You are on page 1of 3

3

1.1RASIONAL PROGRAM
Program sukaneka merupakan satu program yang dianjurkan oleh
Kumpulan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar
Tampin. Tujuan program diadakan untuk menarik minat pelajarpelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Besar Tampin menyertai
aktiviti sukaneka serta mengisi jadual peserta-peserta anugerah
emas.

1.2 OBJEKTIF PROGRAM

Untuk memastikan pelajar sekolah rendah aktif dalam sukan

Untuk memenuhi kadar jam khidmat masyarakat yang diperlukan


oleh peserta Anugerah Remaja Tahap Emas
Untuk melahirkan peserta Anugerah Remaja Tahap Emas yang
berketerampilan dan boleh mengendalikan sesuatu program
Menyemarakkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar

1.3 TEMA
Cadangan tema hari sukaneka ialah SANTAI SAMA-SAMA

1.4 SESARAN PELAJAR


Pelajar darjah 3A sahaja

1.5 TARIKH,MASA DAN TEMPAT


Program ini akan dijalankan seperti berikut
Tarikh: 28 JULAI 2015
Masa: 8-11 pagi
Tempat: Padang Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Besar Tampin

1.6 ACARA PERMAINAN YANG DIPERTANDINGKAN


1) Bawa ping pong menggunakan sudu
2)Meniup belon sehingga pecah
3) Mengisi air dalam botol menggunakan span
4)Musical chair
5) Pakaian beragam

1.7 FORMAT PERMAINAN


1) Pelajar akan dibahagikan kepada kumpualan dengan minimum 5
ahli dalam satu kumpulan
2) Setiap kumpulan akan dipimpin oleh seorang ketua
3) Taklimat mengenai acara permainan akan diberikan oleh peserta
Anugerah Remaja Tahap Emas sebelum aktiviti dimulakan

1.8 HADIAH
Hadiah akan disediakan oleh peserta Anugerah Remaja Tahap Emas
dengan mengambil kira tempat pertama,kedua ,ketiga dan
saguahati.

1.9 PAKAIAN
Para peserta diingatkan memakai pakaian yang sesuai bagi
menjalankan aktiviti sukaneka ini

2.0 TENTATIF PROGRAM


Jadual di bawah menunjukkan aturcara pertandingan sukaneka
MASA
08000815
08151030
10301100

11001130

AKTIVITI
PENDAFTARAN PELAJAR DAN
PEMBAHAGIAN KUMPULAN
AKTIVITI SUKANEKA
DIJALANKAN MENGIKUT
STESEN
AKTIVITI DITAMATKAN,
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
DAN UCAPAN KETUA PRIOJEK
PESERTA EMAS
JAMUAN DAN BERSURAI

TINDAKAN
-URUSETIA
PERTANDINGAN
-PESERTA ANUGERAH
EMAS
-PESERTA ANUGERAH
EMAS

-PESERTA ANUGERAH
EMAS

2.1 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


Terbuka kepada semua pelajar darjah tiga sahaja
Kerjasama dalam kumpulan wajib diamalkan

Setiap aktiviti mestilah diwakili oleh pelajar yang berbeza


Setiap aktiviti akan diberi keterangan terlebih dahulu

2.2 PERBELANJAAN
PERALATAN:
BELON= RM 0.10 X 40 = RM 4
TELUR= RM 0.30 X 40 = RM 12
SPAN= RM 1 X 20 = RM 20
HADIAH= RM 2.50 X 40= RM 100
JAMUAN= RM 3 X 50= RM 150
__________________________________
JUMLAH KASAR: RM 286

2.3 PENUTUP
Dengan terlaksananya Sukaneka ini diharapka dapat mengeratkan
hubungan silaturahim dan muhibah dalam kalangan kakitangan
serta guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Besar Tampin.
Kerjasama ini dari semua pihak amatlah diharapkan dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH,
VINOD.I
________________________
(VINOD ISWARAN A/L VIVEKANANDA)
PENGURUS PROJEK SUKANEKA
PESERTA TAHAP EMAS

You might also like