You are on page 1of 20

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
KEMAHIRAN TEKNIKAL
TINGKATAN 1
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1

Cetakan 2014

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,


ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT MATA PELAJARAN

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

TAFSIRAN

KERANGKA STANDARD PRESTASI

PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi,Kemahiran
Teknikalserta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata
pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan
dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.
Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi
dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikalsebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat
tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi
mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1

Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2

Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.

OM3

Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.

OM4

Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit

OM5

Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk kecerian kawasan tertentu.

OM6

Mengenal pasti prinsip mudah asas elektromekanikal dalam dunia teknologi maju.

OM7

Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM8

Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri
dan antarabangsa.

OM9

Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM10

Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.

OM11

Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM12

Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia.)

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2

Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3

Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4

Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5

Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6

Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7

Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal. (2005). Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

TAFSIRAN
o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.

Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generikbagi memberi
gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Deskriptorialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Tahu

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab


Mithali

Boleh Buat dengan Beradab


Terpuji

Boleh Buat dengan Beradab

Boleh Buat

Faham

PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL


BAND

PENYATAAN STANDARD

6
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran


teknikalserta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran


teknikalserta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran


teknikalserta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

3
(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran


teknikalserta perniagaan dan keusahawanan.

2
(Tahu dan Faham)
1
(Tahu)

Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan


keusahawanan.
Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan
keusahawanan.

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
TINGKATAN 1
8

BIDANG

TAJUK

REKA
BENTUK
DAN
TEKNOLOGI

1. Organisasi bengkel dan


keselamatan
2. Reka bentuk dan
penghasilan projek

prosedur1
daya usaha1
nilai tambah1
membimbing1

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakantentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan memberikan


empat amalan 4M.

B2

Menerangkantentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan menjelaskan dua


amalan 4M.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan
masalah.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek secara sistematik dengan membuat lakaran reka bentuk
merujuk penyataan masalah mengikut prosedur1.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek secara berinisiatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk
penyataan masalah dengan daya usaha1.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projeksecara kreatif dan inovatif dengan membuat lakaran reka bentuk
merujuk penyataan masalah dengan nilai tambah1 dan membimbing1

: Lakaran mesti menggunakan pensel tanpa menggunakan pembaris. Lakaran mesti dalam bentuk oblik atau
isometrik.
: Lakaran mesti :
(i) kemas (boleh menggambarkan idea yang dihasratkan)
(ii) bersih.
: Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.
: (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja.
(ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.

BIDANG
REKA
BENTUK
DAN
TEKNOLOGI

prosedur2
daya usaha2

TAJUK
3. Elektrik

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakantentang asas elektrik dengan memberikan tiga jenis wayar.

B2

Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan tiga alatan tangan dari
segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan


membuat pendawaian plag 3 pin 13A.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara


sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut prosedur2.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara


sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A dengan daya usaha2.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara


sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A dan membimbing1.

: Mengikut urutan langkah kerja yang betul.


: (i) Hasil kerja kemas dan betul
(ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan.

10

BIDANG
REKA
BENTUK
DAN
TEKNOLOGI

TAJUK
4. Kerja paip

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang kerja paip dengan memberikan tiga jenis perangkap.

B2

Menerangkan tentang kerja paip dengan menjelaskan perangkap dari segi


fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip dengan membuat


penyenggaraan perangkap.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik


dengan membuat penyenggaraan perangkap mengikut prosedur2.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik


dengan membuat penyenggaraan perangkap dengan daya usaha2.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik


dengan membuat penyenggaraan perangkapdanmembimbing1.

11

BIDANG
REKA
BENTUK
DAN
TEKNOLOGI

TAJUK
5. Jahitan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas jahitan dengan memberikan enam bahagian mesin jahit.

B2

Menerangkan tentang asas jahitan dengan menjelaskan enam bahagian mesin jahit
dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan dengan menjahit


kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara


sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan
melengkung mengikut prosedur2.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara


sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan
melengkung dengan daya usaha2.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara


sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan
dan membimbing1.

12

BIDANG
REKA
BENTUK
DAN
TEKNOLOGI

TAJUK
6. Tanaman hiasan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentangtanaman hiasan dengan memberikan dua jenis keratan batang.

B2

Menerangkan tentangtanaman hiasan dengan menjelaskan nisbah campuran


medium semaian.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan


menyemai keratan dalam medium semaian.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara


sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian mengikut prosedur2.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara


sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian dengan daya usaha2.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara


sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian dan membimbing1.

13

BIDANG
REKA
BENTUK
DAN
TEKNOLOGI

prosedur3
prosedur4

TAJUK
7. Elektrik (elektif)

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang elektrik dengan memberikan 3 jenis litar elektrik.

B2

Menerangkan tentang elektrik dengan menjelaskan dua perbezaan antara litar siri
dan litar selari.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik dengan membuat


pemasangan litar selari.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik secara sistematik


dengan membuat pemasangan litar selari mengikut prosedur3

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik secara berinisiatif


dengan membuat pemasangan litar selari dengan daya usaha2 .

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik secara berinisiatif


dengan membuat pemasangan litar selari dengan daya usaha2dan membuat
pengiraan arus, rintangan dan voltan mengikut prosedur4 dan membimbing1

: Mengikut urutan langkah kerja yang betul dan berfungsi.


: Pengiraan dan jawapan yang betul.

14

BIDANG
REKA
BENTUK
DAN
TEKNOLOGI

TAJUK
8. Asas elektromekanikal

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas elektromekanikal dengan mengenal pastikonsep


pergerakan mekanikal.

B2

Menerangkan tentang asas elektromekanikal dengan menjelaskan jenis pergerakan


bagi sistem mekanikal dan elektromekanikal.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektromekanikal


dengan membuat banding beza antara sistem mekanikal dengan elektromekanikal.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektromekanikal


dengan membuat hubung kait jenis gear dan jenis pergerakan bagi sistem
mekanikal dan elektromekanikal.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektromekanikal


dengan membuat hubung kait jenis gear dan jenis pergerakan bagi sistem
mekanikal dan elektromekanikal serta memberi contoh alatan.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektromekanikal


dengan membuat hubung kait jenis gear dan jenis pergerakan bagi sistem
mekanikal dan elektromekanikal, memberi contoh alatan dan membimbing1.

15

BIDANG

TAJUK

REKA
9. Pengenalan kepada
BENTUK
perniagaan
DAN
TEKNOLOGI

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan memberikan jenis


perniagaan

B2

Menerangkan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan menjelaskan


perniagaan runcit, borong dan antarabangsa.

B3

Menerangkan tentang perniagaan dengan mengenal pasti kepentingan perniagaan


kepada individu masyarakat dan negara.

B4

Menghuraikan tentang perniagaan dengan mengenal pasti perubahan dalam aktiviti


perniagaan dahulu dan masa kini.

B5

Menghuraikan tentang perniagaan dengan membanding beza perniagaan dahulu


dan masa kini.

B6

Menghuraikan tentang perniagaan dengan meramalkan perubahan ciri perniagaan


pada masa akan datang.

16

Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783
Web :http://www.moe.gov.my/lp
e-mel : weblpm@moe.gov.my

17

You might also like