You are on page 1of 16

TEORI BEHAVIORISME

Teori
Teori

Pelaziman Klasik
Pelaziman Operan

Tingkah laku atau

behaviour merujuk kepada


aksi atau reaksi manusia
atau haiwan dalam bentuk
gerakbalas hasil
daripada rangsangan
dalaman atau luaran.

TOKOH BEHAVIORISME

Ivan Pavlon
(1849-1936)

Edward Thorndike
(1874- 1949)

B.F. Skinner (1904-1990)

Menekankan hubungan persekitaran

dengan tingkah laku yang dapat dilihat


sahaja.
Tingkah laku merujuk kepada peristiwa
yang konkrit pada organisme yang
nyata.
Proses pembelajaran yang berlaku
secara berulang dan menekan latih tubi.
Pembelajaran berlaku apabila ada
rangsangan dan gerak balas.

TEORI PELAZIMAN KLASIK


Dipelopori oleh Ivan Pavlov (1849-1936)
Berkenaan tingkah laku pembelajaran
Contoh paling terkenal pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov
Sebelum Pelaziman
RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur)
RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)

Semasa Pelaziman
RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)
Selepas Pelaziman
RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)

RTT = Rangsangan Tak Terlazim RT = Rangsangan Terlazim


GTT = Gerak Balas Tak Terlazim GT = Gerak Balas Terlazim

Kesimpulan kajian Pavlov


1. Penguasaan(Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas
atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat.Lebih kerap organisma
mencuba,lebih kukuh penguasaan berkenaan.
2. Generalisasi(Generalisation)
Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih
mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim
dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim(RTT) juga akan
menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu
berlainan atau hampir sama.
3. Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing
masih mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi
asal,anjing itu tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa
organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara
rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau
bergerak balas.
4. Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim(loceng) tidak diikuti dengan
rangsangan tak terlazim (makanan),lama-kelamaan organisme itu tidak
akan bertindak balas.Gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.

IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan


dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh
dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan
dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui
latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan
sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas
terlazim itu.
Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika
peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya
sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui
ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu
sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat
membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan
pembelajaran.

Thorndike memperkenalkan istilah celik


akal dan hukum kesan untuk mengkaji.
Sesetengah rangsangan
mengakibatkan tingkah laku yang
dilemahkan.
Kanak-kanak dikatakan memperoleh
bahasa melalui proses cuba jaya.
Mementingkan proses pengulangan
dalam pemerolehan bahasa atas
alasan bahasa lahir sebagai gerak
balas terhadap sesuatu rangsangan.

Pembelajaran berlaku apabila terdapat


perubahan tingkah laku secara spontan,sama
ada diteguhkan melalui ganjaran atau
dilemahkan melalui hukuman

TEORI PELAZIMAN OPERAN

penghapusan

pengukuhan

hukuman

Perkara yang dilakukan untuk mengalakkan


sesuatu perlakuan itu diulangi.
Terbahagi kepada dua
-Pengukuhan positif :memberi ganjaran
setelah perlakuan ditunjukkan yang
menyebabkan perlakuan itu diulangi
-Pengukuhan negatif : rangsangan serta
merta yang tidak selesa atau menyakitkan
yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku
ditunjukkan.

proses atau tatacara untuk melemahkan atau


mengurangkan berulangnya tingkah laku yang
tidak diingini.

Terbahagi kepada dua iaitu hukuman


persembahan dan hukuman penyingkiran

perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan


lupus dengan sendirinya.
Keadaan ini dapat di atasi jika:
-Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat
dikenal pasti.
-Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
-Guru sanggup bersabar dalam menghadapi
proses pelupusan, kerana hasilnya tidak
datang dengan serta merta.

KESIMPULAN
Teori bahaviorisme dikuasai dengan proses

pengulangan.
Kecekapan sesuatu kemahiran akan dikuasai
jika sering berlatih.
Bahasa adalah satu tabiat. Untuk
membentuk biasaan ini latihan dan latih
tubi serta perbualan bahasa juga
diutamakan.
Bahasa tulisan yang dianggap perkara
penting yang kedua dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan

murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan


kemudian baharulah kepada pengajaran membaca
dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah
murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan
struktur bahasa.
Kepelbagaian rangsangan akan mewujudkan
kesan pembelajaran yang menyeronokkan.
Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui
penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. iaitu :
Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran --->
perubahan tingkah laku.

You might also like