You are on page 1of 12

2.

0 Pengenalan
Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program
pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi
keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan
melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan
daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.
Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang
melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping
mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di
sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka
bentuk industri, garafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang
berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.
Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam
penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan
makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidiikan seni lebih
menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi
kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur
menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.

2.0 Kepentingan Pendidikan Seni Visual


Pendidikan Seni Visual adalah sangat penting Pendidikan Seni Visual bertujuan
memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian,
memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta
kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif danaktif.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui
persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatanpemikiran, penerokaan dan
reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri. Pengalamanini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri, membuatpenilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
2.1 Alat Komunikasi
Pendidikan seni visual sangat membantu sebagai alat komunikasi. Alat komunikasi
yang dimaksudkan adalah darisegi lukisan atau reka bentuk grafik.
Lukisan Dan Catan

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya


untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
Selain itu setiap lukisan yang dihasilkan oleh pengkarya mempunyai makna yang
tersendiri iaitu sebagai komunikasi antara pengkarya dan penonton.

Identiti korporat

Merupakan penghasilkan rekaan yang boleh dijandikan lambang kepada sesuatu


organisasi atau badan korporat. Pegenalan atau identiti korporat dizahirkan melalui
logo, simbol, tanda dagang, kepala surat, rekaan bahagian luar kenderaan, penciptaan
baju korporat dan sebagainya. Melalui rekaan identiti korporat ia sangat berkesan
sebagai pengenalan dan imej organisasi.

Bahan penerbitan

Merupakan proses menghasilkan bahan penerbitan seperti kulit buku, rekaan halaman
buku dan majalah, akhbar, kalender, poster,komik dan sebagainya. Melalui rekaan
bahan penerbitan yang baik ia akan memberi kesan yang lebih bermakna kepada
pembaca untuk menikmati sesuatu bahan terbitan yang dihasilkan atau diterbitkan.

2.2 Ekspresi
Ekspresi merupakan pernyataan diri. Pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan
emosi, idea dan manifestasi pemikiran.Aktiviti seni dalam pendidikan memberi peluang
untuk murid membina keyakinan, menajamkan persepsi dan meningkatkan kreativiti
serta nilai estetik. Ekspresi membantu :

Menggambarkan Perasaan

Menghasilkan Pengucapan Lisan

Menghasilkan/Memaparkan Reaksi

Menggambarkan Emosi

Menghasilkan Ekspresi Bukan Lisan

Menyampaikan Idea

2.3 Kemahiran
Kemahiran dalam pendidikan seni visual sangat penting kerana ianya membantu
seseorang untuk mencipta dan peka terhadap ciri estetik. Pelajar mempunyai
kemahiran seperti bekerjasama antara satu sama lain, menjelaskan wawasan diri, dan
berfikir dengan lebih meluas iaitu, kanak-kanak dapat membangunkan keupayaan untuk
membayangkan apa yang tidak difikir oleh orang lain sekaligus mewujudkan
penyelesaian baru kepada masalah-masalah lama, untuk menghadapi pelbagai
cabaran masa depan.

Pelajar juga dapat berfikir secara kreatif dan kritis meningkatkan kemahiran
bahasa pelajar melalui seni dan kebolehan untuk menyiasat dan

membincangkan visual seni dengan guru-guru dan rakan-rakan.


Kemahiran seni visual juga membantu pelajar memanipulasi bahan, alat dan
teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,
berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi,
menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

2.4 Pengetahuan dan kefahaman


Kepentingan pengetahuan dan kefahaman seni visual ialah

Membantu mewujudkan penggabungjalinan bidang seni dengan pelajaran lain


bagi melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa
yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan.

Mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri.

Pengalaman yang diperoleh melalui pembelajaran seni boleh membawa


kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.Selaras dengan sains dan
teknologi,PSV dapat membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat
yang sedang berlaku pada hari ini.Pengalaman yang diperolehi melalui seni
sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita.

Wujudnya pengetahuan dan kefahaman membolehkan seseorang itu tahu


menghargai dan memberikan apresiasi terhadap seni.

2.5 Menajamkan kepekaan pengamatan


Seni visual mampu menajamkan kepekaan dan pengamatan seseorang individu.
Antara kepentingan nya ialah

Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa


penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pengkarya
perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka
berlakulah pengamatan secara teliti.

Seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan
jalinan. Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciricirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam
pendidikan senivisual.

Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu
melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.

peningkatan ilmu dalam membuat gubahan

peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni

peningkatan ilmu dalam estetika dan laras bahasa seni (mengenal gubahan
yang baik)peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni

pengamatan terhadap sesuatu gubahan dalam ruang dua dimensi semakin


berkembang

2.6 Kreativiti
Kreativiti dalam seni visual ialah mempunyai daya dan kemampuan untuk
membina/mencipta idea sendiri ataupun menggubah sesuatu idea/benda yang asal
kepada sesuatu yang baru atau berbeza dari yang asal. Kepentingan seni visual ialah

Kanak-kanak dapat meneroka dan mencuba dengan pelbagai dan pendekatan


dengan cara tersendiri bagi menyelesaikan permasalahan sesuatu idea/ciptaan
tersebut

Membantu kanak-kanak mengkaji dan menyelidik serta dapat memberi makna


dan pengertian terhadap sesuatu ciptaan/idea juga antara ciri-ciri seorang yang
kreatif.

Kanak-kanak akan lebih lebih tertarik terhadap nilai keindahan, kecantikkan,


keunikkan, kelainan, dan keharmonian terhadap sesuatu objek, alam dan
kehidupan. Individu tersebut juga dapat merasakan nilai rentak, irama, dan
harmoni terhadap apa yang dilihat dan dihasilkan.

Memberi keyakinan diri. Seseorang yang kreatif dapat menggunakan


pendekatan yang fleksibel mengikut situasi dan keperluan. Ia juga boleh
berdikari dan mempunyai kekuatan perasaan dan emosi serta dapat membuat
pernyataan diri.

2.7 Pertimbangan dan kesedaran estetik


Pertimbangan dan kesedaran estetik adalah berhubungkait dengan keindahan seni.
Antara kepentingannya ialah

Aktiviti dan apresiasi dapat memantapkan kepekaan, kebolehan untuk merasa


dan menghayati seni

Seseorang individu mampu memperbaiki sesuatu karya seni lebih ke arah


estetik dan mempunyai nilai yang tersendiri

Sesuatu karya akan dapat ditonjolkan dengan mewujudkan pameran seni bagi
memberi kesedaran mengenai sesuatu keindahan seni.

2.8 Pembangunan manusia


Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap
sebagai agen perubahan masyarakat. Sumbangan seni visual dalam pembangunan
manusia ialah

Memupuk kreativiti kanak-kanak . Sifat semulajadi kanak-kanak yang sukakan


belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengan-contengan ini
perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat.

Membangunkan modal insan. Melalui kegiatan seni, ianya mampu


menyedarkan orang ramai terhadap nilai yang terdapat dalam sesuatu karya
seni, setiap karya seni mempunyai maksud tersendiri maka seni boleh dijadikan
sebagai medium pengantara pengkarya dan penonton sebagai contohnya
gambar yang dihasilkan oleh pengkarya dibawah mengenai kesan peperangan
di Gaza.

2.9 Artifak sejarah (Seni Visual)


Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas dan
senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Kepentingan mempelajari
sejarah artifak di Malaysia ialah

Mengetahui mengenai sejarah seni pribumi, kaum Jah-Hut, Kaum Mah-Meri dan
mengenai alatan tradisional zaman dahulu.

Melalui pengetahuan ini, penggiat seni mampu mengekalkan tradisi pembuatan


alatan tradisional seperti keris dan tembikar.

10

Mewujudkan industiri pembuatan seni tanah air hasil daripada sejarah artifak di

Malaysia.
Wujudnya Pendidikan Seni Visual mengenai Kraf Tradisional.
Mempelajari teknik, cara penghasilan dan jenis-jenis corak asli yang digunakan

Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia KPM(2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah, Pendidikan Seni Visual.
Kerry Freedman (2001) Pennyslvania Art Education Association Conference.
Teaching Visual Culture: Understanding Art Inside and Outside of School.
Robert W.Ott (1991): Advocating Art: The Arts Subject of the Future. The
Pennsylvania Art Educator.

Diakses pada 17 April 2013, dari http://goaymeyhooi.blogspot.com/p/kurikulumpendidikan-seni-visual.html


Cikgu Jahani, diakses pada 17 April 2013 dari http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv3104.html

11

12

You might also like