You are on page 1of 2

Nama

: LOO YONG YUE

Nombor Kad Pengenalan

: 940526-01-5937

____________________________________________________________________________
REFLEKSI INDIVIDU
Saya memang amat bangga dan gembira kerana berpeluang untuk melaksanakan
Program Aktiviti Lawatan Penanda Aras yang begitu seronok dan penuh dengan faedahnya.
Saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman dan saya percaya ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi akan membantu untuk membetuk diri saya yang
kerjaya pada masa hadapannya. Terdapat beberapa kekuatan wujud dalam Program Aktiviti
Lawatan Penanda Aras ini. Antaranya ialah menepati masa. Kelihatan semua guru pelatih
Pendidikan Jasmani telah berkumpul di dewan bendahara pada masa yang ditetapkan iaitu
pada pukul 7:30 pagi.
Kekuatan yang seterusnya ialah sikap positif yang ditunjukkan oleh guru pelatih, mentor,
guru-guru serta murid-murid di SMJK Sin Min. Kelihatan semua guru pelatih telah
mengeluarkan sikap bertanggungjawab dan sanggup mengeluarkan sepenuh tenaga untuk
menjalankan Program Aktiviti Lawatan Penanda Aras selama 5 jam di SMJK Sin Min. Mentor
kami En Mohd Idris Bin S.Syed Ahamed telah menunjukkan nilai bertanggungjawab sebagai
penasihat untuk memastikan Program Aktiviti Lawatan Penanda Aras yang dijalankan dengan
lancar, baik dan bersemangat.
Selain itu, taklimat yang jelas dan menarik juga merupakan kekuatan bagi Program
Aktiviti Lawatan Penanda Aras ini. Pihak sekolah telah memberi taklimat tentang sejarah
penubuhan sekolah, sistem pengurusan, pentadbiran sekolah dan pencapaian sekolah. Power
point yang ringkas, jelas dan diserta gambar juga meningkatkan kafahaman kami lebih
mendalam tentang SMJK Sin Min. Teknik humor yang digunakan oleh penceramah semasa
memberi penjelasan juga menghidupkan suasana sesi taklimat. Kemudahan yang mencukupi
seperti bilik seni, perpustakaan, makmal sains, makmal komputer , LCD dalam setiap bilik
darjah, bahan bantu mengajar dan lain-lain juga dapat meningkatkan proses pengajaran dan
pengajaran dengan lebih lancar dan berkesan.
Di samping itu, kelemahan juga berlaku dalam Program Aktiviti Lawatan Penanda Aras
ini seperti nota tentang taklimat tidak diberikan. Pihak sekolah seharusnya menyediakan nota

kecil sebagai rujukan tentang sejarah supaya guru pelatih lebih memahami latar belakang. Saya
percaya nota kecil ini amat membantu guru pelatih dalam memulis laporan refleksi nanti.
Kami juga diberi peluang untuk mengetahui keadah dan strategi yang digunakan oleh
guru-guru untuk melahirkan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Guru-guru di SMJK Sin Min telah
memberitahu kami untuk melahirkan sekolah yang cemerlang dan berjaya bukannya
bergantung kepada murid sahaja, maka guru-guru di sekolah juga memainkan peranan yang
penting untuk melahirkan sesebuah sekolah yang cemerlang. Sikap keyakinan guru sangat
penting untuk melahirkan sekolah yang cemerlang. Oleh itu, guru haruslah sentiasa
mengamalkan sikap keyakinan kepada diri sendiri dan keyakinan terhadap murid sendiri
bahawa mereka boleh melakukan sesuatu dengan baik. Guru juga haruslah mengelakkan diri
dari sikap mudah putus asas apabila gagal melakukan sesuatu perkara dan sentiasa
menganggap kegagalan ini akan ditukar menjadi satu pengalaman yang baik untuk membentuk
diri sendiri yang lebih berpengetahuan dan berjaya. Di samping itu, tidak boleh dinafikan
bahawa Program Aktiviti Lawatan Penanda Aras sememangnya dapat menyelitkan nilai-nilai
murni dalam diri setiap guru pelatih. Contohnya, nilai-nilai murni seperti hormat menghormati,
sopan santun dan toleransi telah memartabatkan profesion perguruan. Justeru, kita mestilah
mengamalkan nilai-nilai murni ini sepanjang hayat agar melahirkan diri sendiri yang lebih
disiplin dan sentiasa dihormati oleh orang lain.
Dari segi ancama pula, cuaca yang terlalu panas menyebabkan beberapa guru pelatih
kurang berminat. Sikap yang suka mementingkan diri kerana takut dijemur oleh matahari
apabila setiausaha sukan sekolah menjelaskan reka cipta benda yang digunakan dalam sukan
boleh dianggap seseorang itu tidak menghormati kepada orang yang pembentang. Seseorang
yang mementingkan diri akan menjatuhkan imej sendiri dan tidak akan dihormati oleh orang
lain. Sebagai bakal seorang guru, kita haruslah mengamalkan sikap kesabaran dan bercuba
untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai suasana tidak kira ia panas atau sejuk agar
membentuk diri sendiri yang lebih berkualiti.
Kesimpulannya, saya berasa bangga dan gembira kerana dapat melibatkan diri dalam
Program Aktiviti Penanda Aras ke SMJK Sin Min ini. Pengalaman yang amat berfaedah dan
bermakna melalui Program Aktivti Penanda Aras ini saya tidak akan lupakan dan saya percaya
pengalaman ini amat berguna untuk membentuk diri menjadi seorang pendidik yang berkarisma
dan berketerampilan tinggi.

You might also like