You are on page 1of 1

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM

Kursus Kepimpinan Kokurikulum telah diadakan pada 18-20 Julai 2008,bertempat di Raudhah Camp,
Pulau Pangkor.Seramai 8 orang murid dan 6 orang guru telah mengikuti kursus ini. Matlamat aktiviti
ini diadakan adalah untuk memupuk semangat jati diri murid dan melahirkan ciri-ciri kepimpinan pada
diri murid khas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan iaitu, Ice Breaking, Repealling, Camp fire, Jungle
Trekking serta aktiviti riadah.
PROGRAM PERKHEMAHAN
Telah diadakan pada 17 & 18 Oktober 2008. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk
mendedahkan murid-murid dengan suasana perkhemahan dan memupuk keyakinan diri yang tinggi
dikalangan murid.
LAWATAN KE MUZIUM PERAK
Diadakan pada 24 April 2008. Seramai 31 orang murid tahap 1,2 dan prasekolah telah mengikuti
lawatan ini. Matlamat program ini adalah mendedahkan murid kepada warisan budaya masyarakat
melayu serta keunikan dan kekayan khazanah negara Malaysia. Semasa di Muzium Perak, murid
telah mengikuti aktiviti yang dirancang dimana murid tahap 1 dan prasekolah diberi aktiviti mewarna
manakala murid tahap 2 dibahagikan kepada dua kumpulan dan menjalankan aktiviti explorace.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO TAIPING
Diadakan pada 13 Februari 2008. Seramai 31 orang murid telah mengikuti lawatan sambil belajar ke
Zoo Taiping.Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk membina sikap positif , bertanggungjawab
serta memupuk semangat cintakan flora dan fauna.Disamping itu juga, murid dapat mendekati dan
memahami habitat pelbagai haiwan dengan lebih dekat.
SUKAN TAHUNAN
Sukan tahunan SKPK Taiping telah diadakan pada 22 Mac 2008, bertempat di Padang S.K. King
Edward VII(2). Objektif Sukan Tahunan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan kebolehan
murid dalam sesuatu acara sukan. Diantara acara yang dipertandingkan ialah Lari 100 m tahap 2,
4x100m tahap 2, Terdapat juga acara sukaneka untuk murid prasekolah dan ibubapa.
PROGRAM GEMPUR KOKURIKULUM (BULAN PERSATUAN DAN PERMAINAN)
Dijalankan sepanjang bulan Julai, dimana objektif program adalah untuk melahirkan murid yang
berpengetahuan dan berkemahiran dalam aktiviti kokurikulum.Program ini diadakan dalam bentuk
pertandingan permainan bagi Bola Jaring, olahraga dan badminton. Manakala Persatuan Bahasa
Melayu dan Sains &Matematik menyediakan projek membuat buku skrap ataupun folio yang
berkaitan dengan persatuan.
MENJEJAK TULIP DI BUKIT LARUT
Menjejak Tulip telah dijalankan pada 13 Ogos 2008 di Bukit Larut.Seramai 8 orang murid tahap 2 dan
6 orang guru telah mengikuti program ini. Objektif program ini adalah untuk memberi pengalaman
kepada murid serta menghayati keindahan alam sekitar.

You might also like