You are on page 1of 2

RABU, 16 MEI 2012

7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis
sambutan Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi
sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin
Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas. Kemudian, bacaan doa dibacakan
oleh Ustaz Azril.

7.40 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi,
sebelum beliau membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia. Kemudian Tuan Guru Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh
menyampaikan ucapan dan seterusnya membacakan perutusan Yang
Berhormat Menteri Pelajaran.

8.40 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara
sukaneka. Guru dan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi
tidak semua murid terlibat, sebaliknya mereka hanya menjadi penonton.
Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan beberapa acara yang menarik.
Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira dan mengambil
bahagian.

10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan
pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah.

10.40 pagi

Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid


dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap
persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

12.00 tengah hari


Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah
menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan
oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Abu Kasim bin Kamat.

12.40 tengah hari


Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing
kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk
bersalaman dengan para guru secara bergilir-gilir.

01.10 tengah hari


Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan
makan tengah hari sempena Hari Guru.

You might also like