You are on page 1of 11

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR (BPKP)


JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

SOALAN 1:
Apakah peranan utama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
(BPKP) dalam pembangunan pendidikan?
JAWAPAN 1:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan
UPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan ke
Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan
STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), IPTA/ Kolej
Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

SOALAN 2:
Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP dalam pengurusan
pengambilan pelajar ke Universiti Awam?
JAWAPAN 2:
Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam (UA),
IPTA/ Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
adalah

selaras

dengan

dasar

kerajaan

bagi

merealisasikan

Bidang

Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan


ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi

kepada rakyat melalui prinsip

meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10%


markah kokurikulum. Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira
agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.

SOALAN 3:
KPT telah mengambil pendekatan dan inisiatif dalam menyebar luas
maklumat kemasukan ke UA melalui penganjuran Karnival Pendidikan
Tinggi

Negara

(KPTN),

Jom

Masuk

IPT

pada

setiap

tahun.

Bagaimanakah program ini dapat membantu pelajar dalam mencapai


cita-cita yang akhirnya mencorakkan negara dengan pembangunan
modal insan yang seimbang?
JAWAPAN 3:
Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) adalah sebagai platform untuk
persiapan kemasukan pelajar ke UA dalam menyediakan sistem permohonan
aplikasi dalam talian (20 kiosk permohonan disediakan kepada pemohon di
tapak

karnival),

khidmat

runding

cara

bersama

pegawai

daripada

Kementerian, UA, IPTA dan ILKA serta edaran bahan bercetak mengenai
institusi, program pengajian, sistem dan prosedur permohonan. Selain
daripada itu, KPT melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan
Pendidikan Tinggi (BPKP,JPT) juga telah mengambil pendekatan proaktif
dengan

memperkenalkan

akses

komunikasi

secara

maya

bersama

masyarakat di facebook rasmi di Kemasukan BPKP JPT FB rasmi UPU di


laman sosial Facebook. KPM juga melaksanakan taklimat dan seminar di
sekolah kepada pelajar dan kaunselor. UA/ IPTA juga turut bersama turun
padang menjalankan promosi bersama-sama Kementerian.

SOALAN 4:
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan
kemasukan ke Universiti Awam/ IPTA?
JAWAPAN 4:
Permohonan kemasukan ke IPTA boleh dicapai melalui Aplikasi Dalam Talian
sepenuhnya melalui laman web http://upu.mohe.gov.my dan permohonan
dibuka pada 19 Januari hingga 6 April 2015.

SOALAN 5:
Setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID untuk mengemukakan
permohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID
tersebut?
JAWAPAN 5:
Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke UA/ IPTA/ KK/ ILKA melalui
Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN),
di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking (bagi
pemegang akaun GIRO sahaja) sehari selepas iklan permohonan disiarkan.
Kategori pembelian nombor unik ID adalah seperti berikut :
Kategori A (RM15.60): Lepasan SPM/ Lepasan SKM/ILKA ,
Kategori B (RM15.60): Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Diploma/Setaraf,
Lepasan STAM, Asasi dan Matrikulasi

SOALAN 6:
Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, pemohon telah
membuat kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan
tersebut masih diproses oleh pihak BPKP?
JAWAPAN 6:
Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan
kepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian hotline 03-8870
6767/6777/6766/6755 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan
menyukarkan proses permohonan.

SOALAN 7:
Adakah

pemohon

perlu

sertakan

salinan

sijil

sebagai

bukti

mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?


JAWAPAN 7:
Pemohon tidak perlu sertakan salinan sijil tersebut kerana maklumat
Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali bagi pemohon lepasan

Diploma/Setaraf dan Lepasan SPM bagi kategori C masih perlu kemukakan


dokumen sebagai bukti.

SOALAN 8:
Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan
ke UA/ IPTA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?

JAWAPAN 8:
Calon Bukan Warganegara tidak layak memohon kemasukan ke UA/ IPTA
bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka
kepada Warganegara Malaysia sahaja. Bagi program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf pula, permohonan adalah tebuka kepada Bukan Warganegara
Malaysia. Calon perlu memohon terus kepada UA/ IPTA pilihan masingmasing melalui Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan
borang

khas

yang

disediakan

oleh

UA/

IPTA

berkenaan.

Walau

bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh memohon melalui


Aplikasi Dalam Talian di http://upu.mohe.gov.my

SOALAN 9:
Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil
kelahiran atau sijil kelahiran telah hilang?
JAWAPAN 9:
Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.

SOALAN 10:
Adakah

pemohon

diberi

peluang

untuk

membuat

kemaskini

permohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?

JAWAPAN 10:
Ya, pemohon masih boleh membuat kemaskini kerana tiada sebarang had
dalam pengemaskinian permohonan tetapi kemaskini tesebut hanya boleh
dilakukan semasa tempoh permohonan masih dibuka iaitu dari 19 Januari
hingga 6 April 2015.

SOALAN 11:
Adakah pemohon perlu menghantar salinan borang permohonan
bersama dokumen sokongan ke UA/ IPTA pilihan?
JAWAPAN 11:
Hanya bagi Kategori

Diploma/Setaraf

(Program

Pengajian

Lepasan

STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C bagi Program Pengajian


Lepasan SPM/Setaraf sahaja yang perlu menghantar salinan dan dokumen
tersebut. Pemohon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar
bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah
disahkan ke UA/ IPTA pilihan kecuali UiTM.

SOALAN 12:
Setiap pemohon perlu memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program
Pengajian sebelum mengemukakan permohonan. Di manakah semakan
tersebut boleh dilakukan oleh pemohon?
JAWAPAN 12:
Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di epanduan

kemasukan

di

http://upu.mohe.gov.my

dan

pemohon

perlu

memastikan mereka memohon program pengajian yang mengikut aliran


masing-masing semasa menduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar
aliran sains perlu memohon program pengajian aliran sains.

SOALAN 13:
Adakah pemohon layak mengemukakan permohonan ke UA/ IPTA
melalui aplikasi dalam talian walaupun bukan pelajar SPM tahun semasa
(tahun 2014)?
JAWAPAN 13:
Ya, pemohon masih layak memohon. Kategori permohonan adalah seperti
berikut:

Kategori A: Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2014


sahaja.

Kategori B: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012


atau 2013.

Kategori C: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011


atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

Kategori D: Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2011


dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan
SPM 2013 atau, SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014.

SOALAN 14:
BPKP, JPT adalah Pusat Pengambilan Setempat ke IPTA (politeknik)
selain kemasukan ke Universiti Awam (UA). Apakah syarat kemasukan
ke IPTA tersebut?
JAWAPAN 14:
Syarat kemasukan ke IPTA bergantung kepada kursus dan peringkat
pengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah warganegara Malaysia dan
lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma, pemohon mestilah mendapat
sekurang-kurangnya
lima
kepujian
termasuk
matapelajaran
matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil, pemohon perlu
mendapat kepujian sama ada matematik/matematik tambahan atau
matapelajaran sains/teknikal/vokasional/sastera.Maklumat secara terperinci
berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi di www.politeknik.edu.my

SOALAN 15:
Bagaimanakah

pemohon

boleh

mendapatkan

status

keputusan

permohonan kemasukan ke UA/ IPTA bagi program Pengajian Lepasan


STPM/Setaraf atau program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
JAWAPAN 15:
Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan ke UA/ IPTA
melalui 3 kaedah berikut :
i.

Internet :
http://upu.mohe.gov.my
http://jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my

ii. SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888


iii. Telefon :
Helpline

03-8870 6777

Talian Am

03-8870 6755 / 6766

Hotline UPU

03-8870 6767

SOALAN 16 :
Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke UA/ IPTA,
keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonan tiada dalam sistem.
Mengapakah perkara ini berlaku?

JAWAPAN 16:
Perkara ini berlaku kerana pemohon tidak mengemukakan permohonan dan
setiap permohonan perlu Klik Sah & Hantar. Oleh yang demikian, setiap
pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.

SOALAN 17:
Mengapakah pemohon ditawarkan ke program bukan dalam pilihan
semasa mengemukakan permohonan?
JAWAPAN 17:
Pemohon telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerima
tawaran luar pilihan (program pengajian).

SOALAN 18:
Adakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi akan ditawarkan kursus
luar pilihan sekiranya pemohon menyatakan tidak di ruangan
penyataan khas untuk menerima tawaran luar pilihan?
JAWAPAN 18:
Pemohon tidak akan ditawarkan kursus luar pilihan jika menyatakan Tidak.
Pemohon perlu membuat rayuan semasa permohonan e-rayuan melalui
laman web http://upu.mohe.gov.my .

SOALAN 19:
Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian
yang sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program
pengajian tersebut?

JAWAPAN 19:
Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongan
tempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga
dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam programprogram kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah
sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik,
Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang lain.

SOALAN 20:
Mengapakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi tetapi masih gagal
mendapat tawaran tempat di UA/ IPTA, dan sekiranya pemohon menolak
tawaran ke UA/ IPTA, adakah pemohon boleh membuat e-rayuan?
JAWAPAN 20:
Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan
merit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit
pemohon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif,
berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program
pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika pemohon hanya memohon
di Universiti Awam yang popular, pemohon akan menghadapi persaingan
yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA
berkenaan.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat prihatin dengan pemohon yang
memperoleh merit tinggi tetapi tidak mendapat tawaran di mana-mana UA.
Pemohon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga (3) bidang
pilihan pemohon semasa mengemukakan permohonan. Tawaran tersebut
tertakluk kepada kekosongan tempat di UA dan penyataan setuju terima
untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka. Pemohon
yang tidak berjaya ditawarkan ke mana-mana UA boleh mengemukakan
rayuan. Antara beberapa sebab mengapa pemohon tidak ditawarkan ke
mana-mana UA adalah kerana:
1. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT
2. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian
3. Permohonan tidak lengkap
4. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan
permohonan
5. Memohon program luar bidang aliran
6. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan
7. Pemohon sedang belajar
8. Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan
(bagi kategori STPM/Setaraf)

SOALAN 21:
Saya mendapat tawaran melalui BPKP, JPT tetapi tidak berminat
dengan kursus yang ditawarkan. Bolehkah saya memohon untuk
menukar kursus lain?
JAWAPAN 21:
Tawaran adalah muktamad. Permohon yang telah berjaya mendapat tawaran
ke UA melalui BPKP tidak dibenarkan untuk memohon sebarang penukaran
kursus yang lain. Keputusan adalah muktamad.

SOALAN 22:
Pemohon telah mendapat tawaran ke UM atau USM dan gagal mendapat
tempat melalui permohonan BPKP, JPT. Adakah pemohon boleh
membuat rayuan melalui BPKP, JPT?
JAWAPAN 22:
Ya, boleh sekiranya pemohon telah membuat permohonan melalui BPKP
pada permohonan kali pertama.

SOALAN 23:
Pemohon telah mendapat tawaran ke USM dan tawaran melalui BPKP.
Adakah pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP?
JAWAPAN 23:
Ya. Pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP dan menerima tawaran
ke USM tanpa dikenakan sebarang tindakan.

SOALAN 24:
Saya telah mendapat 3 tawaran ke UA. Apakah implikasi sekiranya saya
menolak dua daripada tawaran tersebut?
JAWAPAN 24:
Pemohon hanya dibenarkan membuat satu pilihan program pengajian sahaja
dan tiada sebarang implikasi terhadap pilihan yang telah dibuat.

SOALAN 25:
Mengapakah

pemohon

yang

mendapat

keputusan

PNGK

yang

tinggi/cemerlang tidak mendapat banyak tawaran terutama dalam


bidang perubatan/pergigian/farmasi?
SOALAN 25:
Pemohon yang memohon bagi bidang perubatan/pergigian/farmasi hanya
akan ditawarkan satu pilihan (perubatan/pergigian/farmasi) sahaja. BPKP,
JPT akan membuat penyelarasan bagi ketiga-tiga program kompetitif ini.

Kemaskini
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
(BPKP)
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
14 Ogos 2015

You might also like