You are on page 1of 1

PENGENALAN

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan


mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan
perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan
pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan
makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu
civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban.
Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya
dalam

hal-hal

kebudayaan

seperti

penulisan,

undang-undang,

kesenian

dan

pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe,


pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah
masyarakat.
Menurut Islam titas menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Unsurunsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut
pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang
tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
Kesimpulannya,konsep

tamadun

tidak

hanya

mementingkan

pencapaian

berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga
mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

You might also like