You are on page 1of 3

BAB 4: SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP

4.1 Menganalisa Saling bersandaran Antara organisma hidup


Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup : Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat
dan Ekosistem
Di bumi ini, kita ada berjuta-juta organisma yang terdiri daripada pelbagai spesies
haiwan dan tumbuhan hidup secara berkelompok dan saling bergantung antara
satu sama lain.

Spesies ialah sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri dan rupa bentuk
yang sama. Organisma ini boleh saling membiak menghasilkan anak.
Contoh : spesies rama-rama

Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesies yang sama hidup dan
membiak di kawasan yang sama.
Contoh : populasi monyet

Komuniti ialah beberapa populasi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama
dan saling bersandaran antara satu sama lain.
Contoh : populasi zirafah yang hidup bersama populasi zebra membentuk satu
komuniti

Habitat merupakan tempat tinggal semula jadi bagi organisma. Ini adalah bagi
tujuan mendapatkan makanan, perlindungan dan tempat pembiakan.
Contoh : Hutan Hujan Tropika

Ekosistem terdiri daripada beberapa komuniti yang saling bersandaran dan


berinteraksi antara satu sama lain serta juga mempunyai hubungan dengan
persekitarannya yang merangkumi benda bukan hidup seperti air, udara, tanah dan
cahaya matahari.
4.1 Menganalisa Saling bersandaran Antara organisma hidup (aktiviti pnp)

You might also like