You are on page 1of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN

224635

Terima kasih Saudari Pengacara Majlis,


Seterusnya kepada Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Negeri Kedah iaitu Datin
Hajah Azuyah binti Hassan, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Pegawai
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda, Yang Dikasihi Pengerusi Pelajar dari Universiti
Brunai Darulsalam serta Pelajar-pelajar Universiti Brunai Darulsalam. Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri
Kedah

kerana

sudi

menjemput

saya

untuk

menghadiri

dan

seterusnya

menyampaikan Taklimat Kewangan Sekolah kepada Pelajar-pelajar Universiti Brunai


Darulsalam.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,
Kewangan bermakna perihal wang ataupun segala sesuatu yang berkaitan
dengan wang. Kewangan ataupun sumber sekolah bermaksud peruntukan yang
diberi oleh Kementerian Pendidikan dan daripada pungutan yang dibuat oleh
sekolah sendiri termasuk derma dari para dermawan.
Dasar bermaksud pendirian yang menjadi asas segala tindakan, polisi, faktor
terpenting atau asas pokok. Belanjawan pula bermaksud butiran ringkas anggaran
pendapatan, dan perbelanjaan. Menurut Parkinson (Sonia Blandford, 1999: 135),
belanjawan

ialah

rancangan

untuk

masa

hadapan,

penyata

sumber

yang

dipadankan dengan hasrat ataupun tujuan, dan agenda praktikal untuk tindakan.

Sumber Kewangan Sekolah


Seperti yang sudah diterangkan sebelum ini sumber kewangan sekolah adalah
daripada

Kumpulan

Wang

Sekolah.

Jenis-jenis

kumpulan

wang

sekolah

dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan wang kerajaan, kumpulan wang
asrama dan kumpulan wang SUWA.

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

Page 1 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

Sekolah ialah institusi masyarakat yang diwujudlkan bagi memberikan


perkhidmatan dalam khususnya pendidikan. Pengetua bertanggungjawab sebagai
pengurus kewangan sekolah perlu memahami dam mematuhi semua prosedur
kewangan di sekolah. Oleh sebab itu, pengurusan kewangan sekolah adalah satu
lagi perkara penting kepada setiap pengetua di sekolah. Kewangan sebaiknya
dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pengurusan yang tidak jelas mengikut peraturan kewangan
akan menjejaskan perjalanan sekolah secara keseluruhannya.
Pengurusan kewangan penting bagi membolehkan pengetua menyelia kerjakerja yang melibatkan kewangan sekolah yang dijalankan oleh staf sokongannya
seperti saya dan

dengan kerjasama guru-guru. Seseorang pengetua

juga mesti

ingat bahawa tanggungjawab sebenar dan terakhir dalam urusan kewangan terletak
pada dirinya. Selain itu, sebarang penyelewengan membawa padah yang besar
kepada pengetua sendiri.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Di sini saya akan menjelaskan mengenai:GARIS PANDUAN KEWANGAN SEKOLAH
Sekolah ialah sebuah institusi pendidikan yang pentadbiran harta dan
kewangannya adalah tertakluk pada peruntukan yang terdapat di bawah Akta
Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit Rules 1962. (KPM, 1994). Di bawah
peruntukan tersebut pihak sekolah dikehendaki menyimpan akaun-akaun dan
rekod-rekod lain yang berkaitan dengannya dengan sempurna serta menyediakan
dan mengemukakan satu penyata akaun berkenaan tahun kewangan yang baru
berlalu kepada pihak audit tidak lewat daripada 31 Mac pada tiap-tiap tahun.
Seksyen yang berkaitan di bawah Akta Pendidikan berkenaan dengan perkara
ini berbunyi seperti yang berikut, Seseorang pengurus atau penyelia atau orang
lain yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sesebuah institusi pendidikan
yang dibantu, harus mempunyai sebab bagi menyimpan akaun yang sempurna dan
rekod rekod lain dalam bentuk yang diperlukan oleh pihak kementerian untuk
semua perkara kewangan yang berkaitan dengan institusi pendidikan yang dibantu,
Page 2 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

dan harus sudah menyediakan dan menyerahkan satu penyata akaun tahunan
kewangan sebelum ini dengan segera tidak lewat daripada 31 Mac pada setiap
tahun.
Walau bagaimanapun, mengikut Surat Pekeliling kewangan Bil 4 Walau
bagaimanapun, mengikut Surat Pekeliling kewangan Bil 4/88 pihak sekolah
dikehendaki mengemukakan penyata akaun tersebut satu bulan lebih awal iaitu
pada 28 Februari atau 29 Februari tahun berikutnya (yang mana berkenaan). Ini
adalah bertujuan membolehkan pelarasan atau pembetulan di buat pada penyata
akaun tersebut apabila didapati perlu.

KUMPULAN WANG SEKOLAH


Kumpulan wang sekolah adalah sejumlah wang yang dikendalikan oleh pihak
sekolah daripada sumber kerajaan atau bukan kerajaan dan kumpulan wang ini
perlu akaunkan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Kumpulan wang
yang terdapat di sekolah dikategorikan kepada tida kumpulan iaitu Kumpulan Wang
Kerajaan, Kumpulan Wang SUWA dan Kumpulan Wang Asrama. Tiap-tiap kumpulan
wang ini diselenggarakan secara berasingan yang lazimnya satu akaun bank akan
dibuka bagi setiap kumpulan wang tersebut bagi menguruskan kira-kira urus niaga
yang berlaku.

KUMPULAN WANG KERAJAAN


Kumpulan Wang Kerajaan merupakan semua penerimaan yang diperoleh
daripada bantuan dan pemberian kerajaan. Pemberian ini dibuat dalam pelbagai
bentuk. Sebahagian besar wang disalurkan melalui bantuan per kapita yang diberi
berdasarkan bilangan pelajar. Secara umumnya, ia digunakan bagi keperluan
pengajaran

dan

keseluruhannya.

pembelajaran
Antara

serta

punca-punca

penyelenggaraan

kewangan

yang

sekolah

diperakaunkan

secara
dalam

kumpulan wang kerajaan termasuklah:


1. Bantuan pendidikan (pelajaran /per kapita) daripada kerajaan.
Page 3 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

2. Bantuan biasiswa kerajaan.


3. Bantuan rancangan makanan tambahan / Rancangan Amalan Makanan dan
Pemakanan.
4. Bantuan gotong-royong / modal.
5. Yuran Peperiksaan Kerajaan.
Apa-apa perbelanjaan yang dibuat daripada kumpulan wang ini hendaklah selaras
dengan tujuan sesuatu bantuan atau pemberian.

BANTUAN PENDIDIKAN PELAJARAN ATAU PER KAPITA DARIPADA KERAJAAN


Bantuan Per Kapita (Per Capita, Grant- PCG) adalah satu bantuan kewangan
yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah bertaraf
sekolah kerajaan ataupun Sekolah Bantuan Kerajaan. Ia meliputi PCG mata
pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran. Selaras dengan perkembangan dan
keperluan semasa dalam sektor pendidikan masa kini. Berdasarkan kumpulan PCG
mata pelajaran, ianya telah dipecahkan kepada 4 iaitu teras, wajib, tambahan /
bahasa asing dan elektif. Manakala PCG Bukan Mata Pelajaran pula terbahagi 3 iaitu
pusaat sumber sekolah, bimbingan dan kaunseling serta lain-lain perbelanjaan
berulangtahun atau perbelanjaan khas. (LPBT / LPK) Sekolah, LPBT / LPK Asrama
dan PCG bagi aktiviti pra sekolah.
Peruntukan PCH yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan pada
tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima
dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan.

JENIS BANTUAN PER KAPITA DAN MAKSUD PERBELANJAAN


1. Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran

Page 4 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

Bantuan per kapita mata pelajaran bagi teras, wajib, tambahan / bahasa asing dan
elektif

yang

diterima

oleh

sekolah

hendaklah

dibelanjakan

bagi

maksud

perbelanjaan:
a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna (termasuk kertas Braille) bagi
pengajaran dan pembelajaran.
b. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang
bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran.
c.

Penyelenggaraan

peralatan

termasuk

computer

yang

digunakan

untuk

pengajaran dan pembelajaran.


d. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan lain-lain
yang

boleh

memberikan

pengukuhan

kepada

program

pengajaran

dan

pembelajaran.
e. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan ataupun
hari persekolahan.
f. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

2. Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran


a. Pusat Sumber Sekolah
Bantuan per kapita bukan mata pelajaran bagi pusat sumber sekolah meliputi
perbelanjaan bagi perpustakaan dan pusat sumber pendidikan. Ia hendaklah
dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan:
-

Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.

Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang
bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran.

Page 5 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

Penyelenggaraan peralatan termasuk computer yang digunakan untuk


pengajaran dan pembelajaran.

Program berunsurkan pendidikan yang boleh member pengukuhan kepada


proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan
ataupun hari persekolahan.

Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

Program Pendidikan Khas Integrasi melengkapkan stesen pembelajaran


bagi program pendidikan khas integrasi.

b. Bimbingan dan Kaunselling


Bantuan per kapita bukan mata pelajaran bagi Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
hendaklah dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan:
-

Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang
bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran.

Program dan lawatan berunsurkan

pendidikan yang boleh memberi

pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa


cuti persekolahan ataupun hari persekolahan.
-

Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk


pengajaran dan pembelajaran.

Bayaran

perkhidmatan

penceramah

luar

mengikut

kelayakan

dalam

peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.


-

Bayaran sewaan yang berkaitan dengan program bimbingan dan kaunseling.

Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

c. LPBT / LPK Sekolah


Bantuan per kapita bukan mata pelajaran bagi LPBT / LPK Sekolah hendaklah
dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan:
Page 6 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

Bayaran

bil

telefon,

air,

elektrik,

telegram,

setem,

interen

dan

pembentungan.
-

Pembaikan kecil sekolah.

Penyelenggaraan perabot dan peralatan dan peralatan kelengkapan pejabat


termasuk komputer.

Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan sekolah dan bahan pengajaran


dan pembelajaran.

Perkhidmatan pengiklanan.

Pengangkutan barang-barang.

Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat.

Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar ataupun


urusan rasmi.

Perolehan harta modal tidak melebihi RM 10,000.00 adalah dibenarkan.


Perolehan harta modal melebihi RM 10,000.00 perlu mendapatkan kelulusan
Ketua

PTJ.

Manakala

bagi

perolehan

komputer,

kelulusan

daripada

Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran (JMPK) perlu diperoleh.


-

Bayaran yuran kursus untuk guru-guru dan kakitangan sekolah.

Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid / keselamatan sekolah.

Pembaikan

kecil

peralatan

pengajaran

dan

pembelajaran

bagi

murid

pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi.


-

Bayaran balik bagi urusan kecemasan oleh guru / kakitangan sekolah


berdasarkan kelayakan tambang teksi.

Pengangkutan murid dan bayaran insurans untuk murid-murid dan guru


pengiring.

d. LPBT / LPK Asrama

Page 7 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

Bantuan per kapita bukan mata pelajaran bagi LPBT / LPK Asrama Sekolah
hendaklah dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan:
-

Bayaran

bil

telefon,

air,

elektrik,

telegram,

setem,

internet,

dan

pembetungan.
-

Pembaikan kecil sekolah.

Penyelenggaraan perabot dan peralatan kelengkapan pejabat termasuk


komputer.

Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan sekolah dan bahan pengajaran


dan pembelajaran.

Perkhidmatan pengiklanan.

Pengangkutan barang-barang.

Pembelian majalah, buku rujukan dan lain-lain yang berkaitan bagi kegunaan
murid di asrama.

Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat.

Perbelanjaan untuk keceriaan, kesihatan dan keselamatan penghuni asrama.

3. Bantuan Per Kapita Pra Sekolah


Bantuan Per Kapita Pra Sekolah hendaklah dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan:
a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi pengajaran dan
pembelajaran.
b. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta
penyelenggaraan

komputer

dan

lain-lain

peralatan

bagi

pengajaran

dan

pembelajaran.
c. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang
bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran.

Page 8 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

d. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh member pengukuhan


kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan
ataupun hari persekolahan.
e. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

PROSEDUR TUNTUTAN
Prosedur tuntutan PCG oleh sekolah terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Sekolah yang menyelenggarakan Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (semua jenis
sekolah di Semenanjung Malaysia dan Sekolah Teknik / Vokasional, Sekolah
Berasrama Penuh serta Sekolah Pendidikan Khas di Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan). Sekolah ini perlu mengemukakan tuntutan PCG kepada Pusat
Tanggungjawab (PTJ) masing-masing yang akan seterusnya mengemukakan kepada
Pejabat Pembayar bagi urusan pembayaran dan mengkreditkan terus ke dalam
Akaun sekolah berkenaan. Sekolah akan mencatatkan jumlah yang diterima dalam
Akaun Kumpulan Wang Kerajaan mengikut kumpulan PCG yang ditetapkan iaitu
teras, wajib, tambahan / bahasa asing dan elektif.
2. Sekolah yang tidak menyelenggarakan Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (Bagi
sekolah rendah dan menengah di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan dan
Labuan). Bagi sekolah yan bertaraf PTJ, tuntutan PCG akan disalurkan ke sekolah
melalui waran peruntukan kecil mengikut kadar berdasarkan bilangan murid yang
ditetapkan. Sekolah akan mencatatkan jumlah yang diterima dalam buku vot
mengikut kumpulan PCG yang ditetapkan iaitu teras, wajib, tambahan / bahasa
asing dan elektif. Bagi sekolah rendah yang tidak bertaraf PTJ, peruntukan PCG akan
disalurkan melalui waran peruntukan kecil ke PPB / PPD mengikut kadar
berdasarkan bilangan enrolmen murid yang telah ditetapkan.

Peruntukan PCG yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan pada tahun
semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam
tahun

berkenaan

yang

dibenarkan

dibawa

ke

tahun

hadapan.

Tuntutan

Page 9 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

penyelarasan boleh dibuat sekali oleh sekolah yang mengalami pertambahan murid
sekurang-kurangnya 5% ataupun 100 orang murid berbanding bilangan murid pada
tarikh asas tuntutan. Tuntutan penyelarasn ini perlu dikemukakan selewat-lewatnya
pada 31 Julai tahun semasa.

PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA


Mengikut pekeliling dari Kementerian Pendidikan (Rujukan K.P 1574/17/Jld.15(25)
bertarikh 11 Februari 2004), Kementerian Pendidikan menggariskan peraturan dan
tatacara baru dalam pemberian Bantuan Per Kapita mata pelajaran dan bukan mata
pelajaran kepada sekolah-sekolah.
Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant PCG) adalah bantuan kewangan yang
diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah yang bertaraf
Sekolah Kerajaan ataupun Sekolah Bantuan Kerajaan. Ia meliputi PCG mata
pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran. Pemberian ini dibuat bagi memastikan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan dengan lancar.
Mengikut cadangan baru pemberian PCG ini kumpulan PCG mata pelajaran
telah dikurangkan kepada empat iaitu Teras, Wajib, Tambahan / Bahasa Asing dan
Elektif. Manakala, Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling serta Lain
Perbelanjaan Berulang Tahun / Lain-lain Perbelanjaan Khas (LPBT / LPK) sekolah.
Surat pekelilingini juga mengambil kira LPBT / LPK Asrama dan PCG bagi Aktiviti
Prasekolah.

KUASA DAN KAWALAN PERBELANJAAN


Untuk memastikan supaya hal-ehwal kewangannya dijalankan dengan teratur
mengikut

kehendak

Perbendaharaan,

Badan

Perundangan,

menjalankan

pula

Kerajaan,

pengawalan

yang

yang

bertindak

lebih

melalui

cermat

atas

perbelanjaan semua jabatannya dan atas semua perkara mengenai tatacara


kewangan dan perakaunan, termasuk tatacara bagi memungut, menyimpan dan

Page 10 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

membayar wang awam dan tatacara bagi membeli, menyimpan dan melupuskan
barang-barang awam.
Oleh itu ketua jabatan, pengetua sekolah dan guru besar serta pihak Pusat
Tanggungjawab (PTJ) perlu memastikan arahan kawalan perbelanjaan dipatuhi
dengan betul supaya sekolah tidak menyalah guna peruntukan yang diberikan.

TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEKOLAH


Pengurus sekolah perlu bertanggungjawab bagi
a) Penyediaan penyata kewangan tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember
tiap-tiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum; dan
b) Pengemukaan penyata kewangan itu kepada Ketua Pusat Tanggungjawab
yang kemudiannya perlu mengemukakan penyata kewangan tahunan itu
kepada Bahagian Audit tidak lewat daripada 31 Mac tahun yang berikutnya.
Akan tetapi mengikut Surat Pekeliling Kewangan Kementerian Pendidikan Bil. 4/88,
pihak sekolah dikehendaki mengemukakan penyata akaun itu sebulan lebih awal
iaitu pada 28 Februari ataupun 29 Februari tahun berikutnya.

Ini bertujuan

membolehkan penyelarasan atau pembetulan dibuat pada penyata akaun itu jika
didapati perlu.

Kewajipan pengurus sekolah memberikan jawapan atas apa-apa laporan


atau pertanyaan audit
Pengurus sekolah perlu memberikan jawapan atas apa-apa laporan atau pertanyaan
audit yang dibuat oleh juruaudit dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh laporan
atau pertanyaan audit itu.
REKOD KEWANGAN
Rekod kewangan yang penting mengikut peraturan 3 dalam Akta Pendidikan 1996
adalah seperti berikut:
Page 11 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

1. Buku tunai

9. Jadual kedatangan murid

2. Resit pelajar

10.Daftar penghuni asrama

3. Resit pejabat

11.Buku cek sekolah

4. Penyata bank

12.Daftar stok buku resit

5. Penyata penyesuaian bank

13.Daftar aset dan inventori

6. Daftar kutipan harian

14.Baucar

7. Daftar bil

15.Baucar kecil

8. Buku tunai runcit

16.Pesanan tempatan

Penyata kewangan dan belanjawan tahunan sekolah


Penyata

sekolah

merupakan

penyata

yang

menunjukkan

kedudukan

kewangan untuk sesuatu tahun berakhir pada 31 Disember bagi tiap-tiap kumpulan
wang yang diselenggarakan oleh sekolah. Penyata kewangan mengandungi
penyata-penyata berikut:
1.
2.
3.
4.

Penyata pendapatan dan perbelanjaan


Penyata penerimaan dan pembayaran
Lembaran imbangan
Nota-nota akaun

Pihak sekolah dikehendaki mengemukakan penyata kewangan tahunan sekolah


pada pihak audit sekolah selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya. Walau
bagaimanapun, pihak sekolah dikehendaki mengemukakan penyata kewangan
sekolah pada ataupun sebelum 28 Februari kepada pihak audit supaya pihak
sekolah

mempunyai

tempoh

satu

bulan

sehingga

31

Mac

bagi

membuat

pemmbetulan sekiranya ada, di mana-mana yang perlu. (Perkeliling Kewangan Bil.


4/88)

Anggaran Belanjawan Tahunan


Page 12 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

Terdapat 2 tugas utama seseorang pengetua atau guru besar yang berkaitan
dengan belanjawan tahunan ini.
1. Menyediakan maklumat yang tepat dengan mengisi borang tuntutan Bantuan
Per Kapita Kerajaan bagi mendapatkan peruntukan.
2. Menyediakan anggaran perbelanjaan sebenar sekolah setelah peruntukan
diperoleh.

Penyata penerimaan dan pembayaran


1. Penyata ini menunjukkan jumlah penerimaan sebenar yang telah diterima
dan juga jumlah sebenar yang telah dibayar dalam tempoh tahun kewangan
yang berkenaan serta kedudukan baki wang yang ada dalam bank pada akhir
tahun.
2. Penyata ini menunjukkan satu ringkasan penerimaan dan bayaran daripada
buku tunai dengan mengambil baki wang dalam bank pada awal tahun dan
dicampurkan

jumlah

penerimaan

serta

ditolak

jumlah

bayaran

bagi

mendapatkan baki wang dalam bank pada akhir tahun.

Penyata pendapatan dan perbelanjaan


1. Penyata ini menunjukkan jumlah semua penerimaan yang sepatutnya
diterima dan jumlah semua pembayaran yang sepatutnya dibayar pada
tahun berkenaan. Ianya turut memaparkan kelebihan ataupun kekurangan
pendapatan atas perbelanjaan bagi tahun berkenaan.
2. Penyata ini disediakan mengikut asas akruan iaitu segala penerimaan yang
sepatutnya diterima tetapi masih belum diterima dan segala pembayaran
yang sepatutnya dibayar tetapi masih belum dibayar pada akhir tahun perlu
diambil kira.
Lembaran imbangan
Lembaran Imbangan ialah laporan berkenaan kedudukan kewangan sesebuah
sekolah pada suatu masa tertentu. Penyata ini menunjukkan jumlah aset, liabiliti
dan baki kumpulan wang terkumpul pada 31 Disember tahun yang dilaporkan.
Page 13 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

Nota-nota Akaun
Nota-nota ini memberikan maklumat lanjut bagi amaun-amaun yang terdapat
dalam penyata Kewangan Tahunan Sekolah.

BANTUAN PER KAPITA


Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat mengurangkan kerenah birokrasi dalam
menyalurkan bantuan ke sekolah-sekolah. Oleh itu bantuan disalurkan terus ke
sekolah-sekolah tanpa melalui jabatan pelajaran negeri ataupun pejabat pelajaran
daerah.

Sekolah-sekolah

ini

dikategorikan

sebagai

Pusat

Tanggungjawab

Peruntukan. Projek ini hanya melibatkan 1005 buah sekolah sahaja buat masa ini,
dan ia ditambahkan lagi pada masa yang akan datang.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,


Terdapat juga masalah-masalah dalam pengurusan kewangan sekolah antara
masalahnya ialah :1. Pungutan duit yuran yang tergendala akibat kelewatan ibu bapa murid
menjelaskannya. Malahan ada sesetengahnya yang langsung tidak membuat
bayaran. Guru kelas harus memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah ini
dengan sentiasa mengingatkan berkenaan duit yuran yang perlu dijelaskan kepada
murid yang belum menjelaskannya.
2. Perbelanjaan yang kadang-kala melebihi pendapatan. Hal ini terjadi kerana
belanjawan yang dicadangkan tidak betul dan ada kalanya perbelanjaan yang tidak
lengkap juga turut menyebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan.

Page 14 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

3. Membuat bayaran pada barangan yang tinggi harganya. Kebiasaaannya


penggunaan Local Order menyebabkan pihak sekolah terpaksa membayar
dengan harga yang agak tinggi kerana belian secara hutang.
4. Pembelian yang tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini biasanya
melibatkan pembelian alatan sukan.
5. Jawatan Setiausaha Kewangan Sekolah tidak diberikan kepada kerani kewangan
yang tahu berkenaan akaun. Hal ini menimbulkan masalah kerana kebanyakan
pengetua dan guru-guru tidak mengetahui dalam mengemaskinikan rekod-rekod
yang berkaitan dengan kewangan sekolah.
6. Rekod tidak dikemaskinikan. Hal ini akan mengakibatkan perbelanjaaan melebihi
pendapatan yang berlaku tanpa disedari. Ada kalanya pembayaran dibuat tetapi
barangan tersebut didapati tidak wujud.
7. Ketua Bidang / Panitia memohon bagi membeli sesuatu barangan tanpa mengikut
kehendak ahli-ahlinya. Hal ini akan menyebabkan pembaziran kerana barangan
yang dibeli tidak digunakan dan ada kalanya berlaku pertindihan dalam pembelian
sesuatu barang.
8. Penerimaan wang sama ada Bantuan Per Kapita Kerajaan atau Wang SUWA yang
lamabt dimasukkan ke bank. Hal ini akan menyebabkan pihak sekolah tidak dapat
membuiat pembelian dan terpaksa menghadapi bayaran tertunggak.
Masalah-masalah Dalam Pengurusan Kewangan Sekolah
1. Pungutan duit yuran yang tergendala akibat kelewatan ibu bapa murid
menjelaskannya. Malahan ada sesetengahnya yang langsung tidak membuat
bayaran. Guru kelas harus memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah
ini dengan sentiasa mengingatkan berkenaan duit yuran yang perlu
dijelaskan kepada murid yang belum menjelaskannya.
2. Perbelanjaan yang kadang-kala melebihi pendapatan. Hal ini terjadi kerana
belanjawan yang dicadangkan tidak betul dan ada kalanya perbelanjaan tidak
ikut belanjawan. Di samping itu rekod pembelian yang tidak lengkap juga
turut menyebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan.

Page 15 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

3. Membuat bayaran pada brangan yang tinggi harganya. Kebiasaannya


penggunaan Local Order menyebabkan pihak sekolah terpaksa membayar
dengan harga yang agak tinggi kerana belian secara hutang.
4. Pembelian yang tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini
biasanyamelibatkan pembelian alatan sukan.
5. Jawatan Setiausaha Kewangan Sekolah tidak diberikan kepada kerani
kewangan yang tahu berkenaan akaun. Hal ini menimbulkan masalah kerana
kebanyakan

Pengetua

dan

guru-guru

tidak

mengetahui

dalam

mengemaskinikan rekod-rekod yang berkaitan dengan kewangan sekolah.


6. Rekod tidak dikemaskinikan. Hal ini akan mengakibatkan perbelanjaan
melebihi pendapatan yang berlaku tanpa disedari. Ada kalanya pembayaran
dibuat tetapi barangan tersebut didapati tidak wujud.
7. Ketua Bidang/Panitia memohon bagi membeli sesuatu barangan tanpa
mengikut kehendak ahli-ahlinya. Hal ini akan menyebabkan pembaziran
kerana barangan yang dibeli tidak digunakan dan ada kalanya berlaku
pertindihan dalam pembelian sesuatu barang.
8. Penerimaan wang sama ada Bantuan Per kapita Kerajaan atau Wang Suwa
yang lambat dimasukkan ke bank. Hal ini akan menyebabkan pihak sekolah
tidak

dapat

membuat

pembelian

dan

terpaksa

menghadapi

bayaran

tertunggak.
Dasar belanjawan sekolah
Belanjawan sekolah ialah satu aspek perancangan pendidikan, iaitu membuat
anggaran

pendapatan

dan

perbelanjaan

yang

penting

bagi

membiayai

perkhidmatan dan kelengkapan yang diperlukan oleh pihak sekolah dalam usaha
menyediakan

satu

program

pendidikan

yang

berkesan

Sebenarnya

proses

merancang belanjawan bertujuan memastikan pendapatan yang diperoleh dan


digunakan dengan sewajarnya. Ini penting kerana ia membantu pihak sekolah
menentukan polisi kewangan dan juga polisi pendidikannya.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Di sini saya ingin tegaskan bahawa pentingnya pengurusan kewangan yang cekap
sebab peruntukan perbelanjaan bagi

pendidikan adalah tinggi, sebanyak RM

45,149.1 juta telah diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke-9. Pengetua dan
guru besar sekolah perlu mengambil langkah yang bijak dan berkesan supaya
Page 16 of 17

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

perbelanjaan bagi pendidikan di sekolah dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya


oleh para pelajar dan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan memuaskan.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Sampai di sini dahulu taklimat yang dapat saya berikan kepada semua, sebelum
saya mengundurkan diri saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap
sepanjang saya berucap. Saya berharap taklimat yang saya berikan ini dapatlah
menambahkan ilmu

para pelajar-pelajar Universiti Brunai Darulsalam dalam

membantu mereka sebagai garis panduan untuk mereka di masa hadapan.


Sekian.

Page 17 of 17

You might also like