You are on page 1of 1

BERCUTI MELAWAT KE ZOO NEGARA

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi ke Zoo Negara yang
terletak di Kuala Lumpur.Tujuan percutian ini adalah untuk merapatkan hubungan keluarga.
Kami bertolak dari rumah pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta bapa.Dalam
perjalanan, kami melihat pemandangan yang indah seperti bangunan yang tinggi melangit
dan sawah pada kuning keemasan.Jalan menuju ke Zoo Negara bengkak-bengkok seperti
ular kena palu.Ibu pula menasihati bapa memandu dengan berhati-hati.
Kira-kira dua jam kemudian,kami tiba di Zoo Negara.Mula-mula bapa pakir keretanya
di bawah sebatang pokok.Seterusnya bapa saya beratur di kaunter tiket untuk membeli tiket
masuk.Harga tiket untuk orang dewasa ialah RM15.00 manakala harga tiket untuk kanakkanak ialah RM 10.00.Kemudian , kami masuk ke dalam Zoo Negara .
Di dalam Zoo Negara terdapat pelbagai jenis binatang seperti
singa,gajah,zirafah,monyet,buaya ,burung dan sebagainya.Binatang yang liar dikurung di
dalam sangkar sementara binatang yang jinak dibiarkan bebas.Suasana di dalam Zoo ruihrendah dengan bunyi binatang dan kicauan burung.
Kami sempat menyaksikan satu pertunjukan gajah dan ular di Zoo Negara.Saya
gembira melihat gajah bermain bola dan ular menari mengikut bunyi serunai.
Selepas itu,kami berasa penat.Saya dan keluarga saya berehat seketika di
beberapa pondok yand disediakan khas kepada pelawat.Kami makan sambil berbual-bual
dengan mesra.
Kami sekeluarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Kemudian kami
juga membeli cenderamata sebagai buah tangan untuk diberikan kepada kawan-kawan.
Kira-kira pada pukul enam petang,kami pun pulang ke rumah dengan hati yang
gembira.Inilah pengalaman yang tidak dapat kami lupakan.

You might also like