You are on page 1of 3

Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

31120 Sungai Siput(U), Perak


Pembelian Alatan Kompang

1.0

PENDAHULUAN
Salah satu daripada alat muzik tradisional melayu yang popular masa kini
ialah kompang. Kompang dikatakan berasal daripada Parsi dan digunakan untuk
menyambut kedatangan Rasulullah S.A.W. Selain itu, kompang juga digunakan
untuk menaikkan semangat tentera Islam ketika berperang. Alat muzik ini dibawa
ke nusantara oleh pedagang Arab yang datang berdagang. Mereka
memperkenalkan alat muzik ini dan mendapat sambutan yang hebat dalam
kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya orang-orang Jawa. Bagi
meneruskan seni warisan zaman ini, pihak sekolah ingin membentuk sebuah
pasukan kompang yang dianggotai oleh para pelajar sekolah ini. Harapan pihak
sekolah ialah agar dapat menyampaikan ilmu dalam bentuk ekstra kurikulum
yang dapat membentuk sahsiah dan peribadi murid yang mulia sebagaimana
yang terkandung dalam seni kompang itu sendiri.

2.0

RASIONAL

2.1

Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar yang meminati bidang muzik
terutama dalam paluan kompang.

2.2

Melalui aktiviti pasukan kompang sekolah ini pastinya dapat mendisplinkan


pelajar disamping memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan
pencapaian dalam bidang akedamik.

2.3

Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti


membuat persembahan, menyertai kegiatan khidmat masyarakat dan menyertai
pertandingan yang dianjurkan.

3.0

OBJEKTIF

3.1

Dapat mewujudkan sebuah pasukan kompang yang mantap

3.2

Pelajar-pelajar dapat mempelajari sebahagian alat muzik tradisional melayu di


sekolah dengan lebih menyeluruh.

3.3

Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain kompang dengan betul dan


lebih sistematik melalui alat yang mencukupi.

3.4

Dapat mewujudkan sekolah berwatak melalui pasukan kompang formasi.

3.5

Pihak sekolah tidak perlu lagi meminjam kompang dari sekolah lain, yang boleh
menimbulkan banyak masalah.

4.0

ANGGARAN PERUNTUKAN DIPERLUKAN


4.1

5.0

40 unit kompang X RM 75 ( seunit ) = RM 3000.00

PEMBEKAL
5.1

Syarikat Kompang :
En. Sabaruddin b Osman
Pos 168 Parit Amal
Jalan Dato Haji Kusai
84000 Muar Johor

Tempahan mestilah dibuat sekurang-kurang sebulan awal dari


tarikh yang diperlukan.

6.0

PENUTUP
Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.
Sesungguhnya bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan akan membantu
pasukan kompang formasi sekolah memberi satu hasil yang diharapkan
disamping memberi peluang khasnya kepada pelajar sekolah ini untuk menyertai
satu aktiviti yang dapat membina peribadi pelajar bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Harapan kami juga, dengan adanya bantuan ini,
pasukan Kompang Formasi Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah akan
muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat
kebangsaan.

Disediakan oleh,

............................................
(HAJI ADNAN BIN REJAB)
Pengetua,
SMK RLKT Lasah

You might also like