You are on page 1of 23

KOMSAS TINGKATAN 3

NOVEL
Cempaka Putih Untukmu
(Rohani Deraman)

TEMA
Novel ini bertemakan keakraban dan keikhlasan
persahabatan antara dua orang remaja walaupun
berbeza latar belakang dan keturunan. Hartini dan
Satiah bersahabat baik dan persahabatan mereka
kekal hingga ke akhir hayat.

PERSOALAN
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;
1.Kasih sayang antara keluarga.
Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi
keluarga Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup
melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu Hartini
dan anak angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke
hospital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di
rumahnya.
2.Ketabahan menghadapi dugaan hidup.
Contoh: Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah
menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di
Sekolah Menengah Tanjung Bestari.

PERSOALAN
3.Kebijaksanaan mengatasi masalah.
Contoh: Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah
dengan meminta kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis
Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di
seluruh bilik asrama.
4. Percaya kepada perkara karut.
Contoh : Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca daripada
terlangkah benda kotor dan dia perlu dihantar ke suatu tempat untuk
membuang benda yang ada pada tubuhnya.
5. Sanggup berkorban menghadapi kehidupan baharu
Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan hati
yang terbuka untuk berpindah ke perkampungan orang asli dengan
meninggalkan kehidupan yang selesa di bandar.

PLOT
Secara keseluruhannya plot novel Cempaka Putih digarap mengikut
kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
Permulaan
Cerita bermula dengan sebuah keluarga iaitu Encik Hasrul yang
bertugas sebagai pegawai kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah
ditawarkan berkhidmat di sebuah perkampungan orang Asli. Ahli
keluarga terpaksa mengikut Encik Hasrul berpindah ke tempat tersebut
sebagai menghormati beliau sebagai ketua keluarga.
Perkembangan
Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah yang merupakan kawan karib
Hartini sebagai anak angkat. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul
dan Pak Morit semakin erat. Hartini menjalani kehidupan seperti biasa
namun Satiah terpaksa bertarung dengan penyakit yang dihidapinya.

Klimaks
Penyakit Satiah semakin serius walaupun Pak Morit telah menghantar
anaknya berubat dengan seorang dukun di Kampung Langsat. Satiah
pengsan pada hari keputusan PMR diumumkan. Darah keluar
membuak-buak dari mulutnya sehingga Pak Morit akhirnya bersetuju
menghantar Satiah ke hospital untuk mendapat rawatan.
Peleraian
Setelah bertahun-tahun menanggung penderitaan, akhirnya Satiah
menemui ajal. Dalam catatan hariannya, Satiah telah meminta Hartini
supaya menanam pohon cempaka putih di pusaranya. Permintaan
tersebut telah ditunaikan oleh Hartini sebelum dia kembali ke asrama.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama
Hartini
1.Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.
2.Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu.
Melanjutkan pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Gemilang
Wawasan, Raub.
3.Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.
4.Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya
bersetuju agar Satiah dirawat di hospital.
5.Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya
dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.
6. Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya
Satiah. Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak
sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan
karibnya itu telah meninggal dunia.
7.Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang
bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR
iaitu 7A 1B.

Watak Sampingan
Satiah
1.Anak sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin
2.Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat.
3.Rakan karib Hartini
4.Menghidap penyakit barah paru-paru.
5.Seorang yang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan
jarang ke rumah kawan-kawan .
6.Seorang yang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat
penyakit barah paru-paru.
7.Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam
peperiksaan PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam
penulisan. Menyambung pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah
Tanjung Bestari, Kuantan.

Encik Hasrul
1.Suami kepada Sarah .
2.Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.
3.Merupakan seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian.
4.Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke
tempat baharu beliau memastikan segala urusan persekolahan anakanak dan keperluan tempat tinggal diselesaikan terlebih dahulu.
5.Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar
Satiah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
6.Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan
janjinya untuk mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan
rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR.

LATAR
Latar Masa
1.Pagi
Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala
Lumpur menuju ke Jerantut
2.Petang
Contoh: Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah
baharu, masyarakat setempat menyambut kedatangan mereka.
3.Malam
Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di
rumahnya kerana keadaan Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang
penyakit Satiah berulang kembali.

Latar Tempat
Di Kuala Lumpur
Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.
1.Di kampung Kuala Batu.
Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak
Sukin
yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan
keluarganya.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu
Contoh: Tempat Hartini , Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga
tamat PMR.
Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.
Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang
dalam PMR.
2.Pontian
Contoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer
selepas peperiksaan PMR.
3.Kampung Langsat
Contoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun.

Latar Masyarakat
Masyarakat bandar
Contoh: Keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak
keberatan untuk berpindah ke kawasan pedalaman.
Masyarakat orang Asli
Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil
pertanian seperti keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul.
Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional
Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah
jatuh sakit kerana telah terlangkah benda kotor.
Masyarakat pelajar
Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meranu, Ali Sintok dan rakanrakan yang lain menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala
Batu.
Masyarakat peniaga
Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan.
Masyarakat pendidik
Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai
mengarang.

TEKNIK PENULISAN
Pemerian
Contoh: Murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai hanya 25 orang sahaja termasuk
aku. Ada 15 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Ketua kelas kami
ialah Ali Sintok. Dia murid yang cukup serius dan berdisiplin.
Dialog
Contoh: Yalah. Dua tiga hari lagi kita berangkat. Nenek tahu Tini rindu akan mama
dan kawan-kawan di sana. Sabarlah, nanti nenek uruskan tiket dulu, kata nenek
Imbas kembali
Contoh: Ketika membaca catatan demi catatan yang ditulis itu aku terasa seperti
berada di sisi Satiah. Aku seperti sedang bercakap dengannya. Bayangan peristiwa
semasa bersama-sama seperti hadir semula dalam hidupku. Semua peristiwa yang
berlaku antara kami ditulis dengan menarik.
Monolog Dalaman
Contoh: Apa agaknya yang sedang Satiah lakukan pada saat ini?
Saspens
Contoh:: Hartini, Nora dan Najmi
dipanggil oleh pengetua berkaitan kes
pengedaran pil ecstasy.
Kejutan
Contoh: Hartini terkejut dengan kematian rakan karibnya Satiah, menyebabkan
badannya lemah longlai.

GAYA BAHASA
Diksi
Penggunaan bahasa Arab
Contoh: Allahyarhamah Satiah
Penggunaan bahasa Inggeris
Contoh: `mood`,computer games , phobia
Simile
Contoh: seperti kuntum bunga yang hampir layu (m/s 78),
teguh seperti tiang batu
Kata ganda
Contoh: tempat-tempat, rumah-rumah, kelam-kabut.
Sinkope
Contoh: Aku berasa tak sabar nak ke sekolah esok

GAYA BAHASA
Peribahasa
Contoh : ringan tulang, berbesar hati, sebusuk-busuk daging
dikunyah-kunyah tetap juga boleh dimakan, sepandai-pandai
tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Hiperbola
Contoh: Udara sejuk menerjah tubuh
Metafora
Contoh : Seronok sekali rasanya mendengar muzik alam yang
begitu asli. ,
entahlah, rasanya kotak fikiranku belum dapat menjangkau
sejauh itu.
Personifikasi
Contoh: Hatiku berbunga rasa bangga

NILAI
Nilai keberanian
Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju
membenarkan Satiah dirawat di hospital.
Nilai ketabahan
Contoh: Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat
menyakitkan. Walaupun dia mengalami kesakitan yang teruk,
dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah
berasrama
penuh.
Nilai bertanggungjawab
Contoh: Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan
yang bertanggungjawab,
beliau sanggup menerima tawaran
berkhidmat di luar Bandar untuk memajukan masyarakat di
sana.

NILAI
Nilai kasih sayang
Contoh: Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak
dapat menerima kenyataan pemergian rakan karibnya itu pada
peringkat awal.
Nilai kebijaksanaan
Contoh: Encik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang
difitnah mengedar pil ecstasy di sekolahnya.
Nilai kegigihan
Contoh : Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakanrakan yang lain gigih belajar sehingga berjaya dalam
peperiksaan PMR.

PENGAJARAN
Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan
Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan
persahabatan dengan ikhlas walaupun berbeza kaum. Satiah
menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini.
Kita hendaklah saling menyayangi.
Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun
Satiah hanyalah anak angkat mereka dan berasal daripada
anak orang Asli.
Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah
Contoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya
yang telah difitnah mengedar pil ecstasy

PENGAJARAN
bersungguh-sungguh

Kita hendaklah
untuk mencapai
kejayaan
Contoh: Hartini, Satiah dan rakan-rakan yang lain bersungguhsungguh belajar secara berkumpulan untuk mencapai kejayaan
dalam peperiksaan PMR.
Kita hendaklah berpegang kepada janji
Contoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan
mengadakan kenduri kesyukuran setelah Hartini dan rakanrakannya berjaya dalam PMR
Kita janganlah menganiaya orang lain
Contoh:
Junainah telah menganiaya Hartini dengan
meletakkan pil ecstasy di dalam almari. Perbuatannya telah
terbongkar dan dia telah menerima balasan.

LATIHAN
Berdasarkan novel yang anda kaji jelaskan
1. Tuliskan tema novel ini.
2. Senaraikan 3 persoalan yang terdapat di dalam
novel ini?
3. Tiga pengajaran yang anda dapat dari
pembacaan dan kajian novel tingkatan tiga?

JAWAPA
N
Novel ini membawa tema keakraban dan
keikhlasan persahabatan antara dua orang remaja,
iaitu Hartini dan Satiah yang bersahabat baik
walaupun berbeza latar belakang dan keturunan.
Persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

JAWAPA
Tiga persoalan yang terdapat
Ndalam novel ini ialah kasih sayang

antara keluarga. Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah


begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan Mak Sukin sehingga
mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak
mereka iaitu Hartini dan Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah
ke hospital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di
rumahnya. Persoalan kedua ketabahan menghadapi dugaan hidup.
Contoh: Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah
menghadapinya dan
tetap meneruskan persekolahannya di
Sekolah Menengah Tanjung Bestari. Ketiga persoalan kebijaksanaan
mengatasi masalah. Contoh: Encik Hasrul berjaya membuktikan
anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama pengetua dan
beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan
pemeriksaan mengejut di seluruh bilik asrama.

JAWAPA
N
Tiga pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah Kita
hendaklah ikhlas dalam persahabatan, Hartini dan Satiah telah
menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun
berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan
ketawa Hartini. Kedua Kita hendaklah saling menyayangi,
contohnya Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun
Satiah hanyalah anak angkat mereka dan berasal daripada anak
orang Asli. Selain itu kita hendaklah bijak menyelesaikan
masalah, contohnya Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah
anaknya yang telah difitnah mengedar pil ecstasy.

You might also like