You are on page 1of 1

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis
Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.
Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,
Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk
perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan
kelancaran pengurusan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) ,
barisan pengawas kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab ,
mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia
mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas
yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati, samada dalam
aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan
barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa .
Ya Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

.

You might also like