You are on page 1of 22

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 91

_______________________________________________________________________________

UNIT 7
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH
RENDAH
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda akan dapat:
1.
2.
3.

menerangkan konsep pengajaran dan pembelajaran khususnya di peringkat


sekolah rendah.
menganalisis proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di peringkat
sekolah rendah.
mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh
digunakan disekolah rendah.

PETA KONSEP TAJUK


Pengajaran dan
Pembelajaran

Konsep dan
Teori
Pengajaran

Konsep dan
Teori
Pembelajaran

Proses Pengajaran dan


Pengajaran

Pelbagai Kaedah
Pengajaran Dan
Pembelajaran

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 92


_______________________________________________________________________________

PENGENALAN
Kesempurnaan sesuatu kurikulum persekolahan yang dirancang itu belum tentu
menjamin pencapaian hasrat dan objektifnya. Yang lebih penting dalam sekuen
pelaksanaan sesuatu kurikulum itu ialah bagaimana realiti penterjemahan kandungan
kurikulum itu dalam konteks bilik darjah. Di sinilah peranan besar yang dituntut daripada
para guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ISI KANDUNGAN
Apakah maksud pengajaran dan pembelajaran?
Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan aktiviti yang saling berkait, yang mana
berlaku secara bersama dalam satu ruang masa. Pemisahan antara dua konsep ini
sukar dilakukan secara praktisnya kerana ia berlaku secara serentak. Konsep
pengajaran itu diwakili oleh individu yang bergelar guru, manakala pembelajaran diwakili
oleh murid. Tanpa guru maka tiada murid (dan sebaliknya) maka tiadalah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan pemikiran dalam aliran falsafah pendidikan telah memberi dimensi baru
tentang peranan guru (pengajaran) dan murid (pembelajaran). Sebelum abad ke 20
(1900), aliran falsafah pendidikan tradisional berpendapat aktiviti pengajaran dan
pembelajaran perlu memberi tumpuan kepada isi kandungan dan kebenaran universal
yang mutlak. Pengajaran memfokus kepada persoalan apa, siapa dan bila. Charles
Darwin merupakan tokoh yang telah merintis kepada penjelasan saintifik tentang
sesuatu fenomena alam. Perkembangan saintifik dalam 1900 telah mendorong kepada
perkembangan aliran falsafah pragmatisme (kontemporari) yang didokong oleh John
Dewey. Aliran pragmatisme berasaskan kepada perubahan, proses dan relativiti.
Pembentukan pengetahuan adalah sebagai satu proses yang mana realiti sentiasa
berubah. Pembelajaran berlaku apabila seseorang individu terlibat dalam penyelesaian
masalah, yang mana mudah dipindahkan berdasarkan kandungan dan situasi yang luas.
Kaedah lebih penting daripada isi kandungan. Kaedah pengajaran yang terbaik ialah
bukan mengajar murid apa yang perlu difikirkan, sebaliknya berfikir secara kritis.
Persoalan mengapa dan jika lebih diberi keutamaan. Jadual 7.1 menunjukkan
perbandingan aliran falsafah pendidikan tradisional dan kontemporari tentang
pengetahuan/pembelajaran dan instruksi/pengajaran.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 93


_______________________________________________________________________________

Jadual 7.1
Aliran Falsafah Pendidikan Tradisional Dan Kontemporari
Falsafah Pendidikan Tradisional

Falsafah Pendidikan Kontemporari

Pengetahuan dan Pembelajaran


1.Tumpuan kepada pengetahuan dan maklumat. 1. Tumpuan kepada menyelesaikan masalah
dan fungsi dalam persekitaran sosial.
2.Tumpuan kepada mata pelajaran (kandungan). 2. Tumpuan kepada murid.
3.Kandungan dipilih dan disusun oleh guru.

3. Kandungan dirancang oleh guru bersama


murid.

4.Kandungan disusun dari mudah ke kompleks.

4. Kandungan disusun berdasarkan


pemahaman perkaitan.

5.Unit/rancangan pelajaran disusun berdasarkan 5. Unit/rancangan pelajaran disusun


topik atau konsep.
berdasarkan masalah atau minat murid.
6.Kandungan adalah berasingan berdasarkan
disiplin.

6. Kandungan adalah bersepadu; lebih dari


satu mata pelajaran.

Instruksi/Pengajaran
1.Tumpu kepada penggunaan buku teks dan
buku kerja; pengajaran dan pembelajaran
dilakukan di dalam bilik darjah.

1. Pelbagai bahan instruksi; pengajaran dan


pembelajaran termasuk sumber komuniti.

2. Pembelajaran seluruh kelas; jadual tetap.

2. Seluruh kelas, kumpulan kecil dan individu;


jadual anjal.

3.Kumpulan homogeneous.

3. Kumpulan heterogeneous.

4.Murid menyerap secara pasif pengajaran


guru dan buku teks.

4. Murid terlibat secara aktif mencari informasi


boleh diguna dan diaplikasi.

5.Tumpuan kepada keseragaman pengalaman


bilik darjah dan situasi instruksi.

5. Tumpuan kepada pelbagai pengalaman


bilik darjah dan situasi instruksi.

Sumber: Ornstein dan Hunkins (2009)

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 94


_______________________________________________________________________________

Pengajaran
Reinhartz & Beach (1997) menjelaskan maksud pengajaran sebagai implimentasi
kurikulum iaitu apabila berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik
darjah. Manakala Kane et. al. (2002) dalam tinjauan semula tentang konsep pengajaran
telah menyenaraikan perkara berikut:

pengajaran sebagai menyampaikan maklumat


pengajaran sebagai pemindahan maklumat
pengajaran sebagai ilustrasi aplikasi teori kepada praktis
pengajaran sebagai memperkembang konsep/prinsip dan perkaitan keduanya
pengajaran sebagai memperkembang keupayaan untuk menjadi pakar
pengajaran sebagai meneroka cara memahami dari perspektif tertentu
pengajaran sebagai mendapatkan perubahan konsep

Terdapat dua perspektif terhadap ilmu apabila membincangkan tentang pengajaran iaitu
perspektif objektivis (melaksanakan kaedah deduktif dalam pengajaran) dan perspektif
konstruktivis (melaksanakan kaedah induktif).
Perspektif objektivis mempunyai ciri-ciri berikut:
Ilmu sebagai satu komoditi yang pasti dan boleh diperturunkan.
Tumpuan kepada isi kanfdungan pelajaran, kemahiran baru, keupayaan baru dan
pemindahan pembelajaran.
Menggunakan Taksonomi Bloom sebagai asas untuk pengajaran dan penilaian.
Ilmu pengetahuan bersifat kumulatif.
Disokong teori pemprosesan maklumat (menjelas bagaimana pengetahuan
diplajari) dan teori skema (menjelas bagaimana pengetahuan dibentuk).
Strategi pengajaran berbentuk ekspositori seperti kaedah kuliah, demonstrasi,
simulasi, main peranan dan latih tubi.
Secara ringkasnya perkara tersebut adalah seperti Jadual 7.2.

Gambar Hiasan Berkaitan Pengajaran Guru

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 95


_______________________________________________________________________________

Jadual 7.2
Perspektif Objektivis
Jenis Teori

Pengasas Teori
Pembelajaran

Pengasas
Teori/Model
Pembelajaran

Fokus/Objektif Pengajaran &


Pembelajaran

Behaviourisme Pavlov,
Thorndike,
Skinner

Skinner

Penguasaan
isi
pelajaran
melalui proses pelaziman dan
penggunaan
motivasi
ekstrinsik.

Sibernetik

Landa

Penguasaan kemahiran dan


pengetahuan prosedur melalui
penggabungan
dan
subprosedur.

Kognitif

Ausubel, Gagne, Ausubel,


Flavell, Mayer
Keller,
Mager

Gagne, Penguasaan
isi
pelajaran
Bloom, melalui pencetusan proses
mental seperti skema dan
metakognisi.

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi (2006)


Perspektif konstruktivis pula mempunyai ciri-ciri berikut:
Melihat pelajar sebagai Pembina ilmu.
Pengajaran bertujuan untuk mengubah cara dan tahap berfikir.
Isi pelajaran bukan matlamat pengajaran tetapi hanyalah batu loncatan untuk
mendapatkan kepakaran yang lebih tinggi.
Isi pelajaran diketepikan selepas kepakaran diperolehi.
Pengajaran berfokus kepada proses pembinaan ilmu pengetahuan.
Contoh strategi pengajaran adalah inkuiri (seperti pembelajaran berasaskan
masalah) dan belajar sambil melawat.
Secara ringkasnya perkara tersebut adalah seperti Jadual 7.3.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 96


_______________________________________________________________________________

Jadual 7.3
Perspektif Konstruktivis
Jenis Teori

Pengasas
Teori
Pembelajaran

Pengasas
Teori/Model
Pembelajaran

Fokus/Objektif Pengajaran &


Pembelajaran

Pembangunan Piaget,
Mental
Gardner

Lawson,
Collins Kemahiran
pentaakulan,
dan
Stevens, pemikiran
aras
tinggi
Bruner, Taba
berdasarkan
logik
dan
pembangunan
pelbagai
kecerdasan.

Humanis

Rogers

Rogers

Pembelajaran yang bermakna


dan ownership of knowledge.

Pembelajaran
Sosial

Vygotsky

Spiro, Thelen

Kemahiran
pentaakulan,
pemikiran
aras
tinggi
berdasarkan
perancahan
(scaffolding),
pembelajaran
koperatif/kolaboratif
dan
sebagainya.

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi (2006)

Pembelajaran
Marton dan Booth (1997; dalam Fry dan Marshal, 2003) menyatakan pembelajaran
adalah berkenaan bagaimana kita menanggap dan memahami dunia, tentang membuat
makna. Fry dan Marshal (2003) berpendapat pembelajaran boleh merupakan prinsip
abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan
sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu dan
juga penaakulan. Pembelajaran itu dikatakan telah berlaku apabila terdapat perubahan
pada tingkah laku pelajar selepas melalui sesuatu pengalaman pendidikan.
Kebiasaannya, ektiviti pembelajaran di sekolan dibahagikan kepada tiga klasifikasi
domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif adalah aktiviti
pembelajaran yang berfokus kepada aktiviti intelek, domain afektif merujuk kepada
aktiviti pembelajaran yang berpusat kepada rohani dan emosi, dan domain psikomotor
pula merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang mengaitkan penggunaan jasmani tubuh
badan.
Terdapat pelbagai teori dan model pembelajaran yang telah dikemukakan. Namun,
modul ini akan membincangkan empat teori dan model pembelajaran sahaja yang
bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran di sekolah rendah iaitu behaviourisme,
konstruktivisme, pembelajaran berasaskan pengalaman dan pelbagai kecerdasan.
Teori pembelajaran behaviourisme pula mendapat sambutan yang baik dalam dekad
1950an dan 1960an. Kata kunci kepada teori ini ialah ransangan (stimuli) dan gerak
balas. Teori ini menyatakan bahawa sesuatu organisme akan memberikan suatu gerak
balas apabila suatu ransangan dikenakan ke atas mereka. Perkara ini amat benar jika
dilihat terhadap perlakuan lahiriah organisme tersebut. Namun, mungkin gerak balas

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 97


_______________________________________________________________________________

yang diberikan adalah suatu gerak balas refleksi semacam tindakan pantulan. Di sini,
teori pembelajaran behaviourisme tidak dapat menjelaskan proses kognitif yang berlaku
terhadap organisme tersebut. Jika diaplikasi dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, teori ini berpendapat bahawa murid perlu menyesuaikan diri mereka
kepada persekitaran. Murid perlu memberi tindak balas terhadap ransangan
persekitaran termasuk guru. Peranan guru lebih dominan kerana murid dianggap seperti
suatu bekas yang perlu diberi ilmu pengetahuan melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Murid dianggap pasif kerana hanya menanti ransangan daripada guru.
Aliran konstruktivisme percaya bahawa individu murid itu mempunyai keupayaan untuk
membina ilmu pengetahuan. Individu murid perlu secara aktif membentuk dan membina
ilmu. Murid dianggap telah mempunyai ilmu pengetahuan dan otak mereka tidak kosong
walau pun mereka belum didedahkan dengan sesuatu isi pelajaran baru. Ada
kemungkinan pengetahuan yang terdapat dalam diri mereka itu salah. Justeru, guru
perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid dalam merancang dan melaksanakan
pengajaran mereka. Pengajaran akan mengakibatkan pemindahan dan transformasi
maklumat yang mana individu murid akan membina, menjana dan menyesuaikan
pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada dalam diri mereka. Dalam konteks
ini, para guru perlu memikirkan cara untuk memastikan berlakunya pemindahan dan
transformasi ilmu kepada diri murid.
Pembelajaran berasaskan pengalaman pula menyatakan bahawa pemahaman yang
dimiliki oleh seseorang individu murid itu bukan bersifat tetap. Individu murid akan
memperolehi pengalaman apabila mereka belajar khususnya belajar dengan cara
melakukan sesuatu (learning by doing). Pemahaman akan dibentuk dan dibentuk
semula melalui pengalaman yang dilalui. Siri pengalaman yang dilalui akan membentuk
pemahaman murid secara berterusan. Pusingan Pembelajaran Kolb menyatakan
terdapat empat peringkat keupayaan bagi menjamin pembelajaran iaitu pengalaman
konkrit (concrete experience CE), pemerhatian reflektif (reflective observation RO),
konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization AC) dan percubaan aktif (active
experimentation AE). Murid perlu diberi peluang dan kebebasan untuk mendapat
pengalaman baru (CE). Seterusnya murid perlu diberi peluang untuk membuat refleksi
(RO) tentang pengalaman yang telah mereka lalui. Di peringkat ini, maklum balas
daripada orang lain adalah penting. Di langkah seterusnya, murid diharapkan mampu
membentuk dan membentuk semula, memproses idea, menjadikannya milik sendiri dan
menyepadukan idea baru mereka menjadi teori yang logikal (AC). Di peringkat keempat,
individu murid akan menggunakan teori untuk membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah, dan menguji implikasinya dalam situasi baru. Pusingan ini akan berterusan
apabila individu murid melalui siri pengalaman baru dan membina pemahaman.
Howard Gardner telah memperkenalkan Teori Pelbagai Kecerdasan. Kemunculan teori
ini telah menyanggah pendapat yang selama ini mengatakan faktor kecerdasan murid
sebagai penentu kejayaan aktiviti pembelajaran murid. Sebaliknya, Howard Gardner
mencadangkan lapan kecerdasan yang pelbagai yang dipunyai oleh individu
berdasarkan perbezaan keupayaan dan potensi mereka iaitu:

Kecerdasan verbal linguistik


Kecerdasan logic matematik
Kecerdasan visual ruang
Kecerdasan kinestetik
Kecerdasan muzik
Kecerdasan interpersonal
Kecerdasan intrapersonal

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 98


_______________________________________________________________________________

Kecerdasan naturalis

Teori ini memberi implikasi bahawa setiap guru perlu mengenal pasti kecenderongan
murid dan menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran berdasarkan lapan laluan
pembelajaran yang dicadangkan oleh Gardner ini.

Apakah yang berlaku dalam proses pengajaran dan


pembelajaran?
KSSR menyarankan agar pembelajaran mempunyai ciri supaya learning is fun berlaku.
Sehubungan itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan proses
pembelajaran murid. Secara umumnya, sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
akan merangkumi tiga fasa iaitu:

Fasa sebelum pengajaran


Fasa semasa pengajaran
Fasa selepas pengajaran

Rajah 7.1 menunjukkan urutan ketiga-tiga fasa yang terlibat dalam sesebuah proses
pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum
Pengajaran

Penentuan kemahiran atau


isi pelajaran
Penelitian kebolehan sedia
ada murid
Penentuan objektif P&P
Penentuan pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik
P& P
Pemilihan bahan sumber

Semasa
Pengajaran

Pelaksanan pendekatan, strategi,


kaedah dan teknik
Pengurusan kelas
Penggunaan bahan bantu
Penilaian

Selepas
Pengajaran

Penilaian pencapaian
Penganalisaan maklum balas

Rajah 7.2
Urutan Fasa Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
(Sumber: Ikhsan Othman & Norila Md Salleh, 2005)

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 99


_______________________________________________________________________________

AKTIVITI 7.1
Tuliskan dalam jadual berikut banding beza antara konsep pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan aliran tradisional dan moden.
Aliran

Tradisional

Moden

Pengajaran

Pembelajaran

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 100


_______________________________________________________________________________

Garis panduan untuk pelaksanaan proses pengajaran


dan pembelajaran yang berkesan
Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang beupaya mencapai objektifnya yang
terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan untuk pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berikut adalah antara yang boleh difikir
oleh guru dan dilaksanakan.
Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
(If we fail to plan, we plan to fail. Plan your work and work your plan)
Fikirkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada
murid.
Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid.
Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan
daripada yang konkrit kepada yang abstrak.
Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif.
Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan
menimbulkan rasa ingin tahu murid.
Gunakan suara yang dapat didengari murid dengan jelas.
Gunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatian murid
Laksanakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan murid.
Variasikan aktiviti bagi mengekalkan minat murid dan tumpuan murid.
Kerap memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuk pujian.
Beri peluang murid untuk mengemukakan sesuatu perkara berkaitan
pembelajaran mereka

Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran?


Dalam KSSR pelaksanaan pengajaran adalah melibatkan strategi pemusatan guru,
pemusatan murid, pemusatan bahan dan berasaskan ativiti/tugasan. Strategi pengajaran
dan pembelajaran merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan dan
merancang kaedah serta teknik berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Walau bagaimanapun secara umumnya terdapat tiga mod pembelajaran yang boleh
digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah iaitu:

pembelajaran secara kelas


pembelajaran secara kumpulan
pembelajaran secara individu

Pembelajaran Secara Kelas


Kaedah ini adalah yang paling biasa dilakukan oleh kebanyakan guru dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Guru memandu aktiviti pengajaran dengan mengawal
pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas. Interaksi guru dan murid agak
terbatas. Manakala interaksi murid dengan murid sukar berlaku. Penyampaian maklumat
lebih kepada satu hala iaitu daripada guru kepada murid. Kebiasaannya, bahan bantu

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 101


_______________________________________________________________________________

mengajar juga adalah sama kepada semua murid. Kadang-kala penggunaan papan
putih/hitam lebih tertumpu untuk membuat catatan dan penyampaian maklumat.
Dalam konteks KBSR, pelaksanaan pengajaran secara kelas memang sering berlaku.
Penggunaan kaedah kelas ini dilakukan sewaktu di peringkat set induksi, perkembangan
dan penutup dalam sesuatu sesi pengajaran. Antara kegunaan penting kaedah kelas
ialah ketika memberi pengenalan umum dan gambaran keseluruhan sesuatu topik atau
topik baru bagi menyediakan murid pembelajaran terperinci, membincang dan menjelas
sesuatu prinsip, deskripsi dan rumusan tentang isi pelajaran.

Pembelajaran Secara Kumpulan


Pembelajaran secara kumpulan bermakna dua atau lebih murid akan disatukan secara
bersama dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Dalam konteks
KBSR, murid-murid boleh disatukan dalam satu-satu kumpulan mengikut:

kebolehan
pencapaian
minat
jantina

Dalam kumpulan kebolehan yang sama, guru dapat mudah memberi bimbingan dan
tunjuk ajar berdasarkan tahap kebolehan murid yang lebih kurang sama. Dalam
kumpulan kebolehan yang berbeza pula, guru mengharapkan akan berlaku interaksi
antara murid dengan murid di mana murid yang lebih berkebolehan dapat membantu
murid yang kurang berkebolehan.

Bagaimanakah pula pengumpulan murid mengikut pencapaian, minat


dan jantina dapat dilakukan? Apakah justifikasi guru untuk berbuat
demikian?
Dalam hal ini, saiz kumpulan yang berdasarkan bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan
akan menentukan darjah penglibatan dan interaksi murid sesama mereka. Kumpulan
kecil yang mengandungi ahli terdiri daripada dua hingga empat orang murid lebih
bersifat tidak formal. Tidak semestinya melantik seorang ketua untuk menyelaras aktiviti
kumpulan. Kumpulan kecil begini memberi peluang kepada ahli dalam kumpulan
berinteraksi secara maksimum dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Kumpulan yang sederhana besar pula terdiri daripada 5 hingga 10 orang ahli. Aktiviti
dalam kumpulan yang dilakukan secara bersama lebih bersifat formal kerana perlu ada
seorang ketua untuk menyelaras aktiviti supaya dapat dilaksana dengan lancar.
Kumpulan besar yang ahlinya terdiri daripada lebih 10 orang murid dalam setiap
kumpulan sangat bersifat formal. Seorang ketua kumpulan yang amat berkebolehan

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 102


_______________________________________________________________________________

perlu dilantik untuk menyelaras aktiviti kumpulan. Darjah penglibatan setiap murid dalam
aktiviti pembelajaran amat terbatas disebabkan bilangan ahli yang terlalu ramai.
Newble dan Cannon (1995) telah menyarankan bahawa pengajaran yang menggunakan
kaedah kumpulan perlu ada ciri-ciri berikut:

Penglibatan yang aktif di pihak murid.


Pertemuan secara bersemuka.
Aktiviti yang bertujuan tertentu dan bersebab.

Pembelajaran Secara Individu


Pembelajaran secara individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
cetusan pemikir moden dalam bidang pendidikan. Golongan ini berpendapat setiap
individu murid adalah unik, pelbagai dan rencam dalam aspek pertumbuhan dan
perkembangan mereka. Justeru, setiap individu murid mempunyai hak untuk
memperkembang aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani mereka melalui sistem
pendidikan.
Terdapat pelbagai istilah yang digunakan bagi penjelasan pendekatan individu ini. Fry et.
al. (2003) telah menamakan sebagai self-directed, independent dan autonomous
learning. Biggs (1999) telah menamakan kajian kendiri (independent study). Manakala
Ellington dan Earl (1999) menamakan sebagai individualized student-centered approach.
Namun demikian, kesemua label ini merujuk kepada pendekatan individu yang
mengambil kira perbezaan dan gaya pembelajaran individu dalam pelaksanaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan individu ini sangat fleksibel yang mana setiap murid mempunyai kebebasan
untuk menentukan arah tuju pembelajaran mereka. Murid dituntut untuk mempunyai sifat
kendiri dan motivasi yang tinggi kerana segala aspek tentang pembelajaran mereka
ditentukan oleh mereka (murid) sendiri. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam
melaksanakan kaedah individu ini adalah pelbagai dan perlu disediakan oleh guru.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 103


_______________________________________________________________________________

AKTIVITI 7.2
Tuliskan dalam jadual berikut banding beza antara kaedah pembelajaran
secara, kumpulan dan individu dari aspek peranan guru, peranan murid dan
tujuan pemilihan kaedah tersebut.
Pembelajaran
Secara

Kelas

Kumpulan

Individu

Peranan Guru

Peranan Murid

Tujuan
Pemilihan

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 104


_______________________________________________________________________________

Pemulihan
Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979 :
Perakuan 5) telah memperakukan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan
langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan dijalankan, diteliti dan diperbaiki.
Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran,
bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran
pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu. Berkaitan hal ini terdapat pekeliling
KPM yang memastikan kelas pemulihan dilaksanakan di sekolah-sekolah. Antaranya
ialah Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8691/Jld.II/(32)
bertarikhh 22 Januari 1985 (Guru Khas Pendidikan Pemulihan), Surat Pekeliling
Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V (26) bertarikh 18 Januari
1986 (Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah), Surat Pekeliling Bahagian SekolahSekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V (34) bertarik. 30 Jun 1989(Guru Khas
Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah).
Menurut Kamus Dewan Edisi IV (2005), perkataan pulih bermaksud kembali seperti
biasa atau sembuh. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu
kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Pemulihan dalam KBSR ialah
proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi
masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca,
menulis dan mengira (Panduan Am KBSR - 1982). Antara objektif Program Pemulihan
Khas adalah untuk membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan
kemahiran-kemahiran asas. Fokus utama pembelajaran dalam KBSR ialah untuk
memastikan semua murid berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira selepas tamat melalui pengalaman pembelajaran di sekolah rendah. Namun
demikian, perbezaan keupayaan individu yang pelbagai mungkin menjadi penghalang
dan mengakibatkan pencapaian penguasaan kemahiran-kemahiras asas dalam
kalangan sesetengah murid tidak tercapai. Bahkan semua murid mempunyai hak untuk
belajar dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Maka tugas guru adalah untuk
memastikan semua pelajar menguasai kemahiran yang diperlukan untuk melancarkan
pembelajaran murid.
Penilaian formatif yang dijalankan oleh guru sepanjang tempoh pengajarannya di dalam
bilik darjah memerlukan guru mengenalpasti tahap pencapaian dan penguasaan muridmurid terhadap objektif pembelajaran yang telah ditetapkan ketika membuat
perancangan pengajaran hariannya. Hasil dari penilaian formatif tersebut, jika guru
dapat mengenalpasti masalah pembelajaran yang berlaku, guru tersebut tidak boleh
meneruskan kepada langkah/ fasa seterusnya. Guru perlu mempastikan muridnya yang
menghadapi masalah lewat menguasai isi kandungan bagi tajuk yang diajar itu benarbenar memahaminya menerusi aktiviti pemulihan seperti pengulangan, analogi, model
dan sebagainya. Setelah murid- murid tersebut menguasainya maka barulah guru boleh
meneruskan pengajarannya kepada langkah/ fasa seterusnya.
Perbezaan keupayaan antara individu murid menuntut guru perlu memberikan layanan
dan perhatian yang khusus kepada sesetengah murid (yang ketinggalan) dalam
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perkembangan intelek
antara individu murid yang tidak sama memerlukan guru memikirkan strategi yang
berbeza dan khusus kepada kumpulan murid yang mengikuti kelas pemulihan ini.
Selepas murid-murid ini berupaya menguasai semua kemahiran asas ini maka mereka
akan meneruskan proses pembelajaran dalam sistem persekolahan biasa.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 105


_______________________________________________________________________________

Terdapat pelbagai program di sekolah rendah sekarang ini yang berorientasi pemulihan.
Antaranya ialah pemulihan dalam kelas, KIA2M dan PROTIM. Kesemua program
pemulihan memerlukan kaedah individu yang mana guru yang terlibat perlu membuat
perancangan yang rapi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru
pemulihan perlu mengetahui apa yang diketahui oleh murid sebelum mengajar dan apa
yang dipelajari oleh murid selepas mengajar. Ketika merancang guru perlu mengambil
kira maklumat individu murid, sebab-sebab mereka memasuki program pemulihan dan
faktor-faktor yang berkaitan. Guru pemulihan perlu bijak merancang kaedah yang
hendak digunakan dan bahan bantu mengajar yang hendak digunakan. Penilaian perlu
dilaksanakan untuk melihat pencapaian dan perkembangan murid.
Program pendidikan pemulihan bermatlamat untuk membolehkan murid-murid
menguasasi kemahiran asas literasi iaitu menulis, mengira dan membaca. Objektif
pendidikan pemulihan ini adalah membantu murid yang lemah tahap akademiknya:
menjalankan ujian dignostik
membina dan meningkatkan keyakinan diri.
belajar sesuatu mata pelajaran mengikut kebolehannya
memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.
memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah.
mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau.
membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin disalah
tanggap oleh pelajar sebelum ini.
Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas ialah disebabkan oleh
konsep setiap individu murid adalah mempunyai tahap keupayaan yang berbeza.
Perbezaan individu ini perlu menjadi panduan dan amalan guru dalam usaha
merancang, melaksana dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Pengayaan
Jika kelas pemulihan bertujuan untuk membantu murid-murid yang belum menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira, tujuan kelas pengayaan pula ialah
sebaliknya. Kelas pengayaan ialah satu proses yang mana aktiviti-aktiviti tambahan
yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi diberikan kepada sekumpulan murid
selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran biasa yang telah dilakukan di

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 106


_______________________________________________________________________________

dalam kelas. Murid-murid ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai
penguasaan kecekapan dan kemahiran yang tinggi.
Tujuan diwujudkan kelas pengayaan ini ialah untuk memperkembangkan penguasaan
kemahiran murid-murid ke tahap yang lebih tinggi lagi selaras dengan keupayaan
mereka sendiri. Pengayaan juga dapat memperkembangkan lagi potensi yang sedia
ada pada murid-murid meliputi pengetahuan dan kemahiran-kemahiran. Selain itu,
pengayaan dapat menyediakan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi
daya kreatif, krititis, imaginatif, inovatif, motivatif dan bakat murid-murid dalam pelbagai
bidang.Secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diberikan akan
dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka. Melalui cara ini, keupayaan
dan potensi murid yang terlibat akan dapat dimaksimunkan.
Biasanya aktiviti kelas pengayaan ini tidak dimasukkan ke dalam jadual waktu
pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan murid yang terpilih ini akan diberikan kerja
tambahan berbentuk lembaran kerja atau projek. Namun demikian tahap tugasan yang
diberikan adalah bersesuaian dengan tahap mereka. Pembelajaran murid adalah lebih
bercorak pembelajaran kendiri. Manakala pihak guru akan memberikan bimbingan
secara minimum. Seringkali murid yang terpilih akan mengadakan perbincangan dengan
rakan dan guru mereka dalam menyiapkan tugasan.
Oleh kerana pengayaan merupakan aktiviti bagi memperkembangkan potensi murid
kepada tahap maksima, maka jenis-jenis aktiviti pengayaan yang dilaksanakan mestilah
sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid, bercorak belajar kendiri berdasarkan
modul dan pembelajaran arah kendiri dan berbentuk lembaran kerja atau projek. Aktiviti
pengayaan memerlukan proses pengendalian yang teliti dan sistematik:
Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap
sekolah
Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak
belajar kendiri
Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan
memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka
dihargai

Program pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan,


keupayaan, bakat, dan minat murid. Murid hendaklah diberikan
bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau
dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan
dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah
menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau
lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
. . . Bahagian pembangunan Kurikulum, KPM. 2010

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 107


_______________________________________________________________________________

AKTIVITI 7.3
Tuliskan dalam jadual berikut banding beza antara pemulihan dan
pengayaan.
Aspek

Pemulihan

Pengayaan

Kaedah dan Teknik Pengajaran Dalam KSSR


Kaedah dan teknik yang disarankan untuk pengajaranm dan pembelajaran di bilik darjah
KSSR adalah seperti yang berikut:
Belajar sambil bermain
Penyelesaian masalah

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 108


_______________________________________________________________________________

Pembelajaran berasaskan projek


Pembelajaran koperatif
Inkuiri penemuan
Pembelajaran luar bilik darjah
Pembelajaran tematik
Dalam pembelajaran Bahasa Malayisa Tahun 2 umpamanya pembelajaran tematik
melibatkan tema kekeluargaan; kemasyarakatan; kesihatan dan kebersihan;
keselamatan; perpaduan; Kebudayaan, Kesenian dan Estetika; Jati diri, Patriotisme dan
Kewarganegaraan; Sains, Teknologi dan Inovasi; Alam Sekitar dan Teknologi Hijau;
Pertanian; dan ekonomi. Penekanan kepada konsep 5P juga perlu dilaksanakan.
Konsep 5P adalah merujuk kepada penggabunjalinan, penyerapan, pemulihan,
pengayaan dan penilaian. Konsep 5P juga diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris Tahun 1 & 2 Sekolah Kebangsaan.

Bagaimana pengajaran dalam kelas bercantum boleh


berlangsung?
Kelas bercantum biasanya terdapat di sekolah-sekolah yang kurang murid (SKM). Kelas
bercantum merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun
persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak mencukupi untuk
membentuk sebuah kelas biasa. Oleh yang demikian, kelas bercantum akan diwujudkan
dengan mencantumkan dua atau tiga kumpulan murid yang tediri daripada tahun
persekolahan yang berbeza di dalam satu kelas. Sesebuah kelas bercantum mungkin
mengandungi murid-murid daripada dua atau tiga tahun persekolahan ( iaitu Tahun 1
dan Tahun 2 atau Tahun 1, 2 dan 3 ). Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih
daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum.
Selain itu, kriteria percantuman kelas juga bergantung kepada bilangan tenaga pengajar
yang sedia ada. Sebagai contoh, sebuah sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh
mencantumkan murid-murid daripada tiga tahun persekolahan bagi membentuk sebuah
kelas bercantum. Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula
boleh mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan dalam sebuah
kelas. Namun, biasanya, bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas
bercantum tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah mengikut nisbah
bilangan kelas yang terdapat di sesebuah sekolah berkenaan.
Penderkatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bercantum juga berbeza yang
mana, semasa guru mengajar murid-murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid
dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan. Justeru, untuk memastikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, guru yang terlibat
perlu memilih dan merancang strategi pengajaran dengan baik.
Penyusunan bilik darjah dalam kelas bercabtum juga berbeza. iaitu melibatkan
penyusunan kerusi-meja dan alatan perlu sesuai dengan jenis aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Buasanya, dua papan hitam digunakan dan keduaduanya terletak di tempat pengadang yang diletakkan ditengah-tengah kelas sebagai
pembahagi kelas. Tempat duduk guru pula diletakkan di tempat yang membolehkan
guru mengawasi kedua-dua tahun persekolahan itu.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 109


_______________________________________________________________________________

Jadual waktu pelajaran bagi setiap tahun persekolahan dalam sebuah kelas bercantum
seboleh-bolehnya disusun mengikut mata pelajaran yang sama dalam waktu pelajaran
yang sama. Sebagai contoh, semasa murid Tahun 1 belajar Bahasa Melayu, muridmurid Tahun 2 juga harus disusun jadualnya dengan mata pelajaran yang sama.
Pengajaran dan pembelajaran juga akan mencantumkan kemahiran-kemahiran yang
berkaitan.
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan. Antaranya ialah
seperti kaedah kelas jika guru ingin menyampaikan maklumat am kepada semua pelajar.
Kaaedah kumpulan boleh digunakan jika guru ingin mengasingkan murid berdasarkan
kecekapan kemahiran dan kebolehan akademik. Kaedah individu juga boleh digunakan
jika guru ingin memfokus kepada seseorang individu murid.

RUMUSAN
Unit ini telah memberi fokus tentang pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah
dari aspek konsep pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian cadangan kaedah yang
boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah telah turut
sama dibincangkan. Pengajaran dalam KSSR juga disentuh sedikit sebagai cetusan
kepada para pelajar untuk terus mendalami lagi perkara tersebut dari semasa ke
semasa.

KATA KUNCI
Falsafah pendidikan

kefahaman tentang segala aspek yang berkaitan


dengan pendidikan.

Kaedah kelas

Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran


dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam
sebuah kelas.

Kaedah kumpulan

Dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama


dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara bersama bagi
mencapai matlamat pembelajaran yang sama.

Kaedah individu

Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran


dan pembelajaran ke atas individu murid atas beberapa
sebab seperti kerja individu; murid yang perlu
bimbingan secara khusus dan sebagainya.

Pemulihan

Pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk


murid-murid yang menghadapi masalah atau
kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu
kemahiran membaca, menulis dan mengira

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 110


_______________________________________________________________________________

Pengayaan

Kelas yang mengandungi aktiviti tambahan pada aras


kesukaran yang lebih tinggi kepada sekumpulan murid
yang mempunyai penguasaan kecekapan dan
kemahiran yang tinggi, selain daripada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran biasa.

PENILAIAN KENDIRI
Jawab semua soalan berikut.
1.

Manakah antara berikut merupakan aliran falsafah pendidikan moden?


A.
B.
C.
D.

2.

Perenialisme
Esensialisme
Progresivisme
Eksistensialisme

Pendidikan moden menuntut guru berfungsi sebagai fasilitator dalam proses


pengajaran dan pembelajaran.
Manakah antara berikut boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas?
A.
B.
C.
D.

3.

Guru adalah sumber ilmu yang mutlak dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru menetapkan pengalaman kepada murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Guru adalah pihak yang berautoriti dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya.
Guru perlu menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik.


Perancangan pengajaran yang baik __________
I.
II.
III.
IV.
A.
B.
C.
D.

menyatakan objektif dengan jelas.


menepati kehendak sukatan pelajaran.
tidak mengabai murid berpencapaian rendah.
boleh terlaksana dalam masa yang ditetapkan.

I dan IV sahaja
II dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
I, II, III dan IV sahaja

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 111


_______________________________________________________________________________

4.

Sebagai guru, aktiviti refleksi perlu dilakukan di peringkat ____________


A.
B.
C.
D.

5.

sebelum pengajaran.
semasa pengajaran.
selepas pengajaran.
sebelum, semasa dan selepas pengajaran

Manakah antara berikut ciri-ciri Pemulihan dan Pengayaan yang dilakukan dalam
sesi pengajaran di dalam kelas?
l.
ll.
lll.
lV.
A.
B.
C.
D.

Bilangan pelajar yang biasanya sedikit.


Dimasukkan dalam jadual waktu kelas.
Ujian diagnostik terlebih dahulu perlu dilakukan.
Murid berkeupayaan hampir sama dikumpul bersama.

l dan ll sahaja
ll dan lll sahaja
l dan lV sahaja
lII dan lV sahaja

CADANGAN JAWAPAN:

1. C;

2. D; 3. D; 4. C; 5. C

RUJUKAN
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR): Modul Teras Asas Bahasa Inggeris Sekolah
Kebangsaan Tahun Satu & Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR): Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah
Kebangsaan Tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Cruickshank, D.R., Jenkins, D.B. & Metcalf, K.K. (2003). The act of teaching (3rd ed.).
Boston: McGraw Hill.
Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:
Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (2009). Curriculum: Foundations, principles and issues
(3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 112


_______________________________________________________________________________

Reinhartz, J. & Beach, D.M. (1997). Teaching and learning in the elementary school:
Focus on curriculum. New Jersey: Merill
Sufean Hussin (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wiles, J. & Bondi, J. (1998). Curriculum development: A guide to practice (5th.ed.). New
Jersey: Merrill Prentice Hall.

You might also like