceptual Framework
and a Toolkit for Supporting the Rapid Prototyping of Context-Aware
Applications. Human-Computer Interaction, 16, 2-4.
http://dx.doi.org/10.1207/S15327051HCI16234_02
[7] http://www.optimusqa.com/2012/10/29/mobile-testingtoollandscape/
[8] http://mobileappstesting.contus.com/mobile-applicationautomationtesting.php
[9] http://en.wikipedia.org/wiki/Mobile_application_testing
[10] http://developer.android.com/reference/android/test/AndroidTestCase.html
[11] The 2011 IBM Tech Trends Report,Ibm.com/developer
works/techtrendsreport, November
2011.
[12] M. Satyanarayanan, Fundamental Challenges in Mobile Computing,
in Proceedings of the fifteenth annual ACM
[13] Symposium on Principles of distributed computing, ser.PODC96. New
York, NY, USA: ACM, 1996, pp. 17.
[Online].Available:http://doi.acm.org/10.1145/248052.248053

You might also like