You are on page 1of 1

Etika berasal daripada bahasa Inggeris ethic.

Perkataan ethic itu pula diambil dari


bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan
tingkah laku sesuatu golongan. Ia terbahagi kepada dua iaitu: (i) Normatik iaitu
panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat. (ii)
Mataetik iaitu yang terbahagi kepada dua : analitik yang berfungsi menganalisis
semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik dan jahat dan kritikal yang
berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuannya ialah
untuk memperkukuhkan lagi etika. Etika boleh didefinisikan sebagai suatu set
prinsip-prinsip moral yang membezakan apa yang betul daripada apa yang salah. Ia
merupakan suatu perkara normatif, kerana ia menjelaskan apa yang perlu dilakukan
atau menahan diri daripada melakukannya. Selain daripada itu etika juga boleh
ditafsirkan sebagai prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi
akhlak. Sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa untuk
setiap individu.

You might also like