You are on page 1of 4

Agama dan Masyarakat

Encik Azlan Hadi

MASYARAKAT CINA
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia
dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada
zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada
ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman
Dinasti Manchu ( 1644 1911 ) kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan
menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke
Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan
kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir dengan Asia
Tenggara.
Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang
menggalakkkan kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan
tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi
gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke
Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung
membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka.
Agama

yang

dipegang

oleh

masyarakat

Cina

ialah

agama

Buddha.

Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada masyarakat


Cina. Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah preservatuon of the state and the
preservation of the family atau dalam perkataan ialah Hao. Hal ini jelas dilihat daripada
beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng. Oleh kerana dalam
ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah
penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan
supaya mendapat anak secara sah. Taosima merujuk kerada Tao yang bermakna way
atau Principle iaitu jalan kepada yang wujud. Daripada Tao wujud dua prinsip Yin dan
Yang. Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas
mati sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati. Agama Buddha
pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha, kesengsaraan dalam
hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan yang
salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya
dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia
mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka
akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh
kepada cycle of life iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.

Agama dan Masyarakat

Encik Azlan Hadi

Lawatan dan Kunjungan


Semasa mengunjungi rumah orang orang Cina, tetamu sebaik baiknya duduk di
sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah. Minuman ringan
selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu
janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang
kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka
makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab sebab yang sangat penting.

Kelahiran
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung.
Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding
rumah tidak dibernarkan sama sekali. Ibu yang mengandung mesti berjaga jaga supaya
tidak terperanjat dengan benda benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan
selama kira kira sebulan selepas bersalin. Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji
berat badannya. Sebaliknya kata kata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi
dapat diterima.
Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara
mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah hadiah itu
dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila
anak itu berumur satu tahun.

Perkahwinan
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina
mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan
bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk
mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung
zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan
menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa
kemudiannya.
Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila
kanak kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan
peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin.
2

Agama dan Masyarakat

Encik Azlan Hadi

Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi
keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai
kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak anak mereka. Walaupun kini
perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan
ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk
perkahwinan juga penting.
Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa
sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :
1. Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami
isteri yang sah dari segi undang undang.
2. Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin
baru memberi teh kepada ahli ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai
tanda pengenalan antara satu sama lain.
3. Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan kawan akan
dijemput.
Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri
oleh saudara mara yang rapat sahaja.
Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman
perkahwinan itu kepada kawan kawan dan dan saudara mara mereka dengan
mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan
seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu tetamu yang hadir eloklah
memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya baiknya hendaklah
dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna
warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.
Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah
mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut
perkataan perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila
bertutur dengan kedua pengantin itu. Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti
tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah
dibungkus dengan kertas berwarna merah.

Kematian
3

Agama dan Masyarakat

Encik Azlan Hadi

Pelawat pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna warni


sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya baiknya pelawat itu memakai baju
berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya. Apabila seseorang itu
memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih duit kertas dan lain
lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada.
Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si
mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji panji
yang ditulis dengan kata kata pujian kepada si mati.
Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang
merah atau gula gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu
warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau.
Gula gula yang diberi itu boleh dimakan.

You might also like