You are on page 1of 7

Perbezaan mineral dengan batuan

Mineral = pepejal inorganik yang wujud secara semula jadi, dan


mempunyai kandungan kimia serta struktur hablur yang tetap.
Batuan = agregat satu atau lebih mineral. (Batuan boleh
merangkumi sisa-sisa organik.) Batuan adalah terbentuk daripada
kumpulan mineral-mineral yang terikat bersama. Mineral-mineral
yang terkandung di dalam sesuatu batuan amat berbeza.

BATUAN
Pengkelasan batuandibuat berdasarkan :
1. kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam
batuan.
2. tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam
batu
3. struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.
Jenis batuan:
1) Batuan igneus
2) Batuan enapan
3) Batuan metamorfosis
Kitar batuan

Kitar batuan ialah perubahan kumpulan batu.

Batuan igneus boleh bertukar kepada batu enapan atau batuan


metaforfosis.

Batu enapan boleh bertukar kepada batuan metaforfosis atau


batuan igneus.

Batuan metaforfosis boleh bertukar kepada batuan igneus atau


batuan enapan.

Batuan igneus terbentuk apabila magma menyejuk dan membentuk


kristal. Magma ialah cecair panas berasal daripada mineral yang cair.
Mineral boleh membentuk kristal apabila sejuk. Batuan igneus boleh
membentuk bawah tanah apabila magma menyejuk perlahan-lahan @
batuan igneus boleh membentuk permukaan tanah apabila magma
menyejuk dengan cepat.
Apabila magma keluar daripada permukaan bumi, ia disebut lava.
Pada permukaan bumi, angin dan air boleh memecahkan batuan
kepada ketulan kecil dan memindahkannya ke tempat lain. Ketulanketulan batuan kecil ini dipanggil enapan dan membentuk lapisan.

Lapisan tersebut boleh tertanam di bawah lapisan enapan lain. Selepas


tempoh masa yang panjang, enapan tersebut bersatu bersama
membentuk batuan enapan. Melalui cara ini, batuan igneus boleh
membentuk batuan enapan.
Semua batuan boleh menjadi panas. Di dalam bumi terdapat haba
daripada tekanan, pecahan dan pereputan radioaktif. Haba tersebut
memanaskan batuan.
Batuan yang dipanaskan tidak mencair tetapi berubah bentuk. Ia
membentuk kristal. Disebabkan batuan tersebut sudah berubah, ia
dipanggil batuan metaforfosis.
Apabila plak tektonik bergerak, haba terhasil. Apabila ia berlanggar,
terbentuklah gunung.
Kitar batuan berterusan. Gunung yang terdiri daripada batuan
metaforfosis boleh pecah dan dihanyutkan oleh aliran. Enapan yang
baru daripada gunung ganang boleh membentuk batuan enapan yang
baru. Kitar batuan tidak akan berhenti.
Jenis batuan
1) Batuan Igneus

Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan


magma dari dalam kerak bumi.

berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil.

Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan


logam di dalamnya.

batuan asid mengandungi lebih banyak silika. Sebagai batuan granit,


batuan igneus jenis asid tidak padat dan lebih muda warnanya
daripada batuan bes.

Batuan bes lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak
mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium.

Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua
jenis iaitu :

Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan

Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah


kerak bumi.

Penyejukan dan
perlahan-lahan.

Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah


dikenal.

Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro


terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan
dan hakisan.

pembekuan

cecair

ini

berlaku

secara

Batu Gunung Berapi atau Terobosan

Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah


keluar dari gunung berapi sebagai lava.

Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan


hablur yang dihasilkannya berbentuk halus.

Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat
ialah batu basol.

Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan


daratan tinggi lava.

Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang


luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu.

Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar


melalui rekahan-rekahan.

Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang


tegak dan sil yang datar.

2) Batuan Enapan

Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan


perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang.

Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifatsifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batubatan berlapis.

Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau


keras.

Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah


diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang.

Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil


binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus.

batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya.

Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan


berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu :

Batuan enapan yang terjadi secara mekanik

Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang


terkumpul daripada batuan yang lain.

Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak


terdapat.

Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan


batu kuarza.

Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza.

Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan


membuat rumah atau membuat batu penggiling.

Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit.

Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan


kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu
disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya
bersegi-segi).

Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang


banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak.

Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang


tidak berpadu.

Batuan enapan yang terjadi secara organik

Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus.


Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah
reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras.

Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis


kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur.

Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik.


Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan
yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan
hutan.

Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan


tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim
karbon yang padat.

Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu.

Batuan enapan yang terjadi secara kimia

Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang


berbagai jenis.

Natrium klorida (garam batu) berpunca daripada lapisan yang


pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik.

Gipsum atau kalsium sulfat didapati dari penyejatan yang


berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat
masin airnya itu.

Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang


sama.

3) Batuan Metamorfosis

Batuan metamorfosis terbentuk dari batuan yang sedia ada tetapi mengalami
proses perubahan mineralogi, tekstur dan struktur batuan.
Batuan metamorfosis terbentuk dari perubahan batuan induk; iaitu batuan
sedimen, igneus, dan juga batuan metamorfosis itu sendiri.
3 jenis metamorphosis :1) metamorfosis rantau
kesan tindakan haba dan tekanan yang tinggi
membentuk mineral baru dan pengaturan semula mineral

2) metamorfosis sentuh
kesan tindakan haba
berasosiasi dengan rejahan igneus
3) metamorfosis dinamik
terbentuk akibat dari daya tegasan (stress) yang kuat; yang
menyebabkan pemecahan batuan dan perubahan pada mineral.
Contoh; kesan dari aktiviti sesar dan perlipatan

You might also like