You are on page 1of 3

2.

0 CIRI-CIRI GURU BERKUALITI Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai
sifat (unsure,tanda) yang khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang
lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau
kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciriciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas,
dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi
keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran,
kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru
berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah: 2.1 Bertindak
sebagai penyebar ilmu Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid
dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam
kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited
pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap
membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya.
Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap
konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat
menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang
berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar
yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi
pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi
mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa. 2.2 Bertindak sebagai Pembentukan
Nilai / Role Model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu
benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk
memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai
yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik
dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.
Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru
menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh
guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee
Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para
pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa
ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. 2.3
Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor
Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan
membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan
ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru
sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir,
memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari
pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu
yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran
sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi
kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar
mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan
salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras

dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup. 2.4 Mengamalkan kemahiran
profesional Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang
mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan
peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran,
berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan
ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang
bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah
kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik
menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk
belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era
globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada
pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia). 2.5 Bersifat profesional
dan peka dengan segala perkembangan pendidikan Craft (2002) menyarankan
bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap
inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti
perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan
pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru
hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet
untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi
pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet
sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam
bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan
meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word
processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur
a/p Joginder Sigh, 2007). 2.6 Mengamalkan pengajaran efektif Mak Soon Sang (2007)
mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan
penilaian pengajaran. 2.5.1 Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990)
menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan,
pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu,
mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang
diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat
ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif
pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus
mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan
suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan
kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang
berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin
keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. 2.5.2
Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam
pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas
seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan
pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan
bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat
penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan
keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian

dalam rancangan mengajar. 2.5.3 Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan Ismail (1985)
dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam
pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat
yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam
Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan
menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan
menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman
pembelajaran kepada masing-masing. 3.0 KESIMPULAN Oleh itu dalam menuju
pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan
pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih
tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah
bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,
mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan
mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk
menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi
yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan
komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.
Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para
pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu
menghadapi alaf baru, abad ke-21

You might also like