You are on page 1of 6

PENGURUSAN BILIK DARJAH: SATU KAJIAN LITERATUR RINGKAS.

2.1 Pengenalan Tinjauan literatur dijalankan bertujuan untuk mengkaji proses dan prosedur dalam
aspek pengurusan bilik darjah yang diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Telah banyak kajian
yang dijalankan oleh pelbagai pihak antaranya oleh para guru yang menyambung pelajaran di bawah
Program Pensiswazahan Guru(PPG) sama ada secara jarak jauh atau sepenuh masa.
2.3 Konsep Bilik Darjah Semasa di sekolah, para guru menghabiskan sebahagian besar masa mereka di
dalam bilik darjah. Pernahkah kita terfikir apa itu sebenarnya bilik darjah? Besar kemungkinan ada yang
akan mengatakan bahawa bilik darjah ialah bilik buru mengajar dan murid belajar. Ya, itulah gambaran
paling mudah tentang bilik darjah. Ia merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh
seorang guru. Menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima
pendidikan atau latihan. Sebaliknya, guru bermakna seseorang yang:
(a)

Mengajar murid-murid di sekolah atau di institusi pendidikan, atau

(b) Menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya pos.
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau
menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada
pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin
merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Susunan fizikal biluk darjah boleh memberi
sumbangan dari segi kawalan, pembelajaran, perhubungan guru dan murid, juga antara murid dengan
murid dan keseronokan bekerja bersama-sama.
2.4 Konsep Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses untuk
memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang
sama berlaku gangguan daripada timgkah laku murid. Ramai yang mengatakan pengurusan bilik
darjah merupakan aspek yang paling sukar. 36% guru di Amerika menyatakan bahawa mereka tidak
akan menjadi guru sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah.
(laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981). Malah Maskowitz dan Hayman
(1976) pernah menyatakan sekali guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih
sukar untuk dapat dikawal semula. Secara umumnya pengurusan bilik darjah bolehlah diumpamakan
seperti pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur
dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan
pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah. (Lemlech, 1988). Namun begitu pengurusan bilik
darjah yang berkesan dan berjaya menurut Anderson (1989) ialah tingkah laku yang menghasilkan
penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku
pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang
efisen. 2.4.1 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah Di dalam mengurus bilik darjah seseorang
guru berperanan besar bagi memastikan suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai
untuk dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru
adalah begitu rumit. Dia perlu mewujudkan suasana yang penuh kemesraan dan dan kasih sayang di
dalam bilik darjah. Seorang murid memerlukan kasih sayang. Seseorang guru yang cekap
pengajarannya tetapi tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan kasih sayang masih tidak dapat
memenangi hati murid-muridnya.
a)
Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di dalam bilik
darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu
mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta mengenali mereka. Dengan
memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk merancang dan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran.
b)
Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif. Usah
dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak akan
mengganggu tumpuan murid untuk menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik darjah dan
soal kebersihan perlu diberi perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik darjah
mestilah sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru. Kecekapan guru dalam
mengurus penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti seperti
menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan
bantu mengajar, mengutip dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran, menyediakan berbagai
rekod, menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makan Tambahan dan sebagainya. Dengan
adanya rutin ini, segala aktiviti di dalam bilik darjah akan dijalankan dengan lebih teratur. Proses
pembelajaran tidak akan terganggu dan proses pengajaran akan dapat disampaikan dengan lebih
berkesan.

c)
Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjahnya, seseorang
guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru, sebagai
perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu pelajaran serta kaedah pengajaran yang akan
digunakan. Guru hendaklah mengambil kira kebolehan dan minat murid-murid ketika membuat
perancangan pengajaran. Di peringkat ini, guru juga merancang tentang cara menilai muridnya sama
ada menggunakan ujian, lembaran kerja atau pun projek.
d)
Malah guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa di dalam kelas apabila
berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid yang datang untuk bertanya tentang pencapaian
anak-anak mereka. Guru perlu melayan ibu bapa atau penjaga murid sebagai pelanggan yang inginkan
maklumat tentang pencapaian anak-anak mereka selepas sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan.
e)

Terkini, guru perlu merefleksi akan amalan pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka
jalankan bagi mencari kelemahan untuk diperbaiki dan dipertingkatkan lagi supaya hasilnya benarbenar menepati objektif yang telah ditetapkan. 2.5 Amalan Pengurusan Bilik Darjah

2.5.1 Merancang Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau
sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah.
Dalam membuat perancangan pengajaran guru akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang
hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi
menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Selain perancangan pengajaran, guru juga
merancang disiplin dan pengurusan bilik darjah yang baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat
berlangsung dalam keadaan yang tenteram. Guru perlu memikirkan cara-cara untuk mengurangkan
masalah disiplin seperti menggalakkan aktiviti yang bermakna serta menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti
baru boleh menimbulkan unsur suspens dan mengagumkan. Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan
bahawa kejayaan atau kegagalan satu-satu pelajaran atau kegiatan di dalam bilik darjah amat
bergantung kepada perancangan teliti yang dibuat oleh seseorang guru.
2.5.2 Mengurus Guru juga boleh bertindak sebagai seorang pegurus yang cekap.
Ini penting bagi mewujudkan keadaan yang tenteram, kerana keadaan yang tenteram adalah
selesa untuk pembelajaran. Sebagai pengurus guru akan memastikan segala kegiatan harian seperti
menanda kedatangan dan mengedar serta mengumpul buku-buku latihan dijalankan dengan teratur.
Sebagai pengurus, guru juga menentukan bahawa susunan meja dan kerusi adalah sesuai bagi muridmuridnya. Masalah seperti halangan kepada penglihatan murid-murid yang lain hendaklah dielakkan.
Penyusunan tempat duduk murid-murid mengikut kumpulan akan memudahkan interaksi antara guru
dengan murid serta antara murid dengan murid. Selaku pengurus yang baik, guru hendaklah
mendengar masalah murid dan sentiasa memotivasikan orang yang dijaganya. Dia hendaklah berusaha
untuk menggerakkan muridnya supaya mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi.
Pengurus yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah
jagaannya. Oleh itu, sebagai pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin kendri di
kalangan murid-muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran-pembelajaran.
2.5.3 Mengelola Selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang juga pentingnya.
Sebagai pengelola, guru menjalankan tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah:
1-

Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.

2-

Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid.

3-

Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan mencukupi.

4Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian dalam perbincangan


seperti sesi buzz dan sumbangsaran.
5Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar.
6Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah
serta boleh dipercayai. Sebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi
menjamin pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan.
2.5.4 Mengarah Dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari dari memimpin dan
memberi arahan. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya dan
berkesan bagi memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran benarbenar memberi erti kepada muridmurid yang diajarnya. Field (2004) menyamakan peranan guru

dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah
kapal di mana guru adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai
pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil
yang dipimpinnya.
2.5.5 Mengawal Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi
peranan yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran. Keupayaan
seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan
yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah benarbenar kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna ada berjaya
mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk
berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran. Guru juga dikaitkan dengan
orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk
strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, guru harus berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau
sikap agar sesuatu matlamat tercapai.
2.6 Model Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting
dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk
pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin
pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan
penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra.
Terdapat beberapa model yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya yang
akan dibincangkan ialah:
2.6.1 Modifikasi Tingkah Laku Mengikut kamus Dewan Edisi ke-4 modifikasi ertinya proses
(perbuatan atau tindakan) mengubah sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai dengan
keperluan. Guru mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif.
Pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan lahirnya tingkah laku positif.
Cth: jadual tugas harian yang disediakan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan mendisiplinkan
murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
2.6.2 Model Disiplin Asertif Canter Model ini menekankan hubungan yang positif antara guru dan
pelajar. Di mana guru menerangkan kehendak dan peraturan yang diingini kepada pelajar. Penerangan
ini penting kerana setiap tingkah laku pelajar ada memberi kesan sama ada positif atau negatif.
Dengan kata lain model ini mengutamakan kepentingan disiplin di dalam bilik darjah. Matlamat utama
model ini adalah berlandaskan kepentingan pematuhan pelajar di dalam bilik darjah supaya dapat
membentuk satu suasana belajar yang kondusif serta berkesan untuk pembelajaran. Aspek pengurusan
bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas) oleh itu guru perlu bertindak
menjadi guru asertif. Terdapat beberapa prinsip model yang dilaksanakan dalam model Canter:

Guru perlu memberi peneguhan terhadap tindakan pelajar dengan wajar.

guru harus merangka sistem dendaan dan ganjaran yang boleh dijadikan rujukan murid
mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Pandangan Canter adalah untuk mengawal dan mengajar
dengan berkesan, seseorang guru perlulah bersifat tegas. Mengikut disiplin Canter guru ada kuasa
untuk menetapkan peraturan di dalam bilik darjah dan mengorganisasikan satu perjumpaan dengan
pelajar untuk jelaskan peraturan yang perlu dipatuhi. Jika terdapat peraturan bilik darjah yang
dilanggar, guru perlu mengambil tindakan bilik darjah dengan serta merta.
2.6.3 Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs Model ini menekankan kepentingan guru
memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga
disiplin di dalam bilik darjah. Guru perlu mengenalpasti punca salah laku murid, disamping itu murid
perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Murid juga perlu dilatih untuk
mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Secara keseluruhannya, murid
dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan
demokrasi dapat diaplikasikan. Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:
mendapatkan perhatian
mencabar kuasa
membalas dendam
mempamerkan kekurangan Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku

berkomunikasi perkara yang positif


galak peningkatan murid
kenal pasti kelemahan murid
belajar daripada kesilapan
percaya kebolehan murid
bekerjasama
rasa bangga pencapaian murid
optimis
beri galakan dan motivasi
2.6.4 Terapi Realiti Glasser Model Terapi Realiti ini diasaskan oleh William Glasser(ahli psikologi)
pada tahun 1950-an.
Beliau telah banyak menulis serta mengemukakan pendapat mengenai isu-isu pendidikan dan
disiplin. Buku pertama beliau bertajuk Reality Theraphy: A New Approach to Psychiatry yang
memperkatakan tentang terapi realiti. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang
ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat oleh individu pula
berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka. Menurut Glasser, masalah tingkah laku yang berlaku di
dalam bilik darjah adalah akibat dari rasa bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam
bilik darjah, keadaan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka
di sekolah. Antara keperluan asas murid ialah :
a)

kasih sayang

b)

mempunyai kuasa dan kawalan

c)

kebebasan

d)

keseronokan

Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kauseling untuk membantu individu meneroka
kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan
tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Melalui terapi realiti, guru dapat: membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan. - pastikan akibat realiti atau dipilih
oleh murid. - kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku. bertindak sebagai pembimbing murid. Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam
memenuhi keperluan mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kurikulum yang berkualiti
akan meningkatkan mutu pendidikan kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan,
permulaan pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri
peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka apa yang diajar. Kualiti pengajaran
persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan
pengarah tugasan-tugasan pengajaran dan pembelajaran perlu yang berkaitan dengan kehidupan
seharian murid berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik beri peluang kepada
murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya Guru yang membimbing akan:
memahami murid menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan berbincang dengan murid
menggalakkan murid meneroka p&p menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran Membina bilik darjah yang
berkualiti tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan
baik mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian bina hubungan dengan
guru murid peraturan kelas elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda,
mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah pengetahuan kompentensi kualiti
penilaian kefahaman dan penggunaan
2.6.5 Model Pengurusan Kelompok Kounin
(1970) Model pengurusan kelompok kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan guru yang
teliti terhadap aktivit-aktiviti dalam bilik darjah. Ia mencadangkan teknik dan strategi yang proaktif
bagi menggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial dan akademik yang baik. Diperkenalkan
supaya pelajar melibatkan diri dan mengurangkan ganguan dalam kelas dan membuktikan bahawa
teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru lebih penting berbanding personaliti guru dalam
aspek pengurusan bilik darjah. Model ini memberi fokus kepada pencegahan disiplin dengan
menggunakan strategi dan teknik untuk mengelakan kesalahan tingkah laku pelajar. Ia direka untuk
mencegah masalah di peringkat permulaan. Kounin menyatakan pengurusan kelas yang baik

bergantung pada pengurusan kelas yang berkesan. Kajian ini telah menemukan istilah ripple effect.
Ripple effect ialah teguran dan tindakan guru terhadap pelajar yang melakukan kesalahan akan
mempengaruhi pelajar lain. Beliau menjelaskan guru yang efektif adalah guru yang menghalang dari
berlakunya masalah pengurusan bilik darjah. Teori Kounin : 2.6.5.1 Kesedaran dan kepekaan
(Withitness) q Kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan dalam bilik darjah. q guru
bertanggunjawab memerhatikan sikap pelajar dalam kelas. q guru mesti mengetahui perkara asas
berkenaan murid.
( contoh: nama, hobi, kekuatan dan kelemahan) q Guru perlu menggunakan
teknik non-verbal (bahasa badan). 2.6.5.2 Pertindanan (Overlapping) q Menangani lebih daripada
satu situasi dengan serentak (pertindihan). q Guru boleh mengawal kelas dalam 2 situasi berbeza
dalam satu masa.
Contoh: Mariam, teruskan dengan pembacaan awak, Azizah sila beri
perhatian dan
jangan bercakap. 2.6.5.3 Kelicinan (Smoothness) q Guru memberi
peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau member pendapat berkenaan dengan pengajaran.
q Guru dapat menilai tahap pengajaran berdasarkan soalan dan komen yang diberikan. q Guru
sebagai fasilitator semasa kerja berkumpulan dan memberi cadangan kepada pelajar jika diperlukan.
2.6.5.4 Momentum q Guru memulakan pengajaran yang menarik, lancar serta membuat rumusan di
akhir pengajaran dengan berkesan. q Mengambil kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan
pelajar. q
Menerangkan konsep terlebih dahulu supaya pelajar faham. 2.6.5.5 Kepekaan
Kelompok/Kumpulan
Perhatian kumpulan(Group alerting) :
Pelajar lain memberi perhatian
semasa rakan memberi penerangan.
Menggalakkan akauntabiliti(Encouraging accountability) :

Memberitahu pelajar bahawa mereka diperhatikan dan akan dinilai.


Format penyertaan
tinggi(High participation format)
Mentakrifkan tingkah laku pelajar apabila mereka tidak
menjawab soalan guru secara langsung. 2.7 Masalah dan Halangan Pengurusan Bilik Darjah Bilik
darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana
murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah
boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Kemahiran
guru dalam memanipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan
dan menarik untuk keperluan pelajar. Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang
penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk
terus berjaya dalam pelajaran. Namun terdapat beberapa masalah dan halangan yang sering
mengganggu dalam pengurusan bilik darjah. Masalah dan halangan ini dapat dibahagikan kepada
beberapa kategori iaitu masalah disiplin, tingkah laku, komunikasi dan interaksi. Disamping itu terdapat
beberapa faktor yang menjadi halangan kepada pengurusan disiplin bilik darjah iaitu hubungan ibu
bapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan murid dan
salah laku yang tidak dijangka. Berikut pecahan atau huraian tentang masalah disiplin yang bersifat
disruptif seperti tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap, makan dan tidur didalam
kelas, keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran, lewat masuk kelas, tidak membawa buku latihan/teks,
menunjukkan sikap biadap terhadap guru, membuli, melepak, berlari, menjerit di koridor. Termasuk
juga dalam kategori kesalahan disiplin ialah masalah masalah kekemasan diri contohnya tidak
memakai lencana, tanda nama, stoking, kuku panjang, warna rambut dan pelajar lelaki berambut
panjang. Selain dari disiplin, soal tingkah laku di dalam bilik darjah juga merupakan masalah dan
halangan dalam pengurusan bilik darjah. Menurut Shrigley (Levin & Nolan, 2004) apa jua tingkah laku
yang mengganggu pengajaran guru atau bersifat tidak selamat dari segi psikologi mahupun fizikal
ditakrifkan sebagai tingkah laku distruptif. Justeru perbuatan seperti kurang memberikan perhatian,
hiperaktif, pendiam, sensitif, apati (tidak kisah kepada arahan guru), sikap melengahkan dan sambil
lewa, gemar bercakap, menganggu rakan, membuli, berbohong, menipu, menimbulkan kekecohan
dalam bilik darjah, kurang sopan, mencuri, merosakkan harta benda dan mudah marah dan agrasif.
Manakala tingkah laku distruktif pula ialah permusuhan nyata, vandalisme, kumpulan liar, klik atau
geng. Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga berlaku
mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang
disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek telah menyebabkan
pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup terhadap subjek tersebut. Pelajar enggan mendengar
pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek tersebut. Contohnya pelajar
itu tidak suka kepasa subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah kerana terpaksa menanamkan
minat kepada setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain
itu masalah bahasa juga menyumbang masalah komunikasi. Contohnya seorang guru Melayu mengajar
di sekolah kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau India. Pelajar tersebut tidak dapat memahami
bahasa Melayu yang digunakan oleh guru dengan sepenuhnya. Pembelajaran dan pengajaran juga
tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya terdapat masalah dalam cara mewujudkan interaksi
yang berkesan dalam bilik darjah. Interaksi boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak
bertindak balas. Sebagai contoh, bila guru berkomunikasi secara lisan atau melalui media, interaksi
berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia hanya berinteraksi dengan sebuah
komputer. Pelajar mengalami masalah takut untuk berbincang dalam bilik darjah atau pun mereka tidak
berminat dengan topik perbincangan guru. Selain itu guru tidak dapat memadankan bahan bahan
pelajaran yang sesuai dengan umur kognitif para pelajar. Guru terlalu mengikut sukatan pelajaran dan
mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar
tidak dapat menyertai dalam proses interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran

Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang selesa. Keadaan
bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak
mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan
kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menumpukan
perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang
mendorong kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan
baik apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan
pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh
guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang
tertinggal atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang
mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan
bergerak ke sana sini. sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy
Nesamalar Samuel) 2.8 Kesimpulan Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa
perancangan. Setiap aktiviti pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai
aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Jelaslah
bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran,
kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat
bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih
dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH
(Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan
membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang. Kepimpinan
bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sebuah
bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru
harus bertindak termasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan
penyelesaian masalah dalam menuju ke arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan. Timbul satu
persoalan di sini: Patutkah kepimpinan bilik darjah ini diperluas dan dikembangkan di kalangan guru
untuk menjayakan program pendidikan kita? Ini adalah persoalan yang belum dijawab lagi, yang
membuka ruang yang luas kepada setiap individu guru untuk membuat kajian lanjut. RUJUKAN
Banathy, B. H. (1991). Systems design of education: Ajourney to create the future.Englewood. Ahmad
Zabidi Abdul Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 19 3, Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya
Terhadap Motivasi Pembelajaran, 128- Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya. Chew Fong Peng &
Abdul Jalil Othman, 2008, Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah
Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia. Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (Phd), 2012
Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mohd Hasani Dali &
Mohamad Johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman,
Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161 188. ISBN 978983-3850-54-9.
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

You might also like