You are on page 1of 9

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/1
SK LKTP MEDOI,
JALAN PEJABAT,
85050 SEGAMAT,
JOHOR.

TEL/FAX: 07-9313985

____________________________________________________________________________
Rujukan Kami : JBA 7005.37/1008/1/24 ( )
Tarikh
: 12 APRIL 2015
Kepada,
Guru-guru dan AKP,
SK LKTP Medoi.
Tuan/Puan,
MESYUARAT GURU DAN AKP BIL. 3 / 2015
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan
berikut;

3.

Tarikh

: 15 APRIL 2015 (RABU)

Masa

: 12.30 TENGAHARI

Tempat

: BILIK MESYUARAT, SK LKTP MEDOI

Pengerusi

: TN. HJ. MOHD ELHAM B. HJ. MOHD SOHEH

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;


3.1.
3.2.
3.3.
3.4.
3.5.
3.6.

Ucapan Pengerusi
Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
Perkara Berbangkit.
Laporan Kewangan
Laporan Unit
Hal-hal lain

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.


Sekian.
Saya yang menurut perintah,
........................................................
(ADDY HAIRIN BIN MOHAMAD FUAD)
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/2
SK LKTP MEDOI
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT GURU DAN AKP BIL. 3 / 2015
Bil ke : 3

Tahun : 2015

Tempat

: BILIK MESYUARAT, SK LKTP MEDOI

Pengerusi

: TUAN HAJI MOHAMED ELHAM BIN HAJI MOHAMED SOHIH

Bil

Tarikh : 15 APRIL 2015

Nama

T/tangan

Bil

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
(Gunakan helaian tambahan jika perlu)
TURUT HADIR
Bil Nama

:12.30 TENGAHARI

T/tangan

15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28

T/tangan

1
2
3
TIDAK HADIR
Bil
Nama

Nama

Masa

Bil

Nama

T/tangan

Nama

Catatan

4
5
6

Catatan

1
2
3

Bil
4
5
6

Disediakan oleh :
...........................................
( ADDY HAIRIN BIN MOHAMAD FUAD)

PK 07/4
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

REKOD EDARAN
Nama Dokumen
: _________________________________
Tarikh Edaran Dibuat: :__________________________________
Bil

Nama Guru / AKP

Tanda tangan

Catatan

Tanda tangan

Catatan

(Gunakan Helaian Tambahan Jika Perlu)

Bil

Nama Guru / AKP

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Disahkan oleh :
.................

PK 07/3
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP MEDOI


MINIT MESYUARAT GURU DAN AKP
BIL 4 /TAHUN 2015
Tarikh

: 15 APRIL 2015

Masa

: 12.30 TENGAHARI

Tempat

: BILIK MESYUARAT, SK LKTP MEDOI

Pengerusi

: TN HAJI MOHD ELHAM B. HAJI MOHD SOHEH

Kehadiran(Bilangan) : 23 Orang
Turut Hadir (Jika ada) :
1

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


1.1 Ucapan terima kasih dan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan
AKP kerana dapat hadir ke Mesyuarat Guru dan AKP Bil 3 / 2015.
1.2 Mesyuarat dimulai dengan bacaan Al-Fatihah.
1.3 Tema mesyuarat pada hari ini ialah jujur dan amanah.
1.4 Guru diminta fokus kepada akujanji sebagai guru bagi melicinkan pentadbiran.
1.5 Diharap guru-gur memberikan kerjasama dengan baik.
1.6 Selamat datang kepada Pn Sakinah selaku guru ganti Pn Hasmizi yang belum
dapat surat rasmi tetapi secara sukarela hadir untuk bertugas.

MEMBENTANG DAN MENGESAH KAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 En. Kamarulzaman mengesahkan minit mesyuarat lalu dan disokong oleh En
Noor Azali.

PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada.

FOKUS MESYUARAT
4.1 E-Operasi dan penggunaan netbook
4.1.1 Tiada masalah kedudukan dan bilangan guru.
4.1.2 Login id dan kata laluan ialah JBA7005 dan no kad pengenalan guru
besar.
4.1.3 Id dan kata laluan netbook juga sama iaitu sklktpmedoi dan jba7005 bagi
memudahkan penggunaan.
4.1.4 Guru ICT dalam proses belajar bagi memantapkan VLE/Frog.
4.1.5 Guru ICT dalam proses menghantar laporan kerosakan komputer bilik
akses.
4.2 Tugasan

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.2.1

Tugasan En Hafiz akan diuruskan oleh GPK Kkokurikulum.

4.3 Pemantauan dan Penilaian


4.3.1 Pemantauan dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun.
4.3.2 Buku persediaan mengajar mestilah dihantar selewatnya pagi Ahad.
4.3.3 Pentadbir memahami guru perlu lebih masa untuk merancang pdp.
4.3.4 Patuhi arahan PPD tentang format penulisan rancangan mengajar.
4.3.5 Pastikan guru ikut pekeliling iaitu lengkap dengan tajuk, objektif, aktiviti
dan refleksi.
4.3.6 Pembantu pengurusan murid (PPM) perlu membuat laporan lengkap
mengikut keperluan.
4.3.7 Penyelaras perlu memantau laporan supaya ianya mengikut prosedur.
4.3.8 PP juga perlu rujuk tugasan dan patuhi.
4.3.9 GPK 1 telah menghadiri taklimat pra sekolah di Pagoh, minta Pn Che
Aida meneliti bahan taklimat yang diberikan.
4.3.10 Penilaian Bersepadu Pegawai Pendidikan (PBPPP), guru perlu
lengkapkan fail untuk urusan penilaian prestasi dan guru tidak terlibat.
4.3.11 Pengisian online akan diuruskan oleh GPK 1.
4.4 Pengurusan Sambutan Hari Guru 2015
4.4.1 Hari Guru 16 Mei 2015 jatuh pada hari Sabtu dan sambutan peringkat
sekolah akan diadakan pada Ahad 17 Mei 2015.
4.4.2 Sambutan akan diuruskan oleh Kelab Bilik Guru dan akan bermesyuarat
khas.
4.4.3 KBGK digalakkan memohon peruntukan kewangan lain.
4.5 UPPM 2
4.5.1 Tarikh baru 11-13 /5 /2015 diadakan serentak dengan pentaksiran
pertengahan tahun.
4.5.2 Guru-guru diminta menghantar soalan awal sebelum 7/5 untuk difotostat
4.5.3 Setiausaha peperiksaan diminta menyusun jadual peperiksaan.
4.5.4 Mesyuarat peperiksaan akan diadakan pada 16/4.
4.6 Program Kecemerlangan Felda
4.6.1 Taklimat Dana Kecemerlangan Felda akan diadakan di Pejabat Wilayah
Felda Segamat
4.6.2 Penyelaras DKPF akan hadir bersama GPK 1 dan akan membentangkan
program kecemerlangan sekolah.
4.7 War Room dan Bilik Khas
4.7.1 Dana yang diberi untuk mempersiapkan war room digunakan untuk
membeli peralatan laminator, pemanas air dan bahan persiapan.
4.7.2 War room ialah bilik gerakan sekolah.
4.7.3 Bilik-bilik khas perlulah dikemaskini terutama bilik di tingkat 4.
4.7.4 Jika ada kes kerosakan kritikal mestilah dilaporkan dengan ditanda kod
merah.
4.7.5 Bilik ICT ceria dan pekerja kebersihan boleh bantu untuk kebersihan.
4.8
Aktiviti Guru, Cuti dan Pertukaran Guru
4.8.1 Tiada guru yang terlibat dengan perniagaan online.
4.8.2 Guru yang berpindah boleh mengesahkan sendiri pertukaran.
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.8.3
4.8.4

Guru Besar tiada halangan jika guru ingin bertukar.


Guru Besar memaklumkan Guru Pra Sekolah Pn Che Aida akan cuti
bersalin bermula 7 Mei 2015.
4.8.5 Guru Besar menyatakan Guru Pemulihan Khas terpaksa menggantikan
Guru Pra Sekolah kerana tiada pilihan memikirkan murid Pra Sekolah
25 orang dan murid Pemulihan Khas hanya 10 orang.
4.8.6 Guru Besar mengarahkan Pn Siti Suhaidah bt Mat Ali menggantikan Guru
Pra Sekolah sehingga ada guru ganti datang.
4.8.7 Guru Besar mengarahkan Kelas Pemulihan Khas ditangguhkan
sementara dan pemulihan dijalankan oleh guru yang mengajar subjek di
dalam kelas.
4.8.8 Guru Pemulihan Khas iaitu Pn Siti Suhaidah Binti Mat Ali menyerahkan
Buku Garis Panduan Perlaksanaan Program Pemulihan Khas 2012
dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPK) kepada Guru Besar,
GPK 1, GPK HEM dan GPK Kokurikulum serta meminta pihak
pentadbiran SK LKTP Medoi merujuk muka surat 16 Buku Garis
Panduan Perlaksanaan Program Pemulihan Khas 2012 iaitu Guru Besar
dan pentadbir sekolah berperanan memastikan Kelas Pemulihan Khas
tidak DITUTUP dan mengarah Guru Pemulihan Khas menggantikan guru
tidak hadir / berkursus / bersalin / sakit berpanjangan dan sebagainya ke
sekolah dalam tempoh yang panjang. Pn Siti Suhaidah bt Mat Ali
menunjukkan, membaca dan menerangkan bahawa Guru Pemulihan
Khas tidak boleh menggantikan Guru Pra Sekolah secara berterusan dan
pihak pentadbir boleh menghubungi En Masnawi Bin Shamsudin
( Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas )
untuk pengesahan dan maklumat lanjut.
4.8.9 Pn Siti Suhaidah bt Mat Ali tetap tidak bersetuju dengan arahan pentadbir
untuk menggantikan Guru Pra Sekolah bermula 10 Mei 2015 ini dan
merayu pihak pentadbir memikirkan jalan penyelesaian yang lain.
4.8.10 Guru Besar memaklumkan keputusan yang dibuat adalah perlu dan guru
besar mengarahkan Guru Pemulihan Khas mesti menggantikan Guru Pra
Sekolah. Murid Pemulihan Khas akan diambil alih oleh guru
Matapelajaran di dalam kelas perdana.
5

LAPORAN KEWANGAN
5.1 Perbelanjaan
5.1.1 Perbelanjaan panatian mestilah diselesaikan sebelum 31/8/2015, sila rujuk
Pn Norlaila untuk baki kewangan.
5.1.2 Perbelanjaan mestilah mengikut prosedur seperti mengisi nota minta.
5.1.3 Kertas kerja program mestilah diserahkan seminggu sebelum program
diadakan.
5.1.4 Sistem kewangan terkini adalah secara online.

LAPORAN UNIT
6.1 Unit Akademik

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

6.1.1 Pengurusan Panitia


6.1.1.1 Ada dua panitia masih belum menghantar minit mesyuarat kedua
dan program tahunan
6.1.2 Analisis Item
6.1.2.1 Ada guru yang masih belum menghantar analisis item UPPM 1.
6.1.3 UPPM 2
6.1.3.1 UPPM2 seperti yang dimaklumkan.
6.1.3.2 Minta guru mengajar maklumkan kepada SUP.
6.1.3.3 Kem menjawab soalan untuk murid tahun 5 akan diadakan.
6.1.4 Program Kecemerlangan
6.1.4.1 Setiusaha kad biru diminta mengedarkan kad biru kepada guru.
6.1.4.2 24-27/4/2015 program HALUS akan diadakan di STAR dan SKOR
A seramai 6 orang murid terlibat pada 5-6/5/2015.
6.1.4.3 Bayaran RM 10.00 dikenakan bagi setiap murid.
6.2 Unit HEM
6.2.1 Diminta minit mesyuarat unit diserahkan kepada Pn Natrah.
Minta guru melengkapkan rekod kawalan kelas.
6.2.2 Guru kelas perlu mengisi dan mengemaskini data APDM.
6.2.3 Pastikan kawasan sekolah dan rumah bebas dari pembiakan nyamuk.
6.2.4 Mulai 2016 murid diwajibkan memakai kasut hitam dan vest.
6.3 Unit Kokurikulum
6.3.1 Lengkapkan laporan perjumpaan unit uniform, persatuan dan kelab
mengikut minggu dan tarikh dengan betul.
6.3.2 Guru boleh merancang aktiviti seperti kuiz dan pertandingan
menggunakan peruntukan yang ada.
6.3.3 Aktiviti sukan 16/4 MSSK Bolasepak, 11-12/5 MSSD Bola Tampar
perubahan tertakluk pada mesyuarat.
6.3.4 Kejohanan memanah peringkat MSSJ pada 21-23/5/2015 di Muar.
PENUTUP
a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan tarikh mesyuarat yang
berikutnya akan dimaklumkan melalui surat.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.
Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

......................................................
(ADDY HAIRIN BIN MOHAMAD FUAD )
Setiausaha Sekolah,
SK LKTP Medoi .

..........................................................
(TN HJ MOHD ELHAM BIN HJ MOHD SOHEH)
Guru Besar,
SK LKTP Medoi.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like