You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MEGA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BIL 1 / TAHUN 2014
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi

: 3 Januari 2014
: 12.13 tengah hari
: Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Seri Mega
: Pn. Roshila

Kehadiran:
1. Roshila Bt. Mohd Rashid
2. Nadziran Bin Eziz
3. Noraini Bt. Omar

-Ketua Panitia
-Setiausaha

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pn. Roshila Bt. Mohd Rashid merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kehadiran semua
ahli mesyuarat.
1.2. Pn. Roshila Bt. Mohd Rashid mengalu-alukan kedatangan guru baharu Pn. Noraini dalam
Panitia Sivik.
Tindakan : Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1. Pn. Noraini Bt. Omar mencadangkan minit mesyuarat lepas disahkan dan disokong oleh En.
Nadziran B. Eziz.
Tindakan : Makluman
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1. Papan Kenyataan Panitia Pendidikan Sivik perlu disiapkan dan mempamerkan maklumat
Pendidikan Sivik.
Tindakan : Makluman
4. AGENDA PERBINCANGAN
4.1. Pelan Taktikal
4.1.1.Penyediaan pelan taktikal akan dibincangkan dengan Panitia Sejarah.
Tindakan : Makluman
4.2. Fail Panitia
4.2.1.Borang Butir Diri bagi guru baru dan Jadual Peribadi bagi jadual waktu yang baru
dihantar pada Setiausaha sebelum akhir Januari 2014.
Tindakan : Setiausaha Panitia Matematik
4.3. Penyediaan Kertas Soalan
4.3.1.Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) hendaklah disediakan iaitu 50% soalan mudah, 30%
soalan sederhana dan 20% soalan susah. Kertas soalan hendaklah ditulis
menggunakan format tulisan Arial dan Times New Roman saiz 12.
Tindakan : Makluman
4.3.2.Jadual penyediaan soalan adalah seperti berikut:
Tahu
n
5
6

PKSR 1

PKSR 2

Pn. Noraini Bt. Omar


En. Nadziran B. Eziz

Pn. Roshila Bt. Mohd Rashid


En. Nadziran B. Eziz

Tindakan : Makluman
4.3.3.Guru-guru hendaklah menyediakan soalan dan menghantar soalan untuk diriso mengikut
tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran sekolah dalam takwim iaitu 2 minggu
sebelum peperiksaan dijalankan.
Tindakan : Makluman
Halaman | 1

4.4. Aktiviti Tahunan


4.4.1.Panitia Sivik akan bergabung dengan Panitia Sejarah untuk melaksanakan aktiviti
tahunan.
Tindakan : Makluman
5. HAL-HAL LAIN
5.1. Guru-guru boleh dapatkan Bahan Bantu Belajar (BBB) di Bilik Media PSS.
Tindakan : Makluman
5.2. Mesyuarat bersetuju untuk membuat projek Pendidikan Sivik untuk PKSR 2 sahaja. Projek
meliputi 30 markah manakala soalan merangkumi 70 markah menjadikan jumlah keseluruhan
100 markah. Tahun 6 akan menghasilkan buku skrap dan Tahun 5 akan membuat Sudut Sivik.
Tindakan : Makluman
6. PENUTUP
6.1. Pn. Roshila Bt. Mohd Rashid berharap agar semua guru dapat bekerjasama dengan baik dan
saling membantu dalam meningkatkan prestasi matematik sekolah.
6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.34 tengah hari.

Disediakan Oleh,

Nadziran B. Eziz
Setiausaha Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Sekolah Kebangsaan Seri Mega
8 Januari 2014

Halaman | 2

You might also like