You are on page 1of 2

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA DALAM

KESULTANAN MELAKA
Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka ada 6 iaitu :
1) Wilayah Pengaruh
2) Kedaulatan
3) Keunggulan Undang-Undang
4) Rakyat
5) Lambang-Lambang
6) Kerajaan
1. WILAYAH PENGARUH - Kawasan tempat tinggal , sempadan yang diterima
umum. merujuk kepada kawasan yang menerima memperakui pemerintahan
seorang raja. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan
keseluruhan semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera

2. KEDAULATAN - Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat di sebuah wilayah. Negara


berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya dan bebas daripada campur
tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing

3. KEUNGGULAN UNDANG-UNDANG - Penguatkuasaan undang-undang secara


formal untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan.
Undang-undang dicipta untuk memerlihara keamanan dan melindungi rakyat.
Zaman Melaka ada 2 sumber undang-undang bertulis iaitu HUKUM KANUN
MELAKA dan UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

4. RAKYAT- seluruh penduduk bagi wilayah;mereka terikat kepada undang-undang


peraturan dalam wilayah tersebut

5.LAMBANG-LAMBANG

- Simbol atau tanda yang mempunyai identiti sesebuah

negara.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara
dan bangsa.
Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam
merupakan warisan yang dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka.
Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat
regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana
.,

NOBAT

6.KERAJAAN

- Badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran,

menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan


diplomatik dengan negara lain.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah
tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana

SOALAN
Huraikan sumber undang-undang dalam kesultanan melayu Melaka. ( 6m )

-Sumber undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka:Hukum


Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka
Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja,
pembesar dan pantang larang dalam kalangan masyarakat
Undang-undang Laut Melaka mengandungi tatacara pelayaran di laut.

You might also like