You are on page 1of 13

GMGM 3033

Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

ISI KANDUNGAN

MS

PENGENALAN

PERBINCANGAN

KRITIK

KESIMPULAN

11

RUJUKAN

12

LAMPIRAN (JURNAL)

13

125223

GMGM 3033
Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

UNSUR-UNSUR YANG TELAH MENYEBABKAN KERAJAAN BRITISH


MENGEMUKAKAN KESATUAN TANAH MELAYU
Pengenalan
Saya memilih jurnal ini kerana ianya berkaitan dengan proses perundingan dan tawar-menawar
di mana pihak British telah berunding dengan Raja-raja dan Pemimpin Melayu melalui
perbincangan yang sangat minima untuk menubuhkan Malayan Union. Namun segala cadangan
dan tawaran untuk menubuhkan Malayan Union telah mendapat tentangan hebat daripada
penduduk Tanah Melayu. Jurnal ini merupakan sebuah jurnal yang membincangkan tentang
usaha yang dilakukan oleh British selepas Perang Dunia Kedua, selepas kejatuhan Jepun untuk
kembali bertapak di Tanah Melayu, iaitu dengan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau
Malayan Union. Dalam penulisan ini, penulis jurnal telah mengemukakan pendapat beliau
tentang masalah yang dihadapi British dalam menubuhkan Malayan Union, sebab-sebab serta
tujuan Malayan Union ditubuhkan berdasarkan keadaan politik, ekonomi dan sosial masyarakat
di Tanah Melayu pada ketika itu. Selain itu, penulis jurnal juga turut menggunakan Teori James
de V. Allen dalam mengemukakan sebab-sebab penubuhan Malayan Union. Dari pendapat saya,
jurnal ini adalah suatu jurnal yang menarik kerana ia telah memberi ruang kepada penulis jurnal
yang juga merupakan pelajar tahun dua, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mengemukakan
pendapat beliau berkaitan topik yang dibincangkan. Di samping itu, jurnal ini dapat membuka
minda pembaca tentang senario yang berlaku pada masa Malayan Union ditubuhkan. Para
pembaca juga dapat mengetahui tujuan penubuhan dan sebab-sebab penubuhannya dari kacamata
penulis jurnal. Penulis jurnal mempunyai pendapat dan idea yang hebat dan kritikal, namun
begitu, cara pengolahan isi serta penyusunannya perlu diperbaiki supaya apa yang ingin
disampaikan adalah lebih jelas dan difahami pembaca. Penulis jurnal boleh menulis dengan

125223

GMGM 3033
Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

menggunakan sub-sub topik atau tajuk-tajuk kecil bagi memisahkan satu isi dengan isi yang lain.
Selain itu, penulis jurnal juga boleh menggunakan lebih banyak rujukan yang sesuai bagi
menyokong pendapat beliau.
Perbincangan
Jurnal ini membincangkan tentang bentuk pemerintahan British selepas Perang Dunia Pertama di
Tanah Melayu. Selepas mengamati senario ekonomi, politik dan sosial penduduk Tanah Melayu,
British mengambil keputusan untuk merubah corak pemerintahan mereka supaya rakyat lebih
bersatu padu dan menumpukan taat setia kepada pemerintahan British. Dengan itu, mereka
menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union. Menurut penulis jurnal, idea bagi
menggabungkan negeri-negeri di Tanah Melayu kepada satu pentadbiran telah difikirkan oleh
British sejak Jepun menduduki Tanah Melayu lagi. Pada pendapat British, jika negeri-negeri
yang berasingan ini ditadbir oleh satu pentadbiran, tentulah ini akan lebih memberi kekuatan dan
kelebihan kepada pihak British bagi menghadapi ancaman luar pada masa akan datang.
Tambahan pula keadaan yang semakin kompleks dan moden amat menghendaki pentadbiran
yang cekap dan terancang. Tanah Melayu pada masa itu adalah menjadi pengeluar bijih timah
utama dunia serta getah. Pentadbiran yang terpisah hanya akan meningkatkan kos perbelanjaan
pengeluaran sumber-sumber tersebut. Tambahan pula Tanah Melayu memerlukan peruntukan
yang tinggi bagi kos baik pulih selepas perang Dunia Kedua. Oleh yang demikian pada pendapat
penulis jurnal, adalah amat perlu bagi British untuk menyatukan negeri-negeri Melayu yang
terpisah di bawah satu pentadbiran bagi kestabilan politik dan ekonominya. Namun begitu, pihak
British telah mengabaikan kebajikan rakyat dan perasaan penduduk di Tanah Melayu. Seterusnya
penulis jurnal membincangkan tentang sebab kerajaan Bitish berhasrat menubuhkan Malayan
Union. Penulis jurnal berpendapat, terdapat tiga sebab mengapa Malayan Union ditubuhkan.

125223

GMGM 3033
Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

Pertama, adalah kerana British masih lagi ingin menikmati hasil bumi Tanah Melayu yang
penting iaitu bijih timah yang mana menjadi sumber pendapatan utama British pada masa itu.
Walau bagaimanapun British tetap memenuhi polisinya terhadap setiap tanah jajahan dibawah
penguasaannya iaitu dengan memberikan kemerdekaan. Strategi British ialah dengan tidak
memasukkan Singapura di dalam Malayan Union dengan tujuan menjadikannya sebagai sebuah
tanah jajahan British bagi menjaga kepentingan British di Asia Tenggara terutamanya Tanah
Melayu yang akan menjadi Malayan Union setelah merdeka. Sebab kedua pula ialah kerana
British telah menganggap raja-raja Melayu telah bersubahat dengan Jepun sehingga Jepun dapat
bertapak di Tanah Melayu dan mengalahkan British. British juga telah membentuk Malayan
Union dengan mengambilkira kebajikan orang Cina yang telah tertindas semasa pendudukan
Jepun. Penulis jurnal menganggap Malayan Union adalah sebagai satu denda yang dikenakan
oleh British kepada orang Melayu. Sebab ketiga pula, British membentuk Malayan Union adalah
kerana idea Indonesia Raya yang dibawa oleh Dr. Burhanuddin. Atas ketiga-tiga sebab yang
dinyatakan penulis jurnal, British secara tergesa-gesa telah menubuhkan Malayan Union tanpa
berbincang dengan raja-raja dan pemimpin Melayu atau dengan perbincangan yang sangat
minima. Penulis jurnal turut menyangkal dakwaan Mac Michael bahawa Raja-Raja Melayu telah
diberi masa yang cukup untuk membincangkan tentang penubuhan Malayan Union. Seterusnya
penulis jurnal membincangkan tentang tujuan utama penubuhan Malayan Union. Penulis jurnal
telah membahagikan hasrat British untuk menubuhkan Malayan Union kepada tiga iaitu tujuan
utama, tujuan jangka pendek dan tujuan jangka panjang. Penulis jurnal berpendapat tujuan utama
penubuhan Malayan Union adalah bagi mengintegrasikan masyarakat Cina dan India kepada satu
ketatanegaraan iaitu perasaan Kemalayaan. Ini penting dalam menghilangkan perasaan taat setia
mereka kepada negara asal mereka. Oleh itu, British telah memperkenalkan konsep

125223

GMGM 3033
Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

kewarganegaraan Jus Soli kepada mereka. Namun begitu, tawaran kewarganegaraan serta
keistimewaan lain yang ingin diberikan oleh British kepada kaum pendatang ini ditentang
dengan hebat oleh pribumi Malaya. Tujuan jangka pendek penubuhan Malayan Union pula ialah
untuk memansuhkan segala struktur pentadbiran sebelum Perang Dunia Kedua. Dengan
penyatuan semua negeri di bawah Malayan Union, kuasa Raja-Raja dilucutkan dan diganti
dengan kuasa tunggal British sementara Singapura menjadi satu negeri tambahan yang berlainan.
Ini menjadikan orang Melayu amat kecewa kerana hak mereka sebagai bumiputera telah terhapus
dan kedudukan mereka adalah sama dengan kaum lain. Tujuan jangka masa panjang penubuhan
Malayan Union pula adalah menyediakan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan dalam
lingkuan British. Menurut penulis jurnal dengan adanya Malayan Union, Tanah Melayu akan
diletakkan lebih mundur setapak untuk mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu menurut beliau
tidak lagi menjadi negeri naungan British malahan menjadi sebuah koloni.
Dalam membincangkan tentang sebab penubuhan Malayan Union, penulis jurnal telah menggunakan teori
James de V. Allen. Menurut penulis jurnal, terdapat empat teori yang dinyatakan oleh James de
V. Allen bagi sebab-sebab penubuhan Malayan Union. Teori pertama ialah theory conspirasi.
Dalam teori ini, penulis menyatakan bahawa Malayan Union sengaja dibentuk bagi meniup
semangat kebangsaan orang Melayu supaya menjadi pengimbang kepada ancaman komunis.
Oleh itu, Parti Kebangsaan Melayu bersatu atau UMNO dilihat sebagai satu-satunya parti
Melayu yang dapat memainkan peranan tersebut. Penulis memberi contoh parti UMNO
walaupun menjadi parti lawan kepada British pada masa itu, tidak disekat atau diancam
aktivitinya serta tidak pula dibubarkan. Teori kedua dipanggil teori strategi, ini kerana segala
keputusan yang diambil oleh British selepas tahun 1945 lebih banyak kepada strategi ketenteraan
daripada politik. Penulis memberi contoh Singapura yang diasingkan daripada Malayan Union

125223

GMGM 3033
Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

untuk kepentingan British bagi jangka masa panjang. Teori ketiga pula dinamakan Big Business
Theory. Ini adalah kerana Tanah Melayu adalah pengeluar utama bijih timah dan getah.
Kebanyakan daripada peniaga dan pedagang-pedagang tidak berpuas hati dengan keadaan
pemerintahan British sebelum tahun 1941. Mereka mahukan pemerintah Malaya terdiri daripada
orang Eropah. Dengan ini perniagaan mereka lebih terjamin. Teori yang keempat dan terakhir
daripada James de V. Allen ini alah teori sahsiah atau personality theory. Menurut penulis, sebab
Malayan Union ditubuhkan adalah kerana perselisihan faham antara Gent dan Mac Donald.
Walau bagaimanapun menurut penulis jurnal, teori ini mengelirukan dan sukar difahami. Di
akhir penulisannya penulis menyimpulkan, walaupun pelbagai tawaran menarik dicadangkan
oleh British bagi menarik perhatian kaum imigran untuk bertaat setia di Tanah Melayu,
contohnya memberi tawaran kewarganegaraan, tetapi ianya tidak begitu menarik kaum imigran
ini. Contohnya masyarakat Cina tidak berapa menghiraukan tawaran ini, malah mereka sibuk
dengan isu perpisahan dalam kepimpinan dan hal-hal yang berlaku di negara Cina. Penulis jurnal
berpendapat tujuan British menubuhkan Malayan Union adalah kerana hasrat mereka untuk
menguasai kembali politik dan ekonomi Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Kesan
daripada penubuhan Malayan Union adalah amat buruk sekali kepada orang Melayu. Beliau
memberi empat kesan penubuhan Malayan Union kepada Tanah Melayu iaitu, Tanah Melayu akan
diturunkan ke taraf koloni, Raja-raja akan berada di bawah kekuasaan Gabenor General,
Undang-Undang akan ditandatangani dan disahkan oleh Gabenor General, bukan oleh Sultan dan
orang Melayu akan hilang hak keistimewaan mereka. Penulis jurnal mengakhiri kesimpulan beliau dengan
menyifatkan rancangan Kesatuan Tanah melayu atau Malayan Union sebagai a blessing in
disguise.

125223

GMGM 3033
Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

Kritik
Jurnal ini sangat menarik dan dapat memberi input tambahan kepada pembaca, sama ada
penggemar sejarah mahupun pelajar dalam bidang ini dalam topik Malayan Union. Walau
bagaimanapun,

beberapa

aspek

penulisan

masih

boleh

diperbaiki

supaya

pembaca

dapat memahami isu yang diketengahkan. Menurut penulis jurnal, idea bagi menggabungkan
negeri-negeri di Tanah Melayu kepada satu pentadbiran telah difikirkan oleh British sejak Jepun
menduduki Tanah Melayu lagi. Saya bersetuju dengan pendapat ini kerana seawal tahun 1942,
kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom untuk
menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua tamat.
Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan Diketuai oleh
Mejar-General Ralph Hone. (Andaya Barbara W. dan Andaya Leonard Y.:1982)
Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas
perang tamat. Akhirnya selepas semua perbincangan berlaku maka cadangan untuk
mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka menjadi Malayan Union diusulkan. Walau bagaimanapun,
saya kurang bersetuju dengan tulisan penulis jurnal tentang pengecualian Singapura dari
Malayan Union. Di dalam penulisannya, penulis jurnal berulang kali menyebut bahawa
Singapura tidak dimasukkan ke dalam penubuhan Malayan Union kerana British ingin
menjadikan Singapura sebagai tanah jajahannya bagi mengawasi kepentingan British di rantau
ini. Pada pendapat saya, penulis jurnal wajar menerangkan dengan lebih lanjut mengapa British
mengecualikan Singapura daripada Malayan Union. Sebenarnya ada beberapa sebab lain selain
yang disebut oleh penulis jurnal mengapa British tidak memasukkan Singapura ke dalam
Malayan Union. Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai satu tanah jajahan

125223

GMGM 3033
Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

yang berasingan di antaranya adalah disebabkan kebimbangan pihak British bahawa penentangan
orang Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan mereka
menubuhkan Malayan Union. Terdapat kesangsian tradisional dalam kalangan peniaga-peniaga
di Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka.
Selain itu, pihak British juga bimbang bahawa dasar kewarganegaraan liberal yang akan
dilaksanakan British akan mengakibatkan kegusaran pemimpin-pemimpin Melayu. Ini kerana
bilangan orang Cina Singapura adalah besar dan dikhuatiri perkara ini tidak dipersetujui mereka.
Kerajaan British juga mahu menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk
operasi strateginya di Timur Jauh. Namun begitu dari pembacaan saya, tujuan utama British
mengecualikan penyertaan Singapura ke dalam Malayan Union adalah disebabkan oleh
kepentingan ekonominya di Singapura, kedudukan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan
pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk
mengekalkan Singapura sebagai kononnya Tanah Jajahan London.
Berbincang tentang sebab-sebab penubuhan Malayan Union, penulis jurnal telah menyatakan di
antara sebab-sebab tersebut adalah kerana British ingin menyediakan Tanah Melayu kearah
kemerdekaan. Penulis jurnal telah menyebut tentang polisi kerajaan Inggeris terhadap tanah
jajahannya dan British telah mengubah dasar polisi tanah jajahannya. Kemudian, penulis jurnal
turut menyebut idea tentang kemerdekaan yang mesti diberikan oleh British kepada Tanah
Melayu. Namun begitu, pernyataan ini tidak diikuti dengan huraian atau nota kaki yang dapat
memahamkan pembaca perkaitan antara penubuhan Malayan Union dengan memberi
kemerdekaan. Dari pembacaan saya, kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu
daripada sebab utama pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk
menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana

125223

GMGM 3033
Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

pihak British telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang
mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah
negara sendiri dalam erti kata lain 'Merdeka'. Oleh yang demikian, pihak Britain terikat untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu
ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu
daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai
satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara
berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa
pemerintah Tanah Melayu ketika itu iaitu sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui
pembentukan Malayan Union.
Saya kurang bersetuju dengan kenyataan penulis jurnal ini kerana sebenarnya bukanlah British
secara keseluruhannya menuduh Raja-Raja Melayu bersubahat dengan Jepun tetapi tuduhan
tersebut dibuat oleh seorang wakil British, iaitu Mac Michael, sebagai menjayakan usahanya
untuk mendapat persetujuan dari Raja-Raja Melayu berkenaan penubuhan Malayan Union. Bagi
mendapatkan tandatangan daripada raja-raja Melayu, Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold
Mac Michael. Sir Harold Mac Micheal bukanlah seorang yang arif tentang Tanah Melayu, beliau
tidak pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Tetapi kerajaan British yang kerap menerima
maklumat salah mengenai Tanah Melayu dan orang Melayu percaya bahawa Sir Mac Micheal
pernah berkenalan baik dengan beberapa putera-putera dari Tanah Melayu. Pemerintahan Tentera
British (BMA) merasakan inilah masa yang paling sesuai bagi Mac Michael untuk mendapatkan
tandatangan daripada Raja-raja Melayu kerana keadaan ketenteraan amat sesuai dijadikan asas
ugutan untuk mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Beliau hanya mengambil masa

125223

GMGM 3033
Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

selama 22 hari untuk mendapatkan tandatangan daripada kesemua pemerintah Tanah Melayu
hasil daripada ugutan yang amat bersesuaian dengan keadaan pada masa itu.
Pada 3 September 1945 , ketika pihak British sedang menjalani pendudukan semula di Tanah
Melayu, Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang barudan
bersetuju dengan misi Mac Michael. Oleh itu, kenyataan penulis jurnal bahawa penubuhan
Malayan Union adalah atas kebimbangan British bahawa Raja-Raja Melayu bersubahat dengan
Jepun, lantas tergesa-gesa menubuhkan Malayan Union adalah tidak tepat bagi pendapat saya.
Dalam membincangkan tentang tujuan penubuhan Malayan Union, penulis jurnal telah membahagikan
hasrat British untuk menubuhkan Malayan Union kepada tiga iaitu tujuan utama, tujuan jangka
pendek dan tujuan jangka panjang. Tujuan utama ialah mengintegrasikan masyarakat Cina dan India
kepada satu ketatanegaraan, tujuan jangka pendek ialah memansuhkan segala struktur
pentadbiran Malaya sebelum Perang Dunia Kedua dan tujuan jangka panjang pula adalah
menyediakan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan dalam lingkungan British. Saya bersetuju
dengan pendapat penulis jurnal. Sedikit penambahan di sini ialah tujuan penubuhan Malayan Union
boleh dibahagikan kepada lima iaitu pertama, menyatupadukan Tanah Melayu. Kedua,
membentuk satu sistem pendidikan yang seragam. Ketiga, memudahkan pihak British untuk
mengawasi keselamatan dan pertahanan Tanah Melayu semasa Perang. Keempat, mewujudkan
kerjasama dan kestabilan politik dan yang kelima, mengumpul modal untuk tujuan memajukan
industri getah dan perlombongan bijih timah. Dan yang terakhir, pihak British ingin
menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan. Penulis jurnal menyifatkan usaha British
untuk menubuhkan Malayan Union sebagai gagal kerana selain dari penubuhan tersebut tidak
mendapat sambutan daripada kaum Melayu, kaum-kaum lain contohnya kaum Cina juga tidak
memberi sambutan terhadap cadangan ini. Ini kerana menurut penulis jurnal, kaum Cina di

10

125223

GMGM 3033
Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

Tanah Melayu pada masa itu sibuk dengan hal-hal kepimpinan dan perpisahan dalam politik
negara Cina. Perkara ini bertentangan dengan pendapat penulis. Bagi pendapat saya, tidak semua
kaum lain yang langsung tidak memperdulikan cadangan penubuhan Malayan Union ini.
Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam demonstrasi menentang British, namun
terdapat juga pertubuhan bukan Melayu yang tidak senang dengan cadangan tersebut. Dapatlah
disimpulkan atas apa sahaja objektif penentangan, yang pasti bukan bangsa Melayu sahaja yang
menentang Malayan Union walaupun orang Melayu adalah golongan terbesar yang menentangnya.
Kesimpulan
Berdasarkan jurnal ini dapatlah difahami bahawa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu menolak
Malayan Union kerana tidak puas hati dengan cara British mengemukakan cadangan
tersebut yang dibuat tanpa persetujuan orang Melayu. Hakikatnya, penubuhan Malayan Union
adalah satu hasrat British bagi memiliki dan menguasai Tanah Melayu semula setelah Perang
Dunia Kedua. British menganggap kedaulatan Tanah Melayu tidak lagi wujud setelah kalah
dalam peperangan dengan Jepun. Oleh yang demikian itu, mereka merancang untuk menubuhkan
kerajaan baru yang dikenali sebagai Malayan Union. British menganggap hak mutlaknya untuk
menentukan bentuk pemerintahan dan kerajaan Tanah Melayu apabila berjaya mengusir Jepun. Orang
Melayu berasa tertipu dan terhina dengan perlembagaan dan ciri-ciri Malayan Union yang
menafikan kuasa Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi tonggak bangsa Melayu. Selain itu
Perlembagaan dan ciri Malayan Union juga adalah menyamaratakan hak-hak warganegara dan
kerakyatan tanpa mengira imigran atau penduduk asal dan ini membangitkan kemarahan orang
Melayu.

11

125223

GMGM 3033
Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

Rujukan
Raja Ali Raja Busu. (1972). Unsur-unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British
Mengemukakan

Kesatuan

Tanah

Melayu.

Retrieved

14.01.2013

from

http://journalarticle.ukm.my/view/creators/Raja_Ali_Raja_Busu=3A=3A=3A.html.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. (1982). A History of Malaysia. The Mac Mlllan
Press Ltd. ISBN 0-333-276736.

Jaafar Onn. (2007). UMNO dan Malayan Union. Kuala Lumpur: MPH Group Publishing.

Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris. (1982). 25 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman.

Wikipedia. (2010). Malayan Union. http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union

Wikipedia. (2010). The Malayan Union ceased to exist. Retrived 14.01.2013 from
http://www.lazacode.com/index.php?option=com
content&view=article&id=538&Itemid=151.

12

125223

GMGM 3033
Kemahiran Perundingan & Tawar Menawar

13

125223

You might also like