Professional Documents
Culture Documents
Masyarakat Cina
Masyarakat Cina
MASYARAKAT CINA
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia
dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada
zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada
ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman
Dinasti Manchu ( 1644 1911 ) kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan
menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke
Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan
kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir dengan Asia
Tenggara.
Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang
menggalakkkan kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan
tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi
gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke
Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung
membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka.
Agama
yang
dipegang
oleh
masyarakat
Cina
ialah
agama
Buddha.
Kelahiran
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung.
Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding
rumah tidak dibernarkan sama sekali. Ibu yang mengandung mesti berjaga jaga supaya
tidak terperanjat dengan benda benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan
selama kira kira sebulan selepas bersalin. Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji
berat badannya. Sebaliknya kata kata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi
dapat diterima.
Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara
mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah hadiah itu
dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila
anak itu berumur satu tahun.
Perkahwinan
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina
mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan
bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk
mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung
zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan
menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa
kemudiannya.
Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila
kanak kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan
peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin.
2
Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi
keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai
kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak anak mereka. Walaupun kini
perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan
ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk
perkahwinan juga penting.
Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa
sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :
1. Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami
isteri yang sah dari segi undang undang.
2. Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin
baru memberi teh kepada ahli ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai
tanda pengenalan antara satu sama lain.
3. Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan kawan akan
dijemput.
Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri
oleh saudara mara yang rapat sahaja.
Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman
perkahwinan itu kepada kawan kawan dan dan saudara mara mereka dengan
mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan
seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu tetamu yang hadir eloklah
memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya baiknya hendaklah
dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna
warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.
Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah
mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut
perkataan perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila
bertutur dengan kedua pengantin itu. Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti
tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah
dibungkus dengan kertas berwarna merah.
Kematian
3