You are on page 1of 18

KEOBJEKTIFAN PENULISAN SEJARAH

Keobjektifan penulisan sejarah merupakan sesuatu yang diimpikan oleh para


sejarawan. Penulisan sejarah sememangnya perlu ditulis secara objektif. 1 Namun,
keobjektifan penulisan sejarah tidak dapat dicapai kerana wujudnya penulisan sejarah
secara subjektif.2
Penulisan sejarah secara objektif diasaskan oleh Leopold Von Ranke (1795-1886).
Bagi Ranke matlamat penulisan sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-kejadian
sebagaimana sebenarnya berlaku (wie es eigentlich gewesen) yang membiarkan faktafakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan sejarawan.3Beliau
menggariskan beberapa panduan seperti mempersembahkan fakta yang tulen, mengikis
prasangka, mengelakkan pengadilan moral dan sebagainya. 4 Melalui kaedah ini beliau
percaya ahli sejarah pasti akan menghasilkan karya sejarah yang objektif. Bagi Lord
Acton(1834-1902) menyatakan bahawa biarlah gambaran para sejarawan tentang sesuatu
peristiwa itu serupa sahaja dan memuaskan hati setiap pihak tanpa sebarang perasaan
subjektif atau sikap berat sebelah(bias).5 Ini membuktikan perjuangan Ranke untuk
menulis sejarah secara objektif diteruskan oleh sejarawan yang lain.
Pendapat Ranke ditentang oleh golongan Relativisme, yang terdiri daripada
Charles Beard dan Carl Becker dari Amerika Syarikat yang menulis sejarah secara
1

Objektif mengikut Kamus Dewan ialah kenyataan berasaskan kepada fakta yang sebenarnya dimana fakta
tersebut tidak dipengaruhi oleh perasaan dan prasangka diri sendiri. Kamus Dewan edisi keempat, 2005.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.1092.
2
Subjektif mengikut kamus dewan ialah fakta yang terbit berasaskan pandangan orang atau pihak yang
melihat atau menilai peristiwa tersebut. Kamus Dewan edisi keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm. 1529.
3
Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm. 106.
4
K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr.R Suntharalingam), 1995. Isu-isu Pensejarahan.Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia. hlm.44.
5
Abdul Rahman Haji Abdullah, op. cit, hlm. 106.

subjektif. Menurut Beard, Ranke sebenarnya tidaklah menulis sejarah objektif, bahkan
cuma menulis sejarah politik sahaja dan malah cuba mempertahankan kepentingan kelaskelas konservatif yang berkuasa di Eropah.6 Charles A. Beard(1874-1948) pula
menegaskan bahawa sejarah ialah pemikiran sezaman mengenai masa lampau. Ia
merupakan hasil penulisan ahli sejarah yang mempunyai kepercayaan, nilai-nilai, atau
prasangka yang dipengaruhi oleh pengalaman zaman tertentu. Bagi Beard, objektiviti
dalam sejarah merupakan satu impian sahaja. Beliau menyatakan sejarah tidak boleh
menjadi objektif selagi ahli sejarah tidak dapat memisahkan dirinya secara mutlak
daripada subjek yang dikaji.7 Carl L Becker(1873-1945), sarjana yang sealiran dengan
Beard juga mengakui pemisahan mutlak adalah di luar keupayaan semua bidang
empirikal termasuk sains semulajadi. Bagi Carl Becker misalnya, beliau menganggap
bahawa penulisan sejarah ditentukan oleh ahli sejarah sendiri, yang mempunyai akal
fikiran, tujuan, pemilihan dan kecenderungan yang berasaskan pengalamannya pada
zaman tertentu.8 Ini kerana, Becker menghujah, peristiwa sejarah sudah tidak ada lagi
tetapi hanya wujud dalam pemikiran ahli sejarah sahaja.9 Hujah Beard dan Becker,
walaupun nampaknya meyakinkan, hanya mencerminkan satu sikap negatif. Ini kerana,
pemisahan mutlak antara subjek dengan objek tidak boleh digunakan untuk mengukur
keobjektifan penulisan sejarah.

Perkembangan penulisan sejarah objektif dibahagikan kepada dua zaman iaitu


zaman klasik dan zaman moden. Sejarawan pada zaman klasik hanya berusaha untuk
menulis sejarah secara objektif tetapi pada hakikatnya perkembangan penulisan
6

Ibid, hlm. 108.


K. Anbalakan, op. cit,hlm.45.
8
Ibid, hlm.108.
9
K. Anbalakan, loc. cit.
7

dipelopori pada suku pertama kurun ke-19 iaitu Leopold Von Ranke. Tokoh pada zaman
klasik yang menulis sejarah secara objektif ialah Herodotus (484-424 S.M) dan
Thucydides (460-400 S.M). Herodotus dalam karyanya iaitu Histories atau Sejarah
Perang Parsi. Dalam karyanya, beliau telah menyaksikan sendiri tempat-tempat berlaku
pertempuran, menemuduga saksi-saksi dengan melawat dan menemui mereka yang
terlibat dalam peperangan serta menggunakan bahan-bahan bertulis seperti babad-babad
Greek, karya-karya Hecateus dan sebagainya. 10 Tujuan Herodotus cuba menulis sejarah
secara objektif adalah untuk merakamkan kegemilangan Greek dalam menghadapi Parsi,
agar ia tidak dilupakan oleh generasi akan datang dan untuk mengesan sebab-sebab orang
Greek dan Parsi berperang. Thucydides yang muncul tidak lama kemudian berusaha
menulis karya sejarah secara objektif. Karyanya tentang Perang Pelopponesia merupakan
sejarah sezamannya. Beliau memilih untuk menulis sejarah sezaman kerana berasa hanya
bagi sejarah sezaman sahajalah ahli sejarah dapat memberi jaminan bahawa apa-apa yang
ditulis itu adalah benar.11 Kaedah yang digunakan oleh Thucydides untuk menulis sejarah
secara objektif adalah sama dengan kaedah yang digunakan oleh Herodotus.
Perkembangan penulisan objektif dimantapkan lagi pada zaman moden, iaitu oleh
John Locke (1632-1704) dan Auguste Comte (1798-1857). John Locke yang berasal dari
Wrington, England membawa aliran Empirisisme yang menghasilkan teori pengetahuan
melalui sumber pancaindera. Manakala Auguste Comte pula berasal dari Montepellier,
Perancis. Antara karya beliau yang terkenal ialah Sistem Filosofi Positif(1824). Beliau
membawa aliran positivisme yang menganggap bahawa yang bererti itu hanya dapat
dibuktikan secara empirik dan saintifik.12 Tradisi itu menjadi asas kepada Leopold Von
10

Abdul Rahman Haji Abdullah, 2000. Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur .Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. hlm.11.
11
K. Anabalakan, loc. cit.
12
Abdul Rahman bin Haji Abdullah, op. cit, hlm.162.

Ranke untuk memperkembangkan penulisan sejarah secara objektif. Ranke yang


dilahirkan di Wieche, Saxony, Jerman dianggap sebagai bapa pensejarahan moden kerana
menggunakan kaedah saintifik dan objektif dalam kajian sejarahnya. Penulisan sejarah
yang dilaksanakan Ranke sentiasa panjang dan terperinci yang melambangkan percubaan
beliau merealisasikan teori sejarahnya melalui kaedah yang kritis. Sejarawan yang
terpengaruh dan kemudian meneruskan pandangan Ranke ialah Lord Acton, J.B. Bury
dan Fustel de Colenges. Coulanges berpendapat sejarah adalah sains dan sepatutnya
demikian. Pendapat beliau dimantapkan lagi oleh J.B Bury. J.B Bury (1861-1927)
mengatakan bahawa sejarah adalah sains, tidak kurang dan tidak lebih.13

Pada awal kurun ke-20, pengaruh Ranke mula luntur disebabkan oleh sarjana dari
Amerika Syarikat iaitu Charles Beard dan Carl Becker yang mempersoalkan keupayaan
ahli sejarah untuk menghasilkan karya sejarah yang objektif. Mereka menyatakan bahawa
kebenaran dalam sejarah bukanlah bersifat objektif tetapi relatif. Dengan berlakunya
perbezaan pandangan antara golongan objektiviti dengan realitivisme ini telah
menyebabkan berlakunya penulisan sejarah secara subjektif. Di antara tokoh terkenal
yang menulis sejarah secara subjektif ialah Benedetto Croce (1866- 1952) dan R.G
Collingwood (1889-1943). Mengikut Croce, beliau menegaskan bahawa semua sejarah
ialah sejarah sezaman. Ini bermaksud bahawa sejarah pada dasarnya terdiri daripada
melihat masa lampau melalui kaca mata masa kini dan dalam hubungannya dengan
masalah-masalah dan bahawa kerja utama ahli sejarah bukanlah untuk mencatat tetapi
untuk menilai.14 Croce mendapat tempat yang meluas di Perancis dan Great Britain
13

Muhd. Yusof Ibrahim, 2000. Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 24.
14
E.H. Carr (terjemahan oleh Ab. Rahman Haji Ismail), 1988. Apakah Sejarah?. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. hlm. 17.

kerana beliau seorang pemikir yang lebih halus berbanding sejarawan Jerman terdahulu.
Manakala bagi Collingwood, beliau menganggap bahawa semua sejarah ialah sejarah
pemikiran yang memerlukan sejarawan menggambarkan kembali dalam fikirannya
pengalaman-pengalaman yang lalu. Pandangan Collingwood dalam The Idea of History
(1945) dapat diringkaskan seperti berikut. Masa lampau yang dikaji oleh ahli sejarah
bukanlah suatu masa lampau yang telah mati tetapi suatu masa lampau yang dari
beberapa segi masih hidup pada masa kini. Tetapi sesuatu tindakan masa lampau itu
sudah mati iaitu tidak bermakna apa-apa kepada ahli sejarah kecualilah sekiranya dia
dapat memahami pemikiran yang ada di belakangnya. Dengan demikian, semua sejarah
adalah sejarah pemikiran dan sejarah adalah pembentukan semula dalam fikiran ahli
sejarah tentang pemikiran sejarah yang sedang dikaji olehnya.15

Antara ciri penulisan sejarah secara objektif ialah tidak berat sebelah. Penulisan
sejarah tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan sejarawan itu sendiri. Ia perlulah
berasaskan sumber dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ini bererti seorang ahli
sejarah tidak boleh membiarkan perasaan peribadinya bermaharajalela semasa
menjalankan kajian.16 Ini merupakan satu tugas yang agak susah tetapi tidak mustahil jika
ahli sejarah sedar tentang ketidakupayaan dirinya untuk memisahkan secara mutlak
daripada perkara yang dikaji serta kesan yang akan berlaku jika perasaan berat sebelah
tidak dapat dikawal. Dengan kesedaran untuk mengelakkan perasaan berat sebelah ini,
maka sejarawan dapat menulis sejarah secara objektif. Perasaan ragu-ragu dan seperti
yang diketahui semua melalui pengalaman sendiri menyebabkan berlakunya berat

15
16

Ibid, hlm. 18.


K. Anabalakan, op. cit, hlm. 46.

sebelah.17 Menurut pendapat Ibn Khaldun pula kesemua catatan sejarah, oleh sifatnya itu
sendiri, tidak bebas dan kekeliruan, bahkan catatan itu mengandungi faktor yang akan
menuju ke arah kekeliruan.18 Ibn Khaldun dalam bukunya Muqaddimah ada memberi
tujuh sebab mengapa penulisan sejarah tidak dapat ditulis secara objektif. Salah satu ciri
tersebut ialah adanya fakta bahawa terdapat manusia cenderung unuk mengambil hati
orang-orang yang berpangkat besar dan orang yang berkedudukan tinggi dengan cara
memuji-muji, menyiarkan kemasyhuran, membujuk-bujuk, menganggap baik segala
perbuatan mereka dan memberi tafsiran yang selalu menguntungkan terhadap semua
tindakan mereka.19 Ini jelas menunjukkan sikap sejarawan yang berat sebelah dengan
mempunyai maksud di dalam diri bagi kepentingan dirinya. Dengan ini sejarawan perlu
berusaha untuk tidak mencampurkan perasaan dan fikiran semasa menghasilkan sesuatu
karya.

Ciri seterusnya ialah mengkaji sumber dengan proses penyelidikan sistematik.


Sejarawan harus memahami dan mengamalkan proses penyelidikan yang sistematik
kerana teknik inilah yang akan memandu sejarawan dalam penghasilan karya sejarah
yang objektif. Sejarah ada mengemukakan kaedah dan teknik penyelidikannya yang
tersendiri. Dengan cara ini, dapat memudahkan sejarawan menyusun matlamat dan
struktur penyelidikan serta penulisan agar dapat menepati kriteria-kriteria yang
diperlukan dalam pengarangan sesebuah karya sejarah.20 Ini amat penting untuk
menghasilkan satu penyelidikan yang sistematik tanpa berlaku kepincangan. Perancangan
17

W. H. Walsh, 1967. An Introduction to Philosophy of History. London: Hutchinson Uniersity Library


London. hlm. 99-100.
18
Muhd. Yusof Ibrahim, op. cit. hlm.195.
19
Ahmad Thobie, 2001. Ibn Khaldun Muqaddimah. Jakarta: Penerbit Pustaka Firdaus, hlm. 58.
20
Belcher Bala, 2000, Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Selangor: Pusat Pengajian Jarak Jauh
Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm.48.

yang teratur dan teliti diperlukan semasa penyelidikan dijalankan. Perancangan ini terdiri
daripada langkah penyelidikan yang tersusun dengan sistematik bagi memudahkan proses
penyelidikan

dilaksanakan.

Menurut

Garragham

terdapat

tahap

utama

dalam

penyelidikan sejarah iaitu mencari sumber maklumat untuk dikerjakan(heuristik), menilai


sumber-sumber dari sudut pandangan nilai kebuktiannya(kritisme) dan pernyataan rasmi
tentang penemuan-penemuan (sintaksis) heuristic dan kritisme termasuk pengumpulan
data-data sejarah dan membentangkannya berasaskan objektif dan kesignifikasinya. 21
Oleh itu sejarawan perlu meneliti sumber yang diperolehi agar dapat disahkan sama ada
sumber tersebut sumber asli atau sumber kedua.

Selain daripada itu ciri berikutnya ialah menggunakan sumber utama dan benar.
Sejarawan seharusnya mendapatkan dan menggunakan sumber utama dan benar, sumber
yang diselewengkan ataupun dipalsukan tidak boleh dijadikan sumber sejarah. Oleh itu
sejarawan perlu menganalisis untuk memastikan sama ada sumber tersebut sumber asli
atau tidak. Selain daripada itu, melalui sumber ini sejarawan juga mendapat dan
menentukan fakta yang diperlukan dan juga penerangan yang berkaitan dengan fakta
tersebut. Sumber asli dalam bidang sejarah dibahagikan kepada dua jenis iaitu sumber
primer dan sumber sekunder.22sumber primer merupakan sumber yang masih asli dan
masih belum ditafsirkan lagi termasuklah dokumen-dokumen awam, undang-undang dan
sebagainya. Selain daripada itu, artifak-artifak yang dijumpai dalam proses carigali juga
tergolong dalam sumber ini.

21
22

Bilcher Bala, loc. cit.


Ibid, hlm.64.

Menganalisis sumber secara kritis dan jujur merupakan salah satu ciri yang perlu
ada dalam menulis sejarah secara objektif. Sejarawan perlu bersikap jujur terhadap
sumber sejarah agar maklumat yang diperolehi masih kekal. Sejarawan tidak boleh
mengenepikan matlamat dan semangat untuk kebenaran agar tidak berlakunya salah tafsir
fakta. Oleh itu semasa melakukan pentafsiran dan penerangan, sejarawan perlulah
berfikiran terbuka iaitu dengan berpandukan sumber semata-mata dan bukannya
didasarkan oleh ideologi, motif dalam diri, desakan-desakan, memenuhi permintaan
seseorang dan sebagainya sehingga memyebabkan penulisan itu berat sebelah dan juga
tidak objektif.23 Dengan itu sejarawan tidak boleh mendiamkan diri apabila berlakunya
kesalahan dalam maklumat. Ini diusulkan oleh Barzun(1977) yang menyatakan seorang
penyelidik yang tidak mencatat apa yang benar dengan penuh ketulusan hatinya, maka
penyelidik itu menjadikan keputusan sesuatu peritiwa yang direkodkan itu sebagai tidak
sah.24 Bagi menganalisis sumber secara kritis terdapat dua cara iaitu kritikan luar dan juga
kritikan dalaman. Kritikan luaran ialah usaha untuk mengesahkan ketulenan sesuatu
sumber asli dari sifat luarannya iaitu yang lain dari yang keterangan isi kandungan
sumber tersebut. Manakala kritikan dalaman pula tentang kemunasabahan keterangan
atau perihal yang boleh dipercayai atau tidak boleh dipercayai. Tujuan kritikan sumber
dilakukan ialah untuk menentukan keaslian sumber.25 Selepas dapat menentukan
ketulenan sumber maka tafsiran maklumat akan dilakukan bagi menghasilkan karya yang
bersifat objektif.

23

Mohd. Yusof Ibrahim, loc. cit.


Bilcher Bala , hlm. 35.
25
Ibid, hlm. 66.
24

Antara ciri-ciri dalam penulisan sejarah yang subjektif ialah sikap sejarawan itu
sendiri yang telah menanamkan sikap subjektif dalam dirinya. Sikap subjektif ini
sebenarnya telah wujud di dalam diri sejarawan itu sendiri sejak awal-awal lagi. Hal ini
jelas dalam menjawab sesuatu persoalan pasti terdapat lebih daripada satu jawapan
daripada ahli sejarawan. Menurut E.H. Carr, misalnya menyatakan sudah menjadi tugas
ahli sejarah untuk mencari semua sebab-musabab yang mencetuskan sesuatu peristiwa
dan mengaturnya dengan hierarki yang munasabah agar ia dapat menjelaskan apa-apa
yang sebenarnya yang berlaku beliau menyatakan bahawa semasa susunan itu dilakukan,
yang dianggap sebab utama didahulukan dan dianggap sebagai sebab sampingan
dikemudiankan. Semasa penghuraian pula, faktor utama itu dijelaskan dengan terperinci
dengan faktor-faktor sampingan itu dikaitkan juga.26 Maka, dengan memilih faktor utama
dan faktor sampingan tersebut dan menyusunnya mengikut kepentingan sudah pun
menonjolkan sifat subjektif sejarawan tersebut yang menyokong isinya sendiri sejak awal
lagi. Begitu juga dalam menerangkan pengertian sejarah, ahli sejarawan pastinya
mempunyai pandangan yang berbeza terhadap pengertian sejarah. Pengertian sejarah bagi
mereka yang bersikap objektif cenderung memilih pengertian sejarah sebagai kisah-kisah
yang berlaku pada masa lampau.Hal ini pula berbeza bagi sejarawan yang bersikap
subjektif menganggap sejarah sebagai sesuatu kajian atau penyelidikan yang dilakukan
oleh sejarawan. Sebenarnya dengan memilih salah satu antara dua takrif ini, maka sejak
awal-awal lagi sejarawan sudah menonjolkan subjektivitinya.
Ciri seterusnya dalam penulisan sejarah yang subjektif ialah motif dalam diri
sejarawan yang mempunyai hasrat ataupun tujuan tertentu dalam penulisannya. Sebagai
contohnya, Abdullah Munsyi, cendekiawan Melayu kurun ke-19 yang terbilang. Telah
26

E. H. Carr( terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail), op. cit. hlm. 93-97.

menulis sebuah rikwayat dirinya berjudul Hikayat Abdullah, kerana ingin memenuhi
permintaan seorang sahabat karibnya. Dalam karya sejarah tradisional kita yang paling
tersohor, iaitu Sulalatus Salatin yang telah diperbaiki oleh Tun Seri Lanang pada T.H.
1021 untuk mendapat unsur-unsur yang subjektif itu termuat dengan jelasnya. Misalnya,
terdapat beberapa kisah yang dengan jelas dimuatkan untuk menganggungkan raja
memerintah itu. Salah satu daripada contohnya ialah kisah Raja Cina, yang terkena sakit
gatal seluruh tubuh yang hanya boleh diubati dengan kaki Sultan Mansur Syah.

Setelah beberapa lamanya di jalan maka sampailah ke benua Cina. Maka surat
dan air basuh kaki Raja Melaka itu pun diarak ke dalam. Tiadalah sempat Raja Cina membaca
surat itu lagi; air basuh kaki Sultan Mansur Syah itu disantap, dimandi dan dibasuhkan muka
baginda. Maka dengan sesaat itu juga penyakit kedal tubuh baginda itu pun hilanglah. Maka
Raja Cina pun sembuhlah , dan baginda bersumpah tiada mahu disembah oleh segala anak cucu
Raja Ujung Tanah datang sekarang . Maka, titah Raja Cina, Segala anak cucu kita jangan lagi
berkehendak disembah Raja Melaka datang kepada anak cucu Raja Melaka, kadar muafakat
berkasih-kasih jua.27

Hal ini jelas yang menunjukkan penulis ingin mengagung-agungkan kuasa Raja
Melaka, iaitu Sultan Mansur Syah dalam penulisannya.

Di samping itu, ciri penulisan yang subjektif yang berikutnya adalah terdapat
sentimen memihak kepada sesuatu pihak dalam penulisan. Antara sejarawannya ialah
R.O. Winstedt, yang walaupun banyak menyelidik serta menulis sama ada tentang

27

Abdul Samad bin Ahmad, 2003. Sulalatus Salatin . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 128.

10

kesusasteraan mahupun sejarah tanah air kita, tetapi beliau lebih percaya kepada catatan
orang Barat sendiri daripada bahan tempatan itu sendiri.28 Beliau hanya menulis melalui
tanggapan ataupun perasaannya sahaja. Begitu juga dengan Frank Swettenham, beliau
menulis tentang apa yang dianggapnya sebagai The Real Malay, kebanyakan dalam
penulisannya adalah berdasarkan pemerhatiannya sahaja. Selain daripada Frank
Swettenham, R. J. Wilkinson juga menunjukkan penulisan subjektif yang jelas di dalam
penulisannya. Beliau pernah mengatakan bahawa pertarungan di antara Hang Tuah
dengan Hang Jebat itu sedikit pun tidak menarik minat citarasa orang Eropah. J. F. A Mc
Nair juga merupakan salah seorang daripada orang Barat yang menulis tentang sistem
politik orang Melayu Tradisional, penulisannya adalah lebih kepada tanggapannya sendiri
daripada menggunakan atau merujuk kepada masyarakat tempatan itu sendiri. Dapat
disimpulkan bahawa terdapat sejarawan menulis dengan berdasarkan anggapan peribadi
mereka yerhadap sesuatu peristiwa.

Komited terhadap agama dan ideologi tertentu juga merupakan salah satu
daripada penulisan yang subjektif. Akibat terlalu taksub dengan agama dan ideologi
masing-masing telah menyebabkan lahirnya pelbagai penulis yang subjektif. Ada di
antara sejarawan yang mengambil kesempatan dengan menjalankan dakwah dan
menyebarkan ideologi tertentu. Dalam pensejarahan Kristian umpamanya, tujuannya
tidak lain adalah untuk menegakkan kesucian ajaran Kristian.29 Masih terdapat juga
sejarawan zaman moden yang berpegang teguh kepada ajaran-ajaran moral Kristian. Oleh
yang demikain, beliau menganggap penyingkiran orang-orang Arab Palestin oleh Israel

28
29

Mohd. Yusof Ibrahim, op. cit. hlm.233.


Abdul Rahman Haji Abdullah, op. cit. hlm. 109.

11

sama ganasnya dengan pembunuhan enam juta Yahudi oleh golongon Nazi. Selain itu,
karya-karya sejarawan komunis pastinya lebih kepada model Marxis, ia megandungi
propaganda Marxisme dan polisi-polisi komunisme. Dengan ini dapat ditafsirkan bahawa
penulisan sejarah secara subjektif dipengaruhi atau berasaskan ideologi dan juga agama.
Ini kerana terdapat sejarawan menggunakan sejarah untuk menyebarkan dakwah dan
propaganda.

Bagi menulis sejarah secara objektif, terdapat pelbagai halangan dan ini
menyebabkan penulis terpesong lalu karya yang dihasilkan bersifat subjektif. Antara
halangan untuk menulis sejarah secara objektif ialah sikap berat sebelah. Kegagalan
sejarawan untuk memisahkan antara objek dan subjek menyebabkan penulisan bersifat
subjektif berlaku. Sejarawan perlu mengabaikan fikiran dan perasaan sejarawan itu
sendiri. Ini dapat dilihat dalam penulisan Tuhfat An-Nafis yang bersifat berat sebelah. Ini
kerana Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad lebih memihak kepada orang Bugis. Selain itu
beliau juga memperkecilkan Raja Kecik dari Siak. Kecenderungan Raja Ali Haji terhadap
semangat Bugis menyebabkan beliau lebih menggambarkan tentang kehandalan
pahlawan-pahlawan Bugis yang sememangnya handal dalam peperangan sehingga
mereka dapat memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan kerajaan Johor.30 Walaupun
Raja Ali Haji menyatakan tentang penentangan orang melayu yang dipimpin oleh Raja
Kecik dari Siak terhadap orang Bugis, namun beliau bersikap berat sebelah dengan tidak
menceritakan penentangan Sultan Sulaiman terhadap Bugis. Dalam Tuhfat An-Nafis
terdapat susunan tentang peperangan antara Raja Kecik dengan opu-opu Raja Bugis. 31
30

Arbaiyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 125.
31
Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji(editor Virgina Matheson),1997. Tuhfat An-Nafis, Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, hlm. 149-150.

12

Jelas disini sikap untuk mengagung-agungkan orang yang mempunyai pangkat telah
menyebabkan penulisan sejarah bersifat berat sebelah.

Halangan yang kedua ialah pemesongan kerana motif dalam diri. Jika dilihat
sebab pemesongan ini berlaku kerana motif tertentu seperti untuk mengekalkan
kekuasaan dengan memperkecil-kecilkan keadaan. Namun tidak semua penulis
menonjolkan motif ini dengan ketara dalam penulisannya. Penulis seperti Frank
Swettenham, merupakan penulis yang terkenal dengan beberapa kenyataan sehingga
menimbulkan persoalan di kalangan bangsanya sendiri dan juga kepada orang Melayu.
Antara kenyataan yang di keluarkan sehingga menimbulkan kontroversi ialah beliau
mengatakan orang melayu tidak mempunyai institusi politik dan secara semulajadinya
orang Eropah lebih pandai berbanding orang Melayu.32 Ini jelas tidak benar serta
menunjukkan beliau menulis sejarah hanya berdasarkan pemerhatian sahaja dan
bukannya melalui penyelidikan terhadap sumber sejarah. Selain beliau terdapat juga
penulis sejarah lain seperti Harry Ord yang menulis tentang keadaan Tanah Melayu
selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Beliau menceritakan bahawa pergolakkan
yang berlaku di Tanah Melayu telah menimbulkan simpati orang British sehingga mereka
bertindak untuk campur tangan di Tanah Melayu.
Selain itu terdapat juga

sejarawan yang mentafsir sumber sesuka hati.

Pengumpulan fakta merupakan langkah pertama dalam usaha menghasilkan sejarah yang
objektif. Jika langkah ini tidak dapat dijalankan maka penulis tidak berjaya menghasilkan
karya sejarah yang objektif. Tafsiran atau interprestasi yang akan dikemukakan oleh ahli
sejarah akan dibuat berpandukan kepada fakta-fakta yang diperolehinya. Interprestasi
32

Mohd. Yusof Ibrahim, op. cit, hlm. 204.

13

yang dibuat tanpa fakta yang mencukupi pasti akan ditolak sebagai kurang munasabah.
Sebaliknya bilangan fakta yang banyak tidak semestinya menjadikan sesuatu tafsiran itu
objektif.33 Kekurangan fakta sejarah telah menyebabkan cuba membuat spekulasi sendiri
dan juga mengusulkan teori agar dapat mengukuhkan sesuatu peristiwa. Ini dapat dilihat
tentang tarikh pembukaan Melaka dan juga raja pertama yang memerintah Negara
berdaulat itu. Mengikut Sejarah Melayu

raja pertama yang membuka melaka ialah

Iskandar Syah tetapi menurut sumber Cina pula mengatakan Parameswara ialah orang
yang membuka Melaka.34 Bagi tarikh pembukaan Melaka pula, tidak terdapat sumber asli
yang membuktikan tarikh tersebut. Mengikut R. O. Winstead, berdasarkan sumber
daripada Gadinho de Eredia ialah pada 1398. Manakala R. J Wilkinson menyatakan ia di
buka pada kurun ke13. Ini jelas menunjukkan kekurangan bukti menyebabkan pelbagai
tafsiran telah berlaku.

Halangan seterusnya yang menghalang keobjektifan penulisan sejarah ialah


tafsiran yang di pesongkan. Terdapat sejarawan yang cuba menyembunyikan fakta
kebenaran dengan motif tersendiri. Menurut Ibn Khaldun setiap sejarawan bersikap jujur
pada diri sendiri dengan mengungkapkan perkara yang sebenarnya berlaku ialah dengan
memisahkan kebenaran daripada kesilapan dengan membuat penyelidikan setiap fakta
yang diterimanya.35 Hal ini penting, jika sejarah yang ditulis tanpa meihat kebenaran,
maka sejarah yang ditulis itu kurang bermutu. Tafsiran yang dipesongkan ini dapat dilihat
dalam penulisan sejarah mengenai dasar campur tangan kepada dasar tidak campur
tangan British di Tanah Melayu. Sebab campur tangan British di tanah melayu terdapat
33

K. Anabalakan, op. cit. hlm. 47


Mohd. Yusof Ibrahim, op. cit. hlm. 207.
35
Arbaiyah Mohd Nor, op. cit. hlm.194.
34

14

dua iaitu keadaan huru-hara dahsyat yang berlaku di Tanah Melayu sehingga
menyebabkan pedagang Cina tidak dapat menjalankan perdagangannya. Manakala sebab
yang kedua pula seperti yang disuarakan oleh Frank Swettenham iaitu akibat huru-hara
itu menyebabakan orang Inggeris simpati dan kasihan dan seterusnya mereka
menghulurkan bantuan.36 Jika dilihat disini, tafsiran yang dipesongkan dapat dilihat
apabila penulis hanya memberi sebab bagi suatu peristiwa sejarah yang berlaku bagi
sebelah pihak sahaja. Mereka tidak menyatakan sebab yang berlaku di Eropah yang
mendorong perluasan kuasa di Asia Tenggara.

Kesimpulannya, penulisan sejarah mestilah bersifat objektif. Ini adalah untuk


membuktikan kesahihan dan kewibawaan sesuatu fakta. Terdapat beberapa tokoh yang
menulis sejarah secara objektif iaitu John Locke, Auguste Comte dan Leopold Von
Ranke. Pelbagai karya telah ditulis oleh tokoh-tokoh ini secara objektif. Penulisan sejarah
yang objektif akan membiarkan dokumen bercakap dengan sendirinya. Ini bermakna para
sejarawan tidak memerlukan penjelasan untuk menulis sesuatu sejarah. Penulisan sejarah
yang objektif haruslah mempunyai ciri-ciri seperti tidak berat sebelah, mengunakan
sumber yang dikaji dengan menggunakan proses penyelidikan yang sistematik,
menggunakan sumber utama yang benar dan sumber dianalisis secara kritis dan jujur.
Dengan adanya ciri-ciri ini, penulisan sejarah dapat ditulis secara objektif oleh sejarawan
tanpa sebarang halangan. Antara halangan untuk mencapai keobjektifan penulisan sejarah
ialah sikap berat sebelah, mempunyai motif dalam diri, mentafsir sesuka hati dan terdapat
tafsiran yang dipesongkan. Namun begitu, pendapat tokoh-tokoh sejarawan aliran
objektif telah disangkal oleh tokoh-tokoh lain seperti Charles A. Beard dan Carl L.
36

Mohd. Yusof Ibrahim. op. cit. hlm. 200-201

15

Becker ini menyebabkan wujudnya penulisan sejarah secara subjektif. Antara ciri-ciri
penulisan sejarah secara subjektif ialah sikap sejarawan itu sendiri, motif dalam diri,
sentiment memihak dan komited terhadap agama dan ideologi.

BIBLIOGRAFI

Abd. Rahman Hj. Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abd. Rahman Hj. Abdullah, 2000. Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan TImur.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributributors Sdn. Bhd.

16

Abdul Samad Ahmad, 2003. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ahmad Thobie, 2001 Ibn Khaldun Muqaddimah. Jakarta : Penerbit Pustaka Firdaus.

Anabalakan. K, 1995. Isu-isu Pensejarahan(esei penghargaan kepada Dr. R.


Sutharalingam). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Arbaiyah Mohd. Noor 2002, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Bala. B, 2000. Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Selangor: Pusat Pengajian Jarak
Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Carr E. H. (terjemahan oleh Abd Rahman Hj. Ismail),1988. Apakah Sejarah? Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan edisi ke-4,2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim,2000. Ilmu Sejarah Falsafah Pengertian dan Kaedah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji(editor Virgina Matheson),1977. Tuhfat An-Nafis.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Walsh W.H. 1967. An Introduction to Philosophy of History. London: Hutchinson


University Library London.

18

You might also like