You are on page 1of 1

LATAR BELAKANG

Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara
telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara.
MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan
Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.
MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.
Matlamat Rukun Negara mengukuhkan perpaduan. memelihara corak hidup demokratik. mencipta sebuah masyarakat yang adil. Menjamin
sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. membina masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi.
Prinsip-prinsip Rukun Negara:
1)
Kepercayaan kepada Tuhan Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan
menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.
2)
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja
Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
3)
Keluhuran Perlembagaan Perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut
supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya.
4)
Kedaulatan Undang-Undang Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan
hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan
undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
5)
Kesopanan Dan Kesusilaan
Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan
keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan
saling menghormati.

You might also like