You are on page 1of 24

KPP 6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

Tugasan 1:
AUTISME

Kumpulan:
M152

Disediakan Oleh:
Muhammad Najib bin Anuar
M2012001775
Mohammad Zhafri Bin Zainal Abiddin
M20152001734

Pensyarah:
Dr. Hjh. Ramlah Bt. Jantan
1

PENGENALAN
Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermksud diri sendiri dan Isme yang
bererti aliran. Hal ini bermakna autisme membawa maksud satu keadaan yang menyebabkan
kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Masalah autisme bukan lagi
merupakan satu perkara yang baru dalam perkembangan pendidikan khas. Autisme ini
merupakan satu fenomena yang istimewa dalam masyarakat. Seharusnya autisme tidak dilohat
sebagai satu masalah yang menakutkan tetapi sokongan dan dorongan adalah penawar paling
baik yang perlu dipraktikkan untuk kelangsungan kehidupan mereka yang berkenaan.
Dalam ilmu pendidikan khas autisme merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi demi
memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas autisme tidak tersisih dari arus perubahan masa.
Mereka ini sangat memerlukan sokongan dan bantuan untuk terus tekal dalam kehidupan. Dalam
ilmu pendidikan khas masalah autisme berada pada tempat yang penting dan mereka telah
mendapat perhatian yang khusus daripada guru-guru yang berpengalaman. Keadaan penghidap
autisme yang berada dalam dunia ciptaannye sendiri memberi cabaran yang besar untuk kita
membawa mereka kepada realiti kehidupan yang sebenar.

PENGERTIAN AUTISME
Autism boleh di ertikan sebagai satu gangguan kanak-kanak yang mempunyai kesukaran
dalam interaksi sosial dan komunikasi. Ini menyebabkan mereka yang mempunyai masalah
autism akan sukar membina hubungan mesra dengan masyarakat sekelilingnya. Mereka ini juga
akan emepunyai obsess yang melampau terhadap benda yang berputar. Contohnya roda dan
kipas yang berputar. Benda seperti ini akan mampu menarik perhatian mereka dan menjadikan
mereka berada dalam dunia mereka sendiri yang sukar untuk difahami orang individu yang
normal.

Menurut Eugen Bleular, 1919 merujuk kepada kurang atau tiada hubungan dengan
individu lain atau dunia luar. Kegagalan penghidapa autism dalam membina hubungan dengan
dunia luar adalah disebabkan mereka sukar untuk berinteraksi dengan individu lain. Mereka ini
kana merasa lebih selesa dan selamat dalam dunia ciptaan mereka. Mungkin bagi individu yang
normal adalah sukar untuk menjalani kehidupan bersendirian tanpa komunikasi yang rapat
dengan individu lain. Keadaan ini akan membuatkan kita berasa kosong, bosan dan lemas dalam
kesunyian. Namun keadaan ini tidak akan berlaku dalam kalangan penghidap autisme. Keadaan
ini juga boleh dirujuk mereka ini kepada developmental disorder atau ketidakupayaan dalam
perkembangan mental.
Menurut Zasmani Shafiee (2000) pula, beliau menyatakan autism sebagai gangguan
dalam otak yang akan mengganggu mereka untuk menguasai kefahaman, emosi, dan
komunikasi. Gangguan inilah yang menyebabkan masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka
keliru dengan emosi yang dipamerkan sehingga perkara yang kecil juga boleh menyebabkan
mereka menunjukkan satu tindakbalas diluar jangkaan. Contohnya mereka akan boleh
mengamuk hanya kerana kehendak mereka yang tidak dipenuhi.
Selain itu autism juga boleh diertikan sebagai fungsi otak yang terganggu. Ini melibatkan
gangguan daripada fungsi kognitif, komunikas reseptif, tumpuan, pemerhatian serta tingkahlaku
(Jamilia K.A Mohamed, 2005). Namun begitu penghidap autisme tidak juga boleh dianggap
sebagai pesakit mental dan membahayakan kebada individu. Hanya terdapat kecacatan mental
sahaja namun masih dalam keadaan yang terkawal. Keadaan ini tidak seharusnya menjadi tiket
untuk menjadikan mereka sebagai individu yang perlu dijauhi. Malah menjadi tanggungjawab
bersama untuk endekatkan diri kepada mereka dan membantu mereka mebina sebuah kehidupan
yang bermakna. Kebanyakan daripada mereka ini mengalami terencat akal namun berada dalam
pelbagai tahap yang berbeza. Tahap yang berbeza ini yang akan meletakkan mereka pada
keupayaan yang berlainan.

SEJARAH AUTISME
Secara ringkasnya sejarah autisme bermula apabila Eugen Blueler, (1919) menggunakan
perkataaan atau istialah autism yang merujuk kepada kurang atau tiada perhubungan dengan
orang lain dan dunia luar.
Pada tahun 1943. Dr. Leo Kanner seoarang ahli psikologi telah menyatakan autisme
sebagai satu sindrom tingkah laku yang unik. Kanner melihat autisme sebagai gangguan
persepsi, linguistic, kognitif dan komunikasi (Corbertt, 1998). Leo Kanner juga juga menulis
artikel pertama menegnai autisme pada tahun 1943 yang bertajuk Autistic Disturbances of
Affective Contact.
Pada tahu 1944 Bruno Bettelheim telah menyatakan bahawa masalah pada anak adalah
disebabkan oleh dinginnya ibu mereka dalam memberikan perhatian kepada anak mereka yang
masih kecil itu. Knner dan Bettelheim berusaha untuk membuat dan membuktika hipotesis yang
menunjukkan anak-anak autismememiliki ibu yang dingan terhadap mereka.
Seterusnya Bernard Rimland,(1944) pula seorang psikologi yang tidak bersetuju dengan
apa yang disampaikan olehBettelheim yang menyatakan sebab autisme adalah kerana ibu mereka
yang dikatakan bersikap dingin.
Penyelidikan terawal dan teori sebelumnya perlu dirtujuk untuk mendapatka satu
keputusan yang lebih objektif. Dan sehingga pada tahun 2003 the national institute of Child
Health and Development menyatakan autisme adalah satu masalah biological yang kompleks dan
di hadapi individu sepanjang hayatnya.

PUNCA-PUNCA AUTISME
Sehingga kini punca sebenar yang membawa kepada kemunculan masalah autisme masih
lagi tidak dapat dipastikan. Namun demikian berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan
beberapa faktor telah dipercayai menjadi penyumbang kepada terjadinya masalah autisme ini.
Sejak penemuan yang dialkukan oleh Kanner pada tahun 1943, ramai lagi penyelidik lain telah
berusaha untuk mencari punca kejadian autisme. Setelah lebih dari setengah abad sindrom ini
masih lagi tidak diketahui puncanya namun terdapat bukti-bukti yang menyokong kepada puncapunca masalah tersebut (Bauserman, 1981).
Pertamanya autisme dikatakan berpunca daripada faktor genetik. Bayi yang dilahirkan
kembar hasil daripada satu telur didapati berkemungkinan mengalami gangguan autistik. Kajian
ini menunjukkan anak autistic daripada kembar ini menunjukkan peratusan yang tinggi
(Folsstein & Rosen,2001). Keadaan ini juga membuktikan bahawa maslah autisme bila boleh
diarisi dari satu generasi kepada genarsi yang seterusnya.
Selain itu virus yang dihidapi oleh ibu semasa mengandung juga boleh menyebabkan
berlakunya masalah autisme ini seperti rubella, toxo, herpes, pemakanan yang tidak berzat,
pendarahan dan keracunan makanan. Keadaan ini akan menjejaskan pertumbuhan sel otak bayi
yang dikandung dan menyebabkan fungsi otak terganggu terutamanya fungsi pemahaman,
komunikasi, dan interaksi. Keadaan ini juga memperngaruhi kecacatan struktur otak. Pengimejan
neuro telah membuktikan bahawa ketidakfungsian pada serebellum, dan sistem limbik akan
menyebabkan autisme.
Sehingga kini juga turut dikenalpasti sebagai punca autisme ialah masalah pencernaan.
Lebih daripada 60% kanak-kanak autistic mempunyai sitem pencernaan yang tidak baik.
Makanan seperti susu yang berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan
dengan baik dan ini menyebabkan protein daripada makanan ini tidak berubah menjadi asid
amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui kencing. Bagi
kanak-kanak autistic, peton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak
dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak dan
menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah
laku.
5

CIRI-CIRI AUTISME
Murid-murid autisme mempunyai ciri-ciri yang perbagai. Setiap pelajar akan yang
menghidapi autism akan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri mungkin sama dan mungkin sedikit
berbeza daripada individu autisme yang lain. Ciri-ciri tersebut boleh digunakan oleh ibu bapa,
guru-guru dan anggota masyarakat yang lain untuk mengesan kanak-kanak autisme. Ciri-ciri
autisme ini akan mula ketara diperhatikan seawal kanak-kanak tersebut berusia tiga tahun.
Adalah penting untuk kita mengetahui ciri-ciri tersebut untuk memastikan kanak-kanak yang
terlibat dapat dikesan seawal yang mungkin. Pengesanan pada peringkat awal adalah sangat
penting. Jika kanak-kanak dapat dikesan daripada peringkat awal ini akan membantu ibu bapa
mengambil langkah yang sewajarnya.
Ciri-ciri autisme ini dapat diihat dari aspek komunikasi. Dalam berkomunikasi mereka
menghadapi masaah kerana perkembangan bahasa yang sangat ambat atupun tiada langsung.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa mereka mempunyai masalah pendengaran. Keadaan ini
kerana mereka tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oeh orang lain. Mereka diihat tidak
berminat untuk menjawab pertanyaan orang lain dan membalas perbuaan. Keadaan ini
menyebabkan mereka kurang menggunakan bahasa. Apabila kurang menggunakan bahasa maka
akan menyebabkan mereka tidak berkemampuan untuk berbahasa. Namun kadangkala mereka
dapat juga menuturkan sesuatu tetapi keadaan tersebut hanya buat sementara waktu sahaja. Ianya
tidak bersifat kekal dan sukar untuk menentuka tahap penguasaan bahasa mereka. Perkataan
yang dituturkan juga diihat tidak bersesuaian dengan pertanyaan yang diajukan. Contohnya
soaan yang diajukan adaah, sudahkah anda makan namun jawapan yang diberikan saya suka
bermain muzik. Lebih teruk agi jika bahasa yang dituturkan langsung tidak dapat untuk
difahami. Mereka juga meakukan (echolalia) iaitu meniru perbualan dan perkataan yang
dituturkan oleh orang ain. Hal ini akan menyebabkan mereka akan meniru ayat ataupun
menyanyi tanpa mereka mengerti maksudnya.
Disebabkan mereka kurang berkomunikasi maka gerak tubuh juga boeh menggantikan
komunikasi verbal mereka. Mereka akan suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu.
Perbuatan tersebut dilakukan untuk memberi tahu tentang keinginan mereka. Jika tidak orang
lain akan tidak memahami maksud yang ingan disampaikan.

Seterusnya kanak-kanak autisme ini mempunyai interaksi sosial yang sangat lemah.
Mereka suka berada dalam dunia ciptaan mereka. Oeh yang demikian kanak-kanak autisme akan
ebih suka untuk bersendirian tanpa gangguan orang lain. Dan mungkin juga individu lain
dianggap sebagai gangguan kepada mereka. Apabia berinteraksi mereka tidak selesa untuk untuk
bertentang mata. Mereka akan berusaha untuk mengelak daripada memandang muka orang lain
dan tidak mencipta kontak mata ketika berkomunikasi. Mereka mungkin akan terus diam jika
diasak untuk berkomunikasi secara normal.
Selain itu kanak-kanak autisme tidak mahu bermain dengan rakan sebaya. Ini
meyebabkan mereka akan menolak ajakan rakan-rakan. Menjadikan mereka terus berada dalam
dunia ciptaan mereka. Mereka akan bermain secara bersendirian dan membuat aktiviti sendiri.
Kehadiran rakan-rakan sebaya mungkin dianggap sebagai pengganggu terhadap apa yang ingin
dilakukan. Kanak-kanak ini lebih selesa memencilkan diri dan duduk di sudut yang jauh daripada
orang lain.
Gangguan deria juga merupakan satu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak autisme.
Mereka ini sanagt sensitive kepada sentuhan. Mereka tidak suka menerima sentuhan daripada
individu diskeIiIing mereka. Mereka akan mengelak daripada menerima sentuhan. Ini
menjadikan kanak-kanak autisme sangat berbeza daripada kanak-kanak yang lain kerana mereka
tidak suka apabila di peluk atau dipegang. Apabila dipegang atau dipeluk mereka boeh bertindak
agresif seperti meronta-ronta untuk melepaskan diri dan mungkin bertindak ganas. Berbeza
dengan kanak-kanak normal yang lebih selesa dengan sentuhan dan belaian kerana perbuatan
tersebut dapat menyalurkan semangat dan kasih sayang kepada mereka. Ini menunjukkan kanakkanak autisme ini sangat selesa dengan dunianya tanpa perhatian dan kehadiran orang lain
disamping mereka. Kekurangan ini boleh menjadi kelebihan kepada mereka kerana mereka
mempunyai sifat yang berani dan ciri berdikari. Ciri ini yang akan membantu kanak-kanak ini
dalam kehidupan mereka pada masa depan.

Selain itu juga mereka ini juga sangat sensitif kepada bunyi yang kuat. Mereka akan
menutup telinga mereka apabila mendengar bunyi yang kuat. Tidak selesa dan mungkin juga
takut kepada bunyi yang kuat adalah sesuatu yang difikirkan mereka sebagai satu ancaman.
Mereka ini juga tidak sensitif kepada rasa sakit dan takut. Walaupun mereka mungkin sakit tapi
mereka tidak menonjokan atau memperlihatkan tindak balas yang sepatutnya. Begitu juga
dengan perasaan takut kerana mereka tidak memperlihatkan kedaan yang menakutkan mereka.
Terdapat lagi keadaan pelik mereka yang lain iaitu suka menjilat dan mencium permainan
ataupun benda-benda lain.
Ciri-ciri kanak-kanak autisme yang seterusnya dapat kita lihat dari segi pola bermain
mereka. Dapat dilihat mereka ini tidak suka bermain seperti kanak-kanak lain yang sebayanya.
Mereka tidak suka bermain dengan rakan sebayanya. Ini mungkin disebabkan oeh tahap
perkembangan mereka yang tidak seiring. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menyesuaikan
diri dengan rakan sebaya yang lain. Kanak-kanak autisme lebih selesa bermain sendiri mengikut
cara yang mereka rasakan sesuai.
Pola bermain kanak-kanak autisme sangat berbeza daripada kanak-kanak norma yang
lain. Mereka ini dikesan suka untuk memutar-mutarkan atau melambung-lambung dan
menyambut alat permainan yang dipegang. Keadaan ini yang menghalang mereka daripada
bermain dengan kanan-kanak lain kerana masing-masing pasti tidak akan dapat menyesuaikan
diri. Mereka ini sangat suka kepada objek-objek yang berputar seperti kipas angin dan roda.
Apabila memerhatikan objek yang berputar mereka mampu memberikan perhatian dan tumpuan
yang baik. Kanak-kanak ini akan terus memerhatikan objek yang telah menjadi tumpuan mereka.
Misalnya mereka menjumpai sesuatu benda yang yang disukai atau mampu menarik minat
mereka, maka objek tersebut akan terus dipegang dan dibawa kemana-mana sahaja yang disukai.
Mereka boleh bertindak diluar kawalan jika mereka dihalang melakukan sesuatu yang diingini.

Dari segi tingkah aku, terdapat kanak-kanak autisme ini yang hiperaktif dan terdapat
juga yang hipoaktif. Keadaan ini tidak dapat ditentukan secara jeas. Kanak-kanak ini pada
kebiasaannya suka meakukan perbuatan atau pergerakan yang samadan beruang-uang kai seperti
bergoyang-goyang kekiri dan ke kenan, mengepakkan tangan dan menepuk tangan berputar dan
berpusing-pusing di tempat yang sama, mendekatkan mata ke kaca teevisyen, berari atau pun
berjaan mundar-mandir.
Individu yang menghidap autisme ini juga tidak suka kepada sebarang perubahan yang
drastik kepada diri mereka. Mereka lebih selesa berada dalam keadaan yang sedia ada.
Perubahan akan membawa masalah kepada diri mereka untuk menyesuaikan diri ataupun
menolak perubahan tersebut mentah-mentah. Sesuatu yang telah menjadi rutin kepada mereka
akan mengambi masa untuk diubah. Contohnya pada setiap pagi dia bermain basikal sebagai
riadah maka rutin itu sukar diubah jika diminta kanak-kank tersebut supaya berjoging. Berjoging
adalah perkara bukan kebiasaan yang tidak akan diakukan olehnya. Perubahan ini akan tidak
disenangi oleh mereka kerana telah menghalang mereka melakukan sesuatu yang disukai.
Kanak-kanak autisme ini juga dapat duduk tanpa membuat apa-apa aktiviti dan tanpa
sebarang reaksi. Perkara ini sesungguhnya tidak mampu dilakukan oleh kita kerana ianya sesuatu
yang membosankan. Bagi mereka ianya dapat dilakukan dalam keadaan yang biasa. Ini
menunjukkan mereka berada dalam dunia mereka yang sukar untuk difahami oleh individu yang
lain. Dalam keadaan tertentu mereka akan kekal berada dalam satu kedudukan tanpa sebarang
tindak balas kepada persekitaran mereka.
Kanak-kanak autisme ini mempunyai emosi yang tidak stabil dan kadang kala sukar
untuk diramal. Namun demikian emosi mereka masih boleh dikawal walaupun dalam keadaan
mereka bertindak secara agresif. Emosi yang tidak menentu ini menjadikan mereka boleh
menangis, marah dan ketawa tanpa sebab. Namun kita boleh membantu mereka untuk mengawal
keadaan emosi mereka yang tidak menentu tersebut. Jika mereka berasa sedih dan menangis
seharusnya individu yang berhampiran dapat menenangkannya dan mereka akan kembali pada
emosi yang sepatutnya.

Selain ketidakstabilan emosi mereka juga akan menyebabkan kanak-kanak autisme ini
akan mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada
melakukan sesuatu yang diingini. Keadaan ini boleh menyebabkan mereka bertindak hingga
merosakkan apa sahaja yang berada berhampiran. Situasi seperti ini penting untuk dikawal
kerana keadaan ini juga boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya dan juga orang lain yang
berhampiran. jika berada di tempat yang kurang selamat contohnya dapur perlulah membawa
mereka keluar ke tempat yang lain kerana tempat yang berbahaya boleh mendedahkan kepada
risiko yang lebih tinggi. Mereka ini juga mempunyai kecenderungan untuk menyerang orang lain
yang berhampiran pada ketika berada dalam emosi yang terganggu. Tidak hanya mencerakan
orang lain malah terdapat juga kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri. Hal ini didorong
oleh tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
TEORI-TEORI BERKAITAN AUTISME
Teori Psikogenik
Ahli terapi Freudian memperkenalkan teori psikogenik berhubung dengan masalah
autisme. Dan kebanyakan penyelidik pada peringkat awalnya memfokuskan kepada kelemahan
didikan ibubapa sebagai penyebab autisme. Mereka mempercayai sekiranya hubungan pertalian
antara ibu bapa dan anak tidak dilahirkan di peringkat awal lagi mereka akan tidak mampu
berinteraksi dengan orang lain kelak. Malah Bruno Bettelhem (1967) mendapati ibulah yang
banyak dipersalahkan kerana kerap melahirkan perasaan negatif. Keadaan ini dipercayaai
member kesan yang buruk kepada anka-anak. Namun pada tahun 1985, Bernar Rimland
menyangkal teori psikogenik yang berhubung dengan autisme ini. Pertuduhan kepada ibu
hanyalah sebagai hipotesis yang tidak dapat dibuktikan. Rimland mengemukan Sembilan fakta
sebagai bukti autisme berpunca dari pengaruh biologikal.
Teori Organik
1940an dan 1950an, Loretta Benner dan penyelidik lain mencadangkan autisme mungkin
berasaskan organic dan tingkah laku ibu ialah reaksi kepada keadaan kanak-kanak tersebut
(Rutter, 1978). Dokumentasi tahun 1960an mencatatkan ramai yang menghadapi serangan sawan
sebagai bukti hubungkait autisme dengan organik. Organic tidak lagi dipersoalkan apabila
dikaitkan dengan kerencatan mental (Volkmar & Pauls, 2003).
10

Teori Tingkah Laku


Faster seorang

ahli psikologi tingkah laku yang pertama mencadangkan autisme

ditentukan oleh persekitaran (Lavigna, 1985). Ahli psikologi mempercayai bahaa kanak-kanak
autistic tidak dibentuk oleh ibu bapa cara yang betul. Fester dan pengikutnya memperkenalkan
Analisis Tingkah Laku Gunaan (Applied Behavior Analysis). Hasil kerja Ivar Lovaas (1993)
iaitu midifikasi tingkahlaku berkembang dari hasil usaha Fester. Tumpuan utama Lovaas ialah
pada tingkah laku yang mencederakan diri sendiri. Lovaas menggunakan benduk hukuman
seperti kejutan, untuk mengurangkan tingkah laku mencederakan diri sendiri. Tetapi akhirnya
Lavaas mendapati kanak-kanak autisme dapat menyesuaikan dirinya dengan hukuman dan ini
tidak memberikan kesan kepada mereka. Akhirnya Lovaas tidak lagi menggunakan hukuan
fizikal untuk mengurangkan tingkah laku mencederakan diri, alaupun begitu penggunaan
penarikan dan timeout diteruskan dengan kebenaran ibubapa (Johnson. 1994).
PANDUAN MENANGANI KANAK-KANAK AUTISME
Adalah menjadi cabaran yang besar untuk menangani kanak-kanak autisme. Individu
yang hampir dengan mereka seperti ibu bapa dan guru seharusnya mempunyai ilmu untuk
mengaal dan menangani kerenah mereka yang tidak dapat dijangka. Untuk itu seharusnya kita
bercakap dengan mereka mengikut tahap pemikirannya. Ini penting bagi memastikan mereka
dapat memahami tentang apa yang dipertuturkan. Secara tidak langsung akan juga menggalakkan
kemahiran komunikasi sosial mereka. Dalam keadaan mereka yang didak boleh berkomunikasi
dengan baik adalah sanagt penting untuk kita berusaha menggalakkan komunikasi tersebut
mengikut tahap keupayaan mereka. Jika tidak keadaan tersebut hanya lebih memburukkan
keadaan dan tidak akan membantu meninggkatkan penguasaan komunikasi mereka.
Ibu bapa juga seharusnya membimbing kanak-kanak ini mengenal atau mengesan satusatu keadaan supaya mereka tahu apa perlu dilakukan mengikut masa, tempat, cara dan jangkaan
yang bakal terjadi daripada setiap tindakan yang mereka ambil. Mereka perlu dibimbing dalam
membuat keputusan dan tindakan agar mereka akan terus berdikari dalam kehidupan mereka. Ini
merupakan satu nilai tambah yang penting kepada mereka.

11

Selain itu untuk mengawal keadaan emosi kanaka-kanak uatisme ini, kita perlulah
berusaha mengelakkan berlakunya pertentangan pendapat atau perselisihan faham yang mungkin
boleh merangsang perlakuan tidak di ingini. Menjadi suatu yang utama bagi kita untuk
mengawal emosi mereka agar tiada kecenderungan untuk menyerang, mencederakan orang lain
mahupun diri sendiri. Oleh yang demikian penting untuk ibu bapa tahu cara untuk mengalihkan
perhatian anak apabila mereka membuat perangai dengan melakukan aktiviti yang digemari oleh
anak tersebut dan melengahkan untuk memberi sesuatu yang diminta. Hal ini penting agar ibu
bapa tidak mterlalu menurut kemahuan mereka.
Ibu bapa juga boleh mengajar anak-anak ini melalui mimik muka supaya anak boleh
belajar untuk mengenali ekspresi wajah. Misalnya membuat ekspresi marah, gembira, sedih.
Melalui mimik muka ini anak-anak autisme dapat mempelajari dan lebih memahami sesuatu
situasi. Untuk itu ibu bapa boleh memberikan pujian kepada anak-anak ini dengan menunjukkan
ekspresi muka yang menggambarkan perasaan pada ketika itu.
Disamping itu perlu juga memastika anak-anak autisme ini berada dalam keadaan yang
selesa. Kerana keadaan yang tidak selesa akan merangsang mereka berada dalam keadaan yang
tidak terkawal. Selesa dari segi emosi dan persekitaran. Persekitaran yang kondusif secara
langsung akan membantu mengawal emosi mereka dalam keadaan yang baik. Hal ini kerana
tiada rangsangan luaran yang boleh menyebabkan mereka bertindak di luar kawal atau secara
agresif.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME
Perkembangan kanak-kanak autisme boleh dikenal pasti daripada pelbagai aspek seperti:
Perkembangan Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan
dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir
Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah
separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain.
Perkembangan kognitif kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal adalah berbeza.
Mereka mempunyai daya kognitif yang lemah, terdapat juga sebahagian kecil yang mempunyai
keupayaan kognitif yang tinggi dan juga bakat yang mengkagumkan.
12

Mereka juga mempunyai tumpuan yang singkat namun perkara ini tidak pula berlaku
pada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus overselectivity iaitu
perkara atau ransangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan.
Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidak
berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini dikekalkan dalam bentuk
yang asal (uncoded form). Kanak-kanak istimewa tidak boleh mengekalkan maklumat dalam
jangka masa yang panjang dan juga tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat
sebagaimana kebiasaan orang lain.
Selain itu, mereka juga tidak mampu menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara
kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk melihat
perkara penting yang ada. Mereka juga tidak dapat melihat perkaitan antara dua perkara
menyebabkan mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi dan
seumpamanya.
Namun terdapat juga individu autistic yang mempunyai kemahiran tertentu yang tinggi
melebihi ukuran umum seperti kecerdasan yang tinggi atau bakat yang luar biasa, contohnya
dalam muzik, matematik dan seni lukis.
Perkembangan Bahasa.
A. Nonsegmental Phonology
Kanak-kanak autistik yang lemah dalam menghasilkan pertuturan yang nonsegmental atau
prosodi iaitu:

Irama yang streotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara
berlebihan

Pengeluaran bunyi vokal yng berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti biasa

Pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad

Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapan

13

B. Bahasa Idiosinkratik
Kanak-kanak autistik mempunyai bahasa mereka yang tersendiri iaitu perkataan atau
frasa yang dikeluarkan unik. Semua bnetuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses
semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman.
Masalah Kata Ganti Nama
Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autistik kerap menimbulkan
kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti he atau she. Kata ganti nama
kedua you digunakan untuk dirinya dan I untuk orang lain. Keadaan ini berlaku kerana
mereka sukar memahami dan mengunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks.
Ekolalia
Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat
untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Boleh dibezakan iaitu:

Ekolalia serta-merta pengulangan yang tepat dan serta-merta apabila perkataan disebut.

Ekolalia lewat diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan tersebut.

Ekolalia ringan pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan.

Perkembangan Komunikasi
Kanak-kanak autisme biasanya senyap. Mereka tidak tahu menggunakan isyarat tangan
untuk menunjukkan selamat tinggal. Tidak tahu menggunakan ekspresi muka,
pergerakan,postur dan nada mereka.
Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam
komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal untuk bercakap.
Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam
waktu yang lama. Biasanya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh
untuk berkomunikasi dengan orang lain.Selain itu, mereka mampu untuk meniru apa yang
orang lain katakan, seperti burung nuri liar meniru bahasa orang lain, tetapi mereka gagal untuk
memahami maksud kata-kata tersebut
Mereka tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan
orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang dikehendaki,
14

sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempat itu. Mereka juga tidak
memberi perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh orang lain dan sukar memahami bahasa
badan serta ekspresi orang lain.
Perkembangan Sosial
Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai masalah interaksi sosial. Mereka
selalu berasa kesepian, kurang bersosial dengan orang lain.Walaupun bersama ibu bapa, mereka
layan seperti orang yang tidak dikenali. Tetapi apabila bersama orang yang tidak dikenali,
mereka tidak berasa menyentak. Biasanya kanak-kanak autisme ini masih tidak mempunyai
kawan apabila mereka berumur 5 tahun, mereka sukar untuk bermain bersama kawan lain.
Mengikut Dr. Widowo, beliau menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya
mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila
mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka.
Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi
mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan
memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut
melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya
waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan
mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.
Boleh dikategorikan kepada:

Penghindaran sosial iaitu kanak-kanak autistik akan mengelak daripada sebarang bentuk
interaksi sosial dan kerap menjauhkan diri apabila ada orang hendak berinteraksi dengan
mereka.

Bersikap tidak acuh atau tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling tetapi tidak pula
menghindari pergaulan. Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila
memerlukan sesuatu.

Kekok ketika bersosial, berlaku apabila individu autistik cuba berkawan tetapi tidak
berupaya mengekalkan hubungan itu. Ini disebabkan mereka hanya bercakap tentang diri
sendiri dan tidak memahami bahawa orang lain juga mempunyai idea, perasaan, sikap
dan emosi.

15

Perkembangan Emosi
Kehidupan Kanak-kanak autisme tidak mempunyai perubahan dan mereka juga tiada
imaginasi. Mereka selalu berulang-ulang bermain permainan mereka, mengulangi cara hidup
yang sama. Mereka juga selalu bermain denga jari kaki mereka. Jika terdapat perubahan pada
cara kehidupan mereka, mereka akan menjerit dan menangis.
Mengikut Dr. Widowo, kadang-kala kanak-kanak autisme ini akan berubah sikap menjadi
kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing
buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang
terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang.
Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme
kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka
ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung
dengan renungan yang kosong.
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi
yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa
sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama
apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan
mereka menjadi manusia yang agresif.
Kanak-kanak autistik sukar membuat hubungan secara emosi dengan orang lain kerana
mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara yang tidak disalah
faham. Mereka juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain dan
ada kalanya menunjukkan kemesraan yang melampau.

16

ULASAN SOROTAN LITERATURE BERKENAAN AUTISME


Terdapat dua artikel atau jurnal yang diperoleh berkenaan Autisme. Jurnal pertama akan
membincangkan mengenai artikel yang melibatkan kanak-kanak autisme dan terapi seni. Jurnal
kedua akan membincangkan mengenai keberkesanan program intervensi kemahiran membaling
bola serta mengenal pasti kebolehan pelajar-pelajar autisme membaling bola tepat.
Artikel/ Jurnal Pertama
Nama Jurnal

Advocate Third Edition 2001

Tajuk Artikel

Weekeend Outings Provide Creative Outlet

Penulis

Donna J.Betts, M.A., A.T.R

Tahun Terbitan

2001

Tujuan / Objektif
Artikel ini ditulis oleh Donna J. Betts seorang Pengarah Seni Terapi di National
Childrens Centre di Washington, Amerika. Artikel ini adalah laporan khas mengenai isu-isu
terapi alternatif untuk merawat kanak-kanak yang menghidapai autisme. Ramai ibu bapa dan ahli
profesional bersetuju bahawa pendidikan awal intervensi adalah kunci kepada perkembangan
dalam kehidupan dan hasil luahan seseorang yang mengidap autisme.
Artikel ini juga ditulis untuk membantu kita memahami apa yang dikatakan terapi seni,
teori-teori yang digunakan dalam menggunakan terapi ini dan bagaimana kajian dilakukan. Juga
di beri contoh kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat dalam menggunakan teknik terapi ini.
Latar belakang kajian
Artikel yang di tulis bukanlah merupakan kajian yang sebenar yang dijalankan oleh
Donna J. Betts. Ia hanyalah sebuah laporan khas beliau untuk menunjukkan bagaimana terapi
seni dapat membantu kanak-kanak autisme. Laporan ini hanya tertumpu kepada seorang remaja
yang mengidap autisme. Remaja ini iaitu Tony Meredith, berumur 18 tahun dan merupakan salah
seorang yang mendapatkan bantuan Donna dalam menghadapi autisme.

17

Donna menyatakan dalam laporannya bahawa selepas Tony melukis lebih daripada 30
gambar berkaitan dengan bas awam di dalam sesi terapi seni yang dilaluinya, dia terfikir
mengapa bas-bas tersebut begitu bermakna sekali kepada Tony. Ibu Tony pernah bercerita
sebelumnya bahawa Tony sering menaiki bas metro iaitu sebuah perkhidmatan bas di bandar
Washington setiap hari Sabtu bersama bapanya.
Walaupun Tony mempunyai masalah kerencatan akal dan kelewatan dalam percakapan
serta tidak pernah menyatakan tentang pengalamannya menaiki bas, tetapi hasil-hasil seninya
menunjukkan bahawa bas yang sering dinaikinya setiap hari sabtu mempunyai makna yang
mendalam dalam kehidupannya.
Menurut Donna lagi, apa yang menarik bagi setiap lukisan bas yang dilukis oleh Tony,
dia akan melabel setiap bas tersebut dengan nombor yang berbeza. Mungkin menunjukkan
sesuatu tentang daya ingatan Tony. Tetapi tidak dapat dipastikan mengenai nombor-nombor bas
yang ditulisnya kerana dia menghadapi kesukaran untuk bercakap.
Kaedah Kajian / Dapatan Kajian
Tiada kaedah yang dinyatakan didalam laporan ini. Cuma dinyatakan bahawa Tony
mendapat impak positif daripada terapi yang dijalankan. Seperti kanak-kanak autisme yang lain,
komunikasi Tony adalah terhad kerana menghadapi masalah kesukaran untuk bercakap, dan
sikapnya walaupun telah berumur 18 tahun, hasil seninya adalah seperti kanak-kanak berumur
antara 7 9 tahun.
Donna menyatakan, secara keseluruhannya mod rawatan secara terapi seni adalah efektif
untuk Tony. Dia (Donna) telah cuba berkomunikasi dan membina hubungan yang baik dengan
Tony. Tony juga cuba membangkitkan keupayaannya melibatkan diri dalam kumpulan kecil
terapi seninya. Dari terapi ini Donna berharap Tony boleh menggunakan seni terapi untuk
meninggalkan dunia tersendirinya walaupun hanya untuk sementara.
Sebagai pakar terapi Tony, Donna amat berharap dapat membantu Tony berhadapan
dengan masalah autistiknya. Katanya (Donna), Tony perlu merasakan bahawa ada orang lain
yang mengakui kewujudannya dengan cara berkomunikasi dan sama-sama berkongsi dunianya.
Walaupun Tony kelihatan wujud dengan segala karekternya, berbeza daripada orang
lain,bertingkah laku khusus, mempunyai masalah dalam berkomunikasi, Donna merasakan
bahawa dia dapat melihat proses kreatif Tony dan dialu-alukan dalam kehidupan tersendiri Tony.
18

Hasil karya seni Tony telah dipamerkan di American Art Theraphy Association National
Client Art, di Washington, Amerika.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya artikel telah membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan
isu dan masalah dalam terapi seni. Secara ringkas dapat dijelaskan bahawa terapi tersebut amat
perlu dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Kerjasama daripada ibu bapa, masyarakat, keluarga, komuniti dan para profesional amat perlu
bagi memberi intevensi yang berkesan kepada kanak-kanak tersebut supaya perkembangan
dalaman kanak-kanak tersebut dapat dipertingkatkan.
Semua pihak perlu sedar tentang kepentingan terapi ini yang boleh memberi impak
positif terutamanya terhadap perkembangan efektif dan kognitif dalam kalangan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Dengan demikian negara akan dapat melahirkan masyarakat
berkeperluan khas yang berimiginatif, kreatif, berpengetahuan dan berdikari.
Artikel/ Jurnal Kedua
Nama Jurnal :

Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27(1)

Tajuk Artikel :

Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar


Autisme Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes

Penulis

Tan Teck Bee & Loh Sau Cheong

Tujuan / Objektif
Jurnal yang ditulis oleh Tan Teck Bee & Loh Sau Cheong adalah untuk membantu
pelajar-pelajar berkeperluan khas memaksimumkan peluang pembelajaran. Kajian ini bertujuan
untuk meninjau keberkesanan program intervensi kemahiran membaling bola serta mengenal
pasti kebolehan pelajar-pelajar autisme membaling bola tepat pada sasaran. Oleh itu program
intervensi yang dirancang harus berdasarkan kebolehan dan keperluan individu (Eaves & Pottet,
2000).

19

Latar belakang kajian :


Kajian kes ini dijalankan ke atas tiga orang pelajar autisme sekolah menengah dalam
program intervensi kemahiran membaling bola. Kemahiran membaling bola pada aras bahu
dalam kajian ini adalah berpandukan buku The Biomechanics of Sports Techniques (Hay, 1993)
dan Retarded Kids Need To Play (Hirst & Michaelis, 1983).
Setiap pelajar mempunyai Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Pengajaran kemahiran
membaling bola adalah berasaskan pencapaian subjek dalam ujian kemahiran bagi sesi latihan
sebelumnya. Setiap responden mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan memiliki tahap autisme
yang berbeza.
Kaedah Kajian / Dapatan Kajian :
Kaedah pemerhatian yang digunakan penulis sangat sesuai kerana perlakuan setiap fasa
dapat diperhatikan dengan jelas. Pembahagian pelakuan mengikut fasa dapat membantu penulis
mengesan kekuatan dan kelemahan responden. Pembahagian kemahiran kepada tiga fasa adalah
penting kerana ia dapat menyenangkan penyelidik mengesan kesalahan perlakuan subjek.
Pembahagian skor juga dapat membantu penulis mengumpulkan skor yang dikumpulkan
mengikut tahap pencapaian responden. Penulis turut menyatakan bagaimana sesuatu kemahiran
diuji. Setiap responden memulakan kemahiran dengan memanaskan badan dan seterusnya
melakukan kemahiran asas yang lain seperti memegang dan membaling bola. Langkah sebegini
adalah perlu kerana responden perlu membiasakan diri dengan perlakuan yang hendak diuji.
Akibat daripada perbezaan tahap kebolehan dasar, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
setiap subjek pada sesi latih tubi adalah berbeza antara individu. Strategi pengajaran dan
pembelajaran yang direka bentuk khas untuk setiap subjek adalah berdasarkan keperluan,
kebolehan dan pencapaian subjek dalam setiap sesi latihan.
Menurut Khairul Yusri (2007) , perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan
aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi dalam kalangan individu. ketiga-tiga
subjek belajar dengan cara yang berlainan. Berdasarkan dapatan kajian, responden belajar
melalui kaedah yang pelbagai antaranya demonstrasi dan arahan. Responden berupaya
mengubahsuai kesalahan setelah penyelidik memberi maklum balas dan memberitahu
kesalahannya. Menurut Teng (2001) bahawa maklum balas yang diberi harus spesifik, serta
20

merta dan positif. Maklum balas merupakan galakan dan dorongan untuk responden meneruskan
semangat berlatih.
Penulis turut menyatakan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk mengajar
murid-murid autisme. Pelajar-pelajar autisme dalam kategori tahap pembelajaran rendah
memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru. Apabila pelajar pelajar
autisme tidak dapat melakukan sesuatu perlakuan, guru harus menghulurkan bantuan agar
mereka boleh mencuba.
Pendidikan Jasmani Suaian yang berdasarkan prinsip-prinsip latihan dan tata cara latihan
memberi peluang kepada pelajar-pelajar autisme memperbaiki domain psikomotor, afektif dan
kognitif. Oleh itu, Rancangan Pengajaran Individu yang direka bentuk khas untuk setiap subjek
perlu sesuai dan dapat menunjukkan keberkesanan program intervensi sesuatu kemahiran.
Melalui dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar-pelajar autisme mempunyai kebolehan
untuk belajar kemahiran motor dan tahap kemahiran mereka boleh ditingkatkan.
Pelajar autisme harus diberi peluang pendidikan yang sebaik mungkin untuk
memperkembangkan potensi kendiri. Proses kemajuan mereka mungkin lebih lambat daripada
pelajar-pelajar normal, namun dengan bantuan dan latihan yang sistematik, mereka tetap boleh
mencapai potensi kendiri yang diinginkan.
Kesimpulan
Berdasarkan artikel Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas dan
Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme Sekolah Menengah,
terdapat beberapa perkara yang dapat disimpulkan.
Pertama, Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan secara terancang dan sesuai untuk
sesuatu kategori keperluan khas boleh membawa kesan yang positif kepada perkembangan
fizikal, emosi dan mental individu. Perlu bagi seseorang guru merancang Rancangan Pengajaran
Individu yang baik dan sesuai dengan murid berkeperluan khas agar objektif pembelajaran
tercapai.
Seterusnya, program intervensi dalam bentuk pendidikan jasmani suaian dapat membantu
pelajar-pelajar berkeperluan khas meningkatkan kebolehan motor. Mereka harus diberi peluang
pendidikan yang sebaik mungkin untuk memperkembangkan potensi kendiri walaupun proses
kemajuan mereka mungkin lebih lambat daripada pelajar-pelajar normal. Setelah didedahkan
21

dengan kemahiran-kemahiran tertentu, mereka mampu melakukan aktiviti fizikal yang lebih
berfokus dan dapat melatih diri memaksimakan penggunaan fizikal. Dengan bantuan dan latihan
yang sistematik, mereka tetap boleh mencapai potensi kendiri.
Malah menurut penulis, guru perlu lebih bersikap penyabar dan positif apabila berdepan
dengan kanak-kanak khas ini. Tidak kurang penting juga, mereka perlu peka mengenai perbezaan
yang terdapat pada anak didik mereka. Masalah yang dikemukan penulis seperti kekurangan
guru pendidikan jasmani yang berkelayakan dan peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas
perlu diatasi dengan segera agar pelajar berkeperluan khas juga mampu mendapat peluang
belajar dan beraktiviti seperti pelajar normal.
Pendidikan Jasmani perlu dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek
lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk
aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal. Aktiviti
jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu
golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi. Aktiviti Pendidikan Jasmani
yang bersesuaian perlu disediakan untuk melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum
bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah serta dapat
menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini.
RUMUSAN
Autisme mula dikesan oleh ahli psikiatri kanak-kanak dari Amerika , Leo Kanner pada
tahun 1934 di pusat perubatan John Hopkin. Austisme berlaku sejak awal dan kadarnya
melibatkan 5 dalam 10,000 kanak-kanak.Manakala mereka yang mengalami ciri-ciri autisme
adalah seramai 15 dalam setiap 10,000 orang. Nisbah risiko kanak-kanak lelaki kepada kanakkanak perempuan sebanyak empat kali ganda. Austisme tidak mengenal mangsa tanpa mengira
agama,bangsa,kaum dan taraf sosial serta ekonomi.
Sehingga kini punca sebenar masih lagi tidak diketahui secara khusus dan jelas. Kajiankajian yang terkini tentang punca-punca autisme lebih menjurus kepada masalah genetik,
kefungsian otak dan faktor-faktor imunilogikal. Perkembangan kanak-kanak autism boleh dilihat
dalam pelbagai aspek seperti kognitif, bahasa, komunikasi, sosial dan emosi.
Terdapat pelbagai rawatan autisme. Penyelidikan menunjukkan terdapat pelbagai terapi
yang dapat membantu kanak- kanak autisme. Ubat ubatan tidak dapat menyembuhkan tetapi
22

hanya dapat meredakan sindrom. Walaupun autisme tidak dapat disembuhkan tetapi dengan
terapi kanak- kanak dapat dibantu.
Oleh itu, kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini seharusnya tidak
dilemparkan dengan pelbagai pandangan atau tanggapan yang negatif malah mereka harus
diberikan perhatian. Ibu bapa juga perlu berhati-hati dalam menilai anak-anak mereka
supaya andaian yang dilakukan tidak tersalah. Sekiranya ibu bapa mengalami keraguan
dalam menentukan sama ada anak-anak mereka dikategorikan dalam masalah
pembelajaran, ibu bapa perlu merujuk doktor atau pakar kanak-kanak untuk melakukan
penilaian yang selanjutnya.

23

RUJUKAN
Betts, D. J. (2001). Cover story: Weekend outings provide creative outlet: Individual expresses
himself through art therapy. The Advocate: Magazine of the Autism Society of America, 34(3),
20-21.
Judarwanto, D. W. (n.d.). Pencegahan Autis Pada Anak. Phycology , 1-11.
Jamila K.A. Mohamed (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.
Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Jack scott.(2000) students Whit Autism: Characteristics and Instruction
Progamming. Thomson adsworth.
Martin Hanbury. (2005) Educating Pupils Whit Austism Spectrum Disorders.
London:Paul Chapman Publishing.
Prithvi Perepa. (2013) Understanding Autism in the Early Years. England: Mc Graw
Hill Education.
Suppiah Nachisppan et.all. (2012) Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar.

Tan, Teck Bee dan Loh, Sau Cheong. Program intervensi kemahiran membaling bola terhadap
pelajar autisme sekolah menengah: satu kajian kes, Jurnal Pendidikan (Volume 27, No. 1, 2007,
Pages 217 to 232)

24

You might also like