You are on page 1of 9

KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-38

PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Tel : 06-7625351 Faks : 06-7619906 Emel : hksbp2011@gmail.com Web : www.hksbp.tkc.edu.my

PERATURAN UMUM PERTANDINGAN BAHAS


PIALA PERDANA MENTERI
HKSBP38
1.0

NAMA
1.1

2.0

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri


(PPM), Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh, (HKSBP ) K ementerian
Pelajaran Malaysia.

FORMAT
2.1

Setiap sekolah yang bertanding dikehendaki menghantar DUA ( 2) pasukan


iaitu Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

2.2

Setiap pasukan bahas yang mewakili sekolah hendaklah dianggotai oleh tiga
(3) orang pembahas utama dan seorang (1) pembahas simpanan.

2.3

Pasukan pencadang yang dikenali sebagai Pasukan K erajaan akan


bertanding dengan pasukan pembangkang yang dikenali sebagai Pasukan
Pembangkang.

2.4

Peruntukan masa dan giliran berdebat:

GILIRAN
2.6 1 P
3 e
m
5 b
a
h
a
8 s
p
e

KERAJAAN

MASA

GILIRAN

PEMBANGKANG

MASA

Pembahas Pertama

8 minit

8 Minit

Pembahas Kedua

8 minit

Pembahas Ketiga

8 minit

Ucapan
Penggulungan:
Pembahas Pertama/
Kedua

4 minit

Ketua Pembangkang
Pembangkang
Kedua
Pembangkang
Ketiga
Ucapan
Penggulungan:
Ketua Pembangkang
/
Pembangkang
Kedua

8 Minit
8 Minit

4 Minit

2.5

Pembahas
pertama
daripada
k edua -dua
pasukan
dibenarkan
mengutarakan satu hujah sahaja. Pembahas kedua mengutarakan dua
hujah.
Pembahas ketiga tidak boleh mengutarakan hujah-hujah baharu
tetapi tugas mereka ialah membidas hujah-hujah pasukan lawan.

2.6

Semasa satu pihak berucap, ahli pasukan lawan boleh meminta izin laluan
mulai minit kedua hingga minit ketujuh. Pembahas ini boleh menerima atau
menolak izin laluan daripada pihak lawan.

2.7

3.0

4.0

Sel epas semua pembahas berucap, pembahas pertama atau pembahas


kedua daripada kedua-dua pihak akan memberi ucapan penggulungan.
Pihak pembangkang akan membuat penggulungan terl ebih dahulu
kemudian diikuti oleh pasukan kerajaan.

KELAYAKAN
3.1

Pertandingan ini terbuka kepada Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian


Pelajaran Malaysia termasuk Maktab Tentera Diraja (MTD ).

3.2

Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan empat (4) orang pembahas


(termasuk seorang pembahas simpanan).

3.3

Pendaftaran pasukan hendaklah disahkan secara rasmi oleh Ketua Kontinjen


sebelum diserahkan kepada Urus Setia Pertandingan pada hari pendaftaran.

3.4

Ahli pasukan yang telah didaftarkan dan disahkan secara rasmi tidak boleh
diganti oleh peserta lain sepanjang pertandingan. Pelanggaran terhadap
peraturan ini akan membatalkan penyertaan pasukan yang terlibat.

3.5

Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di
sekolah tersebut.

3.6

Umur peserta / pembahas tidak boleh melebihi 18 tahun sel epas 1 Januari
tahun pertandingan.

3.7

Hanya (1) seorang murid BUKAN bumiputera dibenarkan dalam sesebuah


pasukan.

3.8

SEMUA sekolah yang bertanding WAJIB menghantar (2) dua orang hakim dan
kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan penyertaan sekolah
berkenaan boleh dibatalkan.

PENGHAKIMAN
4.1

Hakim Pertandingan Bahas Peringkat Kebangsaan terdiri daripada guru-guru


dan individu yang dilantik oleh BPSBPSK.

4.2

Semua pertandingan bahas pusingan awal, pusingan kedua dan pusingan


suku akhir mestilah dihakimi oleh barisan panel hakim yang terdiri daripada
tidak kurang tiga (3) orang hakim.

4.3

Pada pusingan separuh akhir, lima (5) orang hakim akan menghakimi
pertandingan tersebut.

4.4

Para hakim mestilah diberi taklimat tentang peraturan penghakiman sebelum


pertandingan dimulakan.

4.5

Kehadiran hakim untuk giliran bertugas adalah wajib. Kehadiran hakim akan
direkodkan dan akan dipaparkan di papan kenyataan kehadiran hakim di
Bilik Urus Setia Bahas.
Salinan rekod kehadiran tersebut juga akan
diedarkan ke sekolah-sekolah selepas HKSBP berakhir.

4.6

Sekiranya seseorang hakim tidak dapat melaksanakan tugas yang


diamanahkan atas sebab-sebab tertentu, maka hakim tersebut wajib
memaklumkan kepada Jawatankuasa Pertandingan Bahas secara bertulis
secepat mungkin. Hakim tersebut perlu juga mengemukakan bahan bukti
bertulis seperti sijil sakit dan/atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
Kegagalan mematuhi klausa ini akan menyebabkan hakim tersebut diminta

memberi surat tunjuk sebab kepada Bahagian Pengurusan Sekolah


Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran
Malaysia (BPSBPSK, KPM).

5.0

4.7

Para hakim mesti mematuhi kod etika berpakaian kerja rasmi demi
memelihara imej penghakiman.

4.8

Para hakim dilarang mengadili pertandingan yang melibatkan pasukan


sekolah mereka sendiri. Larangan ini akan terbatal jika tiada hakim lain pada
ketika itu setelah mendapat persetujuan k edua- dua pasukan yang
bertanding.

4.9

Pasukan yang mendapat undi majoriti panel hakim akan diumumkan sebagai
pemenang pertandingan. Markah terkumpul setiap pasukan tidak akan
dijadikan asas untuk menentukan pemenang pertandingan.

4.10

Ketua hakim hendaklah mengesahkan dan menandatangani borang


keputusan pertandingan.
Ketua Hakim akan mengumumkan keputusan
pertandingan bagi setiap sesi pusingan awal. Keputusan hakim adalah
muktamad.

4.11

Speaker Dewan akan memungut borang keputusan semua hakim selepas


keputusan diumumkan. Para hakim tidak dibenarkan berbincang atau
merujuk dalam kalangan mereka berhubung dengan keputusan yang telah
dibuat.

4.12

Pembahas terbaik akan diputuskan melalui sistem juri. Sekiranya berlaku


pertindihan, markah tertinggi pembahas akan diambil kira untuk menentukan
pembahas terbaik.
Nama pembahas terbaik akan diumumkan selepas
perbahasan dan dipaparkan pada papan kenyataan pertandingan.

4.14

Semua hakim dikehendaki membuat ulasan selepas perbahasan berakhir.


Hanya satu (1) minit diperuntukkan untuk para hakim membuat ulasan.

4.15

Ulasan hakim hendaklah berfokus pada k ekuatan dan k elemahan dari aspek
isi, bahasa, dan gaya perbahasan secara ringkas. Ulasan tidak menyentuh
peribadi mana-mana pembahas secara khusus.

STRUKTUR PERTANDINGAN

5.1

Sistem Pertandingan

5.1.1

Semua pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada


dua belas (12) kumpulan. Semua kumpulan akan bertanding secara liga
dalam pusingan awal.

5.1.2

Johan setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua yang akan diadakan
secara kalah mati.

5.2

Sistem Kumpulan

5.2.1

Kumpulan akan ditentukan melalui undian oleh Majlis Penolong Kanan


Kokurikulum SBP.

5.3

Mata

5.3.1

Dua (2) mata akan diberikan kepada pasukan yang menang dan satu (1)
mata diberikan kepada pasukan yang kalah.

5.3.2

Jika terdapat dua pasukan mendapat mata yang sama, undian hakim (skor
juri) bagi semua pertandingan dalam kumpulan akan diambil kira bagi
menentukan pemenang kumpulan.

5.3.3

Jika masih terdapat persamaan mata, keputusan pertandingan antara dua


pasukan diambil kira. Pasukan yang menang akan menjadi pemenang
kumpulan.

5.3.4

Jika terdapat tiga (3) atau lebih pasukan yang mendapat mata yang sama,
pemenang kumpulan akan ditentukan melalui kiraan undian hakim (skor juri)
semua perlawanan dalam semua pertandingan Pusingan Awal.

5.3.5

Jika masih terdapat persamaan mata, kiraan undi hakim (skor juri) antara
pasukan yang terlibat sahaja akan diambil kira.

5.3.6

Jika masih lagi terdapat persamaan mata, pemenang kumpulan akan


ditentukan berdasarkan purata markah yang diberi oleh hakim dal am
keempat-empat pertandingan melibatkan pasukan yang berkenaan sahaja.

5.3.7

Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai jumlah mata yang sama,


semua keputusan untuk menentukan pemenang kumpulan akan dibuat oleh
Jawatankuasa Teknikal Bahas yang diketuai oleh wakil daripada Bahagian
Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.3.8

Sekiranya terdapat pasukan yang memberi kemenangan percuma atau


dibatalkan penyertaannya, maka semua mata, undi majoriti dan / atau
markah yang diperoleh oleh pasukan itu dalam perlawanan terdahulu akan
dijadikan sifar atau kosong.

5.3.9

Semua keputusan hakim adalah muktamad.

5.4

Bantahan

5.4.1

Sekiranya terdapat sebarang bantahan terhadap keputusan para hakim,


bantahan bertulis boleh dibuat dalam tempoh satu (1) jam selepas
pertandingan kepada Juri Rayuan PPM, HK SBP. Juri Rayuan akan diketuai
oleh Pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan dianggotai oleh
Pegawai Teknikal Bahas.

5.4.2

Bayaran sebanyak RM 200.00 akan dikenakan bagi setiap bantahan yang


dibuat.

5.4.3

Bayaran bantahan ini tidak akan dikembalikan. Bayaran ini akan dimasukkan
ke akaun tuan rumah untuk menampung perbelanjaan pengurusan
pengelolaan.

6.0

PEMENANG KUMPULAN
6.1

Pasukan yang memperoleh mata tertinggi


diisytiharkan sebagai pemenang kumpulan.

6.2

Sekiranya terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai mata yang sama,
pemenang kumpulan akan ditentukan berasaskan urutan, k eutamaan dan
kriteria berikut:

6.3

dalam

kumpulan

6.2.1

Undi majoriti yang diperoleh oleh pasukan yang bersaing.

6.2.2

Pasukan yang menang dalam perlawanan antara mereka.

akan

Jika terdapat dua pasukan yang terikat dengan j umlah mata yang sama
6.3.1

Pasukan yang m empunyai undi majoriti tertinggi akan diisytiharkan


sebagai pemenang kumpulan.

6.3.2

Jika terdapat dua pasukan terikat dengan undi majoriti yang sama,
maka pasukan yang telah mengalahkan pesaingnya akan
diisytiharkan sebagai pemenang kumpulan.

A1

A1

A2

A3

A4

A5

JUMLAH
MATA

1
(1 - 2)

2
(2 - 1)

1
(1 - 2)

2
(2 - 1)

2
(2 - 1)

2
(2 - 1)

1
(1 - 2)

1
(1 - 2)

2
(2 - 1)

2
(2 - 1)

A2

2
(2 - 1)

A3

1
(1 - 2)

1
(1 - 2)

A4

2
(2 - 1)

1
(1 - 2)

2
(2 - 1)

A5

1
(1 - 2)

2
(2 - 1)

1
(1 - 2)

1
(1 - 2)

Cont oh kiraan:
(1) Jika dua pasukan
seri (A2 dan A4),
undian haki m unt uk
me nent ukan
peme nang akan
diambil kira:
A2 = [7 - 5]
A4 = [7 - 5]

(2) Jika masih seri,


peme nang k umpul an
akan dit ent ukan oleh
keput usan
bahas
ant ara A2
lw n A4:
Pasukan y ang me nang
ialah A2.
A2 me njadi pe mena ng
kump ula n.

6.3.3

Jika terdapat lebih daripada dua (2) pasukan mempunyai jumlah


mata yang sama, pasukan yang mempunyai undi majoriti tertinggi
akan diisytiharkan sebagai pemenang kumpulan.

6.3.4

Jika lebih daripada dua (2) pasukan mempunyai undi majoriti yang
sama, maka pasukan yang telah mengalahkan pesaing -pesaingnya
akan diisytiharkan sebagai pemenang kumpulan.

6.4

Sekiranya terdapat kesukaran atau masalah dalam menentukan pemenang


kumpulan, Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bahas PPM, HK SBP pada
tahun semasa akan bermesyuarat bagi menyel esaikan masalah tersebut.

6.5

Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bahas PPM, HKSBP pada tahun semasa


dipengerusikan oleh wakil daripada BPSBPSK, Kement erian Pelajaran
Malaysia.

7.0

6.6

Ahli Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bahas t erdiri daripada Pengerusi


Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Bahas PPM, HKSBP dan beberapa
orang lagi yang dilantik oleh wakil daripada BPSBPSK, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

6.7

Jika terdapat masalah seperti kes yang membabitkan sekolah Ahli


Jawatankuasa Teknikal, maka secara automatik Ahli Jawatankuasa Teknikal
tersebut gugur daripada jawatannya dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal
diberi mandat untuk melantik pengganti (sekiranya perlu).

6.8

Ahli Jawatankuasa Teknikal Bahas PPM, HKSBP dan pegawai BPSBPSK pada
tahun semasa diberi kuasa untuk melakukan sebarang pengubahsuaian dan
pindaan jika perlu. Semua keputusan yang dibuat adalah muktamad dan
perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat.

TATACARA
7.1

Pengendalian Pertandingan Bahas


7.1.1

Sebanyak tujuh ( 7 ) tema dan skop akan diberi kepada sekolah sekolah yang bertanding. Tema dan skop untuk setiap sesi telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Bahas PPM, HK SBP pada
tahun semasa bersama-sama pegawai BPSBPSK, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

7.1.2

Usul bahas bagi setiap tema ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal


Bahas PPM, HKSBP pada tahun semasa dan akan diumumkan oleh
Jawatankuasa Teknikal Bahas PPM, HKSBP selepas undian peranan
sama ada sebagai pihak kerajaan atau pembangkang. Undian akan
dibuat pada setiap sesi pertandingan.

7.1.3

Undian untuk menentukan peranan dan usul akan dibuat satu (1) jam
sebelum pertandingan bermula.
Guru sekolah berkenaan wajib
hadir pada setiap kali undian dibuat.

7.1.4

Set elah mengetahui usul dan peranan, guru pengiring diminta terus
berada di dalam bilik undian dan tidak dibenarkan sama sekali
berhubung dengan para pembahas dengan apa-apa cara sekali
pun manakala para pembahas akan diiring ke bilik kuarantin. Semua
pasukan akan dikuarantinkan di bilik persediaan masing-masing di
bawah kawalan seorang petugas.

7.1.5

Hanya pembahas dalam setiap pasukan; tiga (3) orang pembahas


utama dan seorang (1) pembahas simpanan, dibenarkan berada di
dalam bilik kuarantin. Pihak-pihak lain seperti guru pengiring /
jurulatih / ahli keluarga / penyokong dilarang berada di bilik kuarantin
semasa pasukan dikuarantinkan.

7.1.6

Sebarang percubaan untuk menceroboh masuk ke bilik kuarantin


atau tindakan yang boleh mencemarkan suasana bilik kuarantin,
sama ada denga n niat atau tidak, dalam tempoh kuarantin
dijalankan akan disabitkan dengan pelanggaran peraturan
pertandingan bahas yang serius. Jawatankuasa Pengelola boleh
mengambil tindakan terhadap pihak terbabit termasuk merujuk

perkara ini kepada Jawatankuasa Teknikal Bahas untuk tindakan


selanjutnya.
7.1.7

Penggunaan komputer riba, akses kepada laman sesawang melalui


sebarang alat elektronik dan telefon bimbit TIDAK dibenarkan semasa
kuarantin dan
semasa bertanding. Peserta HANYA dibenarkan
membawa bahan bercetak sewaktu kuarantin sahaja.

7.1.8

Pasukan-pasukan yang bertanding disarankan agar membawa


modem mudah alih untuk memastikan kemudahan akses kepada
laman sesawang diperoleh pada setiap masa. Namun begitu,
penyediaan kemudahan akses internet tertakluk kepada keupayaan
pihak tuan rumah pertandingan bahas menyediakannya. Manakala
bagi kemudahan internet jalur lebar tertakluk kepada keupayaan
perkhidmatan oleh syarikat telekomunikasi . ( boleh digunakan
semasa persediaan sahaja )

7.1.9

Masa kuarantin pembahas ialah selama 60 minit.

7.1.10 Pasukan bahas dikehendaki berada di dalam bilik pertandingan 10


minit sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan dapat
dijalankan dengan lancar. Pasukan yang gagal mematuhi peraturan
ini akan dibatalkan penyertaannya.
7.1.11 Sebarang bantuan daripada penonton atau penyokong ketika
perbahasan dijalankan tidak dibenarkan sama sekali.
Speaker
Dewan berhak memaklumkannya kepada Ketua Hakim untuk
tindakan selanjutnya.
7.1.12 Sebarang bentuk rakaman ( audio dan video ) semasa pertandingan
dijalankan dilarang sama sekali,
kecuali
yang dibuat oleh
Jawatankuasa
Pengelola dan BPSBPSK, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
7.2

PROSES PENGHAKIMAN BAHAS


7.2.1

Tuliskan nama pasukan yang bertanding. Pasukan yang di sebelah


kanan Speaker ialah Pasukan Kerajaan, manakala pasukan di sebelah
kiri Speaker ialah Pasukan Pembangkang.

7.2.2

Isikan nama pembahas dalam borang penghakiman. Pembahas


Pertama duduk berhampiran dengan Speak er Dewan, di tengah
Pembahas Kedua dan berhampiran dengan penonton Pembahas
Ketiga.

7.2.3

Semasa menjalankan penghakiman,


melakukan dua (2) perkara iaitu :

seseorang

hakim

perlu

7.2.3.1 Memerhatikan bahawa setiap pembahas itu menjalankan


tugas / peranan masing-masing.
7.2.3.2 Menghakimi dan memberi markah kepada setiap pembahas.
7.2.4

Setiap kali pembahas berhujah, hakim perlu mengisikan markah pada


ruang yang disediakan dalam Borang Pemarkahan.

7.2.5

Cara mengisi markah:


7.2.5.1 Set elah mendengar hujah pembahas, berilah pertimbangan
untuk mengklasifikasikannya dalam kategori cemerlang,
sangat baik, baik, sederhana atau lemah.
7.2.5.2 Markah tidak diisi dahulu kerana izin laluan juga menentukan
naik turunnya markah seseorang pembahas. Jika pembahas
memberikan komen yang bernas atau berk eupayaan untuk
bertanya soalan yang berkualiti maka markahnya akan
bertambah.
7.2.5.3 Markah boleh juga diubah suai set elah mendengar hujah
kedua dua pihak.
.7.2.5.4 Pengubahsuaian markah ini hendaklah dibuat oleh hakim itu
sendiri.

7.2.6

Ulasan hakim :
7.2.6.1 Setiap hakim perlu membuat ulasan setelah selesai sesi
perbahasan.
7.2.6.2 Ulasan hendaklah bermula dengan Hakim Ketiga diikuti
dengan Hakim Kedua dan Ketua Hakim.

7.2.6.3 Ulasan mesti berdasarkan isu yang telah dibahaskan oleh para
pembahas dan setiap hakim bebas untuk menyentuh apa apa aspek yang boleh membantu mutu perbahasan. Sebaik baiknya setiap hakim menyentuh aspek yang berbeza.
7.2.7

7.3

Semua hakim perlu melengkapkan


menandatangani setiap borang.

Borang

Pemarkahan

dan

Peranan Speaker Dewan


7.3.1

Setiap sesi pertandingan bahas akan dipengerusikan oleh Speaker


Dewan.

7.3.2

Speaker D ewan
pertandingan.

7.3.3

Speaker D ewan hendaklah memperkenalkan penjaga masa, barisan


panel hakim dan para pembahas sebelum pertandingan
berlangsung. Speaker Dewan tidak boleh menyebut nama kedua dua sekolah yang bertanding dan nama sekolah para hakim yang
mengadili pertandingan.

7.3.4

Speaker D ewan mesti membaca p eraturan pertandingan perbahasan


sebelum perbahasan bermula.

7.3.5

Speaker D ewan tidak boleh membuat sebarang ulasan terhadap


pembahas dan perbahasan
semasa pertandingan sedang
berlangsung.

7.3.6

Speaker D ewan mesti peka pada sebarang bentuk bantuan yang


diberikan kepada pembahas dan memberitahu Ketua Hakim untuk

bertanggungjawab

memastikan

kelancaran

tindakan selanjutnya. K etua Hakim berkuasa untuk meminta pihak


yang t erbabit meninggalkan bilik perbahasan bagi memastikan
pertandingan dapat berlangsung dalam suasana yang adil dan
selesa.
7.3.7

Speaker D ewan perlu memberi masa yang sesuai kepada para hakim
untuk mengisi markah. Speak er Dewan hendaklah menunggu isyarat
daripada Ketua Hakim sebelum meneruskan perbahasan oleh
pembahas set erusnya.

7.3.8

Speaker D ewan perlu menj emput semua hakim untuk memberikan


ulasan dalam masa satu (1) minit bermula dengan Hakim ketiga.

7.3.9

Keputusan pertandingan dan pembahas terbaik mestilah diumumkan


oleh Ketua Hakim dan bukan Speak er D ewan. Speak er D ewan perlu
memastikan semua hakim menandatangani borang penghakiman
sebelum borang tersebut dipungut.

7.3.10 Speaker Dewan perlu memastikan semua keputusan, fail hakim dan
peralatan perbahasan dihantar ke Bilik Urus Setia Bahas setelah
pertandingan perbahasan selesai.
7.4

8.0

Peranan Penjaga Masa


7.4.1

Penjaga masa perlu memastikan setiap pembahas mendapat lapan


(8) minit untuk berbahas.

7.4.2

Penjaga masa akan membunyikan loceng selepas minit pertama dan


pada akhir minit ketujuh untuk menandakan masa yang
diperuntukkan untuk izin laluan. Pada akhir minit kelapan, loceng
akan dibunyikan sebanyak dua kali. Kad masa akan ditunjukkan oleh
penjaga masa bagi memberitahu baki masa yang tinggal pada
setiap 1 minit.

7.4.3

Penjaga masa perlu memberi masa maksimum sebanyak tiga ( 3 )


minit kepada kedua-dua pasukan untuk menyediakan ucapan
penggulungan.

7.4.4

Semasa ucapan penggulungan, penjaga


loceng sekali pada minit ketiga bagi
mempunyai baki masa sebanyak 1 minit.
loceng akan dibunyikan dua kali untuk
ucapan penggulungan.

masa akan membunyikan


menandakan pembahas
Pada akhir minit keempat,
menandakan berakhirnya

GARIS PANDUAN PERANAN PEMBAHAS


Sila rujuk Peraturan Khusus Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

9.0

SISTEM PEMARKAHAN
Sila rujuk Peraturan Khusus Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

10.0

RUJUKAN UNT UK BORANG PEMARKAHAN


Sila rujuk Peraturan Khusus Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

You might also like