You are on page 1of 10

Praktikal 2: Mengenal pasti Batu

Tujuan: Mengenal pasti dan mengelaskan tiga jenis batuan iaitu Batuan Igneus, Batuan
Enapan, dan Batuan Metamorfik.
Pengenalan:
Batuan adalah bahan padat bentukan alam yang umumnya tersusun oleh
kumpulan atau kombinasi dari satu mineral atau lebih. Batu dapat dikelaskan mengikut
kandungan mineral, tekstur batuan iaitu saiz, bentuk dan corak, struktur, warna dan
proses pembentukan. Batuan dapat dikelaskan kepada 3 jenis yang utama mengikut
rupa bentuk dan cara pembentukan iaitu batuan igneus, bantuan enapan dan batuan
metamorfik. Batu yang terdapat di Bumi ini mengalami kitaran yang bermakna batu ini
tidak lenyap ataupun musnah. Kitaran batuan ini bermula apabila magma yang terdapat
di dalam bumi menyejuk dan membentuk kristal seterusnya menghasilkan batuan
igneus. Batuan igneus ini boleh bertukar kepada batuan enapan atau batuan
metamorfik, batuan enapan pula boleh bertukar kepada batuan metamorfik atau batuan
igneus dan batuan metamorfik boleh bertukar kepada batuan igneus atau batuan
enapan. Magma yang keluar daripada bumi disebut lava. Angin dan air yang
memecahkan batuan kepada ketulan kecil dan memindahkannya ke tempat lain ini
dipanggil enapan dan membentuk lapisan. Akibat haba dan tekanan di dalam bumi
boleh menyebabkan terjadinya batuan metamorfik. Kitaran ini tidak akan berhenti.

Radas dan bahan: Pelbagai jenis batu, kanta pembesar, bikar, silinder penyukat,
penimbang elektronik.

Prosedur :
1 Sampel batuan di dalam makmal dibuat pemerhatian.
2 Ciri-ciri sampel batuan direkodkan menggunakan jadual 2.
3 Kepadatan batuan boleh dicari dengan menggunakan hubungan jisim bahagi
isipadu.
4 Nama batuan boleh dketahui daripada data yang anda kumpulkan.
5 Teknik lain juga boleh disertakan untuk mengelas atau menamakan batu.

Keputusan:
Jenis batu

Coreta

Jisi

Isipad

Kilaua

Kekerasa

Lapisa

Saiz

Ketumpata

Igneus

bijira

M/V

(Mohs
Scale)

Granite

Putih

100g

35

Tidak
kilau

5.5

Tiada

Ada
(kasar
)

100/35
= 2.85

Amygdaloida
l basalt

Perang

190g

65

Tidak
kilau

3.5

Ada

Tidak

190/65
= 2.93

Obsidian

Putih

50g

20

Berkila
u

3.5

Tiada

Tidak

50/20
= 2.50

Jenis batu

Coretan

Enapan

Jisi

Isipad

m
M

Kilauan

Kekerasa

Lapisa

Saiz

Ketumpatan

bijiran

M/V

(Mohs
Scale)

Limestone

Kelabu

185g

90

Berkilau

5.5

Ada

Tidak

185/90
= 2.06

Conglomerate

Marron

50g

20

Tidak
kilau

6.5

Ada

Ada

50/20
= 2.50

Shale

Kelabu

230g

80

Berkilau

5.5

Ada

Tidak

230/80
= 2.88

Jenis

Coretan

batu

Jisim

Isipadu

Kilauan

Kekeras
an

Metamo

(Mohs

rfik

Scale)

Lapisan

Saiz

Ketump

bijiran

atan
M/V

Migmatite

Putih

540g

210

Berkila
u

6.5

Ada
(kasar
)

540/210
=2.57

Slate grey

Kelabu

160 g

90

Tidak
kilau

3.5

Tidak

160/90
= 1.78

Slate red

Merah

140g

80

Tidak
kilau

3.5

Tidak

140/80
= 1.75

Gambar batu jenis igneous, enapan dan metamorfik

Grannite

Basalt

Limestone

Obsidian

Conglomerate

Shale

Slate grey

Slate red

M
igmatite

Perbincangan:
Berdasarkan pemerhatian, batuan tersebut dapat dikelaskan kepada 3
kumpulan. Didapati batuan yang mempunyai granul, berwarna hitam merupakan batu
enapan. Batuan igneus boleh dikesan apabila didapati batuan tesebut berbutir kasar,
mempunyai campuran yang berwarna hitam yang menunjukkan ia adalah hasil
mendapan tumbuhan dan haiwan yang mati serta mempunyai struktur licin dan
berkilau. Batuan dikelaskan di dalam kumpulan metamorfik apabila ia mempunyai
kepadatan yang tinggi, permukaannya yang rata dan licin, berkilat serta berwarna
jernih. Ia juga keras dan tidak berhablur.
Saya telah memilih 9 jenis batu untuk dibuat pemerhatian tentang jenis batu,
warna, ketumpatan, kegilapan, kekerasan, lapisan dan saiz butiran. Berdasarkan data
yang telah dikumpul, saya mendapati semua batuan mempunyai keunikan tersendiri.
Batuan itu boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu batuan ignues, batuan
enapan dan batuan metamorfik.
Jisim batuan diukur menggunakan neraca elektronik. Ia dapat mambuat bacaan
dengan lebih tepat terutama apabila mengukur jisim batu yang kecil dan ringan.
Pemerhatian dilakukan menggunakan kanta tangan. Ia dapat membantu melihat
butiran-butiran kandungan dalam batuan tersebut , struktur dan tekstur batuan dengan
lebih jelas.
Bagi mengukur isipadu batuan, bikar 1000 cm3 digunakan kerana ia bersesuaian
dengan saiz batuan kajian. Bacaannya menjadi lebih jitu. Bacaan awal air diambil
sebelum memasukkan batuan ke dalam bikar terlebih dahulu kemudian barulah
dimasukkan batu. Bacaan setelah batu direndamkan sepenuhnya ke dalam bikar
diambil sebagai bacaan akhir. Untuk mendapatkan isipadu batu, bacaan awal ditolak
dengan bacaan akhir. Dengan mengukur jisim dan isipadu batuan ini, ketumpatan
batuan dapat dikenalpasti.
Ketumpatan = jisim (g) / isipadu (cm3)

Cara mengambil bacaan

Cara mengenalpasti

isipadu bagi batu

kekerasan batu

Pemerhatian dilakukan terhadap tekstur batuan dengan mengetuk batuan di atas


permukaan yang keras dan menggunakan kuku dan paku. Ini bagi melihat sama ada ia
bersifat keras, berbutir kasar atau halus. Didapati batuan enapan mempunyai butiran
yang lebih halus berbanding batu metamorfik dan igneus. Sifat batuan yang lembut ,
struktur batuan yang lemah, warna yang gelap dan tekstur yang kasar cepat mengalami
penguraian berbanding dengan batuan yang keras, struktur yang kuat, warna yang
cerah dan tekstur yang halus.

Skala Mohs memberikan


nilai kekerasan batu

Terdapat corak yang tertentu pada batuan. Didapati batuan enapan mempunyai
corak berlapis. Ini kerana pelbagai lapisan yang terdiri daripada batuan serta hidupan
mati termendap bersama dengan batuan. Tekanan yang kuat menyebabkan ia
termampat dan membentuk batuan yang berlapis atau tidak berlapis tetapi mempunyai
perbezaan warna yang ketara pada batuan ini. Batuan igneus dan metamorfik pula
tidak berlapis.
Batu yang dikelaskan di bawah batuan igneus adalah batu granite, basalt dan
obsidian. Ia terjadi daripada penyejukan dan pembekuan magma dari kerak bumi dan
berbentuk hablur serta tidak berlapis-lapis serta tidak mengandungi fosil. Batu igneus
biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalanraya, tugu-tugu peringatan dan
juga batu-batu nisan yang berukir. Kebanyakan batu ini sama dari segi ketumpatan,
kegilapan, kekerasan dan lapisan. Walaupun batu ini mempunyai berat yang berlainan
tetapi ketumpatan batu ini hampir sama antara satu sama lain iaitu 2.85g/cm3,
2.93g/cm3 dan 2.5g/cm3.
Batu basalt dan obsidian digolongkan ke dalam igneus basik manakala batu
granite merupakan igneus berasid. Batu basalt dan obsidian juga mengandungi
kandungan silika yang rendah serta mempunyai butiran mineral yang halus. Batu basalt
biasanya berwarna hitam dan kelabu sekiranya telah terdedah kepada udara, ia
berwarna kemerahan dan kehijauan serta teksturnya yang halus akibat proses
penyejukan yang pantas di permukaan bumi. Batu obsidian adalah sebuah batuan
vulkanik kaca yang berwarna hitam dan gelap, batuan ini biasanya memiliki komposisi
rhyolitic. Batu ini mudah didapati di kawasan gunung berapi tua di permukaan bumi.
Batu granite pula mempunyai saiz butiran dan tekstur yang halus dan seragam. Batu ini
mempunyai warna putih, kelabu dan merah jambu jika diserta oleh felspar yang
berwarna merah jambu. Biasanya batuan ini wujud sebagai intrusi granit kecil yang
muncul di kawasan gunung berapi.
Batu

limestone, conglomerate dan shale dikelaskan di bawah jenis batuan

enapan atau juga digelar sebagai sedimentari. Ia terbentuk hasil pemendapan bahanbahan yang terangkut dan terlarut di dalam pelarut yang melalui kawasan batuan yang

mengalami proses hakisan dan luluhawa. Batu jenis sedimen berbentuk lapisan. Ketigatiga batu ini mempunyai butiran dan tekstur yang halus.
Limestone/ Calcium Carbonate (CaCO3) iaitu batu kapur atau batu gamping
adalah batuan yang terbentuk dari organisme laut. Batu kapur adalah barang yang
sangat dibutuhkan dan sering dipakai di dalam kehidupan harian. Conglomerate adalah
batu enapan terbentuk daripada batu bulat dan clasts bersaiz batu tersusun bersamasama dalam matriks. Shale pula terbentuk dari pemendapan lumpur halus yang
merupakan silikat kompleks hasil dari proses pengluluhawaan cuaca terhadap felspar
dan mika. Warna batuan jenis ini biasanya hitam yang disebabkan kehadiran unsur
karbon, perang dan kemerahan akibat dari besi oksida dan warna hijau serta kelabu.
Migmatite, slate grey dan slate red dikelaskan sebagai batuan metamorfik.
Batuan metamorf terhasil dari proses pemanasan dan pemampatan batuan igneus dan
sedimen pada suhu dan tekanan amat tinggi yang berlaku pada jangka masa yang
panjang. Batuan jenis ini tidak mempunyai lapisan. Batu migmatite adalah batuan luar
biasa dimana permukaannya sangat cantik untuk diperhatikan. Batu ini mempunyai
lapisan warna hitam dan putih dan juga dikenali sebagai batu zebra. Batu metamorfik
boleh dikelaskan dalam 3 kumpulan iaitu metamirfik termal, metamorfik dianamo dan
metamorfik Pneumatolistis. Batu slate grey dan slate red tergolong dalam jenis batuan
metamorfik dianomo. Ini kerana ia terpengaruh tekanan yang sangat tinggi dan
dihasilkan dari proses pembentukkan kulit bumi oleh tenaga endogen.
Terdapat juga beberapa langkah-langkah berjaga-jaga yang kita patut lakukan
semasa mengendalikan eksperimen ini iaitu pastikan tidak ada ralat semasa
menimbang jisim batu pada neraca penimbang. Selain itu, semasa menyukat isipadu
batu, pastikan masukkan batu dengan cermat dimana mengelakkan bikar terpecah.

Kesimpulan:
Batu boleh dibahgikan kepada tiga iaitu batuan igneus, batuan enapan dan batuan
metamorfik. Batu-batu ini tidak akan musnah kerana ia mempunyai kitaran yang
menyebabkan batu-batu ini berubah oleh faktor-faktor yang tertentu. Batu ini
mempunyai kandungan mineral yang berbeza untuk membolehkan kita mengelaskan
batu-batu ini dengan melihat ciri-ciri fizikal mineral yang ada pada batu tersebut.

Kitaran batu

Bibliografi
9

E.Encyclopedia Science. (2004). Rocks. London: Dorling Kindersley Limited


Inani. (2014). Batuan. Diambil dari http://inani.tripod.com/batu.htm
Rader, A. (2013). Rocks and mineral. Diambil dari
http://www.geography4kids.com/files/earth_rocktypes.html
The University of Autland. (2004). Geology rocks & Minerals. Diambil dari
https://flexiblelearning.auckland.ac.nz/rocks_minerals/rocks/limestone.html

10

You might also like