You are on page 1of 9

CUE

Ketibaan Tetamu
kehormat

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK-2015


TEKS
NOTA
Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat,

Hadirin
berdiri

Yang BerusahaTuan Haji Zainal Abiddin bin Osman


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak
ke Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak bagi tahun 2015.
UcapanAluan
PengerusiMajlis

(Tunggu sehingga PPD duduk)


Assalamualaikum wbt. Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Hadirin hadirat yang dimuliakan,
Kami bagi pihak Jawatankuasa Kejohanan mengalu-alukan kehadiran
Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abiddin bin Osman
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak
ke Majlis Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak bagi tahun
2015. Sesungguhnya kehadiran tuan ialah lambang keperihatinan terhadap sumbangan sukan
dalam pendidikan seterusnya menjadikan Perak sentiasa berusaha menuju puncak
kecemerlangan.

Memulakan
Perbarisan Masuk
kontigen

Para hadirin yang saya hormati,


Kejohanan Balapan dan Padang akan dimulakan dengan perarakan masuk kontigen-kontigen
dari setiap kelompok yang mengambil bahagian.
Muzik dimainkan tunggu sehingga selepas coner.

Tetamu
Duduk

Majlis mempersilakan
Yang Berusaha Puan Mardziatul Bee bt. Abu Yahya
Pengerusi Pengelola Kejohanan Balapan & Padang Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak 2015
untuk mempersila dan mengiringi
Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abiddin b. Osman,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak,
untuk menerima tabik hormat dari para kontigen, dengan segala hormatnya dipersilakan.
Pembawa
Bendera

Mendahului perarakan ialah empat orang pembawa bendera kejohanan yang terdiri daripada
dua orang ahli Pasukan Pengakap dan ahli Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Pembaca ikrar
4 atlit mengiringi.

Ini diikuti oleh pembaca ikrar adik MOHAMAD AZIM BIN MOHAMAD FAHMI yang telah
menjadi johan 100 meter bawah 12 tahun "Perak Allcomers" Peringkat Kebangsaan diiringi
oleh :
1. Adik Norshamsinah bt. Zulhashim
(SK Selabak)
Pingat Emas MSSM - Berpasukan
Pingat Perak - Individu
2. Menyusul di belakangnya adalah Adik Lim Xin Jie
(SJKC Wah Keow)
Pingat Emas MSSM - berpasukan
Tempat ke-empat - individu
3. Seterusnya Adik Sasikala a/p Ghanesan
(SJKT Sithambarampillay)
4. Dan Adik Gunasuntari a/p Anbalagan
(SJKT Nathesha Pillay)
Kesemua Mereka telah memenangi Pingat Emas Berpasukan Merentas Desa MSSM.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ketua PPD, Unit Sukan PPD, PTPS Merentas Desa
Hilir Perak En. A. Gunalan dan semua jurulatih merentas desa.

Kelompok 1

Tuan-tuan dan puan-puan, kontigen pertama dari Kelompok 1 menampilkan "HARIMAU"


sebagai maskot... melambangkan semangat yang begitu tinggi, sesuai dengan motto mereka
iaitu, 'Atlet berkualiti emas dicari '. Kontigen dengan 30 orang atlet ini diketuai olehTuan Haji
Isa b. Tan Shaari.

Kelompok 2

Tampil dengan maskot "PELANDUK" yang comel ialah kontigen dari Kelompok 2 yang
diketuai oleh En. Azizul b. Zakaria. Pelanduk.... yang begitu sinonim dengan kebijaksanaan,
jika digabungkan dengan kekuatan fizikal akan menghasilkan ahli sukan yang berkualiti sesuai
dengan motto pasukan ini iaitu 'Akademik dan Sukan Seiringan'
Walaupun pelanduk adalah haiwan herbivor, ia tak risau dah tuan-tuan dan puan-puan sebab
pemangsa di depan tu tak menoleh-noleh lagi ke belakang.

Kelompok 3

Membawa motto 'Be The Best, Beat The Rest, Kontigen Kelompok 3 begitu yakin dapat
membuat kejutan dalam kejohanan ini, sesuai dengan maskot "Cheetah" yang terkenal
sebagai haiwan yang pantas berlari. Dengan ahli seramai 30 orang, Kontigen ini diketuai oleh
Pengurus Pasukan Cik Keong Chuen Ewe (u).

Kelompok 4

Berikut pula ialah kontigen dari Kelompok 4 dengan maskot mereka iaitu seekor GAJAH yang
montel dan motto "Fikiran Positif Teras Kejayaan" membawa harapan yang tinggi di bawah
Pengurus Pasukan Cikgu. Pangeran b.
dan 30 orang atlet. Walaupun dalam
realiti kehidupan, agak sukar bagi Gajah untuk mengejar Cheetah di hadapan tetapi di
Kompleks Sukan Sabak Bernam ini segalanya berkemungkinan.

Kelompok 5

Diketuai oleh Pengurus Pasukan En. Zulkifli b. Tuan Ismail, tuan-tuan dan puan-puan kita
saksikan perbarisan dari Kelompok 5 dengan maskotnya seekor SINGA yang tentunya akan
terus mengaum membawa motto mereka "Speed, Power, Endeurance" Kita yakin dan
percaya pengurus pasukan kontigen ini telah menurunkan segala petua dan azimat untuk
pasukan ini mengejar kejuaraan.

Kelompok 6

Tuan-tuan dan puan-puan, Kelompok 6 tampil dengan maskot mereka yang lincah
iaitu seekor ARNAB. Tentunya ia akan menjadi inspirasi kepada atlet-atlet dari pasukan ini
untuk mengerah kudrat memburu pingat sesuai dengan motto " Good Athlete are born,
Great Athlete are Made " Diketuai oleh En. Mohd Zakry b. Abd. Malik selaku Pengurus
Pasukan dan ditemani oleh 2 orang guru pengiring.

Kelompok 7

Disusuli pula dengan Kontigen dari Kelompok 7. Kontigen ini bergerak dengan motto mereka
"Terus Berjuang Bersemangat Waja" bersama maskot seekor KATAK yang aktif melompat
akan terus berjuang memenangi acara-acara pada hari ini, khususnya bagi acara lompatan.
Diketuai oleh Cikgu Ngo Siew Khoon selaku Pengurus Pasukan. Orangnya kecil molek
tetapi beliau ligat menguruskan itu dan ini.

Kelpmpok 8

Akhir sekali ialah kontigen dari Kelompok 8 yang diketuai oleh En. Mohd Hamri b. Jasman
selaku Pengurus Pasukan bersama 30 orang atlet , begitu gagah melangkah dengan maskot
mereka seekor ayam yang berwarna kuning keemasan. Ini mungkin sebagai isyarat kepada
kita semua bahawa mereka mampu membolot emas dalam kejohanan ini. Motto kontigen ini
ialah "Mengejar impian memburu kecemerlangan"

Berakhir
Perbarisan

Begitulah berakhirnya acara perbarisan oleh 8 kontigen yang mengambil bahagian dalam
Kejohanan Balapan dan Padang sekolah Rendah Daerah Hilir Perak bagi tahun 2015.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abiddin b. Osman
kerana sudi menerima lintas hormat daripada para kontigen .

Nyanyian

( rujuk lampiran )

ulasan kejohanan tahun 2014

Hadirin yang dihormati sekalian,


Acara seterusnya ialah nyanyian
lagu 'Negaraku' dan lagu '1 Murid 1 Sukan'
Para hadirin diminta berdiri untuk menghormati dan seterusnya menyanyikan lagu bersamasama.
(selesai lagu )
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Hadirin dijemput duduk.

Salutasi Majlis

- rujuk salutasi Bersyukur kita ke hadrat Allah swt, kita dapat berkumpul pada pagi ini untuk menjayakan
Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak bagi tahun 2015.
Semoga kejohanan pada hari ini, akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang
sukan untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.

Bacaan Doa

pengacara

Hadirin yang dihormati.


Bagi memberkati kejohanan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput
Ustaz Rusdee
Ustaz Mohd Rusdee b. Ahmad Maher
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Selesai doa)
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan
Pengerusi
Pengelola (GB)

Para hadirin yang dimuliakan,


Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Adat majlis menyampaikan ucapan.
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan sekapur sirih seulas pinang, oleh
Yang Berusaha Puan Mardziatul Bee bt. Abu Yahya
Pengerusi Pengelola Kejohanan Balapan & Padang
Sekolah- Rendah Daerah Hilir Perak bagi tahun 2015.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(selesai ucapan pengelola)

GIMIK
Demikianlah kata ,sekianlah ucapan oleh
Yang Berusaha Puan Mardziatul Bee bt. Abu Yahya
Sekalung penghargaan kami hadiahkan di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan
Perasmian

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.


Kini majlis dengan penuh rasa bangga mempersilakan Puan Mardziatul Bee bt. Abu Yahya
untuk mempersila
Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abiddin b. Osman ,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak
merungkai kata mengulas bicara seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Hilir Perak bagi tahun 2015. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
(Ucapan Perasmian)
Selesai.
-gimik
-bendera naik
Dengan ini bermulalah Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abiddin b. Osman ,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak.
Bakti ditabur akan kami kenang, rahmat tuhan pasti datang.
Seterusnya majlis menjemput Pengerusi Pengelola untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abiddin b. Osman. Dipersilakan.

Penyerahan
Cenderamata

Selesai cenderamata
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abiddin b. Osman dan
Puan Mardziatul Bee bt. Abu Yahya.
Hadirin yang dihormati sekalian
Bacaan Ikrar
Upacara seterusnya, ialah Lafaz Ikrar Kejohanan. Majlis dengan sukacitanya,
mempersilakan Adik Mohd Azim b. Mohd Fahmi untuk mengetuai bacaan ikrar , diiringi oleh
2 orang atlet iaitu Adik .
yang memperoleh pingat .. bagi acara

Sementara di sebelah kiri beliau ialah Adik


yang merupakan atlet yang berjaya merangkul pingat .......................,
di kejohanan
.
Untuk makluman hadirin, Adik Mohd Azim b. Mohd Fahmi merupakan Olahraga Harapan
pada Tahun 2014 dan telah mengukir banyak kejayaan sepanjang tahun.
-IKRARSelesai ikrar pembaca ikrar masuk ke tempat perbarisan
Begitulah tadi acara pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet dalam
kejohanan ini.
Semoga kejohanan pada tahun ini akan menjadi pembakar semangat murid-murid untuk lebih
gigih berusaha mencapai kejayaan terutama mencari bakal-bakal atlet negara pada masa
akan datang.
Perarakan keluar

Tuan-tuan dan puan-puan.


Kontigen-kontigen yang mengambil bahagian akan berarak keluar meninggalkan arena.
Sirih puan terselit di jari,
Ingin dicecah kapur di gagang;
Kesudian Tuan hadir kemari,
Kejohanan yang indah tambah gemilang.
Dijemput kepada para tetamu untuk menikmati jamuan ringan. Dipersilakan.

Adik Azim

12

Perarakan Keluar Kontingen


Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.
Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke
khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.
Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia
kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

Jemput ke
Jamuan

SALUTASI
Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak 2015
Kompleks Sukan Sabak Bernam
Tarikh / Hari : 9 Mac 2015 / Isnin
Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abiddin b. Osman
(Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak.)
Yang Berusaha Puan Mardziatul Bee bt. Abu Yahya
(Pengerusi Pengelola Kejohanan Balapan & PadangSekolah- Rendah Daerah Hilir Perak)
Yang di hormati Tn. Haji Mohd Ardani b. Hj. Yunos
(Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak)
Yang di hormati Tn Haji Kamalodin b. Muhamad
(Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Hilir Perak)
Yang Dihormati Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak,
dif-dif kehormat,
Guru-guru besar sekolah rendah Daerah Hilir Perak,
Barisan penolong-penolong kanan sekolah rendah Daerah Hilir Perak
pegawai-pegawai sukan, guru-guru pengiring,
tuan-tuan dan puan-puan seterusnya atlet-atlet yang dikasihi sekalian.
9

You might also like