You are on page 1of 3

Kenapa Anda Perlu menulis nota rujukan dalam penulisan ilmiah anda

1. Untuk menjelaskan sumber data yang telah digunakan

2. Untuk membolehkan pembaca merujuk kepada mana-mana

bahagian dalam tulisan itu sendiri samada sebelum atau selepas

3. Untuk memberi penjelasan lanjut yang dikira tidak wajar dibuat dalam teks
perbincangan.

4. Untuk menjelaskan pandangan yang berbeza dari sumber tertentu bagi


membolehkan pembaca membuat perbandingan

5. Untuk memberi penghargaan kepada sumber yang digunakan

6. Untuk memperkukuhkan kewibawaan penulisan kajian

Sumber-Sumber Maklumat

Terdapat pelbagai sumber maklumat. Bagaimanapun ia boleh diklasifikasikan


dalam tiga kategori iaitu primer, sekunder dan tertiary:

1. Sumber Primer:

Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan


Melaporkan penyelidikan asli

Memberi ulasan baru atau interpretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan
yang terdahulu.
Dalam konteks pengajian Islam sumber primer ialah sumber yang dipetik dari
sumber asal contohnya hadis hendaklah dirujuk dari kitab hadis seperti sahih alBukhari, Sahih Muslim, dan sebagainya.

Contoh Sumber Primer yang diterbitkan:

Terbitan berkala/Terbitan bersiri/Jurnal


Laporan Penyelidikan
Penerbitan kerajaan / Penerbitan rasmi
Paten
Piawaian
Disertasi/tesis
Prosiding

Contoh Sumber Primer yang tidak diterbitkan:

Kertas kerja (seminar, konvensyen, persidangan dan lain-lain)


Fail syarikat
Fail peribadi
Surat menyurat
Diari, memo
Temuramah
Lukisan
Rakaman audio
Rakaman video

2. Sumber Sekunder

Sumber sekunder pula merupakan bahan-bahan yang disusun dan diterbitkan


semula dalam bentuk berlainan berdasarkan maklumat- maklumat dan dokumen
dari sumber pertama

Contoh-contoh Sumber Sekunder


Buku teks
Buku panduan
Jadual
Ulasan
Terbitan berkala
Perkhidamatan Indeks dan Abstrak.

APA ( American Psychological Association) atau Harvard Style?

Kebanyakan universiti contohnya USM memberi kebebasan kepada pelajarnya


memilih mana-mana sistem nota rujukan/ bibliografi dalam penulisan tesis atau
disertasi pelajar namun demikian pelajar perlu mengikut secara konsisten
terhadap kaedah penulisan yang dipilih oleh mereka samada APA mahupun
Harvard Style. Bagi IPGM pula sistem yang perlu digunakan dalam penulisan
ilmiah, tugasan, kertas projek khususnya dalam KKBI ialah sistem APA

You might also like