You are on page 1of 5

SJK (T) LADANG PERBADANAN KEDAH

08007 SUNGAI PETANI, KEDAH.


MINIT MESYUARAT KEJOHANAN BALAPAN & PADANG
KALI 1 / 2016
Tarikh
Masa
Tempat

: 07. 01. 2016 ( Khamis )


: 2.00 petang
: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran : Semua Guru


T. hadir

: 1. Fatin Abdul Razak ( Cuti Bersalin )


2. R. Prakash ( Cuti Sakit )

I.

Ucapan Aluan
1. En. M. Sundaramoorthi

selaku Penolong Kanan Kokurikulum


telah mengalu-alukan kedatangan Tuan Guru Besar dan para
guru ke Mesyuarat Kejohanan Balapan & padang kali pertama
bagi tahun 2016.
2. Terlebih dahulu beliau telah mengucapkan tahniah kepada
semua guru kerana menjayakan kejohanan Balapan & padang
kali ke 37 yang lalu dengan jayanya. Seterunya Beliau juga
pohon kerjasama semua guru bagi menjayakan Kejohanan
Balapan & Padang yang dirancang bagi tahun 2016 agar
berjalan dengan lancar dan meriah.
Maklumat : Semua
Guru
II.

Perutusan Tuan Guru Besar


3. Guru Besar juga mengucapkan salam sejahtera serta mengalu-

alukan guru-guru sekalian ke mesyuarat sukan kali pertama


bagi tahun 2016 . Beliau juga telah mengucapkan terima kasih
atas semangat dan kerjasama guru-guru sekalian untuk
menjayakan Kejohanan Balapan & Padang yang berlangsung
pada pada tahun 2015. Beliau juga telah pohon kerjasama
semua guru untuk menjayakan Kejohanan Balapan & Padang
tahun ini dengan jayanya.
4. Seterusnya beliau juga telah memberitahu bahawa di bawah
dasar 1Murid 1Sukan, sukan perlu diadakan sepanjang tahun
dan kejohanan balapan & padang perlu diajalankan dengan
meriah. Seterusnya beliau telah mengatakakan bahawa
Kejohanan Balapan & Padang peringkat sekolah diadakan pada
31.1.2016 ( Ahad ). Manakala latihan rumah sukan akan
bermula 11.01.2016 ( Isnin ).
5. Seterusnya beliau juga telah meminta kerjasama semua guru
untuk
melatih murid dengan bersungguh-sungguh kerana

masa yang diperuntukkan untuk latihan rumah sukan terlalu


singkat.
Maklumat : Semua
Guru
III.

Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu.


En V. Alagendra selaku Setiausaha Sukan
minit mesyuarat yang lalu.
7. Minit yang lalu telah disahkan oleh:
6.

Di cadang
Di sokong

telah membaca

: En. Sivanchandiran
: Pn. Rajeswari
Maklumat : Semua
Guru

IV.

Perkara Berbangkit
8. Pn.

M. Rajaletchumy telah
bertanya tentang kriteria
pemarkahan rumah terbaik. Ini kerana pada kejohanan Balapan
& Padang yang lepas terdapat sedikit kekeliruan dalam
pemilihan rumah terbaik.
9. Pn. Shubathera telah meminta menambahkan subsidi untuk
rumah sukan
kerana duit yang diberi pada tahun lepas tidak
mencukupi dan guru- guru belanja duit sendiri. Ini kerana duit
yang diberi perlu digunakan untuk
perhiasan khemah,
membuat maskot rumah dan lain-lain lagi.
10. En. R. Thavamoney telah bertanya tentang pancaragam
semasa upacara perasmian diadakan seperti tahun lepas atau
sebaliknya.
Maklumat : Semua
Guru
V.

Pembentukkan J/kuasa induk & kerja


11. En.

V. Alagendra selaku setiausaha sukan sekolah telah


mengedar senarai nama jawatankuasa induk dan juga kerja
bagi tahun 2015
kepada semua guru.
Seterusnya beliau
meminta semua guru untuk berkerjasama dalam jawatankuasa
masing-masing agar kejohanan Balapan & Padang sekolah kali
ke 38 berjalan dengan lancar dan meriah.
( Rujuk Lampiran 1 )
12. Seterusnya beliau juga telah mengedarkan senarai nama guru
rumah sukan mengikut rumah masing-masing bagi tahun
2016.
( Rujuk Lampiran 2 )
13. Beliau juga telah mengatakan bahawa senarai nama murid
mengikut rumah masing-masing akan dapat dibekalkan kepada

ketua rumah sukan pada hari mesyuarat agung rumah sukan


diadakan iaitu pada 10.1.2016 ( Ahad )
14. Seterusnya beliau juga telah mengedarkan senarai acara sukan
yang akan ditandingkan semasa sukan nanti.
15. Beliau juga telah memberitahu bahawa acara kumpulan bagi
tahun ini ditambah , setiap kategori hanya ada 3 acara
kumpulan.
( Rujuk Lampiran 3 )
16. Penolong Kanan Kokurikulum telah memberitahu bahawa setiap
murid perlu mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam
satu acara.
Maklumat : Semua
Guru

VI

Sukan Tara
17. Setiausaha sukan telah memberitahu bahawa sukan tara akan

diadakan pada 25 hingga 27 Januari 2016. Pada 25.01.2016


untuk murid-murid tahap 1 manakala pada 26 & 27 Januari
2016 untuk murid-murid tahap 2.
18. Beliau juga telah mengedarkan kertas jawatankuasa khas untuk
sukan tara kepada para guru semua agar sukan tara 2016
berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah seperti yang
dirancang.
( Rujuk lampiran 4 )
19. Penolong Kanan Kokurikulum telah meminta kerjasama para
guru semua untuk menjayakan sukan tara 2016 dengan
jayanya.
VII

Hal-hal lain
20. Penolong

Kanan Kokurikulum telah meminta semua guru


menjaga keselamatan murid-murid semasa latihan rumah
sukan dijalankan nanti.
21. Guru Besar telah memberitahu bahawa wang peruntukkan
untuk tahun ini
adalah sebanyak RM 100 dan guru besar meminta para guru
semua menggunakkan duit tersebut untuk perhiasan khemah,
maskot dan lain-lain perbelanjaan.
22. Setiausaha sukan memberitahu bahawa peralatan untuk
latihan sukan akan disediakan oleh jawatankuasa peralatan &
teknikal dan meminta ketua rumah sukan datang ambil di bilik
sukan pada hari latihan mengikut rumah masing-masing.
23. Penolong Kanan Kokurikulum juga telah memberitahu bahawa
latihan rumah sukan akan diadakan pada sebelah petang.
Selain itu, beliau juga meminta para guru semua untuk
mencatat rekod penggunaan peralatan yang digunakan pada
buku yang disedia ada di bilik sukan.

24. Beliau juga telah memberitahu bahawa sekiranya terdapat

sebarang pertanyaan atau masalah sila rujuk dengan beliau


untuk menyelesaikanya agar kejohanan balapan dan padang
berlangsung seperti yang dirancang.
25. Guru besar telah memberitahu bahawa untuk majlis perasmian
dan juga penutup, tetamu khas belum ditentukan lagi. Ianya
akan diberitahu pada mesyuarat kedua nanti.
Maklumat : Semua
Guru
26. Seterusnya Guru Besar telah memberitahu bahawa setiausaha

sukan akan menguruskan


kejohanan balapan tahun ini.

baju

untuk

guru-guru

untuk

Tindakan : Setiausaha sukan


27. Seterusnya

beliau juga meminta jawatankuasa persiapan


padang untuk menyiapakan track balapan secepat mungkin
kerana latihan akan bermula pada minggu depan hari isnin.

Tindakan : Ahli jawatankuasa persiapan padang.

VIII

Penutup
28. Setiausaha

sukan meminta kerjasama semua guru bagi


menjayakan kejohanan
Balapan & Padang sekolah yang kali ke 38 bagi tahun 2016.
29. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang
dengan
ucapan terima
kasih oleh setiausaha sukan.

Disediakan oleh,
..........................
.................
( En. Alagendra A/L Velayudham )
Setiausaha Sukan 2016

Disahkan oleh :

......................................................

Disemak oleh,
..................................

You might also like