You are on page 1of 69

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.1

PENDAHULUAN

Kajian ini adalah untuk mencari punca-punca kesilapan dan jenis-jenis kesilapan murid
tahun Tiga Arif dalam menyelesaikan masalah bercerita matematik. Punca-punca kesilapan ini
dianalisis berdasarkan Kaedah Analisis Kesilapan Newman,( Newman Error
Analysis(1973,1983) melalui lima hierarki yang telah diperkenalkan beliau yang akan
dibincangkan selepas ini. Jenis-jenis kesilapan juga dianalisis berdasarkan langkah kerja pengiraan
(algoritma) murid-murid. Jenis-jenis kesilapan ini mungkin terdiri dari segi kesilapan komputasi,
kecuaian, silap menulis angka, kesilapan dalam nilai tempat dan sebagainya. Selain itu sikap
pelajar juga diambil kira seperti kecuaian dalam pengiraan, tiada fokus, kurang motivasi dan tiada
minat dalam penyelesaian masalah matematik.

Seperti yang diketahui, matematik merupakan disiplin ilmu yang sentiasa mengalami anjakan
paradigma apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi
kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terkini Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) perlulah dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu
pengalaman yang memberi makna serta mencabar bagi murid-murid. Pengalaman, kebolehan,
minat, daya dan gaya murid yang berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian. Matlamat
1

pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan mengembangkan kefahaman
murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1995). Sehubungan dengan itu, program Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada
kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian
secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara
kreatis dan kreatif yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam Sukatan
Pelajaran Matematik.

Ramai pendidik telah bersetuju bahawa penyelesaian masalah ialah satu

tujuan yang paling penting dalam pendidikan matematik (Kroll & Miller, 1993). Oleh itu, usaha
untuk memperkembangkan kebolehan menyelesaikan masalah telah diberi keutamaan yang
semakin meningkat oleh pendidik-pendidik matematik (Farivar & Webb, 1994). Terdapat
beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik.
Antaranya ialah Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model
Schoenfeld (1985). Model Polya digunakan dalam kurikulum matematik bagi Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan sekolah rendah (KBSR) dan yang terkini ialah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2011.

Berdasarkan Noor Shah Saad (2005: 182), Model Polya merupakan model
penyelesaian masalah Matematik yang dibina oleh George Polya. Menurut Polya (1957)
penyelesaian masalah lazimnya dikaitkan dengan penggunaan matematik dalam situasi di mana
prosedur penyelesaian tidak begitu nyata atau ketara. Pengajaran matematik di sekolah lebih
menekankan kepada kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Adalah menjadi persoalan
pula sama ada cara pendekatan yang didapati sama dan dapat membantu pelajar untukmenghadapi
pelbagai penyelesaian masalah dalam kehidupan

seharian dan dalam mata pelajaran matematik. Cabaran ini dapat membantu guru-guru dalam
merancang strategi yang lebih efektif untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam
menyelesaikan masalah penyelesaian masalah di samping menarik minat mereka semula.

Selain itu, kaedah Analisis Kesilapan Newman Newman Error Analysis(1983) juga
digunapakai dalam membantu pelajar-pelajar menyelelesaikan masalah becerita dalam matematik.
Terdapat lima hierarki yang perlu diambil kira iaitu;
1. Membaca masalah.
2. Memahami apa yang dibaca.
3. Membuat transformasi pemikiran.
4. Mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan.
5. Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis.

Berdasarkan kaedah ini juga, kesilapan pelajar dapat di kenal pasti sama ada dari segi masalah
pemahaman, membuat transformasi pemikiran, mengaplikasikan kemahiran proses, membuat
pengkodan jawapan ataupun kesilapan komputasi.

1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN

Matematik merupakan satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Matematik juga sangat
mempengaruhi kehidupan kita. Kita tidak boleh lari daripadanya sama ada kita suka ataupun

tidak. Semasa membeli-belah, matematik mengekori kita. Semasa memasak di dapur, matematik
mengintip kita. Matematik adalah penting untuk kehidupan manusia seharian. Itulah hakikat dan
kebenarannya.

Dalam matematik, murid-murid diajar menyelesaikan masalah bagi setiap topik-

topik kemahiran-kemahiran yang dipelajari. Mengapa penyelesaian masalah menjadi puncak


kemahiran dalam sesuatu topik matematik? Ini kerana penyelesaian masalah merupakan satu aspek
yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik. Ia juga
merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi (Gagne, 1985). Pelajar diharapkan
dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah,
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum matematik serta mengaplikasikan pelbagai
strategi penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza.

Menurut Krulik dan Rudnick (1996), penyelesaian masalah merupakan satu proses yang
kompleks dan sukar dipelajarinya. Ia mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang
dihubungkait rapat untuk membantu pembentukan satu set heuristik atau corak heuristik. Ia
merupakan satu set cadangan dan soalan yang harus dilalui oleh pelajar untuk membantunya dalam
penyelesaian masalah. Heuristik adalah kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua
kelas masalah.

Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan
matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model
Schoenfeld (1985). Model Polya digunakan di sekolah dalam kurikulum matematik bagi
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan sekolah rendah (KBSR).

Menurut Noor Shah Saad (2005: 182), Model Polya merupakan model penyelesaian masalah
Matematik yang dibina oleh George Polya. George Polya telah memperkenalkan satu model
penyelesaian masalah dalam bukunya How to Solve It yang memberi tumpuan teknik
penyelesaian masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan
sebaik mungkin. Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu:

i) Memahami dan mentafsir sesuatu masalah


ii) Merancang / membentuk rancangan penyelesaian
iii) Melaksanakan penyelesaian
iv) Menyemak semula

Masalah matematik berayat atau bercerita sememangnya merupakan komponen penting


dalam kurikulum matematik KBSR. Ini jelas tergambar dalam komponen soalan matematik Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008, yang terdiri daripada 70% soalan berbentuk masalah
berayat (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia [LPKPM], 2008). Kajian
menunjukkan murid sekolah rendah
belum berupaya menyelesaikan masalah matematik berayat walaupun mereka menguasai
kemahiran menjalankan operasi secara prosedural (Mokhtar et al., 2001; Third International
Mathematics and Science Study [TIMSS], 1999; Fatimah, 1999; Hassan, 1998; Mohd. Daud et al.,
1997).

Fenomena ini nampaknya secocok dengan kajian di luar negara seperti Verschaffel et al.
(1999), Bransford et al. (1996), dan Hegarty et al. (1995) yang mendapati masalah matematik
berayat menimbulkan banyak kesukaran dan kesilapan di kalangan murid peringkat awal
5

persekolahan. Pelbagai faktor yang menjadi puncanya adalah, seperti tidak boleh membaca dengan
baik, tidak memahami apa yang dibaca, tidak boleh membuat penukaran daripada bentuk ayat
kepada symbol, tidak tahu operasi dan kemahiran yang perlu digunakan dan sebagainya. Maka,
gurulah berperanan penting dalam mendidik dan mencari satu kaedah yang sesuai untuk muridmurid mengatasi segala masalah ini. Pertama sekali ialah mencari punca segala kekusutan itu.
Setelah dapat mengenalpasti segala punca masalah yang timbul, barulah guru mencari strategi,
teknik, dan kaedah yang berkesan dan mampu membimbing murid-murid ke arah yang lebih
positif dalam penyelesaian masalah ini.

1.3

PERNYATAAN MASALAH

Penyelesaian masalah ialah satu bidang matematik yang tersendiri dan istimewa kerana
perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan pengalaman harian. Penyelesaian masalah
merupakan kemuncak bagi melengkapkan setiap topik dan konsep matematik yang dipelajari
sebab ianya menguji kepintaran berfikir dan kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas,
menaakul masalah, operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep matematik dan
menyemak secara logik. Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku
kerana penyelesaian masalah bercerita memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia
memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid dapat
mengatasi masalah tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah bercerita
disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah mengira. Dalam
kajian ini nanti, punca-punca masalah dan jenis-jenis kesilapan murid akan dikaji dan dianalisis

untuk mengenalpasti mengapa terjadinya kesilapan dalam penyelesaian masalah matematik


tersebut.

1.4

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid
menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah bercerita. Kajian
ini akan menganalisis punca-punca kesilapan yang dilakukan oleh muridmurid ketika menyelesaikan masalah bercerita berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman.
Selain itu, jenis-jenis kesilapan murid-murid ketika membuat algoritma semasa penyelesaian
masalah juga akan dianalisis dalam kajian ini. Tumpuan kajian ini adalah ke atas empat operasi
asas matematik iaitu penambahan, pengurangan, pendaraban dan pembahagian. Selain daripada
itu, kajian ini juga akan menumpukan kepada tahap matriks penyelesaian masalah bercerita iaitu
item masalah tidak langsung, item masalah yang mempunyai maklumat pengganggu dan item
masalah yang memerlukan dua langkah penyelesaian. Mengikut Newman (1977, 1983), apabila
seseorang ingin menyelesaikan masalah bercerita, ia perlu mengikut hieraki berikut :

1. Membaca masalah.
Murid-murid perlu membaca pernyataan masalah yang diberi. Jika murid tidak pandai
membaca adalah menjadi masalah utama baginya untuk menyelesaikan masalah bercerita
ini.

2. Memahami apa yang dibaca.


Setelah membaca pernyataan masalah, murid perlu memahami apa yang dibaca. Apa
kehendak penyelesaian bagi pernyataan masalah itu? Apakah maklumat yang terdapat di
dalam pernyataan masalah itu juga?
3. Membuat transformasi pemikiran.
Semasa membuat transformasi pemikiran, murid perlu menukarkan pernyataan masalah
tersebut ke dalam bentuk perwakilan matematik seperti nombor dan simbol .
4. Mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan. Di kala ini, murid telah dapat
menyusun maklumat dan menentukan kemahiran proses yang terlibat contohnya, tambah,
tolak darab dan bahagi.
5. Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis.
Akhir sekali, murid menjalankan algoritma secara bertulis.
Apa yang dipentingkan dalam Prosedur Analisis Kesilapan Newman adalah setiap masalah dilihat
dalam bentuk hieraki. Ini adalah kerana kegagalan pada mana-mana tahap akan menghalang
penyelesaian masalah untuk menyelesaikan masalah dengan jayanya kecuali secara tidak sengaja.

1.5

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini cuba mencari punca-punca kesilapan murid-murid dalam menyelesaikan masalah
bercerita matematik. Secara khususnya, kajian ini diharapkan akan dapat;
a) Mengenalpasti punca-punca kesilapan berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman.
8

b) Mengenalpasti jenis-jenis kesilapan algoritma dalam menyelesaikan masalah bercerita


matematik.

c) Mengenalpasti sikap murid-murid terhadap matapelajaran matematik khususnya dalam


penyelesaian masalah bercerita matematik.

1.6

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut :


a) Apakah punca-punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid Tahun Tiga Arif dalam
menyelesaikan masalah bercerita?

b) Apakah jenis-jenis kesilapan (algoritma) yang dilakukan murid-murid dalam


menyelesaikan masalah bercerita matematik?
c) Bagaimanakah sikap murid terhadap matapelajaran matematik khususnya dalam
penyelesaian masalah bercerita?

1.7

KEPENTINGAN KAJIAN
Penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang harus dimiliki oleh semua orang

terutamanya kepada golongan guru untuk menyesuaikan kaedah pengajaran mereka. Tumpuan
kepada aspek pemulihan akan memberi manfaat kepada murid-murid dari segi psikologi dan
menambahkan motivasi belajar mereka. Kajian ini bertujuan untuk membuat diagnosis terhadap
kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid Tahap 1 terhadap penyelesaian masalah
9

bercerita. Dengan mengenal pasti kelemahan murid-murid pada peringkat awal akan membolehkan
langkah-langkah pemulihan yang sewajarnya dilakukan bagi mengelakan murid-murid terus
menerus mengalami kegagalan yang boleh melemahkan motivasi mereka untuk terus maju dalam
mata pelajaran matematik. Setelah menguasai kemahiran ini, mereka akan mempunyai keyakinan
diri, menyukai Matematik, berminat dan bermotivasi tinggi untuk terus mempelajari Matematik.
(JNIP, 1996) Jemaah Nazir Institusi Pendidikan. Memahami dan menyelesaikan masalah bercerita
memerlukan keupayaan dalam beberapa kemahiran seperti memahami bahasa, memahami situasi
yang dinyatakan, keupayaan untuk mencari ayat matematik yang betul dan juga keupayaan
melakukan komputasi. Oleh itu, kajian tentang keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan
masalah bercerita yang mudah akan memberi sumbangan terhadap keupayaan kanak-kanak untuk
menguasai kemahiran menyelesaikan masalah bercerita yang lebih kompleks.

1.8

BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang berikut :

a) Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar tahun Tiga Arif, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput
Melaka yang dipilih secara rawak.

10

b) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca-punca kesilapan dan jenis-jenis kesilapan
dalam menyelesaikan masalah bercerita di kalangan murid-murid Tahun Tiga Arif sahaja.
c) Pengkaji tidak mengambil kira faktor latar belakang keluarga, persekitaran sekolah dan
kecacatan fizikal yang mempunyai kaitan dengan kesilapan murid dalam menyelesaikan
masalah bercerita.
1.9

TAKRIFAN ISTILAH

Punca-punca
Menurut Kamun Dewan (1989:995), punca adalah asal mulanya ,sebab , kerana dan
lantaran. Di dalam kajian ini perkataan punca digunakan untuk mencari asal mulanya berlaku
sesuatu kesilapan itu atau mencari sebab mengapa terjadinya kesalahan dalam
penyelesaianmasalah bercerita matematik.
Jenis-jenis
Di dalam Kamus Dewan (1989:491) juga menyatakan jenis adalah bermaksud golongan bendabenda yang mempunyai sifat-sifat yang sama atau bersamaan bangsa, bermacam-macam, dan
berbagai-bagai. Dalam kajian ini jenis-jenis adalah lebih kepada maksud berbagai-bagai
kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam penyelesaian masalah becerita matematik khususnya
dalam algoritma.

Kesilapan murid
Kesilapan, menurut Kamus Dewan (1989:1204) adalah bermaksud peihal silap,salah, kekeliruan
dan kekhilafan. Dalam kajian ini ia lebih kepada maksud kesalahan murid dalam menyelesaikan
masalah bercerita matematik.
11

Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah adalah proses menjana pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan
baru berdasarkan sesuatu situasi. Menurut Noraini Idris, penyelesaian masalah dalam matematik
adalah satu situasi pembelajaran di mana matlamat itu tercapai melalui suatu pemilihan proses dan
perlaksanaan operasi tersebut. Oleh sebab penyelesaian masalah melibatkan pembelajaran, maka
adalah penting bagi muridmurid yang dikaji supaya terus berkeinginan belajar dan menyelesaikan
masalah. Penyelesaian masalah merupakan satu-satunya kemahiran asas yang masih dibawa
bersama di sepanjang kehidupan murid dan digunakan terus oleh mereka walaupun setelah
meninggalkan alam persekolahan.

Bercerita
Menurut Kamus Dewan (1989:356) lagi cerita bermaksud, kisah riwayat(mengenai satu peristiwa
atau kejadian). Di dalam kajian ini bercerita bermaksud sesuatu kisah dan situasi atau peristiwa
yang diaplikasikan dalam penyelesaian masalah untuk menguji tahap kefahaman murid-murid
dalam mengaitkannya dengan ilmu matematik.

1.10

Rumusan

Bab ini menjelaskan tentang latar belakang masalah, pernyataan masalah, tujuan kajian, objektif
kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian. Dalam bab ini telah memberi
gambaran bagaimana punca-punca kesilapan murid-murid nanti akan dianalisis berdasarkan
Prosedur Analisis Kesilapan Newman serta jenis-jenis kesilapan itu berdasarkan hasil kerja
penyelesaian murid-murid dan juga mengenai sikap murid-murid terhadap matapelajaran
12

matematik khususnya dalam penyelesaian masalah bercerita. Diharap bab 1 ini dapat memberi
penjelasan mengenai hala tuju kajian ini dengan baik.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

PENDAHULUAN

Kajian ini merupakan satu kajian kes untuk mengenalpasti punca-punca kesilapan dan juga
jenis-jenis kesilapan murid-murid tahap 1 khususnya sampel yang telah dipilih iaitu murid-murid
13

tahun 3 Arif dalam menyelesaikan masalah bercerita matematik. Dalam bab ini akan
membicarakan tentang tinjauan kajian lepas berkenaan dengan punca-punca kesilapan, kesukaran,
serta masalah yang didapati semasa murid-murid atau pelajar-pelajar dalam menyelesaikan
masalah bercerita matematik.

2.2

KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG BERKAITAN PENYELESAIAN


MASALAH MATEMATIK

Masalah matematik berayat sememangnya merupakan komponen penting dalam kurikulum


matematik KBSR. Ini jelas tergambar dalam komponen soalan matematik Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) 2001, yang terdiri daripada 70% soalan berbentuk masalah berayat
(Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia [LPKPM], 12001)( dalam kajian
Samsudin Drahman, Fatimah Saleh, 2006). Menurut Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh (2006)
lagi,
penyelesaian masalah matematik berayat bukan setakat mencari jawapan akhir tetapi membabitkan
kefahaman dan penguasaan strategi yang lebih kompleks seperti memahami maksud soalan,
menghubungkan maklumat dengan operasi, menjalankan operasi yang telah dikenalpasti dan
mendapatkan penyelesaian yang dikehendaki.

Dalam menjelaskan tentang teknik penyelesaian masalah matematik, murid cenderung


menyelesaikan masalah matematik menggunakan teknik menghafal prosedur dan operasi
matematik, menggunakan angka-angka dan istilah yang menjadi kata kunci (Mohd Uzi, 1999;
Hassan, 1998; dan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan [JNSP], 1993). Selain itu, murid
14

melaksanakan penyelesaian tanpa memahami dengan sempurna maksud keseluruhan sesuatu


masalah semasa menyelesaikan masalah matematik berayat (Bransford et al., 1996; dan Hegarty,
1995).

Pandangan ini selaras dengan penjelasan Mayer (1985, 1987) yang


mengusulkan empat peringkat yang harus dilalui oleh seseorang individu semasa
penyelesaian masalah iaitu (1) menterjemahkan masalah, (2) mengintegrasi masalah, (3)
merancang dan mencari strategi, dan (4) melaksanakan penyelesaian.

Menurut Cheah Bee Lean dan Ong Saw Lan (2006) dalam kajiannya bahawa
kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada kemampuan murid
menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah

bukan rutin. Menurut Aziz (2002), (dalam Cheah Bee Lean dan Ong Saw Lan, 2006), pula,
sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan algoritma yang telah dipelajari, maka ia
disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara
mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas matematik untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah bukan rutin selalunya terdiri daripada
cerita bermasalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia.

Kebolehan menyelesaikan masalah matematik dianggap sebagai pemahaman


secara matematik oleh Schoenfeld (1985),(dalam kajian Cheah Bee Lean dan Ong Saw Lan
2006) . Beliau telah mengenal pasti empat kategori pengetahuan yang mempengaruhi kebolehan
15

menyelesaikan masalah matematik. Pertama ialah sumber, iaitu pengetahuan asas matematik
murid. Kedua, murid juga memerlukan heuristik yang melibatkan kemahiran penyelesaian
masalah yang luas. Ketiga ialah kawalan sumber, iaitu kebolehan murid memilih maklumat yang
diperlukan. Pengetahuan terakhir ialah system kepercayaan murid dalam situasi masalah.

Menurut kajian Johari Bin Hassan & Yeong Wai Chung (tiada tahun), kegagalan untuk
menyelesaikan masalah dengan berkesan bukan disebabkan kekurangan dalam penguasaan isi
kandungan matematik di kalangan pelajar. Jadi ketrampilan isi kandungan adalah perlu tetapi
bukan wajib untuk penyelesaian masalah, sebaliknya pengalaman dan pendedahan kepada
kemahiran dan strategi penyelesaian masalah mungkin adalah faktor yang lebih penting.

Menurut Roslina Radzali (2007) dalam kajiannya, Kepercayaan Matematik Pelajar


Berhubung Penyelesaian Masalah Matematik mendapati kepercayaan pelajar terhadap keyakinan
dan ketekunan diri mereka menyelesaikan masalah matematik. adalah pada tahap yang sederhana.
Seterusnya analisis mengikut kumpulan tahap matematik menunjukkan hanya kumpulan
Cemerlang berada pada aras tinggi. Manakala jika dilihat mengikut bangsa, pelajar Melayu
berada pada aras sederhana. Hal ini bermakna kumpulan yang dimaksudkan tidak berapa yakin
dengan kebolehan mereka dan tidak begitu tekun untuk menyelesaikan masalah matematik.
Sekiranya menghadapi kesukaran, mereka tidak berapa tabah untuk terus berusaha atau berikhtiar
untuk mencari penyelesaian kepada masalah matematik yang dikemukakan. Apabila mereka gagal
mendapatkan penyelesaian dalam masa yang singkat atau masalah tersebut memerlukan masa yang
lama untuk difahami, mereka tidak berapa yakin dengan kebolehan diri dan tidak begitu tekun
untuk mencuba lagi. Justeru, pelajar perlu diberikan pendedahan secara berperingkat bermula
dengan penyelesaian masalah matematik yang mudah hinggalah kepada masalah matematik yang
16

lebih mencabar. Melalui pengalaman menyelesaikan masalah yang semakin sukar secara
berperingkat, kepercayaan pelajar terhadap ketekunan dan keyakinan diri mereka menyelesaikan
masalah boleh ditingkatkan secara beransur-ansur.

Selain itu dalam kajian Samsudin Drahman dan Fatimah Md Saleh, pengkaji menggunakan
kaedah visualisasi dalam penyelesaian masalah. Menurut pengkaji, dalam penyelesaian masalah
matematik, menggambarkan situasi masalah (visualisasi) merupakan langkah berguna yang
diamalkan oleh murid. Gambaran yang timbul dalam minda murid dikategorikan sebagai imej,
komponen soalan, situasi masalah, matlamat dan konteks soalan adalah proses visualisasi murid
semasa mereka menyelesaikan masalah matematik berayat.Visualisasi merupakan satu teknik
berguna dalam menyelesaikan masalah matematik (Horgan, 1993; Barwise & Etchemendy, 1991;
Theadgill-Sowder & Sowder, 1982; dan Moses, 1982). Penyelidik seperti Nemirovsky & Noble
(1997) dan Campell et al. (1995) menyokong pandangan bahawa visualisasi berguna dalam proses
penyelesaian masalah matematik. Pandangan ini nampaknya secocok dengan pendapat Moses
(1982) yang menyatakan bahawa visualisasi berguna pada setiap peringkat penyelesaian masalah
matematik. Menurut Moses, pada peringkat memahami masalah, murid boleh memahami masalah
dengan lebih baik apabila mereka dapat menghasilkan imej visual yang mewakili situasi dalam
masalah matematik. Visualisasi boleh membantu murid dalam menyatakansemula maksud soalan
dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Visualisasi juga membantu murid mewakili dan
membina model konkrit bagi situasi yang dinyatakan dalammasalah matematik berayat. Pada
peringkat merancang strategi dan melaksanakan penyelesaian, seseorang individu mungkin perlu
untuk memfokus kepada gambar/gambar rajah atau lakaran. Dengan memfokus kepada perwakilan
diagramatik atau simbolik yang mewakili maklumat yang diberi dalam masalah matematik
memudah tugas seseorangindividu merancang strategi penyelesaian.
17

Menurut Nash (1994, dalam Kirkley, 2003), (dalam kajian Mohd. Nazari Bin Yaakob 2007)
pengetahuan saintifik menjadi sekali ganda jumlahnya dalam tempoh setiap 5.5 tahun. Sekiranya
murid masih tidak menguasai kemahiran-kemahiran asas, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam
bidang sains dan teknologi. Antara kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah matematik termasuklah memproses data, melakukan simulasi, membuat
keputusan dan
berkomunikasi (Noraini, 1995).

Penyelesaian masalah bergantung kepada tiga komponen yang saling berkait, iaitu:
komputasi, metakognisi dan kecekalan individu berkenaan. Komponen-komponen ini tidak boleh
wujud secara berasingan (Mayer, 1998). Beliau mencadangkan agar kemahiran menjalankan

komputasi (domain kognitif / pengetahuan prosedur) diajar dan dilatih secara berasingan terlebih
dahulu sehingga mencapai ke tahap automasi.( dalam kajian Mohd. Nazari Bin Yaakob 2007)

Penyelidikan oleh Stillman & Galbraith (1998)( dalam kajian Mohd. Nazari Bin Yaakob
2007) menunjukkan murid berpencapaian tinggi menyelesaikan masalah
dengan menggunakan masa yang sedikit di peringkat pengenalpastian masalah dan pelaksanaan.
Mereka lebih banyak menumpukan perhatian dan penelitian terhadap perancangan, pemantauan
serta pengesahan jawapan. Sebaliknya, murid berpencapaian rendah lebih banyak menghabiskan
masa di peringkat pengenalpastian masalah dan pelaksanaan (pengkomputasian dan penentuan
jawapan). Ini menunjukkan betapa kurangnya penekanan terhadap metakognisi bagi menjayakan
penyelesaian masalah dalam kalangan murid berpencapaian rendah.
18

Menurut Brady (1991), (dalam kajian Mohd. Nazari Bin Yaakob 2007), murid tidak
menggunakan kemahiran metakognisi secara automatik ketika cuba menyelesaikan masalah.
Mereka terpaksa dipandu, dibimbing dan diarah oleh guru dalam memilih dan menggunakan
strategi metakognisi (Wong, 1992). Mereka tidak mempunyai langkah-langkah yang sistematik
bagi menuju ke arah penyelesaian masalah. Setiap kali berhadapan dengan penyelesaian masalah
matematik, murid terus menjalankan komputasi tanpa melalui proses pemahaman terlebih dahulu
(Lim, 1997). Selain itu, kegagalan memahami prosedur-prosedur dalam menyelesaikan masalah
turut mempengaruhi proses penyelesaian masalah (Farnham-Diggory, 1992). Oleh itu, Arnador et
al. (1998) mencadangkan agar pengajaran matematik disulami dengan aktiviti-aktiviti yang boleh
mengukuhkan metakognisi dalam kalangan murid bagi meningkatkan keupayaan penyelesaian
masalah mereka. Dengan bantuan metakognisi, murid boleh meningkatkan tahap kebolehan dalam
menyelesaikan masalah.

Mohd. Nazari Bin Yaakob (2007), dalam kajiannya, menyatakan bagi memastikan individu
tidak mudah berputus asa semasa menyelesaikan sesuatu masalah yang sukar, maka kecekalan
(aspek motivasi) yang terdapat pada diri individu juga perlu dipertingkatkan. Murid yang baru
mempelajari sesuatu kemahiran selalunya menghabiskan masa yang banyak tatkala meneliti
contoh-contoh dalam buku teks sebelum melakukan latihan menyelesaikan masalah di penghujung
sesuatu bab. Mereka selalunya cuba untuk mengingati semula mengenai masalah-masalah serupa
yang pernah diselesaikan sebelum ini ataupun merujuk contoh-contoh yang pernah dbaca bagi
membantu mereka menyelesaikan masalah (Robertson, 2001; Ross & Kennedy, 1990).

19

Malangnya, kebanyakan buku teks dan buku rujukan di pasaran sering memaparkan contoh
berserta latihan terbimbing yang terlalu ringkas dan tidak menyeluruh. Pemaparan contoh-contoh
dalam buku-buku teks sepatutnya mampu mengingatkan murid tentang cara penyelesaian masalah
yang bakal ditemui semasa latihan lanjutan mahupun semasa menduduki ujian. Murid tidak
didedahkan dengan skema yang digunakan oleh pakar-pakar untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Mereka langsung tidak tahu langkah-langkah yang sesuai apabila berhadapan dengan
sesuatu masalah matematik dan selalu terkeliru dengan contoh-contoh yang tidak menentu
penyampaiannya (McAllister, 1995). Pemaparan contoh-contoh seharusnya memudahkan murid
mengakses dan mengeluarkan semula maklumat lepas yang tersimpan di dalam ingatan.(dalam
kajian Mohd. Nazari Bin Yaakob 2007).

Menurut Mohd Nazri Bin Yaakob(2007), dalam kajiannya lagi, Pusat Perkembangan
Kurikulum, KPM (2000) menyarankan agar aspek penaakulan diberikan perhatian dalam semua
aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini adalah untuk membolehkan lebih ramai
murid memahami persekitaran mereka dengan lebih bermakna. Perkembangan penaakulan
matematik dikatakan berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid. Oleh itu,
aktiviti-aktiviti menggunakan heuristik seperti mengecam dan memadankan (atau pemetaan)
stuktur masalah berdasarkan contoh mampu meningkatkan tahap penaakulan murid. Dalam hal ini,
English (1997a, 1997b) mengesyorkan agar para guru membimbing murid meneliti contoh-contoh
supaya mereka boleh menggunakan penaakulan secara optimum.

Kesimpulan yang dibuat oleh Mohd. Nazari Bin Yaakob (2007), dalam kajiannya ialah,
masalah berayat adalah masalah yang paling ketara yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran
20

matematik. Antara halangan utama terhadap penyelesaian masalah berayat ialah pemahaman
soalan yang memerlukan murid melakukan penterjemahan ayat ke bentuk perwakilan matematik.
Murid amat bergantung kepada contoh-contoh untuk membantunya menghayati sesuatu masalah
sebelum mula menyelesaikannya. Oleh itu, murid perlu dilatih membuat penaakulan secara
analogi iaitu meneliti contoh-contoh bagi menyelesaikan masalah. Metakognisi pula perlu
diselitkan dalam pengajaran supaya murid lebih sedar, mampu merancang strategistrategi
bersesuaian sebelum bertindak dan sentiasa memantau kemajuannya sepanjang proses
penyelesaian masalah berayat dalam matematik.

2.3

Rumusan

Bab ini menjelaskan tentang tinjauan literatur iaitu mengenai kajian-kajian lepas yang berkaitan
dengan penyelesaian masalah bercerita dalam matematik. Terdapat pelbagai model penyelesaian
yang boleh digunakan oleh murid dalam menyelelesaikan masalah matematik iaitu diantaranya
ialah, Model Polya (1973), Model Lester (1975), Model Schoenfeld(1983), dan Model Mayer
(1985). Selain itu, terdapat dapatan tentang punca-punca kesilapan serta masalah kesukaran murid,
serta sikap murid-murid sendiri dalam penyelesaian masalah matematik yang telah dikaji oleh
pengkaji-pengkaji lepas.

21

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENDAHULUAN

Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai punca-punca kesilapan dan jenis-jenis kesilapan
murid-murid tahun tiga dalam menyelesaikan masalah bercerita matematik. Kajian ini dijalankan
ke atas murid-murid tahun Tiga Arif di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput Melaka, Daerah Melaka
Tengah. Dalam bab ini akan dibincangkan mengenai rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen
kajian, kaedah bagi pengutipan data serta kaedah dalam menganalisa data.

22

3.2

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah kajian yang berbentuk tinjauan. Bentuk kajian ini dipilih kerana ia
merupakan kajian mengumpul maklumat serta dapatan daripada murid-murid tentang puncapunca kesilapan dan jenis-jenis kesilapan murid-murid dalam menyelesaikan masalah bercerita
matematik serta sikap murid-murid itu sendiri terhadap marapelajaran matematik khususnya dalam
penyelesaian masalah bercerita.

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah gabungan dua kaedah iaitu pensel dan
kertas dan temu duga secara individu. Murid-murid akan diberikan ujian secara kumpulan untuk
menentukan tahap pemahaman mereka dalam masalah bercerita. Selepas itu pengkaji akan

menemuduga murid yang gagal secara individu berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman
yang telah diubahsuaikan seperti di bawah;
1. Membaca masalah.
2. Memahami apa yang dibaca.
3. Membuat transformasi pemikiran.
4. Mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan.
5. Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis.
.
Jika jawapan kali pertama gagal, responden akan ditemuduga dengan cara diminta untuk membaca
soalan, menerangkan apa yang dikehendaki soalan, menterjemahkan masalah bercerita kepada ayat
matematik, membuat operasi dan menuliskan jawapan di atas kertas. Penentuan kategori kesilapan
23

adalah berdasarkan kepada peringkat di mana kesilapan atau kegagalan pertama kali dilakukan
oleh responden. Selain itu, algoritma atau langkah pengiraan responden juga dianalisis untuk
menentukan jenis-jenis kesilapan yang dilakukan. Jenis-jenis kesilapan yang mungkin berlaku
adalah akibat kecuaian, salah komputasi atau pengiraan, salah menulis nombor, salah dalam nilai
tempat sesuatu nombor dan sebagainya. Murid juga akan dikategorikan sebagai melakukan
kesilapan akibat cuai dan kurang motivasi sekiranya responden yang tidak
berjaya menjawab soalan pada ujian kali pertama tetapi berjaya menjawab soalan pada kali kedua
dengan bantuan pengkaji.

3.3

SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian adalah terdiri daripada 10 orang murid-murid Tahap 1 yang dipilih dipilih
secara rawak iaitu murid-murid Tahun Tiga Arif dari Sekolah Kebangsaan Paya Rumput Melaka.
Sampel kajian ini dikategorikan kelas sedarhana berdasarkan pengasingan murid-murid mengikut
kebolehan. yang telah dibuat di awal tahun.

3.4

INSTRUMEN KAJIAN

Pengutipan data kajian, sama ada kualitatif atau kuantitatif, memerlukan alat- alat kajian
yang sesuai untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data kualitatif boleh dikutip melalui
pemerhatian, soal selidik, penelitian dokumen, temubual dan sebagainya. Data kuantitatif pula
24

boleh dikutip contohnya melalui borang soal selidik yang menpunyai skala tertentu, ujian dan
inventori. Dalam kajian yang akan dijalankan, instrumen yang akan digunakan untuk mengutip
data adalah :

a) Borang Maklumat Responden


Borang maklumat mengenai latar belakang murid, pekerjaan ibubapa, dan sebagainya.

b) Ujian Bertulis Penyelesaian Masalah Bercerita Matematik


Soalan ujian ini mengandungi 10 soalan subjektif. Soalan ini telah diubahsuai mengikut aras
pengetahuan murid-murid. Terdapat empat operasi yang dilibatkan dalam ujian ini iaitu, tambah,
tolak, darab dan bahagi.
i) Pernyataan Langsung, Tidak ada Maklumat Pengganggu dan Memerlukan Satu
Langkah Penyelesaian sahaja.
Contoh:
Ali ada 300 buah buku. Dia membeli 60 buah buku lagi. Berapa jumlah buku Ali ?

ii) Pernyataan Tidak Langsung.


Contoh:
Abu ada 112 biji guli, selepas dia memberi 38 biji guli kepada adiknya. Berapa biji epal yang Abu
ada pada mulanya ?

iii) Mempunyai Maklumat Pengganggu.


Contoh:
Di kedai Encik Ali, sebuah beg berharga RM35.90 , satu batang pensel ialah 55 sen
25

dan sebuah buku cerita ialah berharga RM16.90. Berapakah harga sebuah beg dan sebuah buku
cerita?

iv) Masalah Memerlukan dua Langkah Penyelesaian.


Contoh:
Aji ada 277 ekor kambing. Ahmad ada lebih 11 ekor kambing daripada Aji. Berapa jumlah
kambing yang budak-budak itu ada ?

c) Temu Duga Individu.

Temu duga secara individu adalah berdasarkan kepada Prosedur Temu Duga Newman
yang telah diubahsuai. Mengikut Prosedur Temu Duga Newman, responden yang
melakukan kesilapan dalam ujian bertulis yang diberikan akan diminta untuk menjawab soalan itu
semula. Apabila ujian semula ini dijalankan, pengkaji akan menemu duga responden berdasarkan
lima soalan mengikut urutan. Pengkaji akan mengklafikasikan kesilapan responden berdasarkan
Kriteria Newman iaitu sama ada kesilapan berpunca daripada kecuaian, motivasi, kebolehbacaan,
kefahaman, keupayaan untuk membuat transformasi (menukarkan masalah kepada ayat
matematik), kemahiran proses (komputasi) atau membuat pengkodan (menulis jawapan yang
betul).

d) Borang Analisa Jenis-jenis Kesilapan Algoritma Dalam Penyelesaian Matematik


26

Dalam borang ini, dapatan mengenai jenis-jenis kesilapan terutamanya ketika responden membuat
langkah pengiraan (algoritma) semasa menyelesaikan masalah bercerita matematik tersebut.

e) Borang Soal Selidik Sikap


Borang soal selidik sikap ini diberi kepada sampel di akhir kajian. Ia merupakan pandangan
responden terhadap matapelajaran matematik dan hanya menggunakan skala YA atau TIDAK.

3.5

PENTADBIRAN UJIAN

Pengkaji akan mentadbirkan sendiri ujian ke atas responden. Responden diuji secara
kelas dalam bentuk ujian bertulis yang terdiri daripada 10 soalan. Masa yang diperuntukkan dalam
ujian ini ialah 30 minit. Pengkaji memeriksa ujian bertulis yang diberikan untuk menentukan sama
ada jawapan yang diberikan itu betul atau salah.

Pada peringkat kedua, pengkaji menemu duga murid-murid yang melakukan kesilapan dalam
ujian bertulis yang diberikan itu. Temu duga ini adalah berdasarkan Prosedur Temu Duga Newman
yang telah diubahsuai oleh pengkaji. Sebelum temu duga dijalankan, terlebih dahulu responden
terlibat diberitahu bahawa ini bukan ujian tetapi untuk mengkaji apakah kesilapan atau masalah
yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah bercerita.

27

3.6

PROSEDUR ANALISIS DATA

Data dianalisis secara deskritif mengikut kes. Pada peringkat pertama, ujian yang
dianalisis berdasarkan kepada jawapan betul atau salah. Peratusan juga telah diberikan
terhadap hasil ujian itu.

Pada peringkat kedua, jawapan dari sesi temu duga secara individu
bagi setiap soalan dianalisis untuk mengenal pasti punca kesilapan sama ada berpunca
daripada masalah pembacaan, pemahaman, transformasi, aplikasi kemahiran proses atau kebolehan
membuat pengkodan.

Pada peringkat ketiga, jawapan individu itu juga dianalisis dari segi jenis-jenis kesilapan dalam
melakukan algoritma semasa menyelesaikan masalah bercerita tersebut.

Pada peringkat keempat, murid-murid akan diberikan borang soal selidik yang berskala Likert
YA atau Tidakmengenai sikap mereka terhadap matematik khususnya penyelesaian masalah
bercerita. oleh itu, Analisis keempat-empat peringkat ini akan ditunjukkan dalam bentuk deskriptif
bersama huraian.

3.7

RUMUSAN

Bab ini telah membincangkan tentang kaedah kajian bagi penyelidikan yang akan dijalankan.
Perbincangan telah menyentuh tentang rekabentuk, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan
28

seterusnya bagaimana data dianalisis. Diharap bab ini dapat menjelaskan keseluruhan metodologi
kajian dengan baik.

BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1

PENDAHULUAN
Bab ini menerangkan hasil keputusan yang diperolehi dan dianalisis dari kajian yang telah

dilaksanakan. Analisa dimulakan dengan membuat laporan mengenai latar belakang responden.
Ianya dapat diperolehi menerusi maklumat demografi dan dinyatakan dalam bentuk peratusan dan
dicatatkan di dalam jadual. Ini memudahkan pengkaji membuat mendapat gambaran yang jelas
tentang maklumat responden yang terlibat dalam penyelidikan ini. Latar belakang responden
melibatkan jantina dan kaum, serta latar belakang pekerjaan penjaga. Penganalisisan data pula
terdiri daripada peratusan bilangan soalan yang dijawab dengan betul, peratusan punca-punca
kesilapan yang dilakukan berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman dan peratusan jenisjenis kesilapan algoritma yang dilakukan dengan huraian yang terperinci serta peratusan serta
29

laporan deskriptif berkenaan sikap responden terhadap matematik khususnya penyelesaian masalah
bercerita.
4.2

Profil Responden

Sampel kajian yang digunakan dalam analisis data terdiri daripada 10 orang murid tahun 3 yang
terdiri daripada lima orang lelaki dan lima orang perempuan. Semua murid terdiri daripada
kalangan orang Melayu. Murid-murid ini dipilih secara rawak di dalam sebuah kelas yang
merupakan kelas penghujung daripada empat buah kelas tahun tiga Sekolah Kebangsaan Paya
Rumput Melaka. Sampel yang dipilih adalah tidak ramai memandangkan ini merupakan kajian
kes dan ia lebih menumpukan kepada analisis kesilapan yang dilakukan oleh mereka melalui ujian
bertulis penyelesaian masalah yang diberikan.
4.2.2

Latar Belakang Pekerjaan Penjaga

Jika diteliti daripada soal selidik yang diberikan oleh responden-responden, pengkaji dapat
mengetahui bahawa kebanyakan responden adalah berlatar belakang daripada golongan sederhana.
Secara puratanya penjaga respondan terlibat dengan pelbagai sektor pekerjaan seperti kerajaan yang
terdiri daripada guru, polis dan tentera, sektor swasta pula terdiri daripada pengawal keselamatan dan
pemandu lori, manakala yang lain ialah nakhoda kapal, dan bekerja sendiri. Terdapat 15% daripada
ibu responden turut terlibat dalam sektor pekerjaan untuk menambah pendapatan keluarga. Namun
begitu 35% daripada ibu responden menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Peratusan bapa
responden yang bekerja dalam sektor kerajaan ialah sebanyak 20%, manakala di sektor swasta
sebanyak 20 % dan yang lain-lain ialah sebanyak 10%. Daripada dapatan tersebut, tahap sosioekonomi murid-murid adalah pada tahap yang sederhana.( Lihat Jadual 4.2.2)

30

4.2.2: Latar Belakang Responden Berdasarkan Sektor Pekerjaan


Penjaga
Sektor Pekerjaan
Kerajaan
Swasta
Nakhoda kapal
Bekerja sendiri
Surirumah
Jumlah

Bapa
1
4
4
1
10

Ibu
2
1
7
10

5
20
20
5
50%

%
10
5
35
50%

4.2.3 Pencapaian Matematik Terakhir yang diperolehi berdasarkan Peperiksaan


Akhir Tahun 2011.
Melalui keputusan Matematik dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011, didapati 3 orang responden
memperolehi gred B iaitu 30%, 5 orang mempeolehi gred C iaitu 50 % dan 2 orang memperolehi
gred D iaitu 20%. Ini menunjukkan rata-rata responden adalah dari kalangan murid yang sederhana
dan segelintir adalah murid yang lemah dalam matematik. Ringkasan data adalah seperti dalam
jadual 3.

Jadual 4.2.3 :Pencapaian Matematik Peperiksaan Akhir Tahun 2011


Gred

Lelaki

Perempuan

Jumlah

30
31

C
D
E
JUMLAH

2
1
6

3
1
4

5
2
10

50
20
100

4.3 ANALISIS DATA


4.3.1

Keputusan Ujian Bertulis Penyelesaian Masalah Bercerita.

Setelah ujian bertulis berkaitan penyelesaian bercerita diberikan kepada responden, data yang
diperolehi menunjukkan bahawa kebanyakan responden mengalami masalah dalam
menyelesaikan 10 soalan masalah bercerita yang berkaitan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
tersebut. Setiap orang responden hanya mendapat skor dari 1 hingga 4 markah. Kekerapan bagi
soalan yang dijawab dengan betul ialah 8 iaitu bagi soalan 1. Min bagi markah yang diperolehi
oleh responden dan min bagi soalan yang dijawab betul ialah 2.1. Jadual 4.3.1 di bawah
menunjukkan data bagi setiap responden yang diperolehi melalui ujian penyelesaian masalah
bercerita yang telah diberikan oleh pengkaji.

Jadual 4.3.1: Analisis Data Keputusan Ujian Bertulis Penyelesaian Masalah Bercerita.

32

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan keseluruhan responden mengalami masalah dalam


menyelesaikan 10 soalan masalah bercerita yang diberikan oleh pengkaji. Untuk soalan 1. Ia
merupakan soalan penyataan langsung, malahan tidak ada maklumat penganggu dan memerlukan
satu langkah penyelesaian sahaja.
Soalan 1 tertulis Aizat menternak 223 ekor kambing dan 413 ekor lembu. Berapakah jumlah
haiwan ternakan Aizat kesemuanya?Untuk masalah bercerita ini, hasil keputusan yang diperolehi
ialah 8 daripada 10 responden sahaja yang menjawab dengan tepat dan betul.
Untuk soalan 2 pula, soalan masalah bercerita ini mempunyai istilah yang begitu menganggu iaitu
perkataan beza .menyebabkan hanya 1 orang sahaja yang berjaya menjawab soalan ini dengan
betul. Soalan 2 adalah seperti berikut: Harga beg di kedai Pak Mat ialah RM21.90, manakala beg
yang dijual dikedai Puan Ani ialah RM19.50 sen. Berapakah beza harga beg di kedai Pak Mat dan

33

Puan Aini?. Ketidakfahaman istilah ini menyebabkan hampir keseluruhan responden tidak berjaya
menjawab dengan tepat.
Bagi soalan ketiga yang tertulis seperti ini Dalam sebuah kotak terdapat 515 biji bola berwarna
merah, 178 biji bola berwarna biru dan 530 biji bola berwarna kuning. Berapakah jumlah bola
berwarna merah dan kuning ? Masalah ini mempunyai penganggu iaitu dengan adanya pernyataan
178 biji bola berwarna biru, sedangkan kehendak soalan ialah jumlah bola berwarna merah dan
kuning. Hanya seorang atau 10% yang menjawab dengan betul.
Bagi soalan 4 yang tertulis masalah seperti ini, Dalam sebuah sekolah terdapat 956 orang murid.
450 daripadanya adalah murid lelaki. Berapakah murid perempuan yang terdapat di sekolah itu?
Pernyataan permasalahan ini adalah secara tidak langsung kerana kehendak permasalahan meminta
responden mencari bilangan murid perempuan. Ini memerlukan kefahaman yang jitu. Hanya 50%
responden atau 5 orang
sahaja yang menjawab permasalahan ini dengan betul. Separuh lagi tidak memahami kehendak
permasalahan dengan tepat iaitu mencari bilangan murid perempuan daripada jumlah keseluruhan
956 orang murid tersebut.
Soalan 5 pula adalah Puan Aini menjahit 4 pasang baju dalam masa satu hari. Berapakah pasang
baju yang dijahitnya dalam masa dua minggu?. Dalam permasalahan ini terdapat maklumat yang
menjadi unsur penganggu iaitu istilah 2 minggu. Kebanyakan responden keliru dengan istilah ini.
Mereka lupa bahawa 1minggu adalah bersamaan dengan 7 hari dan jika 2 minggu bermaksud 14
hari. Kebanyakannya tidak menukarkan minggu kepada unit hari. Ini yang menjadi punca kesemua
responden gagal menjawab permasalahan tersebut.

34

Analisis mengenai soalan 6 pula yang tertulis Samy membahagikan 20 biji epal kepada Amir,
Syaza, Dina dan Swee Lan secara sama rata. Berapakah biji epal seorang kawannya akan dapat?.
Permasalahan ini memerlukan kemahiran berfikir terhadap responden. Ini kerana pernyataan 20
biji epal itu dibahagikan dengan nama bukan nombor bilangan, Responden perlu tahu bilangan
nama orang itu iaitu sebanyak 4. Keseluruhan 100 % responden gagal menjawab soalan ini. Ini
juga berkemungkinan kerana responden tidak mahir sifir bahagi.
Soalan 7 adalah seperti berikut; Aji ada 27 ekor kambing. Ahmad ada lebih 11 ekor kambing
daripada Aji. Berapa jumlah kambing yang budak-budak itu ada ? Masalah ini mempunyai dua
langkah penyelesaian, iaitu yang pertama mencari bilangan kambing Ahmad dan yang kedua
mencari jumlah kambing mereka kesemuanya. 100% orang responden gagal menjawab
permasalahan dengan tepat. Sebilangan mereka hanya menambah 2 nombor dalam soalan tersebut.
Ini berkemungkinan kerana mereka tidak faham kehendak permasalahan yang sebenarnya.
Seterusnya untuk soalan 8, 100% orang responden juga gagal dalam menjawab soalan dengan
tepat. Permasalahannya adalah seperti berikut: Terdapat 24 orang budak lelaki menyertai sebuah
perkhemahan . Mereka dibahagikan kepada kumpulan berempat. Berapakah kumpulan yang dapat
dibentuk melalui pembahagian ahli kumpulan tersebut?.Permasalahan ini memerlukan responden
memahami maksud atau istilah kumpulan berempat iaitu membahagikan 24 dengan empat.
Terdapat sebilangan mereka pula memberikan jawapan yang betul tanpa langkah pengiraan.
Kelemahan dalam sifir bahagi juga menjadi punca kesilapan tersebut.
Bagi analisis untuk soalan 9, sebanyak 30% orang responden sahaja yang menjawab permasalahan
dengan tepat. Soalan ini adalah seperti berikut, Dalam sebuak kotak terdapat 3 batang pen.
Berapakah batang pen yang terdapat di dalam 6 buah kotak yang serupa?.Segelintir daripada
35

mereka yang tidak menjalankan langkah pengiraan tetapi memberikan jawapan sahaja. Ada juga
yang melukis gambar rajah untuk menyelesaikan masalah tetapi jawapan yang diberikan tidak
tepat, malahan ada yang melakukan salah operasi, salah pengiraan serta jawapan yang langsung
tiada kaitan dengan soalan.Penyelesaian soalan 10 pula memberikan keputusan data yang
menunjukkan 40 % responden sahaja menjawab dengan tepat. Soalan 10 adalah seperti
berikut: Seramai 168 orang budak lelaki dan 245 orang murid perempuan yang menyertai larian
merentas desa di sebuah sekolah dan 25 orang tidak mengambil acara kerana sakit. Berapakah
jumlah murid-murid di sekolah itu?. Soalan ini memerlukan 1 atau 2 langkah penyelesaian, sama
ada menambah terus atau menambah sebanyak 2 kali. Kebanyakan murid menghadapi kekeliruan
dengan wujudnya ayat 25 orang tidak mengambil acara kerana sakit. Segelintir mereka menolak
bilangan ini dengan menyangka murid yang sakit perlu ditolak, sedangkan penyelesaian masalah
ini memerlukan mereka mencari jumlah keseluruhan dengan menambah ketiga-tiga bilangan
tersebut. Kesimpulannya, data tersebut menunjukkan responden agak lemah dalam memahami
permasalahan dan menyelesaikan masalah bercerita tersebut dengan langkah yang betul.

4.3.2 Analisis data Kesilapan berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman


Setelah data mentah ujian bertulis itu diperolehi, pengkaji telah memanggil semula responden dan
menemuduga mereka berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman yang telah dubahsuai dari
segi bahasa. Pengkaji menyoal kembali permasalahan yang tidak dijawab dengan tepat dan
mendapatkan respon punca-punca kesilapan mereka sama ada dari segi masalah pembacaan,
masalah kefahaman, transformasi pemikiran iaitu menterjemahkan apa yang difahami ke bentuk
nombor dan perwakilan simbol, masalah dalam mengaplikasi kemahiran proses seperti operasi
36

tambah, tolak, darab dan bahagi serta masalah membuat pengkodan ( membuat pernyataan
matematik dan membuat pengiraan). Hasil temu duga responden telah dikutip melalui borang C
( Temu duga Individu). Setelah itu kesemua data yang dikutip itu ditunjukkan di dalam beberapa
jadual. Sila lihat jadual 4.3.2.1 hingga 4.3.2.5 yang merupakan analisis data punca-punca kesilapan
keseluruhan responden berdasarkan tahap-tahap analisis kesilapan Newman yang telah diubahsuai
oleh pengkaji.

37

Jadual 4.3.2.1 : Analisis Data Punca Kesilapan Dari Segi Membaca

Berdasarkan data di atas, didapati responden lelaki yang kelima dan responden perempuan yang
pertama mempunyai masalah dalam membaca. Dua orang responden ini boleh membaca tetapi
tidak lancar. Masalah dalam pembacaan menjadi menjadi halangan besar untuk mereka
berimaginasi serta tidak berupaya memahami,seterusnya gagal menyelesaikan masalah bercerita
yang diberikan oleh pengkaji. Setiap soalan didapati mempunyai 20% responden yang menghadapi
masalah ini.

38

Jadual 4.3.2.2:
Analisis Data Punca Kesilapan Dari Segi Kefahaman

39

Di dalam data tersebut, menunjukkan soalan 1, hanya 20 % responden yang tidak memahami,
memandangkan ia merupakan permasalahan yang mempunyai pernyataan secara langsung dan
agak mudah. Untuk soalan 2, soalan 9 dan soalan 10, terdapat 60 % orang responden yang tidak
memahami permasalahan. 90 % pula untuk soalan 3, 40 % untuk soalan 4, 50% untuk soalan 6,
manakala 70 % orang responden tidak memahami soalan 5 dan 8 dan akhir sekali untuk soalan 8,
seramai 60% orang responden menghadapi masalah kefahaman ini.Untuk data di atas, pengkaji
merumuskan bahawa, untuk soalan yang mudah dan mempunyai pernyataan secara langsung,
kebanyakan responden tidak menghadapi masalah tetapi apabila semakin tinggi aras kesukaran
soalan serta memerlukan kemahiran berfikir, inilah yang menjadi punca kesilapan responden iaitu
untuk memahami konteks permasalahan dengan betul.

Jadual 4.3.2.1:
Analisis Data Punca Kesilapan Dari Segi Transformasi Pemikiran

40

Melalui data dalam jadual 4.3.2.1, didapati soalan 1 dan 9, seramai 40% orang responden
menghadapi masalah ini iaitu menterjemahkan apa yang difikir ke dalam bentuk perwakilan
nombor dan simbol walaupun telah dibimbing untuk memahami soalan. Begitu juga, untuk soalan
2 dan soalan 10 , 50% orang responden tidak dapat melakukan transformasi pemikiran dengan
betul. Seramai 70% responden melakukan kesilapan pada soalan 3 dan 7. Untuk soalan 5 yang
memerlukan kemahiran berfikir, kesemua 100% orang murid tidak berjaya menterjemahkan
maksud 2 minggu ke dalam bentuk 14 hari. Untuk soalan 6 seramai 80%, manakala soalan 8
pula seramai 90%, orang responden membuat kesilapan yang sama. Pengkaji merumuskan bahawa
dalam melakukan proses transformasi pemikiran, murid perlukan banyak latihan dan bimbingan
serta motivasi daripada guru, memandangkan mereka terdiri dari golongan murid sederhana dan
ada yang lemah dalam matematik.

41

Jadual
4.3.2.4: Analisis Data Punca Kesilapan Dari Segi Aplikasi Kemahiran Proses

42

Data pada jadual 4.3.2.4 juga hampir sama dengan data sebelum ini. Ini berkemungkinan berlaku
akibat rentetan daripada ketidakfahaman permasalahan. Kebanyakan daripada responden tidak
dapat mengecam apakah kemahiran proses yang perlu dilakukan sama ada tambah, tolak, darab
dan bahagi. Untuk soalan 1, seramai 20% orang tidak berjaya dalam mengaplikasi kemahiran
proses. Bagi soalan 2 dan soalan 10pula, seramai 60 % orang responden mengalami masalah ini.
Untuk soalan 3 dan soalan 4, pula hanya 30 % yang tidak berjaya, manakala soalan 5 memang
menjadi soalan yang beraras tinggi kerana 90 % orang responden tidak berjaya dalam tahap ini.
Bagi soalan 6, seramai 70%, tidak melepasi, soalan 7 dan soalan 9 pula terdapat 50 % responden
menghadapi masalah ini, manakala soalan 8, sebanyak 90 % orang melakukan kesilapan yang
serupa.

Jadual
4.3.2.5: Analisis Data Punca Kesilapan Dari Segi Membuat Pengkodan

43

Berdasarkan jadual di atas, rata-rata responden menghadapi masalah dalam pengkodan iaitu
melakukan penyusunan nombor dan melakukan algoritma dengan tepat secara bertulis. Sebelum
ini pengkaji mendapati, guru responden telah mengajar mereka cara membuat pengkodan atau
menulis jawapan dengan cara yang betul, dimulakan dengan menyusun dalam bentuk ayat
matematik (melintang) sebelum diselesaikan dalam bentuk lazim (menegak) serta simbol operasi
di tempat yang betul. Pengkaji mendapati, ada di kalangan responden juga hanya menulis jawapan
tanpa menunjukkan langkah pengiraan yang sebenarnya. Ini menjadi punca kegagalan mereka
untuk mendapat markah penuh dalam ujian. Lihat jadual di atas, untuk soalan 1 dan soalan 3,
terdapat 50% orang murid melakukan kesilapan ini. Bagi soalan 2 , soalan 7, dan soalan 10 pula,
seramai 70 % responden melakukan kesilapan yang sama dan 30% pada soalan 4.Untuk kesilapan
pada soalan 5 dan 6 iaitu dengan 90 % responden melakukannya, manakala untuk soalan 7 dan 9,
60% orang responden menghadapi kesilapan ini. Masalah ini paling kerap dilakukan pada soalan 8
iaitu seramai 100%.

Jadual 4.3.3: Analisis Data Punca-punca Kesilapan Keseluruhan Responden

Catatan: 10 soalan x 10 orang responden = 100 hasil keputusan, maka setiap tahap perlu
berlandaskan jumlah keseluruhan 100, contohnya: tahap membaca = 20 / 100
44

Jadual 4.3.3 menunjukkan keputusan data yang dikenal pasti menjadi punca-punca kesilapan
keseseluruhan responden dalam menyelesaikan masalah bercerita mengikut tahap-tahap yang telah
ditentukan oleh pengkaji. Jumlah keseluruhan Bagi masalah membaca, sebanyak 20 kali kesilapan
telah dilakukan oleh 2 orang responden menunjukkan bahawa 20% punca kesilapan adalah dari
tahap ini. Sebanyak 64 kali kesilapan yang telah dilakukan untuk tahap memahami menjadikan
peratusannya ialah sebanyak 64 %. Dari segi transformasi pemikiran, kesalahan yang berjaya
dikesan adalah sebanyak 62 kali bersamaan dengan 62 %. Bagi tahap aplikasi kemahiran proses
dan membuat pengkodan pula, kesalahan yang juga berjaya dikesan adalah masing-masing
sebanyak 57% dan 68 %. Secara keseluruhannya ialah tahap yang mempunyai masalah yang
paling ketara dan kesilapan yang sering dilakukan ialah dari segi membuat pengkodan atau
menulis algoritma / langkah pengiraan dengan betul, dikuti dengan kefahaman, transformasi
pemikiran , mengaplikasi kemahiran proses dan masalah membaca.

Graf 4.3.4 : Data Punca-Punca Kesilapan Setiap Responden


12
10
8
6
4

Membaca

Kefahaman

Transformasi

Aplikasi

Kod

2
0
LI

L2

L3

L4

L5

P1

P2

P3

P4

P5

Responden : L-Lelaki P:Perempuan

45

Dalam graf 4.3.4 , kita boleh rumuskan bahawa setiap responden mempunyai masalah yang besar
dalam penyelesaian masalah bercerita matematik ini. Responden L5 dan P1 menghadapi masalah
yang paling rumit kerana kelemahan dalam membaca menjadi punca utama kelemahan mereka
dalam penyelesaian matematik ini. Melalui temu duga yang dilakukan , pengkaji mendapati akibat
kelambatan pembacaan menyebabkan responden kurang fokus atau tumpuan dalam memahami
konteks soalan. Ini juga yang menyukarkan mereka untuk berfikir dengan berkesan seterusnya
menyelesaikan masalah
dengan tepat. Berbalik kepada responden yang lain pula, mereka juga mempunyai masalah
masing-masing terutamanya dalam memahami persoalan masalah dan lain-lain dan juga kurang
fokus, cuai, tidak yakin dan sebagainya .

4.4 Analisa Data Jenis-Jenis Kesilapan Algoritma Dalam Penyelesaian Masalah Bercerita
Matematik.
Dalam menganalisis data jenis-jenis kesilapan Algoritma dalam penyelesaian masalah bercerita,
pengkaji telah menetapkan beberapa jenis kesilapan yang berkemungkinan dilakukan oleh
responden. Di antaranya ialah kesilapan akibat kecuaian, salah kompuntasi atau pengiraan, silap
menulis angka atau nombor, salah menulis nilai tempat dan lain-lain. Lain-lain masalah itu di
antaranya ialah seperti tidak mahir fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi, tidak fokus semasa
melakukan penyelesaian, tiada banyak pengalaman dalam menyelesaikan masalah matematik,
kurang latihan dan bimbingan, kelemahan dalam menaakul iaitu kebolehan berfikir dengan logik,
46

tidak yakin pada diri sendiri, dan sikap malas berfikir mahupun menulis. Pengkaji mendapati
melalui pengalaman mengajar selama ini, murid-murid yang tidak dapat markah penuh dalam
ujian matematik adalah berpunca daripada masalah penyelesaian masalah bercerita. Ini adalah
rentetan permasalahan di atas.

Jadual
4.4.1: Analisa data Kesilapan Responden Dalam Penyelesaian Masalah Bercerita Mengikut
Jenis-jenisnya.

47

Analisis Data Kesilapan Responden Mengikut Jenis-jenisnya


Kecuaian

Kompuntasi

Salah Nilai Tempat

Lain-lain

30%

6%
6%

Salah Tulis Angka

38%

20%

Carta
4.4.2: Analisa data Kesilapan Responden Dalam Penyelesaian Masalah Bercerita Mengikut
Jenis-jenisnya

Berdasarkan jadual 4.4.1 dan carta pai 4.4.2 menunjukkan jenis-jenis kesilapan yang diambil kira
pengkaji untuk mengetahui apakah

jenis-jenis kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh

responden semasa menyelesaikan 10 soalan penyelesaian masalah bercerita tersebut. Didapati 38


% kesilapan adalah berpunca daripada kecuaian responden dari segi menulis nombor dan
perwakilan, kesilapan pengiraan, salah menulis nilai tempat dan tidak menulis langkah pengiraan.
Ini adalah peratusan yang paling tinggi bagi kesilapan yang melibatkan kecuaian yang dilakukan
oleh responden. Untuk kompuntasi, sebanyak 20 % orang responden melakukan kesilapan ini
berpunca daripada kesilapan membuat pengiraan itu tadi. 6 % daripada responden melakukan
kesilapan menulis salah angka atau nombor dan 6 % juga melakukan kesilapan menulis nombor

48

atau angka pada salah nilai tempat. Manakala 30 % kesilapan lain-lain itu bermaksud tidak menulis
langkah pengiraan dan hanya menuliskan jawapan sahaja dan ada jawapan yang ditulis salah.

4.5 Analisa Data Soal Selidik Mengenai Pandangan Responden Terhadap Mata pelajaran
Matematik Dan Penyelesaian Masalah Bercerita dalam Matematik
Dalam borang soal selidik yang diberikan terdapat enam soalan yang perlu dijawab oleh
responden dengan skala ya atau tidak. Hasil daripada soal selidik boleh dilihat daripada jadual di
bawah.

Jadual 4.5.1: Analisa data soal selidik Mengenai pandangan responden terhadap mata
pelajaran matematik dan penyelesaian masalah bercerita dalam matematik

49

Melalui data yang diperolehi, untuk pernyataan 1, keseluruhan 100 % responden memilih skala
ya berbanding dengan tidak. Ini bermakna mereka amat berminat dengan mata pelajaran
matematik. Seterusnya untuk pernyataan 2, iaitu pernyataan tentang sering mengulangkaji mata
pelajaran matematik , didapati seramai 90 % responden memilih skala ya dan 10 % memilih tidak.
Ini bermaksud ramai responden yang bersungguh-sungguh ingin merperbaiki kefahaman mereka
dalam konsep matematik. Bagi pernyataan 3, iaitu mengenai pandangan mereka terhadap
penyelesaian masalah bercerita matematik. Data menunjukkan hanya 10 % sahaja yang suka
dengan penyelesaian masalah bercerita, manakala 90 % responden yang lain tidak menyukainya
dengan alasan ia satu konsep yang sukar.
Dalam pernyataan 4, 70 % responden memilih skala ya dan 30 % lagi memilih tidak . Ini juga
bermaksud, kebanyakan responden lebih suka berbincang sesama rakan atau guru jika membuat
penyelesaian masalah bercerita daripada melakukannya secara individu. . Dalam pernyataan 5
yang mengaitkan dengan kemahiran mereka dalam fakta asas tambah dan tolak, data yang
diperolehi menunjukkan 90% daripada responden menyatakan mereka sudah mahir fakta asas
tambah dan tolak, manakala selebihnya 10 % atau seorang responden masih tidak mahir dalam
fakta asas tambah dan tolak. Untuk penyataan yang terakhir iaitu pernyataan 6, hanya 10 % atau
seorang responden sahaja yang menyatakan dirinya mahir dalam fakta asas darab dan bahagi,
sedangkan 90% orang responden tidak yakin dengan keupayaan mereka dalam konsep fakta asas
darab dan bahagi tersebut. Masalah ini yang menjadi duri dalam daging murid-murid sekolah
rendah.

4.6

Rumusan

50

Bab 4 ini mengandungi analisis data dan laporan keputusan yang diperolehi hasil dari soal
selidik, ujian dan temuduga. Keseluruhannya keputusan menunjukkan kebanyakan responden
memang menghadapi masalah dalam penyelesaian masalah bercerita matematik. Masalah yang
dihadapi adalah berpunca daripada masalah membaca, kefahaman, membuat transformasi
pemikiran, mengaplikasikan kemahiran proses, serta membuat pengkodan atau algoritma secara
bertulis. Selain itu, terdapat juga responden menghadapi kesilapan dari segi kecuaian, salah
kompuntasi atau pengiraan, salah menulis angka dan nombor, salah nilai tempat, tidak
menunjukkan langkah pengiraan, salah menunjkkan algoritma pengiraan dan lemah dalam fakta
asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Ini yang menjadi punca-punca kesilapan mereka dalam
menyelesaikan masalah bercerita yang diberi. Berdasarkan borang soal selidik mengenai
pandangan responden terhadap matapelajaran matematik terutamanya penyelesaian masalah
bercerita pula, didapati keseluruhan responden berminat dalam matapelajaran ini , namun begitu
kebanyakan mereka tidak menggemari akan penyelesaian masalah bercerita atas alasan sukar.

51

Bab 5
RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN
Penyelesaian masalah dalam matematik adalah salah satu cabang kemahiran yang perlu dikuasai
oleh murid-murid sekolah rendah. Namun begitu, berdasarkan kajian-kajian lepas, didapati
penyelesaian masalah menjadi satu perkara yang tidak digemari oleh murid-murid terutamanya di
kalangan murid yang sederhana dan lemah. Dengan itu, guru bertanggungjawab untuk mengenal
pasti hingga ke akar umbi mencari dan mengesan punca kesilapan dan masalah yang dihadapi oleh
murid-murid ini. Justeru, kajian ini dibuat untuk mengenal pasti apakah punca-punca kesilapan
tersebut serta diharap ia boleh menjadi panduan kepada guru untuk memperbaiki mutu pengajaran
masing-masing.

5.3 RINGKASAN KAJIAN


Dalam kajian ini, pengkaji berhasrat untuk mengenal pasti dan mengesan punca-punca kesilapan
murid-murid tahun 3 dalam penyelesaian masalah bercerita yang telah dipilih secara rawak
52

seramai 10 orang sahaja. Kajian ini tidak menggunakan sebarang kaedah untuk memberikan suatu
perubahan kepada murid-murid tetapi lebih cenderung kepada menganalisis kesilapan dan
kesalahan yang dibuat melalui ujian bertulis serta temu duga berdasarkan Prosedur Analisis
Kesilapan Newman yang telah diubahsuai dari segi bahasa.
Sebanyak 10 soalan ujian bertulis yang diberikan secara individu untuk diselesaikan. Untuk
soalan yang gagal dijawab, responden akan dikesan punca kesilapannya berdasarkan temu duga
oleh pengkaji mengikut tahap tertentu, sama ada dari segi membaca, memahami, membuat
transformasi pemikiran, membuat aplikasi kemahiran proses dan juga membuat pengkodan. Selain
itu, beberapa jenis kesilapan juga diambil kira sebagai punca permasalahan yang dihadapi oleh
murid seperti kecuaian, salah kompuntasi, salah menulis angka, salah menulis nilai tempat, salah
algoritma dan sebagainya. Selain itu, murid disoal selidik mengenai pandangan mereka terhadap
matematik seterusnya kemahiran penyelesaian masalah bercerita.
Analisa data telah dilakukan seperti analisis jadual peratusan markah ujian bertulis, jadual
peratusan punca kesilapan bagi setiap tahap melalui hasil temuduga, jadual peratusan punca
kesilapan keseluruhan responden yang ditunjukkan dalam bentuk graf bar. Selain itu analisis
jadual peratusan jenis-jenis kesilapan lain yang juga dibentangkan dalam bentuk carta pai.
Kemudian analisis jadual peratusan bagi soal selidik mengenai pandangan responden terhadap
matapelajaran matematik khusunya dalam penyelesaian masalah bercerita.
Oleh itu , melalui bab ini membincangkan dapatan kajian yang terdapat dalam bab bab
sebelum ini. Beberapa aspek dibincangkan iaitu rumusan hasil kajian, kesimpulan dapatan kajian,
implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan.

53

5.2 RUMUSAN HASIL KAJIAN


Daripada keputusan ujian yang diperolehi, dapatlah dirumuskan bahawa setiap sampel murid
menghadapi masalah masing-masing dalam kemahiran penyelesaian masalah bercerita yang
diberikan. Kelemahan ini dapat dikesan berdarkan ujian bertulis yang diberikan serta temu duga
yang dilakukan oleh pengkaji terhadap kesemua responden secara individu. Melalui jadual-jadual
analisa, graf bar dan carta pai yang telah dibuat menunjukkan setiap responden mengalami
masalah melakukan kesilapan hampir setiap peringkat berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan
Newman . Selain itu, jenis kesilapan yang diutarakan menepati seperti apa yang dijangkakan oleh
pengkaji terhadap responden yang terlibat. Kesemua jenis kesilapan yang dijangka itu
sememangnya berlaku terhadap responden. Manakala dari segi minat murid, berdasarkan soal
selidik, didapati sememangnya murid berminat dengan mata pelajaran ini , tetapi hampir 90 %
orang daripadanya sangat tidak menyukai penyelesaian masalah bercerita matematik.

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN


Jika dilihat kembali kepada jadual peratusan markah yang yang diperolehi, kebanyakan murid
hanya memperoleh skor daripada 0 hingga 4 markah ataupun 0% hingga 40% sahaja. Untuk soalan
yang mudah, seperti soalan 1 yang merupakan soalan yang melibatkan pernyataan langsung
seramai, 80% orang murid boleh melakukannya, walaupun 20% gagal menjawab dengan betul
akibat kelemahan membaca yang dihadapi oleh mereka. Kelemahan dalam pembacaan juga
menjadi suatu halangan besar kepada murid untuk mahir dalam penyelesaian masalah bercerita
matematik.
54

Masalah untuk memahami konteks penceritaan juga menjadi punca yang amat besar dan begitu
menganggu kerana apabila sesuatu permasalah tidak difahami dengan jelas, maka timbul
kekeliruan di minda murid-murid. Akibat dari masalah ini, wujudnya kurang keyakinan diri ke
dalam jiwa mereka, seterusnya menyebabkan motivasi mereka dalam matapelajaran ini menjadi
semakin rendah.
Selain itu, masalah dalam menterjemahkan ayat kepada bentuk perwakilan nombor dan simbol
menjadi satu kekurangan yang terdapat pada murid-murid terutamanya murid yang lemah. Daya
imaginasi yang kurang serta kelemahan dalam kemahiran membuat penaakulan seperti segi
berfikir secara logik dan membuat pertimbangan dengan teliti menyebabkan ia menjadi satu
halangan yang besar dalam minda dan pemikiran mereka.
Dari segi melakukan aplikasi kemahiran proses yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab
dan bahagi terdapat 57% menghadapi kekeliruan dalam memilih jenis operasi tersebut. Ada
segelintir murid telah memilih operasi yang betul, tetapi sebaliknya menyelesaikan pengiraan
dengan operasi yang sebaliknya. Ini terjadi kerana murid tidak dapat mengecam simbol dengan
baik dan juga akibat kecuaian yang berlaku.
Untuk pengkodan atau penulisan algoritma, juga menjadi salah satu sebab kegagalan murid
menyelesaikan masalah matematik dengan baik. Melalui kajian yang dilakukan, sebanyak 68%
kesilapan pengkodan telah dilakukan oleh responden menjadikan ia salah satu punca kesilapan
yang terbanyak dilakukan oleh mereka. Kelemahan mereka dalam menyusun nombor dan simbol
dalam bentuk ayat matematik serta lazim adalah begitu ketara kerana faktor ketidakupayaan
mereka melakukannya sendiri tanpa bimbingan guru. Murid-murid selalunya sudah terbiasa
dengan masalah yang rutin seperti

234 + 12 - 90 , atau 1250 5 dan sebagainya. Soalan

55

seperti ini tidak memerlukan mereka banyak melakukan proses penaakulan atau berfikir secara
logik.
Selain itu, hasil kajian juga mendapati beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh muridmurid, contohnya ialah cuai dalam mengecam simbol operasi, salah pengiraan, salah menulis nilai
tempat, tidak tahu meletakkan angka dalam bentuk lazim/menegak semasa pengiraan dan ada yang
hanya memberikan jawapan serta langsung tidak menunjukkan algoritma atau langkah pengiraan.
Ini sering terjadi mungkin kerana kurang kemahiran dan latihan serta bimbingan dari guru
menyebabkan murid tidak berminat melakukan penyelesaian dengan bersungguh-sungguh.
Berkaitan dengan pandangan mereka terhadap matematik dan penyelesaian masalah bercerita
melalui borang soal selidik ialah, 100% orang responden gemar mata pelajaran matematik,
ironinya 90 % daripada mereka tidak menyukai penyelesaian masalah bercerita matematik. Mereka
menganggap ia sukar, kerana terpaksa berfikir serta memahami dahulu sebelum menyelesaikan
permasalahan. Kebanyakan murid-murid ini belum bersedia menghadapi soalan bermasalah ini
berbanding dengan masalah rutin seperti 3456+ 23. Oleh yang demikian, wajarlah setiap guru
mengambil ikhtibar dari kelemahan murid-murid ini untuk memperbaiki pengajaran mereka
khususnya dan mencari kaedah terbaik agar kemahiran yang di ajar seperti penyelesaian maslah
bercerita ini dapat disampaikan dengan berkesan serta mencapai objektif yang diingini
5.4 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian, implikasi yang diperolehi ialah, guru dapat mengesan pada peringkat
awal mengenai kelemahan murid serta mengenal pasti akan punca kesilapan yang sebenar mereka
semasa melakukan penyelesaian masalah bercerita bukan sahaja dari 5 tahap yang telah kita

56

bincangkan sebelum ini, malahan dari segi keupayaan kemahiran berfikir mereka, sikap, minat dan
motivasi terhadap kemahiran ini.
Dari segala kelemahan yang dikenal pasti, guru boleh mencari beberapa alternatif atau suatu
kaedah pengajaran yang berkesan untuk memperbaiki kebolehan murid-murid tersebut.
Kadangkala keupayaan murid dalam berimaginasi serta berfikir terbatas. Adalah tugas guru
mencari kaedah,teknik serta strategi yang menarik dan mudah difahami oleh murid seperti
menyediakan gambar-gambar berkaitan , membuat simulasi, main peranan, membuat analogi,
pengajaran berbantukan komputer dan sebagainya.
Memandangkan penyelesaian masalah bercerita adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian,
maka guru juga boleh menyediakan penceritaan yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan
mulakan daripada ayat paling mudah hingga ke lebih mencabar. Bimbing mereka membuat
penyelesaian dengan langkah yang betul dan teratur. Ia juga boleh diselesaikan melalui
perbincangan secara berkumpulan.
Selain itu, tingkatkan motivasi mereka dengan menyediakan token atau hadiah apabila berjaya
menyelesaikan masalah yang diberi. Dan yang paling penting, latihan yang banyak dengan
bimbingan yang betul oleh guru boleh memberi impak positif kepada keupayaan murid-murid ini.

5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Berdasarkan dapatan kajian ini, berikut adalah beberapa cadangan untuk kajian selanjutnya;

57

1. Kajian yang dijalankan ini hanya tertumpu pada murid-murid tahun tiga Sekolah
Kebangsaan Paya Rumput Melaka sahaja. Kajian ini hendaklah diulangi bagi semua
sekolah rendah di seluruh negeri atau negara untuk menguatkan lagi dapatan kajian ini.
2. Kajian ini juga, tertumpu kepada murid sederhana dan lemah tahun 3. Kajian ini juga perlu
diberi kepada murid yang berada di kelas beraras tinggi pada tahun yang sama atau pun
tahun yang berlainan untuk menguji adakah mereka menghadapi masalah yang serupa
dalam penyelesaian masalah bercerita matematik.
3. Bilangan sampel yang dipilih ditambah atau lebih besar. Ini kerana sampel yang lebih
ramai akan memberikan gambaran yang lebih jelas bagi kajian yang dijalankan. Ianya juga
perlulah melibatkan pelbagai jenis sekolah dan tempat atau kawasan.
4. Kajian ini juga perlu diulangi bagi menguji semula kebolehpercayaan dan kesahan
instrumen yang telah digunakan sepeti ujian bertulis dan borang soal selidik.
5. Kajian ini juga boleh diubahsuai dengan menjadikan suatu kaedah tertentu digunapakai
untuk memperbaiki seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran penyelesaian masalah
cerita matematik bagi murid-murid sekolah rendah.

58

Rujukan
David Lim Chong Lim.et.al.(2010).HBEF2503Kaedah Penyelidikan Dalam
Pendidikan.Open University Malaysia.Selangor Darul Ehsan.Meteor.Sdn.Bhd.
Fatimah Saleh (1999). Visualisasi sebagai satu teknik pengajaran matematik. Journal of
The Association for Science and Mathematics Education, Penang (ASMEP),
Volume 7, 1999, 36-42.
Khairani Abu Bakar, & Hazali Hassan. (2000). Penilaian di Dalam Kelas Matematik
KBSR. Pulau Pinang: Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Krulik, S. & Rudnick, J.A. 1996. The new sourcebook for teaching reasoning and
problem solving in junior and senior high school. Boston: Allyn & Bacon.
Mayer, R. E. (1985). Mathematical ability. Dalam R. J. Sternberg (Ed.), Human Ability: An
Information-Processing Approach. New York: Freeman.
Mohd. Daud Hamzah, Mustapha Kassim, Mokhtar Ismail, Zakaria Kassim, Fatimah
Saleh,Munirah Ghazali, Lim Chap Sam & Mohd. Shaari M.ohd. Din (1997). Projek
Penaakulan Matematik bagi Kanak-kanak sekolah rendah luar bandar/terpencil di
daerah Kuala Nerang, Padang Terap. Report submitted to the Educational policy
and Research Division, Ministry of Education for Program for Innovation
Excellence and Research [PIER].
Mokhtar Ismail, Aminah Ayub & Lim Thong (2001). Monitoring Mathematical Word
Problem Solving Weaknesses of Primary School Children. Kertas kerja yang
dibentangkan di Seminar MERA (Malaysian Educational Research Association).
Universiti Sains Malaysia.
Newman, M. A. (1983). Strategies for diagnosis and remediation.Sydney: Harcourt, Brace
Jovanovich.
Noor Shah Saad.(2005). Pengajaran Matematik Sekolah Rendah & Menegah:Teori dan
Pengkaedahan: Petaling Jaya:Harmoni Publication & Distributors Sdn Bhd
Polya, G. (1981). Mathematical discovery: on understanding, learning, and teaching
problem solving. Ed. kombinasi. New York: John Wiley & Sons.

59

Roslina Radzali. 2007. Kepercayaan matematik, metakognisi, perwakilan masalah dan


penyelesaian masalah matematik dalam kalangan pelajar. Tesis Dr. Falsafah,
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Samsudin Drahman.Fatimah Saleh. (tiada tahun)Visualisasi: Satu Anjakan Dalam Teknik
Penyelesaian Masalah Matematik KBSR
Johari Bin Hassan & Yeong Wai Chung.(tiada tahun).Keupayaan Dan Kelemahan Menyelesaikan
Masalah Matematik Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Schoenfeld, A.H. (1985). Mathematical Problem Solving. Orlando: Academic Press,
Inc
Mohd. Nazari Bin Yaakob.(2007). Kesan Penggunaan Contoh Jawapan Terbimbing Terhadap
Prestasi Penyelesaian Masalah Berayat Dan Keupayaan Metakognisi Murid
Tingkatan Satu Dalam Topik Peratus
http://eprints.usm.my/9102/1/KESAN_PENGGUNAAN_CONTOH_JAWAPAN_TERBIMBING_
TERHADAP_PRESTASI_PENYELESAIAN_MASALAH_BERAYAT_DAN_KEUPAYAAN_METAKOG
NISI_MURID_TINGKATAN_SATU_DALAM_TOPIK_PERATUS.pdf

Cheah Bee Lean dan Ong Saw Lan.(2006). Perbandingan Kebolehan Menyelesaikan Masalah
Matematik Antara Murid Yang Belajar Abakusaritmetik Mental Dengan Murid Yang Tidak
Belajar Abakus-Aritmetik Mental.Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan, Universiti Sains Malaysia,
http://web.usm.my/education/publication/6%20Cheah%20(85-100).pdf
Penyelesaian Masalah Dalam Matematik.
http://azifauzi.blogspot.com/2010/04/penyelesaian-masalah-dalam-matematik.html

60

1. Nama
2. Kelas
3. Jantina

:
:
:

(a) BORANG MAKLUMAT RESPONDEN


.
..
Tandakan ( / ) pada petak sesuai.
Lelaki
Perempuan

4.
5.
6.
7.
8.

Markah Terakhir Ujian Matematik :

Pekerjaan Bapa
:
.
Pekerjaan Ibu
:
.
Adakah Anda Berminat Subjek Matematik? :
Ya
/
Tidak
Adakah Guru Matematik Anda Menyenangkan Dan Boleh Dibawa Berbincang?
Ya

Tidak

Ya

Tidak

9. Penyelesaian masalah bercerita mudah di pelajari.

10. Hobi anda di masa lapang:


11. Apakah cita-cita anda?

(b) UJIAN BERTULIS PENYELESAIAN MASALAH BERCERITA MATEMATIK


TAHUN 3

NAMA:

KELAS:

No.

Soalan

Langkah Pengiraan
61

1.

Aizat menternak 223 ekor kambing dan 413


ekor lembu. Berapakah jumlah haiwan
ternakan Aizat kesemuanya?

2.

Harga beg di kedai Pak Mat ialah RM21.90,


manakala beg yang dijual dikedai Puan
Ani ialah RM19.50 sen. Berapakah beza harga
beg di kedai Pak Mat dan Puan Aini?

3.

Dalam sebuah kotak terdapat 515 biji bola


berwarna merah, 178 biji bola berwarna biru
dan 530 biji bola berwarna kuning. Berapakah
jumlah bola berwarna merah dan kuning ?

4.

Dalam sebuah sekolah terdapat 956 orang


murid. 450 daripadanya adalah murid lelaki.
Berapakah murid perempuan yang terdapat di
sekolah itu?

5.
Puan Aini menjahit 4 pasang baju dalam masa
satu hari. Berapakah pasang baju yang
dijahitnya dalam masa dua minggu?

6.

Samy membahagikan 20 biji epal kepada Amir,


Syaza, Dina dan Swee Lan secara sama
62

rata. Berapakah biji epal seorang kawannya


akan dapat?

7.

Aji ada 27 ekor kambing. Ahmad ada lebih 11


ekor kambing daripada Aji. Berapa jumlah
kambing yang budak-budak itu ada ?

8.

Terdapat 24 orang budak lelaki menyertai


sebuah perkhemahan . Mereka dibahagikan
kepada kumpulan berempat. Berapakah
kumpulan yang dapat dibentuk melalui
pembahagian ahli kumpulan tersebut?

9.

Dalam sebuak kotak terdapat 3 batang pen.


Berapakah batang pen yang terdapat di dalam
6 buah kotak yang serupa?

10.
Seramai 168 orang budak lelaki dan 245 orang
murid perempuan yang menyertai larian
merentas desa di sebuah sekolah dan 25 orang
tidak mengambil acara kerana sakit. Berapakah
jumlah murid-murid di sekolah itu?
63

(c) TEMU DUGA INDIVIDU


Nama Responden:_________________________________

Punca-punca Kesilapan/Masalah
Bil.
Membaca

Memahami

Transformasi
Pemikiran

Aplikasi
Kemahiran Proses

Membuat
pengkodan

Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Soalan 4
Soalan 5
Soalan 6
Soalan 7
Soalan 8
Soalan 9
Soalan 10
64

(d) Borang Analisa Jenis-jenis Kesilapan Algoritma Dalam Penyelesaian Matematik


Nama Responden:_________________________________

Jenis-jenis Kesilapan/Masalah
Bil.
Kecuaian

Komputasi/
pengiraan

Salah Menulis

Salah Nilai

Angka/Nombor

Tempat

Lain-lain

Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Soalan 4
Soalan 5
Soalan 6
Soalan 7
Soalan 8
Soalan 9
Soalan 10

65

(e) BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI PANDANGAN MURID TERHADAP


MATA PELAJARAN MATEMATIK DAN PENYELESAIAN MASALAH
BERCERITA DALAM MATEMATIK.

Nama:

_________________________________________________

Tahun :

___________________________

Arahan :

Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang berkenaan.


SKALA

PERNYATAAN

YA

TIDAK

JUMLAH

1. Saya amat meminati matapelajaran


matematik.
2. Saya sering mengulangkaji matapelajaran
matematik.
3. Saya suka penyelesaian masalah bercerita
matematik.
4. Saya sering berbincang jika membuat
penyelesaian masalah bercerita
5. Saya sudah mahir fakta asas tambah dan
tolak.
6. Saya sudah mahir fakta asas darab dan
bahagi.

Data Mentah Responden Dalam Ujian Bertulis Penyelesaian Masalah Bercerita.


66

BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

NAMA

MARKAH UJIAN
BERTULIS
4/10
2/10
4/10
2/10
1/10
1/10
1/10
2/10
1/10
3/10

MUHAMMAD ASYRAF HAKIMI BIN ADNAN


MUHAMMAD ALIF ISKANDAR BIN HARRIMAN
MUHAMMAD FARIS BIN MOHD ROSMAINI AZLI
MUHAMMAD FIKRI BIN ARWAN
MUHAMMAD HAZIQ AIMAN BIN MOHD YAZID
FATIN AMIRA BINTI MOHD NASRI
NUR NATASHAELIANA BINTI SAFIAE
NURSYAHIRAH BINTI SHAMSURI
NURUL SYAHIRAH BINTI SHAMSUL HALEMY
NUR SYAHIRAH BINTI ZAINAL

BILANGAN JAWAPAN BETUL PADA SETIAP SOALAN

NO. SOALAN

BILANGAN BETUL

Soalan 1

Soalan 2

1
67

Soalan 3

Soalan 4

Soalan 5

Soalan 6

Soalan 7

Soalan 8

Soalan 9

Soalan 10

68

DA
TA MENTAH MENGENAI PANDANGAN RESPONDEN TERHADAP MATA
PELAJARAN MATEMATIK DAN PENYELESAIAN BERCERITA

69

You might also like