You are on page 1of 5

Sahabat Hingga Ke

Syurga
REMAJA SAHABAT SEJATI 12 NOVEMBER 2015

Wont you be my BFF and ever.


Mendengar lirik lagu You Are The One dendangan Raef ini, membuatkan saya tersenyum sendiri.
Hati saya pantas terkenangkan beberapa nama penting dalam kamus hidup saya. Memiliki
beberapa sahabat baik dari zaman remaja hingga kini, merupakan satu anugerah Allah s.w.t yang
tidak ternilai kepada saya.
Anda ada sahabat? Tidak semestinya sahabat baik, cukuplah mempunyai satu atau dua nama
yang membuatkan kita tersenyum teringatkan mereka. Kata orang, zaman remaja penuh
kenangan kerana kita dikelilingi sahabat.

Kenangan bersama sahabat tak akan terpisah. [#PakatanMeri ]

Malah, banyak juga keputusan hidup kita waktu itu dipengaruhi oleh mereka. Betul tak?
Menginjak dewasa, kita pasti bertemu dengan kawan baru. Yang lama, kini jarang bersua.
Tetapi segala kisah pahit manis bersama masih terlipat kemas dalam ingatan. Ada teman yang
berubah dan mengubah kita ke arah yang lebih baik dan ada juga yang sebaliknya. Biasanya,
kawan yang pernah melalui jerit-perih bersama, mempunyai tempat yang istimewa di dalam hati
kita.

Jadilah Sahabat yang Terbaik


Rasulullah s.a.w bersabda:

Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan
berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.
Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi

Adakalanya mereka yang kita kenali, tidak lagi seperti dahulu. Ada yang diduga Allah dan
dibadai ombak kehidupan. Sebagai sahabat, jadilah sahabat yang setia dan tidak meninggalkan
mereka di saat mereka benar-benar memerlukan kita.
Bukan sahaja kita perlu mencari sahabat yang baik, malah kita juga harus menjadi sahabat
terbaik yang ditunggu-tunggu oleh kawan-kawan kita.

Dalam hidup ini kita tidak akan


hilang sahabat, kita hanya akan
kenal siapa sahabat kita yang
sebenar

Jadilah yang terbaik buat sahabat selama-lamanya. [#PakatanMeri]

Ada masanya, berat juga lidah untuk menegur kesilapan seorang sahabat. Meskipun pedih hati
mereka, namun jauh di sudut hati pasti akan menerima, rupanya masih ada yang sayang.
Sahabat yang baik tidak akan pernah meninggalkan sahabatnya menuju ke arah kebinasaan.
Katakanlah, walaupun ianya pahit. Hanya sahabat sahaja tahu cara terbaik untuk memberitahu
sesuatu berita baik mahu pun buruk. Pengalaman pasti akan mengajar kita.

Mendorong Kejayaannya di Dunia dan Akhirat


Lama bersahabat pasti ada rakan kita yang sangat berjaya di dalam kehidupannya. Sudah pasti
setiap kejayaan itu tidak mudah diraih, dan banyak pula pengorbanan yang telah ditempuhinya.
Kekal bersahabat dengan mereka dan berikan galakan tanpa syarat agar mereka terus berjaya.
Dia kekal menjadi sahabat anda selagimana dia menerima anda seadanya.
Menelusuri kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq menimbulkan keinsafan di hati kita.
Persahabatan beliau dengan baginda Rasulullah s.a.w begitu indah dimana beliau mengorbankan
seluruh harta benda dan jiwa raganya demi menegakkan syiar Islam.
Beliau sentiasa di sisi Rasulullah s.a.w di dalam setiap pertempuran dan sentiasa cemas
memikirkan keselamatan Baginda. Keindahan peribadi beliau ini sebagai sahabat Rasulullah
paling akrab disebut dalam peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah:

Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah telah


menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir mengusirnya (dari Mekah); sedang dia
salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada di dalam gua, ketika itu dia
berkata kepada sahabatnya (Abu Bakar), Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya
Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya (Muhammad)
dan membantu dengan bala tentera (malaikat-malaikat) yang tidak terlihat olehmu,

dan Dia menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah. Dan firman Allah itulah
yang tinggi. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah: 40)

Begitu indah peribadi Saidina Abu Bakar ini. Sentiasa bersama sahabatnya di saat paling getir.
Menjadi perisai dan membenarkan setiap kata-kata Baginda. Maka tidak hairanlah, beliau
menjadi kalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang dijamin syurganya.
Jika sahabat kita ingin berjaya, maka doronglah dia selagi dia berada di jalan yang benar.
Sediakan juga bahu untuk dia meluahkan ceritanya. Ini kerana kisah kejayaan itu bukan hanya
manis sentiasa. Sahabat sebenar akan mengetahui liku-liku dalam mengecapinya.

Kenang daku dalam Doa mu


Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti


mana dia menyayangi dirinya sendiri.
Hadis Riwayat Bukhari

Takrifan sahabat itu sangat luas!


Jangan pula kita sempitkan ia dengan terma kawan baik, best friends atau BFF (best friends
forever) sahaja. Kawan yang tidak begitu baik atau rapat dengan kita juga perlu dikira sebagai
sahabat.
Namun, terma Best Friends sebenar-benarnya adalah mereka yang sentiasa mendoakan
kebahagian dan kejayaan kita di dunia dan akhirat. Tidak guna melihat kita bahagia dilimpahi
kemewahan dunia, tetapi sengsara di akhirat kelak.
Biarpun jarang bertemu kerana kesibukan dan kejauhan, mereka kekal sebagai sahabat kita.
Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam
tempat yang berjauhan diterima oleh Allah s.w.t.
Hadis Riwayat Muslim

Jika anda ada sahabat atau kawan yang terlintas di fikiran anda sekarang, hantarkan pesanan
telefon, tanyakan khabar atau doakan sahaja mereka dari kejauhan.
Biarlah kita berkawan bukan di dunia sahaja, tetapi sampai ke syurga.

You might also like