You are on page 1of 2

Yang berusaha Tuan Pengetua, Tn.

Hj Shamsudin bin Mat, PK Pentabiran,


En Abul Halim bin Hussin, Pk HEM, Tn Hj Sharif bin Zakaria, PK Koko, En.
Jamil b Che Mat, Guru-guru Kanan, semua guru dan pelajar2 sekalian.
Program Membaca peringkat Negara bermula secara rasminya dengan
terlaksananya Kempen Membaca Kebangsaan pada tahun 1995 dengan
slogan "Mari Membaca Bersama". Ketika itu, program dan aktiviti
berkaitan dengan pembacaan dan ilmu dijalankan sepanjang bulan Ogos
sehinggalah ke tahun 2000.
Dari tahun 2001 hingga 2005, Kempen Membaca diubah kepada bulan
Julai bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan Bulan
Kemerdekaan. Bermula tahun 2006, Kempen Membaca telah dijadikan
sebagai agenda tahunan bertujuan melahirkan masyarakat Malaysia yang
berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai
budaya.
Kempen Membaca ditukar pula kepada program membaca
memandangkan pelbagai program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan
ilmu telah diperhebatkan dengan penglibatan bukan sahaja Perpustakaan
Negara Malaysia sebagai teraju tetapi melibatkan Perpustakaan Desa,
Perpustakaan Awam Negeri, Jabatan atau Agensi Kerajaan dan Swasta,
Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain institusi.
Di peringkat sekolah, setiap tahun PSS akan menganjurkan Bulan
Membaca sepanjang bulan Julai. Antara objektifnya ialah :

Menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti ilmiah.


Menggalakkan pelajar mengunjungi perpustakaan yang
menyediakan pelbagai bahan bacaan dan rujukan.
Menjayakan perancangan aktiviti Pusat Sumber untuk mewujudkan
masyarakat pelajar yang berilmu dan bermaklumat.

Pelbagai aktivti dirancang sepanjang bulan Julai ini untuk menggalakkan


pelajar2 untuk turut serta dalam kempen bulan membaca ini.. Antaranya
ialah ..............

Oleh itu, jgn lah kita mensia2kan peluang yang ada dan diharap semua
warga sekolah dpt menjayakan kempen ini..
Hanya orang yang menghargai nilai ilmu pengetahuan sebagai kunci kekuasaan
tidak akan mengabaikan amalan membaca dalam rutin kehidupannya.
Sekian terima kasih..

You might also like