You are on page 1of 4

BJTH 3133

PAPER PROJECT

TITLE:
QUALITY IMPROVEMENT
THROUGH IMPLEMENTATION OF
POKA YOKE

MOHAMMAD NURFITRI HARIKH BIN ABU BAKAR

221531

PENGENALAN
Poka Yoke adalah satu sistem yang direka untuk mengelakkan kesilapan
yang tidak sengaja dibuat oleh pekerja ketika melaksanakan proses dari
menjadi kecacatan atau bukan satu kemalangan . Poka Yoke adalah salah
satu alat yang paling mudah untuk digunakan. Ia amat konsisten dengan
matlamat asas dan falsafah Six Sigma , dan ia mempunyai kebolehgunaan
luas dalam pembuatan, kejuruteraan, dan proses transaksi. Poke Yoke
mewujudkan tindakan yang direka untuk mengelakkan

kesilapan-

kesilapan atau kecacatan dalam aktiviti dan proses setiap hari. Poka Yoke
bermula dengan pemahaman tentang hubungan sebab dan kesan
kecacatan,

diikuti

oleh

tindakan

yang

menghapuskan

berlakunya

kesilapan yang membawa kepada kecacatan jelas.


Projek ini dijalankan untuk membantu syarikat atau organisasi dalam
mengelakkan sebarang kesilapan dalam pembuatan bagi mengelakkan
kecacatan dan kerugian. Projek ini dimulakan dengan mengenalpasti
syarikat yang mempunyai sebarang masalah dalam proses mengeluarkan
produk mereka.

PENYATAAN MASALAH
Poka Yoke adalah satu sistem di mana ia dibuat untuk mengelakkan
kesilapan

yang

dilakukan

oleh

manusia

atau

pekerja.

Sistem

ini

dilaksanakan sebagai peringatan atau rujukan buat pekerja supaya

kesilapan dapat dielakkan. Di industri pembuatan, pekerja kerap kali


melakukan kesilapan di mana ia akan merugikan organisasi itu sendiri.
Jenis kesalahan atau kesilapan pekerja dikenalpasti sebelum sebarang
tindakan dilakukan. Apabila kesilapan dan kecuaian selalu terjadi di dalam
organisasi tersebut, kadar kerja semula akan meningkat sekaligus
merugikan syarikat dari segi kos yang terlibat.
OBJEKTIF
1 ) Untuk meningkatkan pengeluaran menggunakan poka yoke ketika
proses pengeluaran
2 ) Untuk mengurangkan kadar kerja semula semasa pengeluaran

SKOP PROJEK
Kajian dilakukan di sebuah syarikat pembuatan di Napoh Jitra Kedah.
Kajian dibuat dengan menyelesaikan masalah yang ada di dalam syarikat
tersebut menggunakan sistem Poka Yoke. Kajian perlu dimulakan dengan
menkaji isu-isu serta masalah yang sering dihadapi oleh organisasi
tersebut yang berkaitan dengan kecuaian pekerja atau kesilapan. Apabila
isu

atau

masalah

dapat

dikenalpasti,

plan

untuk

merangka

bagi

menyelesaikan masalah tersebut dilakukan menggunakan sistem poka


yoke.

KEPENTINGAN KAJIAN

Dengan melakukan kajian poka yoke di organisasi tersebut, masalah terhadap isu kecuaian
pekerja atau masalah yang berbangkit dapat diselesaikan. Selain itu, kualiti pengeluaran dapat
ditingkatkan dengan menggunakan sistem poka yoke ini. Kadar kerja semula juga dapat
dikurangkan apabila pekerja tidak lagi melakukan kesilapan dan kecuaian hasil daripada
peringatan yang telah dibangunkan melalui sistem poka yoke ini. Kajian ini sekaligus dapat
membantu organisasi meningkatkan produktiviti dalam mengeluarkan produk mereka. Hasil
kajian dapat dilihat apabila sistem poka yoke ini berjaya diterapkan di syarikat tersebut

You might also like