You are on page 1of 24

Tugasan 2 : Menilai Temubual

Bincangkan asil temubual tersebut.

1.0 Pengenalan
Pengurusan kurikulum bilik darjah merupakan proses menyempurnakan
tempat dan lokasi, bahan dan sumber, rekod dan dokumen, komunikasi dan
interaksi, ilmu, kemahiran, nilai, penilaian dan pentaksiran, pelajar dan
pembelajaran dan kurikulum dan pengajaran. Akan tetapi menurut Goodlad
(1973), kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan (ill-defined) dan
tiada kata sepakat mengenai sempadan ilmunya. Oleh sebab itu, seiring dengan
peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam
domain pengurusan kurikulum bilik darjah ini.

Perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salaha
satu tahap dalam pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini
adalah hasil daripada refleksi kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku.
Perubahan dalm inovasi kurikulum bilik darjah amat penting kerana asas
pendidikan pelajar berlaku dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi kurikulum
bilik darjah juga harus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan
perkembangan bidang sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat.
Keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah adalah terletak pada tangan
guru.

Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi
kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa.
Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran
tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memencilkan murid dalam
lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini adalah secara

kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih
aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa
diperbaharui.

Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan inovasi sebagai


sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang
baru. Inovasi juga merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan,
memulakan dan sebagainya sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat
dengan inovasi ialah inovatif yang bererti bersifat inovasi. Inovatif bermaksud
suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru. (Zainal bin
Haji Bujang, 2008)

2.0 Kepentingan guru yang inovatif


Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih
berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung
kepada guru, maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu
melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah
pengajaran yang baru dan sesuai. Antara ciri guru berinovasi adalah mempunyai
kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti
keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti
yang tinggi.

Hal ini sejajar dengan pandangan Puan Rozita Binti Mokhtar dalam guru yang
berinovatif dapat menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah, strategi dan
sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru itu juga boleh menghasilkan inovasi yang asli atau
penambahbaikan terhadap sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti
pembaharuan

dan

perubahan

positif

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Menurut

Esah

Sulaiman

dalam

Amalan

Profesionalisme

Perguruan, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap


keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan
tertentu.

Satu daripada tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi kreatif dan
inovatif. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010,
mengemukakan bahawa guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea
baharu dan dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat kurikulum dengan
menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran
yang kreatif dan inovatif. Selain itu juga, guru perlu kreatif dan inovatif untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memainkan
peranan sebagai pemangkin atau pengadang kepada keburukan hasil globalisasi
dan tidak menjadi mangsa kepada globalisasi. Melalui pengajaran dan
pembelajaran kreatif dan inovatif guru, murid dapat memperoleh ilmu
pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan sikap dan nilai serta
dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka

Selain itu, seorang guru hendaklah mempunyai daya pemikiran inovatif untuk
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang inovatif hendaklah
mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan cekap supaya menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Guru
inovatif juga sentiasa bersedia menerima perubahan yang berlaku dalam dunia
pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ketinggalan. Guru kreatif boleh
menggunakan kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam
pembelajaran. Selain itu, guru inovatif harus memberi penekanan kepada
strategi pengajaran.

Seorang guru juga,

perlu sentiasa mencari lebih banyak maklumat tentang

inovasi dan sering mengadakan hubungan dengan agen perubahan. Guru juga
perlu lebih membuka diri kepada idea-idea baru dengan penglibatan sosialnya
lebih tinggi. Guru juga perlu meminati pendidikan dan ilmu pengetahuan serta
memiliki komunikasi yang cekap.
Dengan

adanya

kurikulum

bilik

darjah

yang

sentiasa

seiring

dengan

perkembangan zaman, guru akan sentiasa memikirkan apakah cabaran yang


bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan
sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan
kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata

3.0 Strategi pengajaran guru yang inovatif


Pendidikan pada abad ke-21 telah berubah tidak hanya tertumpu di dalam
bilik darjah semata-mata. Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat,
kurikulum bilik darjah juga perlukan perubahan dan inovasi untuk menghasilkan
pelajar yang lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik. Ini disebabkan oleh pelajar
pada zaman kini sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat
yang terkini dan sekiranya tiada perubahan bagi kurikulum bilik darjah, mereka
akan mudah bosan.

Puan Rozita Binti Mokhtar, menyatakan bahawa strategi pengajaran guru yang
inovatif ialah pertama guru mengenali dan menjiwai ciri-ciri diri murid iaitu
kekuatan dan kelemahan murid-muridnya. Selain itu, guru perlu kreatif dan
menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang merangkumi kaedah, teknik
dan pendekatan. Guru itu juga perlu juga mempunyai unsur kecindan supaya
pengajaran dan pembelajaran akan menimbulkan keseronokan. Penggunaan
media juga perlu untuk menarik minat murid.

Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan guru sebagai


usaha menarik minat murid menguasai sesuatu pengetahuan tanpa disedari oleh
murid bahawa mereka sedang belajar. Bagi murid-murid yang mempunyai gaya
berfikir yang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian
masalah dengan menggunakan borang grafik manakala bagi murid yang kurang
berminat untuk belajar.

Selain itu, perubahan dan inovasi bilik darjah adalah penting bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan pengawalan
kelas oleh guru. Menurut Anderson (1989), mengatakan pengurusan bilik darjah
yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan
penglibatan

pelajar

yang

maksimum

dalam

aktiviti

pembelajaran,

meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar
lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisyen.

Selain itu, antara ciri guru berinovasi antara lainnya mampu menyediakan
persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya
kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir. Penyediaan persekitaran
pembelajaran yang positif sememangnya merupakan suatu aspek yang amat
penting. Noraini Idris dan Shuki Osman, dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teori dan Praktis, menyatakan bahawa guru perlu menyediakan suasana dan
persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran semasa mengajar.

Manakala menurut Choong Lean Keow, dalam Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku , persekitaran pembelajaran dalam konteks pendidikan merujuk
kepada iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi
beberapa aspek tertentu iaitu pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan

susun atur ruang fizikal, dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik
darjah.

Menurut Mook Soon Sang dalam Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku pula
mengemukakan ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif yang merangkumi
hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajarpelajarnya serta kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan
bilik darjah yang diaturkan. Menurut beliau perasaan kekitaan antara pelajarpelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan kewujudan
satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam
setiap kesempatan juga antara ciri bilik darjah yang baik. Dari aspek iklim
persekolahan yang kondusif,

iklim persekolahan yang kondusif adalah iklim

persekolahan yang terbuka dan menggalakkan murid bebas berinteraksi antara


pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam
aktiviti sekolah. Seorang guru yang baik berupaya untuk mengurus bilik darjah
dan mengawal tingkah laku pelajar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar.

4.0 Peranan teknogi dalam pendidikan


Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak
memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah
rendah. Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan

ICT

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana


guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat

mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik


seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui
penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan
alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan
gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu
pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang
ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses


pengajaran
pembelajaran

dan

pembelajaran

yang

lebih

menyeronokkan.

aktif

serta

Dengan

mewujudkan

adanya

ICT

suasana

guru

dapat

mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya


tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan
kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat
dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada
pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting


kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan
dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti perakam kaset,

compact disc, video compact disc, digital compact disc, projektor filem, video
kamera, projektor lcd, projektor episkop dan mp3 serta komputer dan internet
dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai
berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran disekolah.

Namun begitu terdapatjuga kelemahan di dalam penggunaan inovasi teknologi


dalam bilik darjah. Antara kelemahan tersebut ialah bahan berasaskan ICT
memerlukan peralatan elektronik seperti komputer, projektor dan monitor,
kebarangkalian untuk peralatan tersebut rosak, gagal berfungsi adalah tinggi. Ia
boleh menjejaskan kelancaran pengajaran guru dan kegagalan untuk mencapai
objektif pembelajaran. Tidak semua murid mempunyai asas komputer yang baik.
Bagi murid yang lahir daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan, luar
bandar dan pedalaman, komputer merupakan sesuatu yang asing. Justeru,
adalah sukar untuk murid sebegini mempelajari sesuatu menggunakan bahan
berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak mampu
mempelajarinya berbanding rakan mereka yang lain

Tugasan 3 : Penulisan Akademik


Merujuk bahan bacaan dan dapatan temubual anda, laksanakan penulisan
akademik yang membincangkan aktiviti pendidikan yang inovatif yang telah anda
laksanakan ke arah percapaian aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM).
i) Pengalaman anda menyediakan bahan bantu mengajar multimedia yang
interaktif.
1.0 Pengenalan
Kemunculan aplikasi multimedia bukan merupakan fenomena baru di
persekitaran kita. Kehadirannya dalam kehidupan seharian dapat disaksikan
menerusi program - program di televisyen dan melalui pita-pita video. Sesuatu
program atau persembahan yang kita lihat itu sebenarnya mempunyai kombinasi
perkakasan dan perisian yang mana ia merupakan input yang digunakan untuk
mempersembahkan output daripada pelbagai media termasuklah gambar, grafik,
animasi, teks dan suara untuk menjadikan persembahan lebih efektif kepada
para penonton
.Pada masa kini, penggunaan multimedia tidak hanya terhad kepada bidang
hiburan semata-mata tetapi ia juga telah mula berkembang dalam bidang
perniagaan, pentadbiran, perbankan dan khususnya dalam bidang pendidikan.
Ini dibuktikan dengan pelbagai aplikasinya yang menjurus kepada aspek
komunikasi, pemberitahuan dan pendidikan.
Seorang pendidik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti professional untuk
menjalankan tugasnya dengan berkesan mengikut nilai-nilai keguruan. Kualiti
profesional seseorang guru merangkumi semangat berdedikasi, peka kepada
perubahan, sedar tentang keperluan
pembelajaran,

dan

mempunyai

negara, bersikap positif terhadap

inovasi

dalam

tugas.

Seseorang

guru

bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi


perkhidmatan yang bermutu tinggi. Dalam hal ini, guru hendaklah sentiasa

berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang


pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar dengan cekap dan
sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya
terhadap profesionalisme keguruan.
Guru seperti saya pada masa kini berperanan lebih kompleks dan mencabar.
Guru dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan
abad ke-21 yang bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya
fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam
sebarang bentuk tindakan. Justeru seseorang guru disamping memiliki
kemahiran-kemahiran pedagogi, perlu melengkapkan diri dengan perkembangan
terkini ICT. Dunia pendidikan pada hari ini tidak dapat membebaskan diri
daripada penguasaan dalam bidang ICT dan tiada siapa dapat menafikan
kepentingan

kemahiran

ICT

dalam

melahirkan

pelajar

yang

berupaya

menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif.


Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bidang pendidikan dan
pembangunan sumber manusia amat penting. Strategi ini telah membuka luas
segala pendekatan, saluran dan kemungkinan untuk mempengaruhi proses
pembelajaran. Namun demikian, dari satu segi, para pendidik memerlukan dan
mengharapkan pelajar-pelajar mereka masa kini mempelajari serta menguasai
kemahiran-kemahiran generik yang diperlukan supaya mereka mempunyai tahap
literasi komputer yang tinggi. Dari satu segi yang lain, mereka juga ingin melihat
pendidikan melalui teknologi komputer menjadi sebahagian atau sepenuhnya
bersepadu dalam pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor pengalaman
pelajar.
Perlu ditegaskan bahawa dalam persekitaran budaya berpengetahuan dan
berkomunikasi yang meningkat ditahap global melepasi sempadan-sempadan
negara dan local, ICT merupakan unsur penting yang tidak boleh diketepikan
oleh sektor pendidikan di mana-mana negara dalam era pendidikan abad ke-21.

Pelajar-pelajar dalam sistem pendidikan yang dapat menguasai penggunaan


teknologi maklumat dan komunikasi akan mempunyai kelebihan yang lebih jauh
daripada mereka yang tidak mempunyai kemahiran-kemahiran berkenaan.
Justeru itu juga Negara dan masyarakat yang dapat menguasainya, sama ada
dalam

penggunaan

untuk

aktiviti

pengeluaran

mahupun

dalam

aspek

penggunaan dalam aktiviti perkhidmatan secara bijak dan berkemahiran tinggi


akan terkehadapan untuk menghadapi cabaran globalisasi yang berasakan
pengetahuan dan ilmu pada abad akan datang.
Walaupun ICT seringkali dianggap sebagai pengupaya kepada proses
pengajaran

dan

pembelajaran

serta

pengurusan

pendidikan

tetapi

ia

memerlukan penguasaan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran berfikir,


kemahiran belajar dan kemahiran pemudahcaraan bagi memberi makna yang
lebih lengkap terhadap penggunaannya. Oleh yang demikian, para pendidik
perlu memperlengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut dalam
usaha mengintegrasikan ICT dalam pendidikan.
Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang
bermutu tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti
ini tidak bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang
berkesan boleh membantu mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan
pembelajaran. Kehadiran teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era
pendidikan kerana media pembelajaran ini mempunyai keupayaan yang tidak
diperoleh dari media lain sebelum ini.
Tugas

guru

sebagai

penyedia

bahan-bahan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, manakala multimedia interaktif dan peranan ICT adalah untuk


meningkatkan keberkesanan persembahan pengajaran dan pembelajaran dan
meningkatkan minat para pelajar untuk menggunakan multimedia. Guru-guru
harus melihat peranan mereka dalam mengimplementasikan ICT bukan hanya

sebagai penyampai maklumat dalam bentuk multimedia tetapi juga menurunkan


kuasa kepada murid-murid untuk menghasilkan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran sendiri dan meneroka maklumat dengan menggunakan ICT.
Untuk kekal maju dalam pengintegrasian ICT ini, guru perlu ada inisiatif sendiri
untuk mempelajari kemahiran-kemahiran mengintegrasikan ICT secara berkesan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Tahap ilmu dan kemahiran guru itu akan
mempengaruhi minat dan keupayaannya untuk merubah amalan pengajaran dan
pembelajaran sedia ada dan membawa amalan tersebut ke peringkat yang lebih
berkualiti lagi.
Profesion

perguruan

di

alaf

baru

haruslah

mampu

menguasai

dan

menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu


bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu
pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat
mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses
penyampaian ilmu ke arah melahirkan generasi muda yang berfikiran kriitis dan
kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam
keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan
pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan Negara.
Usaha kerajaan mewujudkan sekolah bestari (smart school) merupakan salah
satu bukti bahawa kerajaan turut berusaha untuk memperhebatkan lagi
penggunaan ICT (Information and Communication Technologies) dalam bidang
pendidikan. Sebagaimana yang telah dirancangkan, proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah bestari menggunakan teknologi multimedia sebagai
medium utama pemyampaiannya. Ini sekaligus mengiktiraf multimedia sebagai
bahan bantu mengajar (BBM). Sekolah Bestari merupakan platform terbaik untuk
melahirkan generasi yang lebih berdaya maju, kreatif dan juga inovatif. Namun
apa yang lebih penting adalah, kewujudan Sekolah Bestari adalah untuk
memupuk generasi muda supaya tidak mengadaptasi sistem pembelajaran

menghafal, sebaliknya berfikiran kreatif dan kritis bagi menghadapi dunia yang
kian berkembang.
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai kekangan

dan

halangan

dalam

pelaksanaan ICT di sekolah Bestari. Kebanyakan sekolah tersebut kekurangan


guru penyelaras ICT yang bertanggungjawab untuk mengendalikan program dan
juga

kemudahan

prasarana

sekolah.

Guru-guru

serta

juruteknik

yang

berkemahiran dalam bidang ICT hanya sedikit ataupun terhad bagi sesebuah
sekolah bestari. Oleh itu bilangan guru dan juruteknik yang berkemahiran perlu
ditambahkan bagi setiap sekolah dalam usaha memastikan penggunaan ICT
berjalan dengan baik dan berkesan.
Di samping itu, didapati masih ramai guru yang tidak pasti akan keupayaan
mereka untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Kebanyakan daripada
mereka masih berada di tahap perlu belajar untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan ICT
dalam pengajaran bukan berlaku secara automatik. Pengetahuan dan kemahiran
dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga
pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan yang
mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk
menggabungkan ICT dalam pengajaran.
2.0 Langkah-langkah untuk membantu guru dalam bidang ICT
Antara langkah-langkah yang akan perlu dilakukan untuk membantu guruguru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan
perkakasan ICT yang ada di sekolah adalah seperti:2.1 Menganjurkan bengkel ICT
Permasalahan

yang

kerap

kali

didengari

bagi

guru-guru

tidak

menggunakan ICT di sekolah adalah kerana mereka belum bersedia. Ini


berikutan kelemahan guru dalam penguasaan pedagogi dan penggunaan ICT

sebagai satu dimensi baru dalam pengajaran pembelajaran bagi mencorakkan


kualiti budaya belajar yang lebih bermakna. Oleh kerana bidang ICT adalah
bidang yang sangat pesat berkembang, input tentang teknologi baru yang
mempengaruhi cara penggunaan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran
hendaklah diperkenalkan dari semasa ke semasa. Guru perlu diberikan
kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap
dan efektif. Satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap
penggunaan ICT ialah dengan menyediakan bengkel atau kursus ICT kepada
guru. Dengan adanya bengkel kemahiran ICT bagi para guru akan berupaya
meningkatkan efikasi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Membudayakan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dalan
pembelajaran
Perancangan jangka panjang untuk ICT hendaklah mengambil kira usaha
untuk membudayakan ICT dalam kalangan guru, murid serta pengurus
pendidikan. Pembudayaan ICT ini perlu dilihat berlaku dalam bentuk pelbagai
aktiviti yang berhubung dengan penggunaan ICT. Penerapan penggunaan
aplikasi ICT melalui perkakas yang disediakan memperlihatkan perlaksanaan
Sekolah Bestari nyata mencapai objektif dan juga matlamat yang disasarkan. Ini
meliputi sistem pengurusan, pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang
dipacu menggunakan aplikasi dan perkakasan ICT. Secara tidak langsung,
budaya memperkasakan ICT dapat diterapkan di kalangan para pelajar, guruguru sekali gus kepada masyarakat setempat.
Pihak pentadbiran sekolah sendiri perlu bertindak sebagai pemimpin perubahan,
penyokong kepada perkembangan staf dan menjadi model pengguna ICT yang
bijak kepada warga sekolah. Implementasi ICT di sekolah perlu merupakan satu
proses yang kompleks dan memerlukan perhatian yang serius dan kerjasama
dari semua pihak. Guru perlu digalakkan mengintegrasikan ICT pada setiap
kesempatan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sementara murid
digalakkan menggunakannya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

2.3 Penggunaan ICT secara optimum


Perancangan jangka panjang untuk ICT hendaklah mengambil kira usaha
untuk mengoptimumkan penggunaan ICT dalam kalangan guru, murid serta
pihak pentadbir sekolah. Penggunaan ICT secara optimum perlu dilaksanakan
dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, setiap kemudahan yang disediakan seperti komputer bimbit
dan kemudahan makmal komputer hendaklah dioptimumkan penggunaannya.
Jika sekolah mempunyai guru yang boleh dianggap berkemahiran dalam bidang
ini, amat wajarlah pihak sekolah mendapatkan perkhidmatannya untuk
melakukan latihan dalaman agar guru-guru lain akan turut dapat menjayakan
hasrat mengintegrasi dan membudayakan ICT dalam melaksanakan tugas
mereka. Pihak sekolah perlu berusaha menyediakan kemudahan ICT yang
terbaik untuk guru-guru dan murid-murid agar mereka dapat mengakses
maklumat dengan mudah bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
2.4 Kepentingan ICT dan peredaran zaman
Golongan pendidik harus melihat dari aspek positif mengenai keperluan
berinteraksi dengan teknologi terkini bagi membiasakan generasi yang akan
datang dengan cara hidup canggih di abad ke 21 nanti. Penggunaan
multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada guru dan
pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dan
bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang.
Terdapat kemungkinan dimana suatu masa nanti pengajaran tradisi yang selama
ini hanya menggunakan buku, kapur dan papan hitam akan diambil alih
fungsinya oleh computer dan teknologi lain yang setara dengannya.
Penggunaan ICT merupakan satu fenomena yang semakin berkembang dalam
aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung ataupun tidak. Dunia
pendidikan juga tidak terkecuali turut merasa bahang teknologi ini. Oleh itu,
semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan terutamanya para guru perlu
bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut dalam usaha

memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan, seterusnya


dapat berkembang maju seiring dengan keperluan masyarakat semasa.
2.5 Memberi info tentang kelebihan dan kekuatan penggunaan ICT
Untuk mencapai hasrat penggunaan ICT secara menyeluruh dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus diyakinkan bahawa terdapat
banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT. Penggunaan ICT dalam
bidang pendidikan dapat meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud
dalam pembelajaran tradisi yang sebelum ini terhad kepada penggunaan buku,
kapur dan papan hitam.
Dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan
maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Teks
isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula
menggunakan media-media yang lebih menarik serta mampu merangsang
minda dan menambah kefahaman pelajar. Soalan-soalan latihan turut dimuatkan
selepas pengajaran setiap tajuk agar pelajar dapat menilai kefahaman tahap
mereka, di samping memperkukuhkan pembelajaran. Peranan guru pula masih
kekal kerana tidak mungkin teknologi boleh menggantikan peranan yang
dimainkan oleh guru sepenuhnya. Ia hanya bertindak sebagai bahan bantu
mengajar bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
bermakna.
2.6 Perlu inisiatif sendiri untuk pelajari ICT
Untuk terus kekal maju dalam pengintegrasian ICT ini, guru perlu
mempunyai

inisiatif

sendiri

untuk

mempelajari

kemahiran-kemahiran

mengintegrasikan ICT secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.


Tahap

ilmu

dan

kemahiran

guru

itu

akan

mempengaruhi

minat

dan

keupayaannya untuk merubah amalan pengajaran dan pembelajaran sedia ada


dan membawa amalan tersebut ke peringkat yang lebih berkualiti lagi

Guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu


pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan pembelajaran bestari. Antara
kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah dapat membina atau
membangunkan perisisan pendidikan bersifat multimedia dan interaktif untuk
kegunaan pengajaran di dalam bilik darjah. Ini kerana teknologi multimedia
mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri dalam mengukuhkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
3.0 Pengalaman menyediakan bahan bantu mengajar multimedia yang
interaktif.
Apabila dikehendaki untuk menyiapkan satu bahan pembelajaran
multimedia interaktif yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia,
saya berasa susah hati disebabkan belum mahir menggunakan multimedia yang
telah dipelajari sewaktu dalam kelas. Walaupun begitu, dengan adanya
pengetahuan asas serba sedikit tentang multimedia, menambahkan sedikit
keyakinan saya untuk menyiapkan bahan pembelajaran multimedia interaktif ini.
Tambahan lagi dengan tunjuk ajar daripada pensyarah, dan bantuan rakan-rakan
yang agak mahir dalam penggunaan multimedia, saya berpeluang menimba
serba sedikit pengetahuan dalam menyiapkan tugasan yang dikehendaki.
Walaupun susah, tetapi perasaan teruja dalam melaksanakan tugasan tetap ada.
Inilah masanya untuk mempraktikkan pengetahuan multimedia yang telah
dipelajari sama ada secara formal ataupun tidak. Tugasan yang diberikan ini
pada saya merupakan suatu peluang untuk merasai pengalaman menyiapkan
satu bahan pembelajaran multimedia interaktif. Dengan adanya kerjasama dan
sokongan daripada rakan sekumpulan, sedikit sebanyak dapat membantu
melancarkan proses penyediaan koswer tersebut. Proses menyiapkan bahan
pembelajaran multimedia interaktif, walaupun sukar untuk melakukannya tetapi
menjadi

pengalaman

pembelajaran

yang

multimedia

sangat

interaktif

berguna.
dengan

Menyediakan
gabungan

satu

pelbagai

bahan
elemen

multimedia menghasilkan suatu bahan pengajaran yang menarik. Di samping

menghasilkan satu persembahan pengajaran yang menyeronokkan, akan dapat


menarik perhatian pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.
ii) Pengalaman anda melaksanakan strategi pengajaran yang inovatif
Perlaksanaan Inovasi Di Dalam Bilik Darjah (PowerPoint Interaktif)
1.0 Kelebihan Penggunaan inovasi PowerPoint Interaktif Dalam Bilik Darjah
Pada zaman sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi tidak perlu
diperkatakan lagi. Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui
kepentingannya. Sama ada dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan
dan sebagainya. Namun, sejauh manakah teknologi maklumat dan komunikasi
ini digunakan secara maksimum oleh para guru di sekolah sebagai bahan
mengajar di kelas.
Kebanyakan bahan mengajar berteraskan ICT agak jarang digunakan kerana
tidak berapa mesra pengguna dan, kandungan yang kurang sesuai dengan
budaya pembelajaran di sekolah dan sebagainya. Selain itu, bahan mengajar
berteraskan ICT banyak dibina oleh pihak luar dan kurang menepati citarasa
guru serta murid di sekolah. Ada kalanya terlalu canggih sehingga sukar
dipelajari dan digunakan di sekolah.
Justeru, satu inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru di
sekolah untuk menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah
dan ringkas. Seperti yang telah diketahui, perisian Windows PowerPoint sering
digunakan untuk membentangkan teks dan gambar

atau sebagai pengganti

kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak dinafikan kebanyakan guru
hari ini menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam kelas. Namun, ianya
bersifat statik dan berpusatkan guru.
Sebenarnya, perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk
menghasilkan perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian

yang dijual di kedai. Cuma ianya perlu sedikit masa untuk dipelajari oleh guru.
Tambahan pula, perisian ini mampu menjimatkan kos dan boleh dilakukan oleh
guru sendiri ketika di rumah atau sekolah.
Berbanding perisian yang dibeli dari luar, ianya tidak boleh diubah suai atau
ditambah untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid di sesebuah
sekolah. Tentulah keadaan ini menyukarkan guru sekiranya perisian tersebut
tidak sesuai untuk muridnya. Selain itu, perisian dari luar juga bersifat universal
dan umum kerana dibina untuk pasaran seluruh negara. Justeru, kemungkinan
ianya tidak selaras dan tidak ada perkaitan dengan persekitaran murid-murid.
Bagaimana murid hendak menggabungkan pengalaman sedia ada dengan
perkara yang dipelajarinya sekiranya bahan pembelajaran tiada unsur kesamaan
dengan persekitaran mereka.
Dengan adanya inovasi perisian PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah bebas
merancang, mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik perisian
tersebut di sekolah. Sebagai guru, sudah tentulah mereka lebih faham dan tahu
kehendak serta keperluan murid mereka. Maklum balas murid juga boleh diambil
dan dibuat refleksi terhadap perisian tersebut.
Alam pekerjaan zaman sekarang yang memerlukan kemahiran dalam bidang ICT
terutamanya komputer. Justeru, adalah amat baik sekiranya murid-murid
didedahkan dengan ICT sejak sekolah rendah supaya mereka sudah biasa
dengannya. Apabila mereka sudah terbiasa sejak kecil dan dibekalkan dengan
kemahiran ICT, ianya berguna apabila mereka melangkah ke pusat pengajian
tinggi dan alam pekerjaan.
Globalisasi yang melanda dunia pada zaman sekarang menjadikan perkongsian
ilmu menjadi mudah. Bahan inovasi seperti PowerPoint interaktif ini boleh
dijadikan contoh serta dikongsi dengan mudah melalui softcopy. Bahan softcopy
ini boleh dipindahkan melalui emel atau salinan dalam cakera keras. Dengan itu,

guru di tempat lain juga dapat berkongsi dan menggunakan bahan inovasi ini.
Manfaat dapat dikongsi dengan mudah dan cepat.
2.0

Kelemahan Penggunaan inovasi PowerPoint Interaktif Dalam Bilik

Darjah
Walaupun bahan pengajaran berasaskan ICT memberi pelbagai
kelebihan dan kemudahan kepada proses pembelajaran dalam kelas, namun
ianya juga mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh kerana bahan berasaskan ICT
memerlukan peralatan elektronik seperti komputer, projektor dan monitor,
kebarangkalian untuk peralatan tersebut rosak, gagal berfungsi adalah tinggi. Ia
boleh menjejaskan kelancaran pengajaran guru dan kegagalan untuk mencapai
objektif pembelajaran.
Kepelbagaian latar belakang murid juga memberi kesan kepada penggunaan
ICT dalam bilik darjah. Tidak semua murid mempunyai asas komputer yang baik.
Bagi murid yang lahir daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan, luar
bandar dan pedalaman, komputer merupakan sesuatu yang asing. Justeru,
adalah sukar untuk murid sebegini mempelajari sesuatu menggunakan bahan
berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak mampu
mempelajarinya berbanding rakan mereka yang lain.
Seterusnya, kebanyakan bahan pengajaran berasaskan ICT mempunyai unsur
permainan, hiburan dan multimedia. Pada awalnya ia dibuat untuk meransang
minat murid. Tetapi, murid pada peringkat umur kanak-kanak biasanya
mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Mereka akan mudah leka dan
ketagih dengan unsur permainan tersebut sehingga menjejaskan pembelajaran
mereka.
Kemudian, bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya kurang memberi
pengalaman sebenar kepada murid. Hal ini kerana kebanyakan bahan
berasaskan ICT hanyalah sebagai simulasi, contoh dan gambaran, bukannya

keadaan sebenar di dunia realiti. ICT mungkin tidak mampu memberi kesan
pembelajaran seperti mana pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih berkesan
dalam membina pengetahuan berasaskan pengalaman sebenar.
Jika pembelajaran menggunakan komputer dilakukan, kesan buruknya ialah
murid belajar secara pasif dengan hanya duduk di hadapan komputer.
Komunikasi antara murid dengan guru dan murid dengan murid mungkin tidak
berjalan dengan baik. Murid akan terlalu asyik dengan perisian komputer tanpa
menghiraukan arahan guru dan komunikasi dengan rakan mereka. Hal ini sudah
tentu menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi mereka di sekolah.
Kesan negatif kepada guru pula ialah apabila mereka mahir menggunakan ICT,
mereka akan mula mengambil mudah semasa membina bahan pengajaran.
Bahan sedia ada akan hanya diubah mengikut keperluan subjek. Hal ini sudah
tentu membantutkan pemikiran kreatif dan kritis guru dalam menghasilkan bahan
pengajaran. Walhal, sumber bahan pengajaran adalah pelbagai, bukan hanya
tertumpu pada ICT semata-mata.
Apabila ICT diberi tumpuan secara berlebihan, makan kaedah pengajaran guru
tidak pelbagai. Jika dilihat kaedah pengajaran biasa dan konvensional juga
mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak harus dibuang begitu sahaja.
3.0 Pelaksanaan Inovasi Dalam Bilik Darjah
Seterusnya, mari kita bincangkan tentang huraian pelaksanaan inovasi ini
dalam bilik darjah. Perisian inovasi ini memerlukan bilik darjah atau makmal
komputer yang lengkap dengan komputer. Sekiranya bilangan komputer terhad,
ia masih boleh digunakan. Keperluan asas peralatan komputer seperti tetikus,
papan kekunci dan pembesar suara diperlukan. Untuk pengetahuan, perisian
inovasi ini hanya menggunakan perisian Microsoft Power Point dan tidak
memerlukan proses install yang kadang-kala merumitkan. Perisian ini hanya

memerlukan guru copy and paste dalam komputer. Perisian yang tidak
memerlukan proses install boleh menjimatkan masa dalam kelas.
Perisian ini memanipulasi fungsi hyperlink, command button, text box dan
animation untuk menghasilkan slide yang interaktif dan mewujudkan hubungan
dua hala dengan pengguna. Bahan audio dan video diselitkan dalam PowerPoint
untuk meransang minat dan deria murid.
Semasa digunakan dalam bilik darjah, guru boleh membahagikan murid kepada
kumpulan atau individu. Dalam perisian PowerPoint ini, terdapat unsur
multimedia seperti gambar, video, audio dan animasi. Terdapat juga butangbutang akses (button) untuk memudahkan murid meneroka perisian ini. Setiap
fakta dan maklumat isi pelajaran yang perlu diingat murid, disusun secara
tersembunyi supaya murid mencari sendiri. Kaedah ini bertujuan agar murid
mudah menghafal dan faham perkara yang dipelajari.
Jika dilihat sebelum ini, semasa guru menggunakan PowerPoint dalam kelas,
murid menunjukkan reaksi teruja. Namun, murid jarang diberi peluang untuk
mencuba sendiri PowerPoint tersebut. Justeru, dengan adanya perisian ini, ia
dapat memberi peluang murid merasai sendiri pengalaman belajar yang
menyeronokkan. Murid dibiarkan bermain, mencuba, menjawab dan meneroka
sendiri perisian inovasi ini.
Kemudian, perisian ini membahagikan isi pelajaran mengikut tajuk dan bahagian.
Ianya dibuat berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini. Murid akan
mempelajari setiap tajuk dengan teratur seperti yang dirancang oleh guru. Pada
akhir bahagian diselitkan dengan soalan-soalan ujian pemahaman. Soalan
pemahaman dibuat secara menyeluruh oleh guru mengikut tahap dan
kemampuan murid. Di sini guru boleh memantau terus perkembangan murid.
Memandangkan perisian ini hanya menggunakan PowerPoint dan boleh diubah
bila-bila masa, guru boleh menambah atau mengubah soalan yang lebih sesuai
dengan murid sekiranya murid gagal atau tidak faham.

Perisian inovasi ini memerlukan murid meneroka sendiri pengetahuan, maka


ianya dapat membantu murid yang pasif dan pemalu dalam kelas untuk belajar
dengan lebih berkesan. Seterusnya motivasi murid juga semakin bertambah
baik. Hal ini menepati matlamat penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Selalunya, apabila dalam kelas murid kurang berkeyakinan untuk mencuba
sesuatu perkara. Dengan adanya inovasi ICT ini, ianya dapat membantu murid
mencuba dan melakukan perkara yang sukar dilakukan semasa proses
pengajaran guru biasa. Hal ini memupuk nilai yakin diri dan keberanian murid
semasa proses pembelajaran.
Akhir sekali, semasa ia dilaksanakan dalam bilik darjah guru boleh memasukkan
sedikit pengisian tentang kemahiran asas menggunakan komputer seperti belajar
menaip, menggunakan tetikus dan sebagainya. Walaupun kemahiran ini nampak
remeh, namun ianya tetap memberi kesan kepada murid dalam membiasakan
diri mereka dengan komputer.
4.0 Penutup
Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajran
yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan
komputer di sekolah pada tahun 70-an dan 80-an tidak begitu berjaya kerana
anggapan bahawa sebuah komputer mampu membawa keajaiban di dalam bilik
darjah tidak berasas. Namun begitu, minat terhadap integrasi multimedia dan
pendidikan tidak lenyap.
Tumpuan kepada multimedia interaktif terus berkembang. Kehadiran teknologi
multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kajian lepas
juga membuktikan bahawa pelajaran akan tersimpan diingatan lebih lama
apabila lebih daripada satu deria dilibatkan semasa pengajaran berlaku.

Rujukan
Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Esah Sulaiman. (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan, Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mok Soon Sang. ( 2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Puan Rozita Binti Mokhtar, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad,
Zuraidah A. Rashid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Puan Rozita Binti Mokhtar, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.
(2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noraini Idris, Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan
Praktis. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon.

(2010).

Asas

Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.


Zainal bin Haji Bujang. (2008). Guru Bestari Pelajar Jauhari. Kuala Lumpur : AlHidayah Publication.

You might also like