You are on page 1of 4

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran

: Sains

Kelas

: Tingkatan 3

Tempoh

: 80 minit

Tajuk

: 8.0: Penjanaan Elektrik, 8.2-Transformer.

Objektif Pembelajaran

: Membina transformer ringkas.

Hasil pembelajaran

: Pada akhirnya, pelajar dapat membina transformer menggunakan bahan


yang disediakan. ( Aplikasi)

Pengetahuan Sedia Ada

: Pelajar telah mengetahui dan memahami struktur asas transformer.

Alat Bantu mengajar

: Bekalan kuasa bervoltan rendah dengan suis, mentol 3.8 V, sepasang teras
besi lembut berbentuk C dengan klip, wayar penyambung.

Nilai murni dan sikap saintik

: Minat dan ingin tahu tentang alam sekitar.

Langkah keselamatan

: Jangan pegang wayar dengan tangan basah.

Strategi PdP

: Eksperimen (Inkuiri Terbuka-Mencipta)

FASA/MASA
Fasa 1

CADANGAN AKTIVITI
-

CADANGAN KOMUNIKASI

Guru memperkenalkan bahan-

Teknik menyoal : Inkuiri terbuka

Langkah : Set

bahan yang akan digunakan semasa

S1: Namakan bahan yang

induksi

aktiviti.

ditunjukkan.

( 10 minit )

Respons : Bekalan kuasa bervoltan


rendah dengan suis, mentol 3.8 V,
sepasang teras besi lembut berbentuk
C dengan klip, wayar penyambung.

Kandungan

1. Guru membahagikan pelajar

S1: Sila bincang suatu model yang

Langkah 1 :

kepada kumpulan.
( 1 kumpulan 6 orang )
2. Setiap kumpulan berbincang dan

sesuai menggunakan bahan yang

( 30 minit )
Eksperimen
membina
transformer

menjalankan aktiviti dalam


kumpulan masing-masing.

diberi.
Respon : Pelajar berbincang dan
membincangkan jawapan dengan
guru.
S2: Sila bina suatu model tersebut.

Respon: Pelajar mula membina


Langkah 2 :

1. Guru menjalankan sesi

model dalam kumpulan.


Teknik menyoal : Inkuiri terbuka

( 30 minit )

perbincangan. Wakil kumpulan

S1: Namakan bahagian-bahagian

Perbincangan

akan membentangkan hasil kerja

yang berbeza pada transformer.


Respon: kedudukan gegelung

kumpulan.
2. Guru berperanan sebagai fasilitator
untuk membantu pelajar semasa
sesi pembentangan.

primer dan gegelung sekunder.


S2: Apakah jenis transformer yang
anda bina.
Respon: Transformer injak naik
atau transformer injak turun.

Langkah 3 :
( 10 minit )
Penutup

1. Guru meminta setiap wakil


kumpulan memberi kesimpulan
pada eksperimen tersebut.
2. Guru membuat peneguhan dengan

memerihalkan peranan transformer


dalam sistem penghantaran dan
pengagihan tenaga elektrik.

Lampiran
Inkuiri Terbuka
Pernyataan Masalah:

Bagaimanakah membina transformer ringkas?

Tujuan :
Untuk membina suatu transformer ringkas
Bahan/Radas :
Bekalan kuasa bervoltan rendah dengan suis, mentol 3.8 V, sepasang teras besi lembut berbentuk C
dengan klip, wayar penyambung.

Prosedur : (Kemungkinan 1)
1. Lilitkan 15 lilitan dawai pada satu lengan teras besi lembut berbentuk C untuk membentuk
gegelung primer.

2. Lilitkan 30 lilitan dawai pada satu lengan teras besi lembut berbentuk C untuk membentuk
gegelung sekunder.
3. Klipkan kedua-dua teras besi lembut berbentuk C itu untuk membentuk satu transformer
ringkas.
4. Sambungkan gegelung primer pada bekalan kuasa a.u. dan gegelung sekunder pada mentol
3.8 V. Kemudian, sambungkan mentol 3.8 V merentasi gegelung primer itu.
5. Hidupkan suis bekalan kuasa dan laraskan voltannya pada 2 V a.u.

Prosedur : (Kemungkinan 2)
1. Lilitkan 30 lilitan dawai pada satu lengan teras besi lembut berbentuk C untuk membentuk
gegelung primer.
2. Lilitkan 15 lilitan dawai pada satu lengan teras besi lembut berbentuk C untuk membentuk
gegelung sekunder.
3. Klipkan kedua-dua teras besi lembut berbentuk C itu untuk membentuk satu transformer
ringkas.
4. Sambungkan gegelung primer pada bekalan kuasa a.u. dan gegelung sekunder pada mentol
3.8 V. Kemudian, sambungkan mentol 3.8 V merentasi gegelung primer itu.
5. Hidupkan suis bekalan kuasa dan laraskan voltannya pada 2 V a.u.

You might also like