You are on page 1of 8

Format

Pengenalan

Aspek
Memahami latar belakang
gerakan nasionalisme di
Tanah Melayu sehimgga
Perang Dunia Kedua

Isi dan Huraian

Memahami sebab-sebab
penentangan pemimpin
tempatan terhadap British

Menganalisis peristiwa
penentangan pemimpin
tempatan

Perincian
1 Pengenalan
Jelaskan latar belakang
nasionalisme di Tanah
Melayu sehingga Perang
Dunia Kedua.
2 Sebab-sebab
penentangan
Bincangkan sebab-sebab
penentangan masyarakat
terhadap British di tanah
Melayu.
3 Peristiwa penentangan
pemimpin tempatan
Terangkan peristiwa
penentangan pemimpin
tempatan terhadap British
di
(a) Naning
(b) Kelantan

Mengaplikasi kepentingan
semangat patriotisme
dalam mengekalkan
kedaulatan negara.

Menilai kejayaan Malaysia


dalam pelbagai aspek.

Markah Penuh
5 markah

30 markah

15 markah

4 Semangat patriotisme
mampu mengekalkan
kedaulatan negara
Bagaimanakah generasi
muda hari ini dapat
menjadi warganegara
Malaysia yang mampu
mengekalkan kedaulatan
negara?
5 Kemakmuran negara
hasil daripada semangat
perpaduan dalam kalangan
masyarakat
Pada pendapat
anda,apakah kejayaan
yang dicapai oleh Malaysia
hasil daripada semangat
perpaduan dalam kalangan
masyarakat pelbagai
kaum.

15 markah

6 Cabaran dan langkah


mengekalkan keamanan
dan kemakmuran negara.
(a) Jelaskan cabaran yang
Mencipta/menjana idea
dihadapi oleh negara untuk
dalam usaha mengekalkan
mengekalkan keamanan
keamanan dan
dan kemakmuran negara[5
kemakmuran Malaysia.
markah]
(b) Nyatakan langkahlangkah untuk mengatasi
cabaran di atas.[5 markah]

Menghayati nilai-nilai
murni/iktibar/patriotism
dalam usaha mengekalkan

7 Nilai-nilai murni
/iktibar/patriotism daripada
usaha mengekalkan
kedaulatan negara
Nyatakan nilai-nilai murni
yang perlu ada pada setiap
warganegara Malaysia
dalam usaha mengekalkan
kedulatan negara.

10 markah

kedaulatan negara.
10 markah

10 markah
Kesimpulan

Merumus secara
keseluruhan isi yang telah
dibincangkan

8 Rumusan
Pengetahuan yang
diperoleh
Iktibar kepada
diri,bangsa dan negara
Harapan untuk masa
depan Malaysia yang lebih
cemerlang,gemilang dan
terbilang.

5 markah

CADANGAN SKEMA PEMARKAHAN KERTAS 3 - NASIONALISME DI MALAYSIA


SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

1.

Pengenalan/Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah


Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan
menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka
oleh kuasa luar.
Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada
penjajah.
Di Malaysia,penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan
rakyat tempatan sejak abad ke-19.
Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke-20
Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke
Malaysia.
Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk
menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang
luar.
Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/Dato Maharaja
Lela/Rentap /Mat Salleh.
[7x1m][Maksimum:5 markah]

2.

Sebab-sebab penentangan
Dasar penaklukan British
Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah
disebabkan dasar penaklukan Britishdi daerah mereka.
Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.

Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk


mengukuhkan kedudukan politiknya.
Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan
kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
Contohnya,apabila
British
mengambilalih
Melaka
daripada
Belanda,Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa
membayar ufti.
Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan
peperangan.
Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai
ekonomi tempatan bagi kepentingannya.
Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh
British dengan pemimpin tempatan.
Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan
menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.
Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan


...British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk
tempatan.
British memperkenalkan sistem cukai,undang-undang dan peraturanperaturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Di Terengganu,penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa
setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat
kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.
Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat
tempatan.
iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu
membayar cukai.
Campurtangan British dalam adat resam tempatan
Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa
kepada penentangan tempatan.
British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang
bertentangan dengan budaya tempatan .
Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat
Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan.

Tindakan
tempatan.

Birch

telah

ditentang

oleh

pemimpin

dan

masyarakat

Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh


Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke
atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan
mereka.
Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh
sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
.Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga
hal ehwal daerahnya.
Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial.
Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin
tempatan kehilangan kuasa.
Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dlam kalangan pemimpin
tempatan yang mendorong mereka menentang British.
Kesulitan penduduk tempatan
Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang
British.
yang menyulitkan kehidupn mereka telah memberi sokongan kepada
penentangan pemimpin tempatan.
Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam
menentang British.
[29x1m][Maksimum:30 markah]

3.

Peristiwa penentangan pemimpin tempatan


a) Naning
Penentangan Penghulu Dol Said di naming antara tahun 1881 -1833
merupakan penentangan paling awal berlaku di tanah Melayu.
Sebab penentangan Dol Said ialah beliau tidak bersetuju dengan
tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah
jajahan British.
Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10
hasilnya kepada Melaka sebagai ufti.
Pada tahun 1831,British menghantar pasukan tenteranya untuk
menakluki Naning.
Dol Said menentang pasukan british.

Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali


daripada Rembau/Syed Shaban/Penghulu Remai dan Rechat/DatoKelana
Sungai Ujong/Penghulu Gemencheh.

Dol Said berjaya mengalahkan pasukan tentera British yang berjumlah


150 orang di bawah pimpinan kapten Wyllie yang ingin menawan
Taboh,daerah Naning.

Pada akhir tahun 1832,British dengan tentera seramai 1200 orang


menyerang Naning.

Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat bantuan dari manamana pihak.

Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said.

Beliau diberi pencen dan sebuahrumah di sana.


b
(b)
Kelantan

Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut.

Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Paser Putih pada


tahun 1910 apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British.

British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai


yang diperkenalkan.

Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan bertindak enggan


membayar cukai.

Bantahan Tok Janggut enggan dilayan Pegawai Daerah Paser Putih yang
telah mengarahkan pihak polis menangkap tok Janggut tetapi gagal.

Pada tahun 1915,Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad,Penghulu Adam,Haji


Said,Che Ishak,dan rakyat tempatan menyerang Pasir Putih dan berjaya
menawannya.

Mereka menduduki Pasir Putih selama 3 hari

Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebgai


Raja,Tok Janggut sebgai perdana menteri,dan Che Ishak sebagai pegawai
daerah.

Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan,British membawa masuk


pasukan tentera dari negeri selat bersama kapal perang H.M.S Cadmus
yang mendarat di Tumpat.

Pada Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Saring.

Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang lebih


moden berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.

Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut dan mayatnya telah


diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam
keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas.

Tindakan ini merupakan amaran kepada masyarakat tempatan yang


berani menentang British.
[23x1 m][Maksimum:15 markah]

4.

Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi


warganegara Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan
negara
...Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
Sanggup berkorban untuk bangsa
Mempunyai sifat kerjasama.
Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna.
Menguasai pelbagai kemahiran.
Mengekalkan perpaduan kaum.
Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia.
Menguasai kepakaran sains dan teknologi.
Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar.
Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative.
Menjaga keamanan negara.
Patuh pada ajaran agama.
Hormat-menghormati sesame individu
[16x1m][Maksimum:15 markah]

5.

Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat


perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
Membina Menara Berkembar Petronas
Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia
Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
program Angkasawan Negara.
Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Pelaksanaan K-ekonomi.
Sistem perbankan elektronik
Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Komuter/Monorail.
Pembinaan Jambatan Pulau Pinang
Pembinaan Menara Kuala Lumpur.
Pelancaran Kapal Selam KD Tun Razak.
[13x1m][Maksimum 10 markah]
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]

6.

(a) Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan


keamanan dan kemakmuran negara .
Mengukuhkan perpaduan kaum
Pelbagai bahasa
Pelbagai budaya

Pelbagai kepercayaan/agama
Pelbagai fahaman politik
Pendudukan yang berbeza
Polarisasi kaum
Merapatkan jurang perbezaan pendapatan/ekonomi
Merapatkan jurang perbezaan pendidikan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
Mudah terpengaruh dengan anasir luar
[12x1m][Maksimum:5 markah]
(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah
Menjayakan konsep 1 Malaysia.
Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Pengamalan Prinsip Rukun Negara.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Pelaksanaan Dasar Pendidikan kebangsaan
Penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA)
Konsep Rumah Terbuka setiap musim perayaan.
Program latihan Khidmat Negara(PLKN)
Pengagihan ekonomi secara seimbang
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]
7.

Penerapan
nilai
murni/iktibar/patriotisme
dalam
usaha
mengekalkan kedaulatan negara.
Cinta akan negara.
Kerjasama antara pelbagai kaum.
Bertolak ansur.
Kebijaksanaan pemerintah.
Keadilan.
Berani mempertahankan negara.
Berakhlak mulia.
Menghormati hak asasi manusia.
Permuafakatan antara pemimpin-pemimpin rakyat.
Sanggup berkorban untuk negara.
[10x1m][[Maksimum:10 markah]

8.

Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri bangsa dan negara.
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang
dan terbilang.

You might also like