You are on page 1of 9

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga Soalan 20


Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling
tepat dan bulatkan dibahagian jawapan yang disediakan.
1..Apakah sifat yang perlu ada pada seseorang yang berpegang teguh kepada ajaran agama?
A.
B.

Individualistik
Bersikap jujur

C.
D.

Berbangga diri
Suka mengambil risiko

2. Semua pernyataan yang berikut merupakan ciri-ciri individu yang amanah, kecuali
A.
Berpegang kepada janji.
B.
Melaksanakan tugas yang diberikan
dengan cepat.

C.
Tidak menyalahgunakan kuasa.
D.
Menjaga barang yang dipertanggungjawabkan
dengan baik.

3. Rakan anda menceritakan masalah peribadinya kepada anda. Anda sepatutnya


A.

Tidak menceritakan masalah kawan

kawan
anda itu kepada orang lain.
B.
Memberitahu guru anda tentang
masalah tersebut.

C.

Tidak mengambil berat tentang masalah

anda itu.
Menceritakan masalah itu kepada kawan-kawan
yang lain.

D.

4. Antara berikut, perlakuan manakah yang menyebabkan kita akan hilang harga diri?
A.
B.

Bergiat aktif dalam masyarakat


Menyertai lumba haram

C.
D.

Bergaul dengan rakan-rakan berlainan agama


Menjauhkan diri dari rakan yang bermasalah

5. Bertanggungjawab bermaksud
A.
B.
C.
D.

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan kewajipan dengan sempurna


Melaksanakan sesuatu tugas apabila disuruh sahaja
Keinginan untuk menjalankan sesuatu kewajipan demi kepentingan diri
Melakukan sesuatu kerja dengan pertolongan orang lain
1

6. Nilai-nilai yang perlu ada pada seseorang yang bertanggungjawab adalah seperti berikut,
Kecuali?
A.
B.

Mencari kesalahan orang lain


sekiranya gagal dalam sesuatu hal
Mempunyai keyakinan diri

C.

Berusaha dengan bersungguh-sungguh

D.

Berfikir dengan bijak sebelum membuat


keputusan

7. Pilih perlakuan yang menggambarkan sikap berhemah tinggi


A.
B.

Mengakui kesilapan dan meminta


maaf
Bercakap dengan suara lantang

C.

Menceritakan kelebihan diri dengan rakan


dan merasa diri hebat
Bercakap tentang perkara yang penting sahaja

D.

8. Kita hendaklah memahami budaya dan cara hidup pelbagai kaum di Negara ini daripada aspek
yang berikut, kecuali
A.
B.

Taraf hidup
Pakaian

C.
D.

Makanan
Keagamaan

C.

Menerima pendapat individu yang rapat

9. Bagaimanakah nilai toleransi boleh diwujudkan?


A.

Menerima keunikan pelbagai kaum


sahaja

B.

Berusaha untuk kemajuan kaum


sendiri sahaja

D.
Mengutamakan kepentingan diri untuk
mencapai kejayaan

Soalan 10 dan 11 berdasarkan peribahasa di bawah


Sehari selembar benang,
Lama-lama menjadi kain.
10. Peribahasa di atas sesuai dengan nilai
A.
B.

Berdikari
Kerajinan

C.
D.

Toleransi
Usaha

11. Ciri-ciri yang ada pada individu rajin berusaha adalah seperti berikut, kecuali
A.
B.

Mempunyai semangat yang kuat


Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

C.
Sanggup berkorban masa dan tenaga
D.
Mengabaikan kepentingan orang lain
demi diri sendiri

Soalan 12 hingga 14 berdasarkan keratan akhbar di bawah

12. Pada pendapat anda apakah punca berlakunya masalah seperti keratan akhbar di atas?
A.
B.

Pelajar gagal dalam pelajaran


Pelajar tidak dihargai oleh sekolah

C.
D.

Pelajar kurang ilmu pengetahuan


Pelajar tidak memiliki jati diri yang tinggi

13. Sekiranya anda mempunyai sahabat yang terbabit dengan kes di atas, apakah tindakan
anda?
A.
B.

Memberikan nasihat dan teguran


Membantu melalui sokongan kewangan
3

C.
D.

Membiarkan perilaku sahabat anda


Menggalakkan perilaku tersebut

14. Apakah langkah yang paling utama bagi mengatasi masalah seperti di atas?
A.

Memilih rakan yang memiliki peribadi yang


sama dengan diri anda
B.
Menyusun aktiviti yang terbaik
dan
untuk kepuasan peribadi

C.
Mematuhi peraturan sekolah semasa
waktu persekolahan sahaja
D.
Mematuhi serta mengamalkan nilai
ciri seorang pelajar yang baik

15. Bagaimanakah cara untuk kita menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat?

A.
B.
C.
D.

Jarang bersenam
Terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral
Sering tidur lewat
Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat

16. Antara berikut adalah benar mengenai contoh perbuatan menjaga maruah diri yang digalakkan oleh agama,
kecuali

A.
B.
C.
D.

Beradab sopan dan berbudi bahasa


Mengamalkan pergaulan yang sihat
Menjalankan tugas dengan amanah
Tidak berusaha memajukan diri

17. Berikut merupakan cara-cara memberikan sokongan moral kepada pesakit HIV, kecuali

A.
B.
C.
D.

Melawat mereka sekiranya mereka jatuh sakit


Tidak menyisihkan mereka
Berkawan dengan mereka seperti mana dengan rakan yang lain
Menjauhkan diri daripada mereka

18. Pilih pernyataan yang menunjukkan tindakan yang betul

A
B
C

Mencaci orang lain kerana anda tidak menyukai mereka


Menyiasat dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan
Bersangka buruk dengan orang yang baru dikenali
4

Menyimpan dendam terhadap orang yang membuli kita

19. Pilih ciri-ciri murid yang berfikiran positif.

Menerima kritikan dengan hati terbuka

II

Tidak berburuk sangka pada orang lain

III

Berdendam dengan rakan sekeliling

IV

Dapat mengawal perasaan marah

A.

I, II dan III

C.

II, III dan IV

B.

I, II dan IV

D.

I, II, III dan IV

20. Pilih ciri-ciri murid yang rajin.

Berusaha bersungguh-sungguh

II

Melakukan tugas dengan gigih

III

Mudah berputus asa

IV

Tidak menangguhkan kerja

I, II dan IV

II, III dan IV

I, III dan IV

I, II, III dan IV

( 40 Markah )
BAHAGIAN B
Soalan 21 hingga Soalan 30
Tuliskan nilai POSITIF atau NEGATIF bagi setiap pernyataan di bawah.
21. Awang Ali berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di dalam peperiksaan
POSITIF

akhir tahun nanti.

22. Zarina mengemas bilik tidurnya setiap pagi sebelum ke sekolah.

POSITIF

23. Ameer Kaur menonton televisyen sehingga larut malam tanpa menyiapkan kerja sekolah
yang telah diberikan oleh gurunya.

NEGATIF

24. Hazira Nina selalu membantu ibunya membersihkan kawasan halaman rumah pada cuti
hujung minggu.

POSITIF

25. Murid-murid Tahun 6 Setia sentiasa membiarkan cermin tingkap kelas mereka berhabuk
dan kotor, tanpa menjalankan tugasan harian kelas.

NEGATIF

26. Kita tidak seharusnya berputus asa sekiranya menghadapi kekalahan di dalam sesebuah
pertandingan yang disertai.

POSITIF

27. Khee Hock hanya menonton televisyen tanpa menghiraukan panggilan daripada ayahnya
agar membantu mencuci kereta di halaman rumah.
NEGATIF

28. Kumaresan hanya berkawan dengan rakan-rakan daripada kelasnya sahaja tanpa
menghiraukan rakan-rakan lain.
NEGATIF

29. Semua murid harus berdiri tegak dan menyanyikan bersama-sama, semasa lagu Negaraku
dikumandangkan.

POSITIF

30. Halim enggan menyertai aktiviti perbarisan peringkat sekolah sempena Hari Kebangsaan
kerana ingin menghabiskan masa bermain di rumah.

NEGATIF

( 20 Markah )
BAHAGIAN C
Soalan 31 hingga Soalan 40
6

Pilih dan gariskan jawapan yang betul bagi setiap soalan.


31. Pakaian ( moden, tradisional ) dipakai apabila menghadiri majlis perkahwinan.
32. Bercakaplah dengan ( kuat, perlahan ) apabila menghadiri majlis pengebumian.
33. Sebagai tuan rumah di satu majlis, Encik Joseph ( melayan, memukul) semua tetamu
yang hadir di majlis itu.
34. Kita dilarang membuat ( senyap, bising ) ketika upacara keagamaan sedang dijalankan.
35. Perbuatan yang melanggar adat dan budaya akan ( membanggakan, menyinggung )
perasaan tuan rumah.
36. Segeralah minta ( diri, maaf ) jika tidak sengaja menumpahkan air di atas meja.
37. Jika ternampak kecurian di kawasan kediaman kita segeralah ( memberitahu, menolong )
pihak berkuasa.
38. Jangan ( melawan, melihat ) ibu bapa kita kerana merekalah kita dapat hidup di dunia ini.
39. Dadah adalah ( kebanggaan, musuh ) negara.
40. Sentiasa memberikan ( perintah, pertolongan ) terhadap orang yang dalam kesusahan.

( 20 Markah )
BAHAGIAN D
Soalan 41 hingga Soalan 45
7

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

amanah

jujur
prihatin

berfikiran terbuka

bermuafakat

41. Pemimpin yang prihatin sentiasa mengambil berat akan kesusahan dan masalah yang
dihadapi oleh rakyat.

42. Sifat amanah perlu ada dalam diri setiap pemimpin agar tanggungjawab yang diberikan
dapat dilaksanakan dengan baiknya.
43. Pemimpin dan rakyat perlu bermuafakat untuk menjamin kesejahteraan Negara.
44. Seorang pemimpin yang jujur akan diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk
menjalankan tanggung jawab mereka.
45. Pemimpin yang berfikiran terbuka mudah didekati oleh semua golongan masyarakat yang
berbilang kaum.
( 10 Markah )
BAHAGIAN E
Soalan 46 hingga Soalan 50
Tuliskan prinsip-prinsip Rukun Negara pada ruang yang disediakan secara tertib

46.

47.

48.

49.

50.

PRINSIP 1

PRINSIP 2

PRINSIP 3

PRINSIP 4

PRINSIP 5

Disediakan oleh;

1.

Kepercayaan kepada Tuhan

2.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3.

Keluhuran Perlembagaan

4.

Kedaulatan Undang-Undang

5.

Kesopanan dan Kesusilaan


( 10 Markah )

-SELAMAT MAJU JAYA-

.....................................
En. Noramali Bin Seth
KP Moral
SK. Setia Alam

Disahkan oleh;

...........................................................
......
En. Nor Setilah Bin Mohammad Omar
Guru Penolong Kanan 1
SK. Setia Alam

You might also like