You are on page 1of 5

BIL.

JURNAL : MINGGU 8
TARIKH : 13/9/2015 HINGGA 17/9/2015

MASALAH / PERISTIWA :
Masalah Disiplin Murid
Masalah
Dalam era kemodenan dan negara yang pesat membangun ini, seharusnya setiap
individu bersaing untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan, khususnya murid-murid
sekolah. Sewajarnya tiada lagi budaya lepak, malas belajar dan masalah-masalah
disiplin lain yang berlaku di sekolah. Murid-murid seharusnya tahu bahawa pada
merekalah disandarkan harapan negara untuk menjadi contoh tauladan terbaik kepada
generasi akan datang.
Namun begitu, adalah sedikit mendukacitakan apabila hal ini dipandang enteng
oleh segelintir murid-murid SKT (Tahun 3). Sikap sambil lewa terhadap pelajaran
menjadi perkara biasa bagi mereka. Walaupun kehadiran ke sekolah hampir seratus
peratus, namun prestasi akademik dan sahsiah mereka masih berada di tahap lemah
dan membimbangkan. Apa yang lebih menyedihkan, ada di kalangan murid-murid ini
yang masih tidak tahu membaca dan menulis sedangkan pada usia 10 tahun mereka
sewajarnya telah menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran asas ini.
Saya berpendapat berkemungkinan natijah kepada masalah ini (tidak tahu
membaca dan menulis), murid-murid tersebut menjadi tidak berminat untuk belajar dan
sering merasa bosan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Masalah ini adalah masalah yang serius dan harus diberi perhatian dan memerlukan
tindakan segera. Ini kerana kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah
kamahiran asas yang mesti dikuasai olehsemua murid. Sekiranya masalah ini tidak
diberi perhatian lanjut, visi dan misi sekolah adalah suatu yang sia-sia. Lebih malang

lagi seandainya akibat dari masalah ini murid-murid tidak mendapat peluang untuk
memajukan diri pada masa akan datang.
Sebagai seorang guru, saya melihat masalah ini adalah isu yang perlu
ditangani segera. Murid-murid yang berdepan dengan masalah ini seharusnya
ditempatkan di kelas khas bagi proses pemulihan dan pengayaan. Murid-murid harus
diajar mengikut kebolehan mereka, supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas
dalam belajar dalam tempoh masa yang ditetapkan. Melalui program ini, diharapkan
murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran seperti murid-murid lain.
guru kaunseling, guru pemulihan dan semua guru-guru harus mengembling tenaga
untuk memastikan murid-murid ini mendapat sesuatu yang berguna sepanjang
persekolahan mereka.

Analisis masalah
Tidak boleh menguasai kemahiran asas dalam pembelajaran; membaca, menulis dan
mengira adalah masalah yang sering berlaku di mana-mana sekolah baik di sekolah
pinggir bandar apatah lagi di sekolah pedalaman. Maka, kelas pemulihan diwujudkan
bagi membantu murid-murid yang berdepan dengan masalah ini. Menurut Mook Soon
Sang (2003) dalam penulisannya menyatakan:
Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu murid-murid
menguasai kemahiran-kemahiran asas itu...
Beliau turut menjelaskan bahawa:
Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya
mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan
menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat
kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak. Oleh itu, ramai
murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi membantu
murid-murid mengatasi masalah ini, program pemulihan merupakan satu-satunya
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.

Selain dari itu, murid-murid ini sememangnya memerlukan perhatian dan


bimbingan berterusan dari pihak guru. Sekiranya dibiarkan, mereka akan mencetus
satu demi satu masalah bagi mendapatkan perhatian.
Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak
tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah serta tidak berdisiplin ketika belajar.
Mereka mudah terganggu dan mudah berputus asa. Murid-murid ini memerlukan
banyak perhatian dan bimbingan guru samada secara kumpulan kecil atau
individu. (Mook Soon Sang, 2003)

Cadangan
Setelah menganalisa masalah di atas, saya berpendapat bahawa murid-murid ini harus
diberi perhatian segera. Beberapa cadangan perlu diusulkan. Antaranya adalah
tindakan guru bimbingan dan kaunseling serta kolaborasi bersama guru pemulihan
dalam menganjurkan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid
tersebut.
Sebagai guru bimbingan, saya rasa ada baiknya murid-murid yang manghadapi
masalah ini dirujuk dan dihantar ke sesi kaunseling. Di sini, mereka dapat meluahkan
apa yang terbuku di hati, juga dapat menyatakan keinginan dan kehendak sebenar
mereka. Kebiasaannya, ketika sesi kaunseling murid-murid akan menunjukkan
personaliti mereka yang sebenar. Semasa sesi kaunseling, guru bimbingan dapat
meneroka masalah sebenar murid tersebut dan dapat membuat analisa masalah
tersebut. Guru juga boleh melaksanakan program-program yang boleh menyuntik
semangat dan motivasi seperti Program Bina Insan, Program Jati Diri, Program Kerjaya
dan sebagainya. Program- program ini dapat menyedarkan murid-murid tentang
kepentingan ilmu serta cara menjadi murid yang cemerlang. Selain itu, melalui cara ini,
insyaAllah murid akan sedar akan kelemahan mereka dan cuba mencari jalan
penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi khususnya masalah yang melibatkan
kemahiran asas belajar; membaca, menulis dan mengira.

Kemudian, masalah murid boleh dirujuk kepada guru pemulihan dan masalah
ini dapat diatasi dengan berkesan. Bersama guru pemulihan, murid-murid yang
berdepan dengan masalah tidak dapat menguasai tiga kemahiran asas ini akan
menjalani proses pengayaan dan pemulihan khas. Aktiviti-aktiviti yang bakal
dilaksanakan adalah mengikut kebolehan dan prestasi murid. Justeru, besar
kemungkinan minat belajar akan wujud dari semasa ke semasa. Ini kerana murid akan
merasa dihargai dan diberi perhatian oleh guru.
Di samping itu, guru pemulihan harus memainkan peranan dan melaksanakan
tanggungjawb mereka semaksimum mungkin. Melalui kelas-kelas pemulihan yang
dijalankan,

guru

pemulihan

dapat

mengenal

pasti

masalah

masalah

3M

(membaca,menulis dan mengira) melalui pemerhatian, pentafsiran rekod prestasi, profil,


ujian kertas dan pensel, latihan harian serta soal jawab/kuiz. Guru pemulihan juga
dapat menyenaraikan masalah pembelajaran yang dikenal pasti serta dapat mengesan
punca masalah dengan menggunakan ujian diagnostik.
Sementara itu, guru-guru lain juga perlu bersama-sama mengembleng tenaga
dan menyuarakan pendapat dalam menangani masalah ini. Sekiranya semua pihak
bersatu, insyaAllah masalah murid yang keciciran akan segera dapat diatasi.

Tempoh penyelesaian
10/08/2009 hingga 20/08/2009 iaitu selama 11 hari.

Tindakan susulan
Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan
diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Muridmurid juga harus dibantu agar menyedari kelemahan diri dan sanggup berusaha untuk
mempertingkatkan prestasi diri.

Catatan
Masalah 3M ini adalah isu besar dan semakin meningkat dewasa ini di mana ia
memerlukan perhatian dan pertimbangan untuk diatasi segera. Murid-murid adalah
generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan
datang. Mereka juga yang akan menerajui tampuk pimpinan Negara suatu hari nanti.
Maka, setiap masalah yang melibatkan murid (khususnya akademik) harus dipantau
dari semasa ke semasa agar generasi yang akan datang bukan sahaja kental bersaing
malah mempunyai kepakaran yang tidak kurang hebatnya berbanding negara-negara di
luar sana.

Tandatangan pelajar,

Disahkan oleh,

http://bestbnk.blogspot.my/2009/09/penulisan-jurnal-praktikum.html

You might also like