You are on page 1of 2

1

KAJIAN KES PERANCANGAN KEWANGAN STRATEGIK

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ulu Yam (SJKCUY) ialah sebuah sekolah yang
baharu yang dibina pada tahun 2010. Sekolah ini terletak di luar kawasan bandar di
sebuah negeri tengah semenanjung. Guru besar baharu sekolah ini, Encik Hanson
Chua

telah dilantik sebagai guru besar Gred DG52 pada bulan Jun 2013 dan

dipindahkan ke sekolah ini pada akhir tahun 2015. Setelah dua bulan berkhidmat di
sekolah baharu ini, guru besar sekolah pun membuat keputusan untuk membeli
peralatan-peralatan kegunaan PdP.
Selepas mengadakan mesyuarat dengan Panitia Pendidikan Jasmani, beliau telah
menerima nota minta daripada Encik Jensen Tan yang merupakan Ketua Panitia
Pendidikan Jasmani untuk menempah alat-alat sukan. Alat sukan dan siaraya yang
ingin ditempah oleh Encik Jensen Tan ialah 3 set alat lompat tinggi yang bernilai RM
12,000.00 dan 3 set alat siaraya yang bernilai RM 15,000.00. Maka, Encik Hanson
Chua pun menghubungi syarikat pembekal Win Hoon yang pernah berurus niaga
dengan sekolah lama beliau untuk membuat tempahan.

Pada 5 Februari 2016, jam 10.30 pagi, Encik Hanson Chua pun menandatangani
Pesanan Kerajaan bernombor JAC No. 989616 berjumlah RM12,000.00 dan JAC
No. 989617 yang berjumlah RM 15,000.00 sebagai perakuan penerimaan
pembekalan alat sukan dan siaraya daripada Syarikat Win Hoon kepada SJKC A
sedangkan jumlah nilai sebenar alat sukan dan siaraya yang diterima bagi keduadua Pesanan Kerajaan itu hanyalah RM 8696.20. Perbuatan Encik Hanson Chua
tersebut telah menyebabkan pembayaran berjumlah RM27,000.00 dibuat kepada
Syarakat Win Hoon dan menyebabkan Kerajaan menampung kerugian sebanyak
RM18303.80.

Perbuatan Encik Hanson Chua itu boleh dikatakan sebagai suatu perbuatan yang
tidak bertanggungjawab serta cuai dan oleh itu ia melanggar peraturan 4(2)(g) dan
4(2)(j). Menurut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,
4(2) Seseorang pegawai tidak boleh, (g) tidak bertanggungjawab dan (j) cuai dalam
melaksanakan tugas-tugasnya atau dikenakan hukuman tatatertib iaitu denda
sebanyak 7 hari emolument.

Soalan:
1. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh Encik Hanson Chua?
2. Adakah rayuan boleh dibuat supaya hukuman berat tidak dikenakan?

3. Nyatakan jenis hukuman tatatertip yang patut dikenakan.


Contoh Jawapan:
1. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh Encik Hanson Chua?
Encik Hanson Chua telah berlaku kesilapan dan kecuaian

dalam

menandatangani Pesanan Kerajaan yang bernilai RM27,000.00 dimana


jumlah nilai sebenar hanya RM 8696.20.
2. Adakah rayuan boleh dibuat supaya hukuman berat tidak dikenakan?
Rayuan boleh dibuat supaya hukuman berat tidak dikenakan kerana ia
merupakan kesalahan pertama Encik Hanson Chua selain beliau mempunyai
rekod perkhidmatan yang baik . Selain itu, beliau juga telah menyesali
segala perbuatan yang telah dilakukan dan berjanji akan memperbaiki diri
agar lebih bersedia dan menjadi seorang Guru Besar yang lebih
bertanggungjawab dan berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil.

3. Apakah hukuman tatatertip yang patut dikenakan oleh Encik Hanson Chua?
Encik Chua akan dikenakan hukuman tatatertib iaitu denda sebanyak 7 hari
emolumen.

You might also like