You are on page 1of 14

971231-07-5336

1.0 PENGENALAN
Ramai yang menyedari masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang bersatu di
bawah lembayung negara yang makmur iaitu, Malaysia. Namun yang demikian, peratusan
yang mengetahui kesemua suku yang menjadi penduduk di Malaysia masih boleh dibilang
dengan jari. Ramai yang tidak mengetahui bahawa rumpun masyarakat Melayu terdiri
daripada beberapa suku kaum yang berbeza.
Etnik Banjar merupakan salah satu kaum yang terdapat dalam rumpun masyarakat Melayu.
Walaupun sejarah kedatangannya hampir sama dengan masyarakat Jawa namun, ramai yang
tidak mengetahui mengenai etnik Banjar ini . Seperti etnik lain, etnik Banjar juga merupakan
masyarakat yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini . Tradisi
Banjar serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak.
Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional antara ketiga-tiga
kaum tersebut.

971231-07-5336

2.0 SEJARAH KEDATANGAN ETNIK BANJAR KE TANAH MELAYU .


Sebenarnya Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimantan,
Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah Banjar Masin, iaitu
pusat bandar daerah itu yang terletak di bahagian tenggara Borneo. Di antara daerah-daerah
utama tempat asal usul orang Banjar tersebut ialah dari daerah Balangan, Amuntai, Alai,
Hamandit, Margasari dan Martapura. Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumatera
Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat yang terkenal sebagai kawasan penanaman padi.
Oleh demikian, ramai yang berpendapat bahawa mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu
adalah merupakan petani-petani yang mahir dalam

penanaman padi. Di samping itu,

pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan berniaga juga dikatakan mahir
dilakukan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka dari suku-suku bangsa
lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara barat Banjar Masin. Masyarakat
ini juga dikenali dengan kemahiran membuat dan peralatan dari besi, seperti peralatan
pertanian dan senjata. Kebanyakan mereka suka tinggal di lembah beberapa buah sungai
seperti di sepanjang lembah Sungai Barito dari Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung
di utara.
Antara maklumat lain, turut dikatakan bahawa Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan
Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga
gelombang migrasi besar. Bagi golongan migrasi pertama, penghijrahan telah berlaku pada
1780 ke Pulau Sumaterai. Etnik Banjar yang menjadi pedagang ketika itu adalah para
penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran
Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai
musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.

971231-07-5336

Bagi golongan migrasi kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke
Pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran
Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat
pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen
Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota
besar di wilayah Kerajaan Banjar. Bagi golongan migrasi ketiga pula, etnik Banjar kembali
melakukan penghijrahan besar-besaran ke Pulau Sumatera pada tahun 1905. Kali ini mereka
terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan
Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda. Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera
khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa,
raja Indragiri sebelum raja yang terakhir.
Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri
Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung
Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau)
yang dikenali sebagai Banjar Melau. Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar ialah
daerah Kerian di negeri Perak Darul Ridzuan. Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu
tidak dapat dipastikan, tetapi menurut Afred Bacon Hudson seorang pengkaji orang Banjar,
migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke-19ii . Penempatan yang awal sekali dapat
dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka dikatakan sering berulang-alik
berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat
dan Singapura. Selain daripada itu Bagan Datoh di Perak juga dikatakan tempat pertapakan
awal masyarakat ini di Tanah Melayu.
Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi menjalankan aktiviti
yang serupa seperti bertani, berkebun getah, kelapa dan sebagainya. Pada masa kini,
masyarakat Banjar boleh didapati di beberapa kawasan pantai barat, terutamanya di kawasan
3

971231-07-5336

penanaman padi seperti di daerah Kerian, Sungai Manik dan Bagan Datoh di Perak, Sabak
Bernam dan Tanjong Karang di Selangor serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah pula, orang
Banjar terdapat di Sandakan, Tenom, Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi
kepada beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah
Balangan, Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah Alai, Nagara dan Kandangan
dari daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura.
Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat asal-usul
mereka di Tanah Banjar.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penghijrahan suku Banjar terutamanya ke Tanah
Melayu. Selain daripada faktor perdagangan, kemiskinan yang mencengkam kehidupan orang
Banjar di tempat asal mereka juga telah mendorong penghijrahan ke Tanah Melayu. Keadaan
mereka di Tanah Banjar agak sukar kerana tanah pertanian mereka sering menghadapi
ancaman binatang buas. Faktor ini ditambah lagi dengan kemelaratan yang dihadapi di bawah
pemerintahan penjajah Belanda yang terlalu menindas masyarakat tempatan dengan pelbagai
cukai dan peraturan yang tidak munasabah. Di samping itu, mereka tertarik dengan
kemakmuran kehidupan di Tanah Melayu pada masa yang iu dikhabarkan oleh pedagangpedagang yang berulang-alik ke Tanah Melayu. Pihak penjajah British di Tanah Melayu pula
amat menggalakkan penghijrahan masyarakat dari Indonesia untuk membuka dan
mengerjakan kawasan pertanian yang baru kerana masyarakat tersebut amat terkenal dengan
sifat tabah dan gigih dalam mengharungi cabaran hidup.
Atas sebab pelbagai tekanan lain, ditambah dengan peluang mengembangkan sumber
ekonomi melalui pertanian yang terbuka di Tanah Melayu menyebabkan ramai terpaksa
berhijrah. Penghijrahan ini sebenarnya berlaku secara berperingkat tetapi semakin hebat pada
pertengahan abad ke-18.

971231-07-5336

Menurut rencana Berita Harian pada 15 Mac 2000 yang ditulis oleh Azrul Affandi Sobry,
orang Banjar sememangnya terkenal dengan karakter tegas iii. Sinonimnya mereka dengan
sifat kepahlawanan bukan hanya omongan kosong yang tiada buktinya. Hal ini terbukti
dengan tindakan mereka meredah lautan meneroka tanah negara orang sudah cukup
menunjukkan keberanian. Golongan masyarakat Banjar kini memonopoli sebahagian
kawasan seperti Kerian, Sungai Manik, Sabak Bernam dan sebahagian kawasan di utara
semenanjung.
Masyarakat Banjar dikatakan panas baran dan tegas. Hal ini mungkin disebabkan oleh
sejarah masyarakat itu sendiri yang berdepan dengan krisis peperangan menuntut hak
mereka. Tambahan pula, orang Banjar memang sejak dulu lagi terkenal dengan sikap
mudah naik radang. Sekiranya seseorang dari luar masuk ke kawasan kampung orang
Banjar dengan memakai kopiah senget, orang kampung akan perbetulkan dan memberi
teguran kerana pemakaian begitu dianggap samseng. Orang Banjar dikatakan gemar
bergaduh dengan masyarakat lain. Mungkin kerana itu, masyarakat ini terpencil dan tidak
bergaul dengan masyarakat lain selain mengalami permasalahan bahasa. Penggunaan
senjata biasanya disebut (lading), parang panjang atau badik jug tidak asing lagi bagi
mereka terutamanya ketika berlaku pergaduhan. Selain itu juga, dipercayai bahawa setiap
keluarga orang Banjar pasti menyimpan sebilah parang panjang di rumah masing-masing
untuk menjaga keselamatan mereka.
Selain itu juga, menurut orang sumber En. Sabran bin Jilani, sebenarnya oran Banjar
memang pantang dicabar. Walaupun sikap itu terbawa-bawa sehingga hari ini, namun
dalam konteks positif di mana mereka terkenal sebagai pesaing hebat dalam semua
bidang. Semantelahan, orang Banjar juga terkenal dengan sikap garang. Sikap garang ini
dikatakan sudah sebati dengan diri masyarakat Banjar. Pisau belati dijadikan senjata wajib
bagi orang Banjar suatu ketika dahulu. Mungkin kerana didikan sejak kecil kerana anak
yang berani akan dipuji.

971231-07-5336

Selain itu juga, penghijrahan masyarakat dari luar, ternyata membentuk struktur hidup
penduduk Malaysia dan ia lebih bergantung kepada kehidupan di tanah asal kedatangan.
Apabila difokuskan kepada orang Banjar ke negara ini, masyarakat ini lebih dikaitkan
dengan orang Jawa yang lebih terarah kepada pemugaran tanah dan mengusahakan
pertanian. Mereka akan memulakan sesuatu perkampungan dengan nama awal Parit,
seperti juga orang Jawa yang menunjukkan mereka sudah memulakan sistem perairan
untuk tanah pertanian.
Di negara ini, orang Banjar dikaitkan dengan sistem tebuk iaitu mereka membina
penempatan di dalam hutan dengan adanya lorong kecil untuk ke perampungan kecil yang
mempunyai sistem pertanian terancang. Orang Banjar tidak memfokuskan kepada satu
jenis tanaman sahaja tetapi mereka akan menggunakan setiap ruang yang ada untuk
menambahkan hasil tanaman dengan tanaman-tanaman yang lain. Selain itu, sebelum
mereka membina rumah, perkara utama yang bakal mereka lakukan adalah membuat parit
yang akan membolehkan semua bekalan air sampai ke semua kebun dan seterusnya sawah
padi di hujung tanah sebelum akhirnya dilimpahkan ke sungai. Hal ini dapat mengelakkan
berlakunya banjir. Manakala sekitar rumah orang Banjar pula akan ditanam dengan
pelbagai tanaman seperti labu di batas sawah, tebu dan kelapa pula untuk mengisi
kekosongan di sekitar rumahnya. Uniknya masyarakat Banjar ini mereka tinggal di dalam
kelompok keluarga yang bermaksud rumah di antara saudara-mara berada di dalam tebuk
yang sama.
Ada logiknya kenapa orang Banjar mempunyai kemahiran di dalam bidang pertanian. Hal
ini kerana faktor geografi di BanjarMasin kerana di sana iklim dan rupa buminya sangat
bersesuaian dengan tanaman tropika. Oleh itu, masyarakat Banjar boleh dibahagikan
kepada dua golongan iaitu golongan pertama hanya berfokus kepada pendapatan hasil
pertanian, manakala golongan kedua adalah mereka yang turut melakukan kerja-kerja

971231-07-5336

sampingan seperti bertukang, menangkap ikan, mencari kayu, rotan, damar dan
sebagainya.

3.0 PERKEMBANGAN ETNIK BANJAR DI KAMPUNG ALOR PONGSU, DAERAH


KERIAN, PERAK.
Menurut Zarina Bt. Othman, kemunculan etnik Banjar di Kampung Alor Pongsu, berasal
dari Bagan Serai, Perak kerana kawasan Bagan Serai yang terletak tidak jauh dar
Kampung Alor Pongsu. Beliau mengatakan bahawa etnik Banjar yang terdapat di Bagan
Serai ada berhijrah di Kampung Alor Pongsu ini. Oleh itu, terdapat etnik Banjar di
kampung itu. Selain itu, terdapat beliau juga menyatakan bahawa keturunan Melayu
sememangnya telah ada sejak nenek moyangnya ketika dahulu. Orang Melayu telah
tersebut telah mengahwini oang Banjar di kawasan Daerah Kerian da telah menetep
sekian lama di Kampung Alor Pongsu, Kerian, Perak.
Menurut beliau lagi, sumbangan yang paling besar dilakukan oleh penduduk awal
kampung ini dahulu dan secara tidak langsung dapat mengembangkan etnik Banjar ialah
sumbangan oleh Ketua Kampung Alor Pongsu ini ketika dahulu iaitu Ketua Kampung
yang pertama ialah Allahyarham En. Mahmudar dan juga merupakan

orang yang

971231-07-5336

menubuhkan nama Kampung ini sekitar tahun 1950. Selepas En. Mahmudar meninggal
dunia, jawatan ketua kampung telah diambil oleh Allahyarham En. Hamsin sekitar tahun
1960. Selepas En. Hamsin meninggal dunia, jawatan itu diganti oleh Allahyarham En.
Daud sekitar tahun 1970. Akhir sekali, jawatan ketua kampung telah diambil oleh
Allahyarham En. Hashim sekitar 1980. Pada sekitar 1990, gelaran ketua kampung ditukar
menjadi penghulu kampung dan jawatan itu diambil oleh En. Baharuddin Bin Omar
sehingga kini di Kampung Alor Pongsu.
Dari segi kemudahan jalan raya yang terdapat di kampung ini, Zarina Bt. Othman
menyatakan bahawa pada sekitar tahun 1950 memang terdapat jalan raya di kampung
tersebut tetapi tidak mempunyai lampu jalan. Hal ini demikian kerana kampung tersebut
mempunyai banyak sumber pertanian seperti pertanian padi, kelapa sawit dan juga getah.
Kemudahan jalan raya ini dibina oleh pihak British sendiri. Dengan adanya kemudahan
jalan raya ini, etnik Banjar yang terdahulu mudah untuk menjalankan aktiviti masingmasing dan banyak lagi perubahan dari segi kemudahan jalan raya yang dibuat oleh piak
kerajaan sehingga Kampung Alor Pongsu pada masa kini terdapat lampu jalan yang
banyak di setiap lorong jalan raya . Hal ini membuktikan di kawasan kampung ini
mempunyai kemudahan jalan raya yang baik.
Menurut belia lagi, dari sudut ekonomi pula, penduduk di Kampung Alor Pongsu sekitar
tahun 1950 menjalani aktiviti pertanian seperti aktiviti penanaman padi, kelapa sawit dan
getah. Majoriti penduduk disitu menjalankan aktiviti penanaman padi. Hal ini dapat
dikaitkan dengan Daerah Kerian yang sememangnya terkenal dengan daerah pengeluaran
padi yang terbesar di negeri Perak Daru Ridzuan. Tambahan pula, Kampung Alor Pongsu
terletak dalam Daerah Kerian maka tidak hairanlah majoriti penduduk kampung tersebut
banyak menjalankan aktiviti penanaman padi. Di samping itu, terdapat juga penduduk
kampung yang menternak lembu, dan dagingnya di jual di pasariv.
Namun pada sekitar tahun 1970, etnik Banjar di Kampung Alor Pongsu mula berubah
pekerjaan seperti bekerja sendiri dan ada juga yang bekerja dengan sektor kerajaan.
8

971231-07-5336

Sumber ekonomi yang terdapat di Kampung Alor Pongsu sudah berubah kearah yang
lebih maju seperti banyak etnik Banjar yang menjadi guru, tentera dan sektor kerajaan
yang lain. Di samping itu, terdapat juga etnik Banjar yang menjadi buruh biasa yang
berpendapatan sederhana. Oleh itu, etnik Banjar yang ada di Kampung Alor Pongsu,
Daerah Kerian pada sekitar tahun 2000 sudah memperolehi sumber ekonomi yang baik
berbanding pada ketika dahulu.
Dari aspek sosial yang beliau nampak di Kampung Alor Pongsu dari sekitar tahun 1950
hingga 2000 ialah etnik Banjar sangat mesra sesama jiran tetangga. Buktinya, ketika
dahulu etnik Banjar di kampung ini mempunyai semangat kekitaan yang tinggi apabila
mengadakan gotong-royong membuat makanan tradisional etnik Banjar iaiu Wadai
Kepeng di kawasan kampung dan semua pihak mengambil bahagian. Selain itu, etnik
Banjar di kampung ini sangat mengambil berat terhadap jagaan anak-anak sehingga
mereka hendak turun ke sawah pun tetap membawa bersama anak mereka dengan cara
Bapukung iaitu budaya turun-temurun yang diamalkan oleh etnik Banjar dari zaman
dahulu lagi. Setiap kali musim menuai padi para etnik Banjar akan menjalankan aktiviti
Berderau iaitu aktiviti yang meraikan hasil penanaman padi yang telah diperolehi. Oleh
itu, hubungan antara jiran pada masa kini masih sama ketika dahulu yang mempunyai
semangat kekitaan.
Selain itu, menurut orang sumber yang pengkaji temui, beliau telah menceritakan serba
sedikit mengenai para etnik Banjar. Beliau juga menambah bahawa kebanyakan anak
muda sekarang tidak mahir di dalam bahasa Banjar. Jika dibandingkan dengan masa
dahulu mereka memang telah mempelajari bahasa ini sejak kecil lagi manakala anak muda
sekarang tidak terlalu didedahkan dengan bahasa ini sehingga mereka tidak tahu untuk
bertutur dalam bahasa ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang mereka telah
berhijrah ke tempat lain dan jarang menggunakan bahasa ini. Namun begitu terdapat
segelintir golongan muda yang boleh memahami bahasa ini tetapi tidak boleh

971231-07-5336

menuturkannya. Hal ini juga telah dinyatakan oleh Dipertua Pertubuhan Banjar Malaysia
(DPBM) Abdul Latif Datuk Masud hanya lebih kurang 60% masyarakat Banjar yang
berumur dalam kalangan 20 tahun ke atas sahaja dapat berutur bahasa ini dengan baikv.

Peta 1 : Kampung Alor Pongsu, Daerah Kerian, Perak


Sumber : https://www.google.com/maps

10

971231-07-5336

4.0 KESIMPULAN
Sebagaimana yang boleh dilihat, orang Banjar di Malaysia khususnya masyarakatmasyakarat di Kampung Alor Pongsu sebagaimana penghijrah dari Indonesia yang lain
seperti orang Jawa, Bugis, Mendailing, Rawa, Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain
lagi, telah mengalami arus perubahan yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan
di negara ini sendiri. Proses asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara
terutama apabila mereka sudah tidak tinggal dalam kelompok lagi bersama-sama dalam
kelompok mereka mahupun apabila berlakunya perkahwinan campur. Melalui
pendokumentasian ilmiah ini, benarlah bahawa masyarakat Banjar sememangnya
merupakan masyarakat yang masih berpegang kepada identiti dan cara hiudpnya yang
tersendiri. Namun yang sedemikian, kami percaya bahawa tetap berpijak pada bumi
Malaysia dan sedia bersama-sama dalam membangunkan negara. Proses asimilasi yang
berlaku tidak menghilangkan identiti mereka dan tidak juga membuat mereka melupakan
tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Maka, kesedaran perlulah dipupuk
bahawa etnik Banjar juga merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu dan perlu
dihormati dan dijaga identitinya.

11

971231-07-5336

BIBLIOGRAFI
Azrul Affendi Sobry, Orang Banjar Warisi Daerah Pejuang , Berita Harian, 12
Mac 2012
Abdul Latif Datuk Masud , Belia Banjar Kurang Kuasai Bahasa , Sinar Harian, i
Jun 2010
Temu bual bersama orang sumber iaitu Zarina Binti Othman
Manual Pentaksian Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah 4, penggal 2 , modul
pelajar 2015

http://hubunganetnik-ipgkpi.blogspot.my/2012/05/etnik-banjar.html
https://www.google.com/maps

12

971231-07-5336

13

iNOTA HUJUNG

Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur,

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd , 2008 .

ii

Mohd Aris Haji Othman , Identiti Etnik Melayu , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,

2001.

iii Azrul Affendi Sobry, Banjar Warisi Darah Pejuang, Berita Harian, 12 Mac 2012.
iv
v Abdul Latif Datuk Masud , Belia Banjar Kurang Kuasai Bahasa , Sinar Harian, 1 Jun 2010 .

You might also like