You are on page 1of 46

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana kami akhirnya dapat menyiapkan tugasan


projek bagi subjek Bahasa Melayu Komunikatif II (WAJ 3116) bagi semester
ini. Jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi mata pelajaran ini Encik
Zainal Ariff bin Mat, kerana tunjur ajar beliau dan garis panduan yang telah
diberikan kepada kami sepanjang tempoh kami menyiapkan kerja kursus ini.
Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan
dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbagan
berbentuk idea kepada kami untuk menambahbaikan lagi kerja kursus ini.
Segala pendapat dan tunjur ajar rakan rakan sememangnya amat membantu
kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan begitu sempurna. Kepada rakan
sekelas, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah
anda berikan secara langsung mahupun tidak langsung.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa
yang

telah

membantu

dari

segi

kewangan

dan

sokongan

moral.

Sesungguhnyatanpa penglibatan daripada kedua ibu bapa kami, sudah tentu


usaha kami tidak mendapat restu dan sia-sia.Akhir kata dari kami terima
kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan kerja kursus
ini.

ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan

Muka Surat

Penghargaan

Isi Kandungan

Soalan Tugasan

Tugasan Projek
Bahagian A : Tugasan Berkumpulan
Bahagian B : Tugasan Individu

4-6
7-42

Bahagian C: Refleksi Individu

Rujukan

43

SOALAN TUGASAN

TUGASAN PROJEK
Bahagian A : Tugasan Berkumpulan
Kita sering membicarakan tentang komunikasi yang baik dan
relevan akan mampu mempengaruh minda mahupun tindakan atau perilaku
seseorang. Kebanyakan daripada kita mengandaikan komunikasi itu sebagai
percakapan sehari-hari tak kiralah ianya percakapan rasmi atau biasa sahaja.
Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris communication.
yang bermakna penyertaan atau pemberitahuan maklumat, ini dinyatakan
oleh Jaafar Mohammad (1996), di dalam bukunya Kelakuan Organisasi.
Komunikasi juga satu proses mengubah maksud daripada pengirim
kepada penerima. Maksud ini adalah perpindahan menerusi medium
misalnya pennggilan telefon, memorandum, atau perbincangan.Komunikasi
sebenarnya merangkumi dua aspek iaitu komunikasi lisan dan juga
komunikasi

bukan

lisan.

Secara

umum,

komunikasi

ialah

proses

penyampaian atau pemindahan mesej dari seorng kepada yang lain. Ia juga
adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang
disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi
bersama. Komunikasi berkesan berlaku dalam keadaan-keadaan berikut
misalnya mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas
penerima, makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan
penerima perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat dari mesej
adalah seperti perubahan yang dikehendaki oleh penghantar serta mesej
yang disampaikan mempunyai kos efektif.
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan
komunikasi yang bermakna.Tujuan komunikasi dalam pendidikan adalah
untuk

mewujudkan

suatuhubungan(interaksi)

yang

sempurna

supaya
4

terdapat perkongsian idea,nilai,sikap antaraindividu.Setiap individu dapat


saling memahami idea yang disampaikan.Bagimewujudkan perkongsian
yang

berkesan

ini

berkomunikasi.

murid

perlu

Murid

diberi

ruang

boleh

yang

secukup

berkomunikasi

percakapan,mendengar,melihatmenulis,membaca,melukis

untuk
melalui

dan

gerak

badan(body contex).Untuk itu dalam pendidikan punca-punca yang menjadi


saluran komunikasi kepada murid diberi perhatian.Guru perlumemberi
perhatian yang serius kepada saluran komunikasi murid ini. Sutton,C(1975)
menggariskan komunikasi yang berkesan akan menghasilkan pemahaman
yang

bermakna

dalam

Beliaumenyatakan

setiap

ianya

subjek

berlaku

yang

melalui

diajar

kepada

murid.

percakapan(Talking

for

meaning),menulis(Writing for meaning),mendengar(Active listening) dan


pembacaan(reading for meaning).
Antara

faktor

yang

menyebabkan

halangan

dalam

komunikasi

berkesan ialah tanggapan yang berbeza. Perbezaan individu merupakan


salah satu punca rintangankomunikasi.Individu-individu yang memiliki tahap
pengetahuan dan pengalaman yang berbeza menggangap keadaan yang
sama dari sudut pandangan yang berbeza. Selain itu, bahasa yang berbeza.
Bagi

penyampaian

sesuatu

mesej

atau

maklumat

dengan

wajarnya,

perkataan-perkatan yang digunakan mestilah sama maknanya bagi pengrim


dan

mana

bagi

penerima.Misalnya,

pereka

perisian

yang

hendak

menunjukkan kebijakkan merekatidak sedar bahawa ramai orang tidak


memahami
Seterusnya,

istilah-istilah
kebisingan

khusus

danrumit

merupakan

satu

yang

mereka

faktor

yang

gunakan.
boleh

mengganggu,mengelirukan, atau menghalang komunikasi .Misalnya, apabila


berlaku hujan lebat dan petir yang kuat maka apabilasituasi seseoran sedang
berbual di dalam telefon maka akan menjejaskan penerimaan maklumat
dengan jelas.
Di samping itu, emosi juga memainkan peranan dalam mewujudkan
komunikasi yang berkesan. Tindak balas emosi dapat dilihat seperti perasaan
5

marah, sayang, benci ,cemburu, malu dan sebagainya yang mana boleh
mempenrgaruhikeberkesan

mesej

yan

diterima.

Misalnya,

guru

yang

mengalami ganguan emosi (tekanan) maka dia akanmenerima mesej dengan


kurang tepat. Bagi mengatasi keadaaan ini, makaguru perlu belajar
menerima emosi sebagai ebahagian daripada proseskomunikasi dan cuba
memahami

masalah

dan

mengatasinya

apabilamengalami

masalah.

Kecurigaan juga menjadi salah satu faktor apabila sesuatu mesej itu boleh
dipercayai oleh penerime sekiranya pengirim yangmengahantar mesej
tersebut

dipercayai.Dalam

sesetangah

situasi,

penerima

juga

boleh

diragukan, misalnya dalam perjanjian yang dibuat antara pengetua dengan


guru , sering didapati guru bersifat curiga terhadap pengetuanya. Akhir
sekali, mendengar yang bermaksud kadang -kala mesej yang disampaikan
tidak dapat diterima dengan tepatkerana pendengar tidak memberikan
tumpuan yang sepenuhnya. Misalnya, pengetua memberi taklimat kepada
para guru tetapiterdapatguru yang sibuk berborak masa taklimat dan
mendapat mesej yang dihantarkan oleh pengetua secara tidak tepat.
Antara cara-cara untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan ialah
dengan mengesahkan kewujudan seseorang. Berkomunikasi dgn cara memberikan
perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang
paling besar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi.
Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain. Kedua,
menyebut untuk menyatakan penghargaan. Sekiranya ada orang yang menanam budi
kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa
budinya @ usahanya dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan
merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya. Seterusnya, penggunaan
bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat
berlaku dengan berkesan. Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di
dalam komunikasi setiap hari. Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi.
Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal.

Selain itu, meyakinkan orang lain terhadap diri kita. Untuk meyakinkan orang lain
terhadap diri kita, perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi @ suri teladan
sehingga orang menkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai
dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya
mempunyai peluang diyakini oleh orang lain. Akhir sekali, menghargai orang lain.
Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberi hadiah, kad
ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan
janji dan sebagainya. Dengan menghargai orang lain, anda telah menanam kasih
sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit.
Kesimpulannya, tips-tips yang telah dikongsikan agar dapat memperbaiki cara
kita berkomunikasi supaya ianya menjadi lebih berkesan dan dapat meyakinkan orang
lain.
TUGASAN INDIVIDU
Nama

: Zahirah binti Dzanimi

No. Kad Pengenalan

: 920523-09-5072

Bahagian B : Tugasan Individu


Alamat sekolah

: Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II, 14020 Bukit

Mertajam,
Pulau Pinang.
Nama Guru PK HEM : Puan Mazita bt Mohamed Ibrahim
Temubual masalah disiplin di SK Machang Bubok II
Zahirah

: Selamat pagi cikgu. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan


terima
kasih kepada cikgu kerana sudi meluangkan masa untuk
ditemual bual

oleh saya.
Pn. Mazita : Selamat pagi. Ya, sama-sama. Saya sedia membantu kamu
untuk
memberi pandangan saya.
Zahirah

: Baiklah cikgu. Saya ingin bertanya cikgu mengenai masalah


disiplin yang
berlaku di sekolah ini. Pada pendapat cikgu, bagaimanakah
tahap
masalah disiplin yang berlaku?

Pn. Mazita : Oh, sepanjang saya memegang jawatan sebagai Penolong


Kanan Hal
Ehwal Murid (HEM) di sekolah ini, masalah disiplin yang berlaku
dalam
kalangan muid berada pada tahap memuaskan di mana
kebanyakan
murid mematuhi peraturan sekolah. Hanya segelintir murid
sahaja yang
kadang-kadang menimbulkan masalah di sekolah.
Zahirah

: Boleh cikgu terangkan dengan lebih lanjut mengenai masalah


yang
sering berlaku?

Pn. Mazita : Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan
tertentu.

Begitu juga dengan masalah disiplin yang berlaku

dalam kalangan murid sekolah. Punca utama masalah disiplin


murid sekolah timbul ialah diri murid itu sendiri. Personaliti setiap
murid adalah berbeza. Masalah disiplin sering ditimbulkan oleh
murid yang mempunyai sikap agresif dan bersifat ekstrovert.
Murid yang sangat aktif dan gemar berinteraksi dengan murid
lain cenderung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan
terutamanya semasa di dalam bilik darjah. Contohnya, membuat

bising serta menganggu pelajar lain dan secara tidak langsung


turut menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas.
Zahirah

: Ya, saya juga dapat melihat fenomena tersebut berlaku ketika


diberi
peluang mengganti kelas sebentar tadi. Selain itu, apakah
punca-punca
lain yang menyebabkan murid-murid ini terjebak dalam
masalah disiplin?

Pn. Mazita : Masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada sikap murid
malah turut berpunca daripada kaedah pengajaran dan bahan
yang tidak sesuai. Bahan pengajaran yang terlalu bersifat lama
dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan
pelajar. Hal yang demikian kerana bahan tersebut tidak dapat
menarik perhatian pelajar dan terlaku sukar untuk diikuti serta
difahami oleh pelajar. Contohnya dapat dilihat apabila guru
hanya menggunakan kaedah pengajaran seperti membaca,
menulis, dan berkomunikasi sehala semata-mata. Keadaan yang
bosan akan mendorong pelajar untuk memberontak. Contohnya,
murid sekolah cenderung untuk ponteng sekolah, ponteng kelas,
menganggu pelajar lain, membuat bising, dan sebagainya. Oleh
sebab itulah, guru-guru di sekolah ini lebih cenderung untuk
menggunakan kaedah pengajaran yang lebih menyeronokkan
seperti memberi peluang kepada murid-murid untuk mencerna
minda mereka melalui tanyngan berbentuk ilmiah.
Zahirah

: Oh, tidak hairanlah terdapat sebuah ruang untuk tayangan di


perpustakaan. Ini merupakan satu kaedah yang berbeza dan
saya akan cuba untuk mengaplikasikannya nanti. Berdasarkan
pemerhatian cikgu terhadap murid di sekolah ini, adakah cikgu
mendapati bahawa ibu bapa juga memainkan peranan dalam
mebentuk disiplin mereka?

Pn. Mazita : Ya, ibu bapa tidak terkecuali dalam memainkan peranan
mereka. Pendidikan anak-anak bermula dari rumah. Sikap ibu
bapa kurang memberi perhatian dan kurang memberi kasih
sayang kepada anak-anak serta ibu bapa yang mementingkan
kerjaya iaitu sibuk denga kerjaya akan mendorong kepada
kemerosotan disiplin. Selain itu, ada sesetengah keluarga juga
yang sarat dengan konflik dan kurang interaksi dengan anakanak menjadi penyumbang kepada masalah disiplin dalam
kalangan pelajar. Oleh itu, ibu bapa perlu lebih mengambil berat
terhadap anak-anak mereka.
Zahirah

: Jadi, dapat disimpulkan bahawa masalah disiplin bukanlah


bermula dari murid itu semata-mata kerana ibu bapa juga
mempunyai peranan mereka. Seterusnya, apakah langkahlangkah yang diambil oleh cikgu dan pihak sekolah untuk
mengurangkan masalah disiplin di sekolah ini?

Pn. Mazita : Matlamat utama ialah membentuk disiplin kendiri yang baik
iaitu disiplin yang datang dari kerelaan dan kesukaan hati pelajar
sendiri dan bukan kerana paksaan atau perasaan takut. Bagi
mencapai matlamat ini, guru hendaklah menunjukkan contoh
disiplin yang baik atau role model kepada pelajar seperti
bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang
rasa, bersimpati,

berdedikasi dan bersikap

positif

semasa

berhadapan dengan pelajar- pelajar mereka sama ada di dalam


bilik darjah, di sekitar sekolah mahupun di luar sekolah. Guru
yang berkesan biasanya menggunakan rutin. Rutin menjimatkan
masa dan tenaga dan salah satu cara yang sistematik untuk
menjalankan aktiviti- aktiviti bilik darjah seperti menanda
kedatangan,

mengedarkan

sebagainya.

Rutin

yang

bahan-

bahan

dilaksanakan

pengajaran

oleh

guru

dan
dapat

mengelakkan kekeliruan, pertengkaran dan masalah disiplin


yang lain di kalangan pelajar dapat dielakkan.
10

Zahirah

: Oh , ini bermaksud pengurusan kelas adalah sangat penting


untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang berkesan dan
membentuk sikap murid-murid untuk menajdi lebih positif.

Pn. Mazita : Ya, betul. Di samping itu, guru disiplin memainkan peranan
penting sebagai pegawai perhubungan di antara pihak sekolah
dengan ibubapa ketika mengendalikan masalah disiplin selain
menjalankan hukuman disiplin jika diarahkan oleh pengetua.
Guru disiplin sama- sama membantu guru besar atau pengetua
sekolah mewujudkan semangat kesetiaan dan kekitaan di
kalangan pelajar- pelajar dan guru- guru sekolah. Peranan lain
sebagai

guru

disiplin

ialah

mengawasi

dan

membimbing

pengawas- pengawas sekolah yang telah dilantik melakukan


tugas- tugas mereka sebagai pengawas dengan baik dan tidak
lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar sekolah. Guru
bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan utama
dalam memberi kerjasama, nasihat dan pandangan kepada guru
disiplin dan guru- guru lain ketika menyelasaikan masalahmasalah

disiplin.

Guru

bimbingan

dan

kaunseling

boleh

menganjurkan aktiviti- aktiviti selain dari program Pembimbing


Rakan

Sebaya

(PRS)

seperti

ceramah

kerjaya,

taklimat

menguruskan masa dengan betul, kempen kesedaran dan


sebagainya supaya pelajar- pelajar mendapat panduan yang
betul dalam mengharungi kehidupan. Selain itu, guru bimbingan
dan kaunseling membantu guru disiplin dan pengetua sekolah
membina perhubungan dengan ibubapa/penjaga pelajar yang
mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat
atau pihak polis.
Zahirah

Ini

bermaksud

setiap

guru

di

sekolah

ini

mempunyai

tanggungjawab masing-masing untuk mengawasi disiplin muridmurid. Pada pendapat peribadi saya, disiplin murid-murid di
sekolah ini adalah agak baik kerana kebanyakan mereka
11

menghormati guru dan sebagainya. Akhir sekali, setakat ini saja


temubual saya. Terima kasih kepada cikgu.
Pn. Mazita : Ya, sama-sama dan selamat maju jaya.

Bahagian C : Refleksi Individu


Kesantunan dilihat dari segi pemilihan kata (diksi) yang menunjukkan
aspek berbudi bahasa dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang bahasa,
sapaan yang tepat kepada sasaran, nada suara yang lembut dan sesuai
dengan situasi bagi menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan
memperlihatkan

nilai-nilai

yang

baik.

Lokaff

(1975)

mendefinisikan

kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam


sesuatu interaksi. Selain itu, Fraser dan Nolan (1981) pula berpendapat
bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh
penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam
komunikasi. Jadi, kesantunan ialah perlakuan yang sopan dan berbudi
bahasa semasa berkomunikasi bagi menghormati individu lain. Kesantunan
berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan
bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan. Dalam masyarakat Melayu,
kesantunan berbahasa sangat penting kerana melambangkan kehalusan
budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat.

12

Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat


lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau
orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
"Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
"Assalamualaikum".
Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada
kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek
nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini,
Lakoff

(1975)

mendefinisikan

kesantunan

sebagai

perlakuan

yang

mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981)


pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan
digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang
harmoni dalam komunikasi. Dalam konteks kesantunan berbahasa pula,
Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa seharihari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung
daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan
suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.
Salah satu asas kesantunan bahasa ialah peraturan linguistik. Ianya
berkaitan dengan penggunaan bahasa daripada sudut tatabahasa (kata dan
ayat), sebutan dan intonasi serta sistem ejaan dan tanda baca. Tatabahasa
diperlukan dalam kedua-dua bentuk komunikasi iaitu lisan dan tulisan.
Sebutan dan intonasi pula diperlukan dalam komunikasi lisan, sementara
sistem ejaan dan tanda baca diperlukan dalam komunikasi tulisan. Peratusan
linguistik perlu dikuasai oleh pengguna bahasa, terutama dalam konteks
yang rasmi.
Jadi, pada pendapat saya, dalam kehidupan harian kita perlu bijak
menyesuaikan penggunaan bahasa sama ada dalam bentuk lisan atau
bertulis dalam komunikasi. Kesantunan boleh dipupuk dan disemaikan dalam
13

diri kita dari semasa ke semasa. Prosesnya sangat panjang dan tidak ada
jalankan pintas. Harus diingat bahawa kesantunan merangkumi dua bentuk
hubungan, iaitu hubungan yang baik antara manusia dengan manusia dan
hubungan yang baik antara manusia dengan Pencipta. Keupayaan kita
memelihara hubungan yang baik antara manusia dengan manusia sematamata tidak bermakna kita telah mengamalkan kesantunan jika tidak disertai
oleh amalan hubungan yang baik antara kita dengan Pencipta.

Nama

: Nabilah binti Mansor

No. Kad Pengenalan

: 920122-06-5138

Bahagian B : Tugasan Individu


Nabilah

:Assalamualaikum Puan Mazita, boleh saya curi sedikit masa puan?

HEM

:Ya, waalaikumussalam. Silakan. Jemput duduk.

Nabilah

:Saya , Nabilah binti Mansor dari IPGM Kampus Perlis ingin menemu bual
puan untuk satu kerja kursus yang kami perlu siapkan. Ianya berkaitan
dengan masalah disiplin pelajar di sekolah ini.

HEM

:Ya silakan. Insha Allah saya akan memberi kerjasama.

14

Nabilah

:Terima kasih puan. Ok soalan pertama saya, bagaimana dengan masalah


disiplin para pelajar di sekolah ini? Adakah mereka mencapai tahap
serius?

HEM

:Selama 10 tahun saya disini, belum pernah lagi berlaku sebarang


masalah disiplin yang serius. Hanya beberapa masalah minor yang masih
lagi dalam pantauan saya dan guru disiplin di sekolah ini.

Nabilah

:Bagi pendapat puan, bagaimana cara yang paling berkesan untuk


membanteras masalah disiplin?

HEM

:Ibu bapa merupakan orang paling dekat dengan diri pelajar. Seharusnya
mereka dididik dari rumah bagaimana untuk mematuhi peraturan dan tidak
melakukan sebarang masalah di sekolah. Bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Jika telah dididik dari awal dengan denda
yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan di rumah, mereka
semestinya dapat mendisiplinkan diri di sekolah tanpa sebarang masalah.
Tugas mendisiplinkan pelajar bukan sepatutnya terletak sepenuhnya di
atas bahu para guru.

Nabilah

:Ya, saya setuju dengan pendapat puan. Peranan ibu bapa itu penting.
Selain itu, ada lagi sebarang cadangan yang boleh puan suarakan bagi
membanteras masalah ini?

HEM

:Ya, mengikut pengamatan saya, ada sesetengah sekolah hanya


mengambil ringan masalah disiplin yang berlaku. Mereka
menyelesaikannya ibarat melepaskan batuk di tangga. Lantaran itu,
pelajar akan menjadi lebih berani dan langsung tidak menghiraukan
peraturan yang telah digariskan.

Nabilah

:Saya setuju dengan penyataan puan. Kerjasama antara ibu bapa dan
guru akan memantapkan lagi tahap disiplin para pelajar. Mungkin puan
ada ingin menambah?
15

HEM

:Kami disini sedang memperhebatkan kempen kesedaran dalam kalangan


pelajar tentang masalah disiplin. Diharap kempen sebegini sedikit
sebanyak mampu menyumbang ke arah penurunan kadar disiplin di
sekolah ini.

Nabilah

:Semoga segala jasa dan usaha para guru dapat dilihat seterusnya
masalah ini dapat dibendung. Apa contoh aktiviti yang dijalankan puan?

HEM

:Sebagai contoh, kami menjalankan pemeriksaan terhadap pakaian dan


kebersihan diri mereka pada waktu pagi sebelum masuk ke dalam kelas 3
kali dalam seminggu. Dengan ini, mereka tidak akan berani mahu
mengenakan pakaian yang tidak menepati piawaian yang telah pihak
sekolah tetapkan.

Nabilah

:Satu idea yang bernas. Semoga ianya berkesan dan mampu melahirkan
pelajar yang berketrampilan pada suatu hari nanti. Boleh puan terangkan
sedikit tentang statistik masalah disiplin antara pelajar lelaki dan
perempuan?

HEM

:Ya, mengikut statistik yang kami ada, pelajar lelaki lebih cenderung
melakukan masalah disiplin seperti ponteng dan merokok dalam kawasan
sekolah. Walaupon mereka masih bawah umur, stor sukan dan padang
sekolah menjadi tempat mereka melakukan perkara tidak bermoral ini.

Nabilah

:Pada pendapat puan, siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini ?

HEM

:Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak. Semua pihak
ada tanggungjawab masing-masing yang perlu diambil berat sebagai
contoh, ibu bapa seharusnya meletakkan lebih masa untuk memantau
anak-anak mereka yang agak bermasalah ini. Tidak ada soal tidak tahu
kerana pihak sekolah telah memaklumkan kepada ibu bapa pelajar
bermasalah ini agar lebih fokus tentang perlakuan serta tindak-tanduk
mereka dirumah. Para guru juga harus memainkan peranan oenting dalam
menasihati serta menyelitkan nilai-nilai murni semasa P&P dijalankan.
16

Secara tidak langsung, para pelajar mampu menyerap sedikit sebanyak


pengajaran yang diberikan.
Nabilah

:Ya, saya setuju dengan pendapat puan. Adakah masalah akan timbul
apabila pihak sekolah cuba memaklumkan kepada ibu bapa pelajar terlibat
tentang masalah mereka disekolah ?

HEM

:Ya, ada segelintir penjaga yang memarahi pihak sekolah kerana


mempercayai bahawa anak-anak mereka tidak bersalah dan menafikan
kenakalan anak mereka. Ibu bapa sebeginilah yang menambahkan lagi
bilangan pelajar bermasalah di sekolah ini. Bagaimana masalah disiplin
dapat dikurangkan jika ibu bapa tidak memberikan kerjasama pada kami.
Ada satu insiden dimana penjaga pelajar berkenaan berniat mahu
menyaman pihak sekolah kerana mendenda anak mereka yang ditangkap
menghisap rokok di dalam stor sukan. Apa lagi yang mampu dilakukan
pihak sekolah jika ibu bapa seolah-olah menyokong perangai nakal anakanak mereka.

Nabilah

:Ya puan. Mereka harus memberi kerjasama bukan sehingga saman


menyaman. Semoga kredibiliti guru-guru disini mampu bertahan dengan
adanya segelintir penjaga seperti ini. Profession perguruan sememangnya
mencabar.

HEM

:Terima kasih. Harapan saya agar sekolah ini lebih maju dengan tahap
disiplin yang cemerlang kelak.

Nabilah

: Sekali lagi terima kasih atas jasa baik puan meluangkan sedikit masa
untuk saya. Semoga berjumpa lagi.

HEM

:Sama-sama. Sudah menjadi tanggungjawab saya. Sehingga berjumpa


lagi.

17

Bahagian C : Refleksi Individu


Kesantunan bahasa dalam komunikasi lisan dan bertulis.
Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan
berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah
laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan
kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu
interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku
apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan
hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai
usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap
pendengar (Brown dan Levinson, 1987).

18

Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000)


mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang
demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan
pendengar. Kesantunan perlu dipupuk dan disemaikan terhadap pelajar dari semasa ke
semasa. Prosesnya sangat panjang dan tidak ada jalan pintas. Oleh itu, sebagai guru,
kita perlu memperkukuh iltizam setiap masa untuk memantapkan pengajaran dan
pembelajaran kita secara menarik, berkesan dan bermakna. Harus diingat bahawa
kesantunan merangkumi dua bentuk hubungan, iaitu hubungan yang baik antara
manusia dengan manusia dan hubungan yang baik antara manusia dengan Pencipta.
Keupayaan kita memelihara hubungan yang baik antara manusia dengan manusia
semata-mata tidak bermakna kita telah mengamalkan kesantunan jika tidak disertai
oleh amalan hubungan yang baik antara kita dengan Pencipta.
Kita

dapat

mengenai kesantunan

mengatakan

bahawa,

berbahasa ini

melibatkan

secara
peri

umumnya,
laku

kita

perkara

bertutur

atau

berkomunikasi secara lisan. Dalam berkomunikasi secara tulisan, peraturannya tidak


sama dengan peraturan budi bahasa lisan. Perilaku dalam berkomunikasi secara lisan
dengan mudah dapat dilihat dan didengar serta-merta. Ini bermakna ia dinilai dengan
serta merta, dan dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga. Baik budi bahasa
kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap. Buruk budi bahasa kita, buruk
pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima.
Apakah pula yang kita maksudkan dengan budi bahasa? Agak sukar kita
mendefinisikan istilah budi bahasa ini dalam satu atau dua buah ayat. Oleh sebab itu,
ada baiknya kita melihat tanda-tanda dalam pertuturan orang yang dikatakan berbudi
bahasa. Ini bermaksud, apakah ciri-ciri budi bahasa yang dapat dilihat dalam pertuturan
seseorang. Dengan perkataan-perkataan lain, apabila kita mendengar seseorang
bertutur, berucap, berceramah dan bersyarah, ada ciri-ciri yang dapat kita lihat sebagai
tanda-tanda budi bahasa tersebut.

19

Bahasa menunjukkan bangsa. Perkataan bangsa di sini tidak bermakna


kelompok

etnik,

tetapi

adalah

suatu

unsur

daripada

perkataan kebangsawanan seseorang. Maksud ungkapan ini adalah bahawa bahasa


seseorang itu dapat menunjukkan dua tanda yang paling ketara. Pertama bahasa
seseorang itu dapat menunjukkan sama ada dia itu adalah orang berpendidikan atau
tidak, atau orang persuratan atau tidak. Kedua, budi seseorang itu menunjukkan
bahawa dia mempunyai budi pekerti yang baik atau tidak, iaitu dia berkebangsawanan
atau tidak.
Ini dengan mudah dapat kita lihat dan pastikan apabila kita mendengar
seseorang bertutur. Kita dapat menentukan bahawa dia bertutur seperti orang
mempunyai pendidikan atau tidak. Kita juga dengan mudah dapat mempastikan sama
ada seseorang itu mempunyai budaya halus atau tidak. Itulah yang ditunjukkan oleh
bahasa yang kita gunakan, sama ada orang yang bertutur itu adalah seorang
yang bangsawan, yakni orang yang berilmu dan berbudi, atau tidak. Orang demikian
akan bertutur dengan bersopan santun, yakni berbudi bahasa.
Tanpa komunikasi, kita tidak mungkin dapat menyampaikan apa-apa yang ada
dalam hati kita. Jika kita tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, kita
akan mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan orang lain. Jadi sebagai rakyat
negara Malaysia yang mementingkan budi bahasa, jagalah pertuturan kita semasa
berkomunikasi dengan orang lain agar negara kita sentiasa dipandang tinggi oleh orang
luar.

20

Nama

: Ain Farhana binti Zainal

No. Kad Pengenalan

: 920731-04-5352

Bahagian B : Tugasan Individu


Alamat sekolah

: Sekolah Kebangsaan Oran, 02500 Mata Ayer, Perlis

Nama Guru PK HEM : Puan Hajah Azizah Bt Ab Aziz


Temubual masalah disiplin di SK Oran

Ain

: Assalamualiakum dan Selamat Pagi puan.


21

Puan Azizah

: Waalaikummusalam dan Selamat Pagi juga Ain. Silakan duduk.

Ain

: Terima kasih puan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan


ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama
saya.Saya sangat menghargainya.

Puan Azizah

: Sama-sama. Tidak mengapa. Kebetulan saya tiada kerja penting yang


hendak dibuat sekarang.

Ain

: Tujuan saya berjumpa dengan puan ini adalah untuk menemu bual
puan berkaitan dengan masalah disiplin yang dihadapi oleh pihak
sekolah ini.

Puan Azizah

: Baik lah, teruskan. Saya akan membantu setakat apa yang saya
mampu.

Ain
Puan Azizah

: Berapa lamakah puan sudah bertugas di sekolah ini?


: Lebih kurang selama 7 tahun saya telah bertugas sebagai Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah ini.

Ain
Puan Azizah

: Berapakah jumlah keseluruhan murid di sekolah ini cikgu?


: Jumlah keseluruhan murid ialah 500. Murid lelaki ialah seramai 205
orang manakala murid perempuan seramai 295 orang.

Ain
Puan Azizah

: Adakah murid sekolah ini pernah melakukan masalah disiplin?


: Masalah disiplin dalam kalangan murid merupakan sesuatu yang
lumrah dalam dunia pendidikan. Walaupun begitu, masalah disiplin
tidak boleh dipandang ringan kerana sekolah merupakan tempat
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku serta memerlukan
suasana yang kondusif supaya keberkesanan kedua-dua proses
tersebut berjaya dimanfaatkan oleh murid. Namun, terdapat murid
yang melakukan masalah disiplin berulang kali tanpa rasa takut

22

dengan hukuman yang bakal diterima. Kumpulan murid ini


dikategorikan sebagai pelajar bermasalah disiplin tegar.
Tingkah laku mereka tentunya akan memberi kesan kepada muridlain di dalam bilik
darjah, sedangkan sekolah merupakan tempat untuk melahirkan
modal insan yang berkualiti.
Ain

: Tidak dinafikan fenomena melanggar disiplin sekolah menjadi


semakin runcing pada zaman ini. Apakah masalah utama disiplin
murid di sekolah puan?

Puan Azizah: Kini, masalah displin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat
sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui
pelbagai saluran media. Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan
oleh para murid, dari jenis yang ringan seperti melanggar peraturan
pemakaian

sekolah,

tidak

memasuki

kelas,

ponteng,

tidak

menghormati guru sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat,


seperti

merokok,

merompak,

memeras

ugut,

vandalism,

mengancam, dan pelbagai lagi.


Ain

: Begitu sekali murid-murid pada zaman ini. Berapah kekerapan


berlakunya masalah disiplin murid di sekolah ini puan?

Puan Azizah

: Memandangkan sekolah ini boleh dikatakan sebagai sekolah bandar,


setiap minggu ada sahaja laporan yang saya terima daripada para
guru berkaitan masalah disiplin. Para murid pada zaman teknologi
yang canggih ini tidak lagi berasa takut kepada guru sedangkan guru
di

sekolah

diibaratkan

sebagai

ibu

bapa

mereka

yang

kedua.Bayangkan saja bagaimana ibu bapa mereka jika kami


sebagai guru pun mereka tiada perasaan hormat.
Ain

: Tidak musykil sekarang ini bertambahnya pusat-pusat pemulihan


seperti pemulihan akhlak, dadah dan sebagainya. Pada pendapat
puan, apakah punca berlakunya masalah disiplin murid?
23

Puan Azizah

: Terdapat beberapa punca atau sebab berlakunya masalah disiplin


murid. Antaranya ialah faktor umur, jantina, pendapatan keluarga,
bilangan adik-beradik dan pengaruh rakan sebaya, faktor murid itu
sendiri, guru, sekolah, keluarga dan juga media massa.

Ain

: Bolehkah cikgu menghuraikan sedikit bagaimana faktor-faktor ini


boleh menyumbang kepada masalah disiplin murid?

Puan Azizah

: Pada umur mereka yang sedang membesar ini, naluri mereka


mendesak untuk mengetahui mengapa mereka tidak dibenarkan
bebas memilih dan membuat apa yang mereka inginkan . jadi
apabila dilarang dan mereka tidak mengetahui sebab itu secara
terperinci, mereka lebih memilih untuk mempedulikan sebab itu.
Selain itu, faktor keluarga juga adalah salah satu faktor utama
berlakunya masalah displin murid-murid.Masalah disiplin boleh
terjadi sekiranya ibu bapa mempunyai anak yang ramai atau murid
yang datang daripada keluarga yang mempunyai pendapatan
rendah.Sebagai contohnya, murid yang terpaksa ponteng untuk
menjaga adiknya di rumah kerana ayahnya bekerja sebagai seorang
penoreh getah. Bukan itu sahaja, murid yang datang dari keluarga
yang telah runtuh rumah tangga atau kurang mendapat kasih
sayang,perhatian dan galakan daripada ibu bapanya. Justeru
mereka menyangka seolah-olah sekolah membenci mereka dan
mereka memberontak dari segala peraturan sekolah.Terdapat juga
ibu bapa tidak menghiraukan anak, terlalu memanjakan anak serta
membela kesalahan anak mereka yang kononnya pihak sekolah
tidak patut menyekat kebebasan anak-anak mereka.

Ain

: Puan, bagaimankah faktor rakan sebaya boleh mendorong murid


untuk melakukan kesalahan disiplin?

Puan Azizah

: Murid pada umur ini biasanya lebih mudah meniru, terikut dan
terpengaruh dengan rakan sebaya. Pada tahap peringkat umur yang
24

masih muda dan mentah, naluri mereka kurang tabah dan sifat ingin
mencuba itu mudah berkobar, jadi apabila dipujuk atau dipengaruhi
oleh rakan sebaya, mereka sudah tentu tidak dapat mengawal
perasaan untuk turut terlibat dalam gejala negatif.Selain itu, faktor
gangsterisme juga mendorong kepada permasalahan ini.Ini adalah
kerana salah satu sebab mereka melakukan kesalahan disiplin
adalah kerana mereka takut kepada murid yang membuli mereka.
Ain

: Seterusnya, bagaimanakah faktor murid itu sendiri serta guru


mendorong kepada masalah disiplin berlaku?

Puan Azizah

: Ada di antara murid-murid yang sengaja atau memang bersikap


nakal, melawan dan malas. Mereka ini mungkin datang daripada
keluarga

yang

kurang

harmonis

dan

mengalami

gangguan

emosi.Mereka tidak mempunyai perasaan takut dan hormat jika


hendak dibandingkan dengan murid pada zaman dahulu. Faktor guru
pula

ialah ada sesetengah guru yang tidak mengambil berat

terhadap

kebajikan murid-murid. Saya sebagai guru pun turut

mengakuinya.

Sikap

begini

lahir

kerana

sesetengah

guru

menganggap tugas mereka hanyalah mengajar semata-mata dan


masalah disiplin adalah tanggungjawap guru kelas, guru disiplin,
kaunselor dan guru HEM. Mereka tidak menganggap masalah
tersebut adalah tanggungjawap bersama. Tidak ketinggalan juga
faktor media massa. Pada zaman teknologi yang canggih ini,
terdapat beberapa paparan yang kurang sesuai untuk dipertontonkan
kepada masyarakat. Pengarah filem juga seringkali membuat filem
yang mempunyai unsur ganas, gangster dan unsur2 negatif
seterusnya mendorong masyarakat untuk menjadikan ia sebagai
wabak di dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ini.
Ain

: Nampaknya, bukan setakat guru-guru dan ibu bapa sahaja yang


patut bertanggungjawap atas masalah disiplin ini. Apakah langkah-

25

langkah yang perlu diambil untuk menangani fenomena yang


semakin menular ini?
Puan Azizah

: Ya, tepat sekali Ain. Semua pihak sepatutnya mengambil berat dan
bertanggungjawap

atas

masalah

ini.Ibu

bapa

sepatutnya

meluangkan lebih masa kepada anak-anak dan mengambil berat


terhadap keperluan mereka seperti galakan, kasih sayang dan
perhatian.Ibu bapa tidak sepatutnya menghiraukan dan menyalahkan
anak di atas kesalahan mereka dengan memberi hukuman yang
keras seperti memukul. Ini akan menyebabkan timbulnya perasaan
dendam dan mereka akan membesar dengan cara yang kurang
sihat. Selain itu, para guru haruslah mewujudkan suasana yang
tenang. Guru haruslah tidak terburu-buru dan perlu mengawal diri
daripada mengikut perasaan marah. Malah, guru juga perlu
mendengar

dan

memberi

peluang

kepada

mereka

untuk

menjelaskan situasi sebenar dan bukan sewenangnya terus


mengambil tindakan. Bukan itu sahaja, masyarakat juga haruslah
bertanggungjawap dengan melaporkan kesalahan yang dilakukan
murid

jika

di

luar

sekolah.

Pengarah

filem

juga

haruslah

mengehadkan filem yang mempunyai unsur negatif tidak boleh


ditonton masyarakat yang dibawah umur. Semua pihak haruslah
bersama- sama menangani masalah ini daripada terus menjadi
semakin serius.
Ain

: Begitu banyak input yang saya dapat ketika menemu bual puan.
Akhirsekali, apakah yang puan ingin katakan dan cadangkan kepada
pihak-pihak yang bertanggungjawap atas masalah ini?

Puan Azizah

: Masalah disiplin di dalam kalangan murid merupakan masalah yang


serius yang wujud di semua tempat tidak kira di sekolah, di rumah
atau di mana-mana. Jika perkara ini tidak dibanteras dengan segera,
dibimbangi suatu hari nanti ia akan menjadi barah yang tidak dapat
diubati lagi. Jika perkara ini terus berlaku, ia bukan sahaja memberi
26

kesan kepada diri pelajar itu sahaja malah ia akan menjejaskan


semua pihak. Akhir kata dari saya, semua pihak haruslah berganding
bahu bagi menyelesaikan masalah ini. Semoga suatu hari nanti
negara kita akan menjadi contoh sebagai negara yang sihat.
Ain

: Terima kasih puan.

Puan Azizah

: Sama-sama Ain.

Bahagian C : Refleksi Individu


Marcapada ini, golongan muda semakin kurang menitikberat akan penggunaan
bahasa yang baik dan kerap menyalahgunakannya dengan sengaja. Hal ini
menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mengambil peduli akan kesantunan
bahasa. Sepanjang proses menyiapkan tugasan, saya mendapat gambaran yang lebih
jelas mengenai masalah ini yang menjadi semakin serius belakangan ini. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan santun itu sendiri bermaksud halus (budi
bahasa atau budi pekerti), beradab dan sopan. Kesantunan bahasa membawa maksud
perihal atau sifat santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti) :baik
dalam bahasa lisan ataupun tulisan itu sama pentingnya. Menurut Fraser dan Nolan
27

(1981) kesantunan bahasa bermaksud kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan


digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni
dalam komunikasi.

Selain itu, kesantunan bahasa secara amnya merujuk kepada penggunaan


bahasa yang baik iaitu apabila kita bercakap dengan seseorang, kita hendaklah
bercakap menggunakan bahsa yang sopan dan beradab. Contohnya, jika kita ingin
menegur seorang kenalan kita, kita hendaklah memberi salam terlebih dahulu dan
jangan menegur mereka dengan bahasa yang kasar. Hal ini kerana apabila kita
bercakap menggunakan bahasa yang kasar, ianya akan menggambarkan kita adalah
manusia yang tidak pandai berbahasa. Apabila kita menggunakan bahasa yang lembut
dan sopan, ianya dapat mencerminkan bahawanya kita merupakan orang mempunyai
kesantunan berbahasa. Namun begitu, apabila kita menggunakan bahasa yang kasar,
ianya akan menggambarkan kita sebagai orang yang tidak mempunyai kesantunan
berbahasa.

Menurut Amat Juhari Moin (1972), kesantunan bahasa bererti kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan
atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang
yang lebih rendah kedudukannya daripada kita. Kesantunan bahasa lisan merujuk
kepada bahasa yang melibatkan pertuturan sama ada perbualan antara dua orang
individu ataupun semasa memberikan ucapan di hadapan khalayak ramai. Sebagai
contohnya, menggunakan kata sapaan yang betul bila bertutur dengan seseorang
sangatlah penting bila berkomunikasi khususnya bila bercakap dengan orang yang
lebih tua atau berpangkat.Manakala, kesantunan bahasa bertulis pula merujuk kepada
bahasa yang kita gunakan untuk komunikasi melalui medium penulisan.

28

Salah satu asas kesantunan bahasa ialah peraturan linguistik. Ianya berkaitan
dengan penggunaan bahasa daripada sudut tatabahasa (kata dan ayat), sebutan dan
intonasi serta sistem ejaan dan tanda baca. Tatabahasa diperlukan dalam kedua-dua
bentuk komunikasi iaitu lisan dan tulisan. Sebutan dan intonasi pula diperlukan dalam
kedua-dua bentuk komunikasi iaitu lisan dan tulisan. Sistem ejaan dan tanda baca
diperlukan dalam komunikasi tulisan. Peratusan linguistik perlu dikuasai oleh pengguna
bahasa, terutama dalam konteks yang rasmi.

Tatabahasa menjadi unsur yang amat penting dalam mana-mana penggunaan


bahasa. Tatabahasa merupakan peraturan bagaimana kata dan ayat dibina dan
seterusnya disusun dalam bentuk yang lebih besar iaitu wacana. Misalnya sepucuk
surat ialah sebuah wacana, iaitu binaan bahasa yang lengkap, kerana ada maklumat
pengirim, penerima, perkara, kandungan surat dan sebagainya.Penguasaan tatabahasa
penting untuk memastikan bahawa bahasa yang kita gunakan kemas, teratur dan
lancar serta lepas daripada kesilapan yang mengurangkan mutu bahasa yang kita
gunakan.

Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan atau bertulis
memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka. Pelajar harus faham dan sedar
akan kedudukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan pihak lain. Mereka juga
perlu sedar akan tujuan, masa, tempat, dan dengan siapa mereka berkomunikasi. Hal
ini dapat diperkukuhkan melalui pembacaan penggunaan bahasa yang betul, mencari
maklumat, aktiviti perbahasan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, guru juga haruslah memainkan perana penting dalam
mengekalkan kesantunan bahasa dalam masyarakat kini.Pemilihan bahan pengajaran
29

untuk diajar kepada anak murid adalah sangat penting. Guru harus bijak
memanipulasikan bahan pengajaran yang ada, khususnya teks Komsas. Dalam teks
Komsas terdapat banyak unsur nilai dan kesantunan berbahasa. Jadi pengajaran dan
pembelajaran Komsas harus bersepadu dengan pengajaran kemahiran bahasa yang
lain seperti mendengar dan bertutur, membaca dan memahami, dan menulis.

Konklusinya, kesantunan bahasa perlu dipupuk dan disemaikan dalam diri pelajar
dari semasa ke semasa.Prosesnya sangat panjang dan tidak ada jalan pintas.Oleh itu,
sebagai guru, kita perlu memperkukuh iltizam setiap masa untuk memantapkan
pengajaran dan pembelajaran kita secara menarik dan berguna untuk menarik minat
mereka di dalam pembelajaran seterusnya dapat menyampaikan ilmu dengan jayanya.

Nama

: Siti Nurhuda binti Sarman

No. Kad Pengenalan

: 920513-01-6510

Bahagian B : Tugasan Individu


Alamat sekolah

: Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Jalan Nuri 34, Bandar

Putra, 81000 Kulaijaya, Johor.


Nama Guru PK HEM : Puan Norzila binti Ahmad
Temubual Masalah Disiplin di SK Bandar Putra
30

Berikut merupakan temubual Bersama Puan Norliza binti Ahmad, Guru


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai,
Johor, Mengenai Disiplin Murid-Murid di Sekolah Rendah yang diwawancara
oleh Siti Nurhuda binti Sarman.
Siti

: Bolehkah kami memanggil puan dengan panggilan cikgu?

Pn. Norliza
Siti

: Ya.. Boleh. Tak da [tidak ada] masalah.


: Siapakah nama penuh cikgu?

Pn. Norliza : Nama saya Norliza binti Ahmad.


Siti

: Berapakah umur cikgu sekarang?

Pn. Norliza
Siti

: Sekarang saya sudah berumur 50 tahun.


: Sudah berapa lamakah cikgu mengajar?

Pn. Norliza : Lebih kurang 28 tahun.


Siti

: Sejak bila cikgu bergelar guru penolong kanan hal ehwal murid

di sekolah ini?
Pn. Norliza : Sejak 2 tahun yang lalu.
Siti
besar

: Sepanjang menjadi GPK HEM, adakah masalah disiplin yang


berlaku dalam sekolah ini?

Pn. Norliza : Di sekolah rendah, masalah disiplin yang timbul tidaklah


seserius sekolah menengah. Namun dapat dilihat peningkatan dalam
beberapa kes disiplin dalam beberapa tahun belakangan ini. Masalah disiplin
yang biasa terjadi di sekolah ini ialah kes ponteng dan beberapa kes pelajar
kurang sopan terhadap guru.
Siti

: Pada pendapat cikgu, kenapa kes ponteng dan biadap

meningkat?

31

Pn. Norliza :

Hal

ini

mungkin

disebabkan

latar

belakang

keluarga.

Contohnya, sekolah ini yang terletak di kawasan bandar, ramai ibu bapa
yang terdiri daripada golongan profesional dan dalam kategori berada. Jadi,
anak-anak sudah terbiasa dimanjakan. Murid-murid ini biasanya mudah
memberontak jika pihak sekolah tidak memberi apa yang mereka inginkan.
Siti

: Cikgu yang sudah lama mengajar pasti dapat mengenal pasti

perbezaan sekolah dulu dan sekolah sekarang. Adakah terdapat perbezaan


yang begitu ketara?
Pn. Norliza : Memang sangat berbeza. Hubungan antara guru dan murid dan
disiplin murid dulu dan sekarang sudah berubah.
Siti

: Bagaimanakah hubungan antara guru dan pelajar semasa

zaman cikgu belajar dahulu?


Pn. Norliza : Pada zaman dulu, kita budak-budak ni, dulu memang takut
dengan cikgu-cikgu. Takut lah. Tengok cikgu, kita hormat, kita diam apa
semua. Sesama kita ni memang kita baik. Hubungan mesralah. Kawan
dengan kawan semua. Hubungan Jadi, cikgu-cikgu ni dulu, masa zaman
saya dulu, memang tengok cikgu, memang kita- memang (ketawa) takut,
hormat lah. Kira hormat kan? Apa cikgu cakap, semua kita ikut.
Siti

: Bolehkah cikgu jelaskan bentuk atau jenis hukuman dan

tindakan ` disiplin yang wujud di sekolah lama cikgu ?


Pn. Norliza : Bentuk hukuman dan tindakan disiplin yang wujud di sekolah
lama saya-kalau dulu, pada masa tu [itu] memang cikgu-cikgu boleh
merotan. Yang biasa guru disiplin bagi [ambil tindakan], rotan lah. Kalau
yang perempuan tak [tidak] dirotan tetapi ada diberi-denda lah. Denda
berdiri dan sebagainya. Pelajar lelaki memang dulu kena rotan.
Siti

: Sekarang?

32

Pn. Norliza : Sekarang ni [ini]Di sekolah sekarang ni [ini] tindakan disiplin


bergantung kepada jenis kesalahan. Jenis kesalahan disiplin pelajar. Jika
kesalahan itu berat, terlibat dengan jenayah dan menjatuhkan nama baik
sekolah, pelajar dihukum gantung [gantung sekolah] maksimum 14 hari. Jika
bertumbuk dan sebagainya yang melampau sangat boleh dibuang. Ada
pernah dibuang. Ada pernah digantung. Yang biasa pelajar yang tak [tidak]
hadir hukumannyaKalau ponteng sekolah, ponteng kelas, pelajar dihukum,
dirotan dan juga diberi mata penalti. D-merit. Kita ada sistem D-merit.
Siti

: Sepanjang cikgu mengajar, pemahkah cikgu mengenakan

hukuman rotan terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin?


Pn. Norliza : Hukuman rotan ni [ini] memang pernah dijalankan terhadap
pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Kita memang beri kuasa
kepada guru disiplin untuk merotan pelajar-pelajar lelaki. Yang patut dirotan,
kita [pihak sekolah] rotan.
Siti

: Apakah reaksi para pelajar terhadap hukuman dan tindakan

disiplin yang wujud di sekolah lama cikgu? Terutama terhadap hukuman


rotan.
Pn. Norliza : Ok. Reaksi para pelajar terhadap hukuman dan tindakan disiplin
yang wujud di sekolah lama tu [itu], mereka menerima dengan senang hati
sebab mereka tahu bahawa mereka telah melakukan kesalahan dari segi
peraturan sekolah. Jadi, mereka memang terima walaupun dengan hati yang
berat mereka kena rotan, mereka terima. Mereka boleh terima walaupun ada
beberapa orang pelajar yang rasa tak [tidak] senang lah kena rotan-kena
tindakan yang lain, atau kena gantung tapi [tetapi] majoritinya pelajar
terima.
Siti

: Bagaimana pula dengan reaksi para pelajar terhadap hukuman

rotan dan tindakan disiplin yang wujud di sekolah cikgu sekarang? Adakah
lebih mudah ataupun lebih kurang sama dengan sekolah lama cikgu?
33

Pn. Norliza

: Sekarang ni [ini], dari segi menghukum pelajar, kita nampak

ada perbezaan sikit. Dari segi reaksi pelajar, memang pelajar rasa mereka
tak [tidak] patut dihukum mereka rasa mereka sekarang tak [tidak] boleh
dirotan.

Mereka

kata

guru-guru

tak

[tidak]

boleh

merotan.

Walaubagaimanapun, kita tunjuk pekeliling-pekeliling yang boleh guru


merotan. Guru disiplin dengan kebenaran Pengetua, ada surat kebenaran
boleh merotan. Sebagai contoh, pelajar merokok. Sekali kali pertama kena
tangkap, satu rotan. Memang itu ada pekeliling. Kali kedua, dua rotan. Kali
ketiga, tiga rotan. Kali keempat, gantung sekolah dan seterusnya buang
sekolah. Itu kes merokok contohnya.
Siti

: Bagaimanakah cikgu dan pihak sekolah mengawal masalah

disiplin pelajar sekolah yang terdahulu?


Pn. Norliza : Sekolah yang terdahulu---Yang mengawal disiplin sekolah
dengan bantuan para pengawas. Jadi, pengawas tu [itu] memainkan
peranan. MerekaDi sekolah lama pengawas memang dihormati oleh para
pelajar. laitu pengawas sebagai mata telinga cikgu- cikgu di sekolah. Itu
peranan

pengawas.

Penting.

Itu

di

sekolah

dulu[dahulu].

Apamaklumattentangkesalahan disiplin, pengawas laporkan kepada guru


disiplin.
Siti

: Dan bagaimanakah pula tindakan cikgu dan pihak sekolah

dalam mengawal masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah sekarang?


Pn. Norliza : Di sekolah sekarang, nampak jauh berbeza. Yang pertama,
peranan pengawas itu dah [sudah] lain. Pengawas nampaknya tidak boleh
mengawal pelajar-pelajar lain. Kadang-kadang pengawas tu [itu] takut
untukbertindak terhadappelajar-pelajaryangmelakukan kesalahan. Di sekolah
sekarang, kita mulalibatkan PIBG dan juga JKK kampung untuk mengatasi
beberapa masalah disiplin pelajar. Contohnya pelajarponteng. Kita ada
kerjasama daripada pihak RELA,pihak polis, JKK kampung,

pengerusi, AJK

PIBG membuat rondaan dan menangkap pelajar yang ponteng di kawasan


34

luar sekolah. Itu sebagai satu langkah bersama pihak sekolah dengan pihak
luar untuk mengawal disiplin pelajar.
Siti

: Dengan berakhirnya soalan itu tadi, berakhirlah sudah sesi

wawancara kita pada pagi ini. Kerjasama dan kesudian yang diberikan
daripada Puan Norliza binti Ahmad dalam sesi wawancara ini diakhiri dengan
ucapan terima kasih daripada kami.
Pn. Norliza

: Ok, sama-sama.

35

Bahagian C : Refleksi Individu


Refleksi Tentang Kesantunan Bahasa
Kesantunan

bahasa

ialah

kesopanan

dan

kehalusan

dalam

menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada lisan atau tulisan.


Kesantunan bahasa merujuk penggunaan bahasa yang halus, beradab
sopan, lemah lembut serta tidak menyinggung perasaan pendengar seperti
yang dinyatakan oleh Awang Sariyan bahawa kesantunan bahasa merujuk
kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan
peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang tertentu.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem
sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini
melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Bahasa
sapaan berdasarkan pangkat atau status seseorang dalam masyarakat
merujuk kepada gelaran pergaulan formal, gelaran warisan, gelaran kurniaan
kerajaan, gelaran kurniaan ikhtisas, dan gelaran keagamaan. Dari segi
komunikasi, amalan protokol yang mesti dipraktikkan ialah adab berbual,
sapaan, penggunaan bahasa di istana, dan panggilan hormat. Panggilan
hormat dikuatkuasakan penggunaannya dalam upacara rasmi ataupun
pengacaraan bagi sesuatu majlis yang berasaskan gelaran diraja, gelaran
turun-temurun,

gelaran

kurniaan

darjah

kebesaran,

gelaran

kurniaan

ikhtisas, dan gelaran keagamaan. Sebagai contoh, Duli Yang Maha Mulia,
Yang Berhormat, dan Sahibul Samahah.
Setelah meneliti fenomena kesantunan bahasa dalam kalangan remaja
mutakhir ini, saya telah melakukan refleksi terhadap kesantunan bahasa
saya sebagai seorang pelajar sendiri. Sememangnya agak sukar untuk kita
lari daripada melakukan kesalahan dalam menuturkan bahasa dengan tertib.

36

Bagi saya, kita tidak patut meremehkan bahasa yang baik, kerana
dalam pertumbuhan dan perkembangan mana-mana tamadun, bahasa yang
rasmi dan yang baku itu memang perlu untuk tujuan pemikiran, ilmu dan
bidang kehidupan lain yang mencerminkan ketinggian tamadun bangsa itu.
Bahasa basahan itu pula kita akui kewujudannya dan fungsinya untuk
keperluan perhubungan sehari-hari. Jika dilihat daripada perspektif bahasa,
kesantunan bahasa menjadi pakaian harian kepada individu. Ini kerana
setiap hari kita tidak dapat lari dalam berkomunikasi dengan masyarakat
sekeliling kita. Maka di sini peraturan penggunaan bahasa amat dititik
beratkan. Secara mudah, keperluan kita terhadap bahasa yang rasmi
samalah halnya dengan keperluan kita terhadap pakaian yang rasmi untuk
majlis dan suasana rasmi. Sebaliknya bahasa basahan atau bahasa
percakapan kita perlukan juga, sama halnya dengan keperluan kita akan
pakaian basahan untuk di rumah dan di tempat lain yang sesuai dengan sifat
pakaian itu.
Fenomena bahasa rojak yang diibaratkan sebagai bahasa sekerat ular
sekerat belut oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Y. B. Dato'
Dr. Rais Yatim, merupakan satu gejala krisis identiti yang serius. Krisis identiti
ini merupakan sebahagian daripada krisis kebudayaan yang meliputi krisis
nilai yang lambat laun boleh menyebabkan kita kehilangan hala tuju dalam
kehidupan sosial dan rohaniah. Penekanan terhadap kesantunan bahasa
dalam kalangan remaja khususnya haruslah disemai agar peribadi sentiasa
terpelihara dengan sifat yang mulia. Janganlah berbicara dengan bahasa
yang kurang elok kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk
padahnya. Secara tulus, saya tidak terlepas daripada melakukan kesalahan
ini.
Sebagai seorang guru, saya perlu menitikberatkan kepentingan
kesantunan berbahasa. Menurut Yahya Othman (2005), institusi sekolah
tidak terkecuali daripada persoalan amalan budi bahasa, terutamanya dalam
kalangan pelajar. Pihak sekolah sebagai institusi sosial, tidak hanya
37

berperanan sebagai pusat persediaan peperiksaan. Kempen budi bahasa di


peringkat sekolah dapat membantu menyedarkan pelajar untuk menjadi
remaja yang berbudi bahasa. Tuntasnya, peranan guru di sekolah juga amat
penting

dalam

terutamanya

meningkatkan

guru

perlu

amalan

menerapkan

budi

bahasa.

kesantunan

Pihak

berbahasa

sekolah
dalam

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa


Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan.
Kesantunan bahasa haruslah sentiasa ada dalam diri setiap individu
agar setiap perkataan yang lahir dari mulut seseorang bersifat positif dan
bermakna. Orang lain juga akan lebih menghormati dan senang bergaul
dengan mereka yang mengamalkan kesantunan berbahasa. Guru juga
berperanan dalam menjadi seorang yang mengamalkan kesantunan dalam
berbahasa agar pelajar berusaha untuk mencontohi sikap tersebut. Oleh itu,
marilah kita bersama-sama memupuk kesantunan berbahasa kerana ia
dapat disemai dan dibajai, ia juga tidak dapat dijual beli. Asas kesedaran
terhadap budi bahasa harus disemai sejak kecil bak kata pepatah, jika
melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Kesantunan berbahasa dalam komunikasi perlu dipupuk dari semasa ke
semasa agar dapat melahirkan masyarakat atau modal insan yang berkaliber
dan berkualiti, selari dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama,
bangsa dan negara.

Tingkap papan kayu bersegi,


Sampan sangkat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

38

Nama

: Anis Suzanna binti Mat Rejab

No. Kad Pengenalan

: 920704-07-5100

Bahagian B : Tugasan Individu

TEMUBUAL BERSAMA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


SK PADANG MELANGIT, PERLIS

ANIS SUZANNA: Assalamualaikum puan.


PUAN SALMAH: Walaikumsalam.
ANIS SUZANNA: Maaf kerana menggangu masa puan. Tujuan saya bertemu puan
adalah untuk menemu bual puan tentang masalah disiplin yang
berlaku di sekolah ini. Secara ringkas, boleh puan dedahkan statistik
masalah disiplin di sekolah ini?
PUAN SALMAH: Alhamdulillah, sekolah ini tidak mempunyai kes masalah disiplin yang
teruk. Terdapat pelbagai jenis masalah disiplin antaranya seperti
39

memeras ugut, mencuri, menganggu rakan, makan dan tidur didalam


kelas, keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran, lewat masuk kelas,
tidak membawa buku latihan/teks, menunjukkan sikap biadap
terhadap guru,membuli, melepak, berlari, menjerit di koridor dan
sebagainya.Saya mula bertugas di sekolah ini sebagai Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid sejak tahun 2010 dan alhamdulillah, tiada lagi
kes salah laku yang dilaporkan. Pendek kata, sekolah ini sifar salah
laku.
ANIS SUZANNA: Bagaimana pula dengan masalah disiplin yang minor atau tidak
dikategorikan sebagai kes salah laku yang serius seperti membuang
sampah merata-rata, tidak memakai lencana sekolah atau stoking dan
tidak membuat kerja yang diberikan?
PUAN SALMAH: Perkara itu merupakan perkara yang biasa di seluruh sekolah di
Malaysia. Masalah sebegini pihak sekolah tidak melabel mereka
sebagai melakukan salah laku. Biasalah, budak-budak yang sedang
membesar pasti ada yang baik dan ada yang nakal. Kami pihak
sekolah mencuba semampu yang mungkin untuk mendidik mereka
menjadi insan yang bertanggungjawab.
ANIS SUZANNA: Prestasi sekolah ini pada pandangan saya dari segi sifar salah laku
amat mengagumkan. Boleh puan ceritakan bagaimana pihak sekolah
mengawal dan mendidik murid-murid agar mereka terhindar daripada
melakukan kes disiplin?
PUAN SALMAH: Sebenarnya usaha ini datang daripada semua staff yang bekerja di
sini. Jika saudari dapat lihat, di setiap dinding kelas akan ditampal
risalah-risalah atau poster yang menyuruh supaya pelajar
mengamalkan nilai-nilai murni. Di kantin, hampir setiap tiang, dinding
dan juga meja makan kami tampalkan poster yang bersesuaian
seperti buanglah sampah ke dalam tong sampah, berdoalah sebelum
makan dan pilihlah makanan yang berkhasiat. Kami percaya poster40

poster ini dapat mengingatkan mereka akan nilai-nilai murni. Di tangga


misalnya, setiap anak tangga kami warnakan dan ditulis dengan nilainilai murni seperti Jangan berlari sayang. Selain itu, kami juga
menghidupkan bilik bimbingan dan kaunseling kami secara
maksimum. Kami galakkan pelajar yang mempunyai masalah seperti
tidak mempunyai duit yang cukup untuk makan di kantin dan kanakkanak yang ibu-bapanya bercerai untuk berada bersama-sama kami.
Setiap pelajar yang datang ke bilik kaunseling akan dilayan dengan
sebaiknya. Kebanyakan pelajar akan datang memenuhi bilik
kaunseling pada waktu rehat. Mereka kadang-kadang membawa kerja
sekolah bersama mereka untuk ditanyakan kepada guru kaunseling
iaitu Puan Rahmah dan juga Encik Rizal. Mungkin dengan cara itu,
sedikit sebanyak kami dapat menghapuskan perbuatan mencuri dalam
kalangan pelajar dan dapat mengelakkan pelajar daripada bergaduh.
Malah, saya dan juga guru besar sekolah telah memperkenalkan buku
rekod akhlak pelajar. Di dalam buku ini, setiap pelajar akan dipantau
akhlak dan peribadi mereka di sekolah. Jika mereka melakukan
kesalahan seperti tidak membuat kerja sekolah, berambut panjang
dan tidak memakai lencana sekolah, guru-guru akan mencatat
kesalahan mereka di dalam buku tersebut. Jika kesalahan yang
dicatat melebihi 10 kesalahan, kami akan memanggil ibu bapa atau
pengaja murid tersebut ke sekolah. Kami ingin libatkan ibu bapa untuk
bersama-sama bertanggungjawab untuk membesarkan anak mereka
dengan nilai-nilai murni yang baik.
ANIS SUZANNA: Terima kasih di atas penjelasan yang panjang lebar dari puan. Tidak
hairanlah sekolah ini mempunyai sifar salah laku.Semuanya di atas
usaha dan kerjasama yang utuh seluruh tenaga kerja di sini untuk
mendidik anak-anak bangsa kita. Saya kagum dengan usaha puan.
Rasanya saya telah memperoleh ilmu yang padat dan sangat berguna
dari puan. Terima kasih di atas kesudian puan untuk ditemu bual oleh
saya.
41

PUAN SALMAH: Sebagai guru kita perlu mendidik murid kita seperti mendidik anakanak kita sendiri. Allah akan membalas dan memberi ganjaran di atas
setiap usaha kita. Mungkin sebagai balasan Allah kurniakan kita
keluarga yang bahagia dan hati yang tenang. Nasihat saya jadilah
guru yang berwibawa dan berintegriti kelak demi anak bangsa kita.
Terima kasih kembali.

Bahagian C : Refleksi Individu

Kesantunan bahasa dalam komunikasi lisan dan bertulis semakin kurang


diamalkan dalam kehidupan seharian kini. Masyarakat Malaysia memandang enteng
akan kepentingan kesantunan berbahasa. Mereka tidak menyedari bahawa kesantunan
berbahasa yang menyatukan masyarakat majmuk di negara ini.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai input yang
berguna untuk dijadikan teladan dalam kehidupan seharian. Jika sebelum ini saya
kurang menitikberatkan kepentingan kesantunan berbahasa dari segi kemahiran
bertutur, kini saya akan lebih berhati-hati ketika mengungkapkan sesuatu dan
berwaspada dengan tatacara sebagai seorang guru. Kesantunan berbahasa amat
penting dalam bidang perguruan ini. Hal ini kerana guru menjadi contoh dan idola para
pelajar di sekolah. Malah, segala perbuatan negatif guru tersebut akan menjadi ikutan
pelajar. Tanpa disedari, gurulah yang menyebabkan anak bangsanya hilang sifat
kesantunan dalam diri. Tuntasnya, konsep kesantunan berbahasa mesti dikuasai dan
diamalkan oleh setiap guru. Saya sedar akan tanggungjawab ini dan saya akan
berusaha memperbaiki diri untuk kebaikan. Ingatlah, budi bahasa budaya kita.
42

Selain itu, saya juga berupaya mengenalpasti bahawa kesantunan berbahasa


dalam kalangan remaja kian luntur. Mereka mengabaikan adab sopan dan tatacara
bercakap, bergaul dan berkomunikasi yang betul. Hal ini akan membawa kepada
keruntuhan akhlak dan jati diri yang rapuh. Mereka haruslah dididik dengan asuhan
yang sebetulnya berlandaskan konsep kesantunan berbahasa dalam komunikasi lisan.
Sekiranya generasi muda ini tidak dibantu dari awal, nescaya musnahlah segala
warisan yang ada pada hari ini. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam memastikan generasi
muda ini terpelihara dari sebarang ancaman budaya dan tatacara berbahasa amatlah
besar. Bimbingan yang sewajarnya daripada ibu bapa mampu membentuk anak-anak
yang memiliki ciri-ciri kesantunan berbahasa dan beradab sopan.

Di samping itu, para remaja tidak segan silu untuk menggunakan bahasa taboo.
Bahasa ini menggambarkan tahap kesantunan berbahasa dalam komunikasi lisan
rakyat Malaysia. Sebagai contoh, sial, celaka dan babi. Sepanjang pemerhatian saya
semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu, saya mendapati
murid-murid tidak teragak-agak untuk mengungkapkan perkataan ini. Bagi mereka ini
ialah satu kelaziman yang setiap hari digunakan. Namun, bagi pihak lain atau orang
yang lebih tua, komunikasi lisan ini amat tidak baik. Oleh itu, saya berharap ibu bapa
dan juga guru memainkan peranan yang sewajarnya untuk membendung masalah ini.
Mereka perlulah menegur murid-murid dan menasihati mereka mengenai kesan
disebalik percakapan itu. Tuntasnya, penggunaan bahasa taboo ini akan berkurangan
jika semua pihak bekerjasama untuk membendungnya.

43

Seterusnya, pada pendapat saya, punca tercetusnya fenomena kurangnya


kesantunan berbahasa secara lisan dan bertulis ialah pengaruh media massa dan
teknologi moden. Remaja begitu sinonim dengan laman sosial seperti Facebook,
Twitter, dan sebagainya yang secara tidak langsung menghakis kesantunan berbahasa
mereka. Bahasa rojak dan singkatan sudah semestinya digunakan dalam laman sosial
ini termasuklah sistem pesanan ringkas (SMS). Bahasa rojak ialah suatu percakapan di
Malaysia yang melibatkan campuran pelbagai bahasa dalam pertuturan. Bahasa ini
sememangnya begitu sinonim dalam perbualan malah digunakan secara meluas oleh
generasi muda. Misalnya, Tempat ini memang best sangat! dan Kau memang terror
la! Walaupun dilihat hanya sebagai perbualan biasa yang sering digunakan, namun
ramai yang tidak mengetahui impak disebaliknya. Perihal sebeginilah yang akan
meruntuhkan bahasa dan sekali gus menghilangkan kesantunan berbahasa dalam
komunikasi lisan.

Tambahan pula, bahasa singkatan seperti sayang yang digunakan dalam SMS,
dipendekkan kepada syg atau cyg, jelas memaparkan kesan media dan teknologi
terhadap bahasa kebangsaan. Hal ini menimbulkan kebimbangan kepada para pengkaji
bahasa kerana generasi muda akan kekurangan kemahiran menulis dan bertutur
sekiranya fenomena ini berterusan. Malah, hal ini membuktikan kesantunan bahasa
dalam komunikasi bertulis kian meruncing. Masyarakat tidak sedar bahawa mereka
telah mengabaikan kepentingan komunikasi bertulis. Bahasa singkatan sukar difahami
kerana tidak ada panduan yang formal, malah mudah disalah erti oleh orang lain.
Ringkasnya, masyarakat perlulah menggunakan bahasa yang betul agar tidak
menyalahi etika komunikasi bahasa.

Kesimpulannya, kesantunan berbahasa dalam komunikasi lisan dan bertulis


perlulah diterapkan dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi kerana merekalah generasi
muda yang bakal memimpin masa hadapan negara, seterusnya akan memartabatkan
44

budaya serta bahasa Melayu. Ibu bapa, masyarakat dan media massa haruslah seia
sekata, seiring sejalan, senada seirama bertanggungjawab dalam setiap tindakan
mereka agar generasi muda pewaris bangsa ini terpelihara kesantunannya. Tepuk
dada, tanyalah minda.

RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood. (2007). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu
Melalui
Latihan. Tanjong Malim : Penerbit UPSI.
Sharifah Nor Syed Abd Rahman, Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar.
(2007).
Teks Rujukan Lengkap STPM & Pra-U Bahasa Melayu Kertas 1 & 2. Selangor :
45

Arah Pendidikan Sdn.Bhd.


Siti Hajar Abdul Aziz. (2008).Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu I.
Selangor :Oxford
Fajar Sdn.Bhd
http://sabahan.bigforumpro.com/t1376-pendidikan-definisi-komunikasi
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/halangan-komunikasi-berkesan
http://pensyarah-it.blogspot.com/2011/01/unit-2-kemahiran-berkomunikasi-ii

46

You might also like