You are on page 1of 3

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI

WILAYAH PERSEKUTAN KUALA LUMPUR


PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN MUTU CAPAIAN PERKHIDMATAN INTERNET
SEKOLAH
A. PENGENALAN
Mutu capaian perkhidmatan internet adalah perkara yang amat penting bagi
urusan PdP dan PdT di semua sekolah. Di antara urusan yang memerlukan mutu
perkhidmatan internet yang terbaik adalah :
a. Penggunaan Frog VLE
b. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah
c. Pengajaran dan Pembelajaran
d. Pengurusan dan Pentadbiran, dll
Sehubungan itu, adalah menjadi tanggung jawab JPWPKL dan BTPNWPKLuntuk
memastikan semua sekolah menikmati mutu perkhidmatan yang terbaik.
B. OBJEKTIF
a. Mendapatkan data capaian perkhidmatan internet di semua sekolah di
Kuala Lumpur.
b. Data yang diperolehi akan dianalisa untuk merangka penyelesaian supaya
mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan.
C. PELAKSANAAN
a. Pengujian akan dilaksanakan di semua Kolej Vokasional dan sekolah di
bawah pentadbiran JPWPKL.
b. Tarikh pelaksanaan adalah pada 25 Julai 2013
1. Kali pertama jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
2. Kali kedua jam 2.30 petang hingga 3.30 petang
c. Staf di sekolah yang akan melaksanakannya adalah sama ada :
1. Juruteknik Komputer (jika ada) atau
2. Guru Penyelaras Bestari atau
3. Guru ICT atau
4. Guru Data atau
5. Guru lain yang berkemahiran
d. Perisian yang akan digunakan adalah www.speedtest.net

e. Peralatan yang perlu diuji adalah mana-mana sumber perkhidmatan


internet iaitu :
1. 1 unit Router TM School Broadband atau
2. 1 unit OCPE 1BestariNet atau
3. 3 unit zoom 1Bestarinet atau
4. 3 unit zoom 1BestariNet dan 1 unit Super zoom atau
5. 3 unit zoom 1BestariNet dan 2 unit Super zoom
f.

Sekolah yang mempunyai 1 atau 2 unit surper zoom adalah sekolah yang
telah menerima bekalan 41 atau 82 unit Google Chromebook.

g. Jika keadaan mengizinkan, sambungkan terus komputer riba anda ke


sumber perkhidmatan internet (router / OCPE / zoom / Super Zoom)
dengan kabel UTP.
h. Jika langkah (g) di atas agak sukar, pengujian secara wireless pun masih
memadai.
i. Staf pelaksana disarankan mencetak Borang Catatan Pengujian sebelum
memulakan proses pengujian. Sila lengkapkan borang ini semasa
melaksanakan pengujian. Gunakan borang yang telah lengkap bagi

memudahkan urusan pelaporan secara online selepas selesai pengujian


kali kedua.
j.

Borang Catatan Pengujian ini hendaklah ditandatangani oleh staf


pelaksana dan disahkan oleh Pengtua / Guru Besar dan 1 salinan dihantar
ke PKG masing-masing sebagai bukti pengujian telah dilaksanakan.

D. PELAPORAN
a. Pelaporan adalah secara online dan boleh diakses di pautan
http://btpnkl.weebly.com/1bestarinet.html
b. Pelaksana diminta memasukkan data sebaik sahaja selesai pengujian pada
kali kedua. Data akan mula dianalisa mulai jam 4.30 petang 25 Julai 2013
untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Task Force JPWPKL pada jam 8.30
pagi 26 Julai 2013. Mesyuarat ini akan dihadiri juga oleh wakil dari syarikat
pembekal perkhidmatan internet di sekolah.
c. Bukti pelaksanaan pengujian dan pelaporan adalah Borang Catatan
Pengujian yang perlu dihantar ke PKG masing-masing pada atau sebelum
31 Julai 2013.
E.

You might also like